GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

SUSU KAMBING UNTUK BAYI 6 BULAN, ADA KE?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ramai tengok orang berlumba-lumba jual susu kambing... dan yang terbaru, katanya susu kambing sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas... betul ke sesuai???

Menurut Persatuan Doktor Pakar Kanak-kanak Amerika Syarikat (AAP), susu kambing tidak disyorkan untuk bayi lingkungan umur satu tahun. Ini kerana unsur nutrisi dalam susu kambing tidak menepati keperluan bayi. Susu kambing mempunyai kurang zat besi, folate, vitamin C,D,B, thiamin, niacin dan pelbagai zat nutrisi lain berbanding dengan susu ibu.
 
Susu kambing mengandungi sodium yang tinggi (seperti susu lembu) dan sangat tinggi dalam klorida dan kalium, yang membuatkan buah pinggang bayi bekerja dengan lebih kuat.
 
Ia juga boleh menyebabkan pendarahan usus dan boleh menyebabkan anemia. Kekurangan asid folik dalam susu kambing boleh membawa kepada masalah anemia megaloblastic. Juga, bayi yang alah kepada protein susu lembu juga sering alah kepada susu kambing juga.
 
Tidak dinafikan susu kambing mempunyai beberapa kelebihan untuk orang dewasa, tetapi kajian terkini menunjukkan ianya tidak sesuai untuk bayi hingga umur lingkungan setahun(mungkin lebih sesuai untuk orang dewasa berbanding kanak-kanak).
 
Jika kita memperhalusi sirah sejarah baginda Rasulullah SAW,baginda turut disusu ibu oleh ibu susuan sehingga berusia 2 tahun, lantas menunjukkan kepentingan penyusuan ibu dan segala kebaikan dari penyusuan ibu (mengatasi segala jenis susu dan formula di dunia).
 
Berdasarkan ini, saya berpendapat memberi susu kambing pada bayi bukanlah sunnah. Belum ada bukti yang sahih yang mengatakan memberikan susu kambing pada bayi bawah 2 tahun adalah satu sunnah, sama ada berdasarkan hadis atau riwayat ulamak muktabar.
 
Kalau diberikan pada orang dewasa, mungkin memberikan kebaikan.  Jadi jika mahu berikan susu kambing mungkin sesuai selepas berusia dua tahun. Bayi berumur dua tahun ke bawah, berikan susu ibu sepenuhnya, jika mampu.
Sumber: Dr. Zubaidi Ahmad


Jadi, pilihan yang ada jika kekurangan susu badan, ialah usaha + doa + tawakal yang berterusan... Pilihan kedua, berusaha mencari ibu susuan... dan memberikan susu lembu atau susu kambing adalah pilihan terakhir jika kekurangan susu ibu... 


Nampaknya, MF masih ada lagi peluang... Cabaran menyusu anak ketiga... Fuhh.. moga Allah beri kekuatan... "Lapangkanlah rezeki susu Fariqa Ya Allah... hingga usianya 2 tahun..."

Apa pun buat penjual susu kambing, jangan memandai nak kata sesuatu tu sunnah Nabi s.a.w kalau tiada dalil yang sahih... semata-mata nak lakukan produk anda!

Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya melakukan pendustaan terhadap aku tidak sama seperti melakukan pendustaan ke atas orang lain. Maka sesiapa yang melakukan pendustaan ke atasku dengan sengaja maka bersedialah tempat tinggalnya di dalam api neraka.” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim].

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ