GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Resepi Jamu Untuk Buang Lemak Di Perut!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Lepas bersalinkan anak ketiga.. Degil betul lemak perut ni... Pernah la MF amalkan krim pati halia, sapu dan berbengkung... memang berkesan tapi nak kena konsisten dan penuh disiplin... haha.. tapi main dengan sibuk urus rumahtangga, kadang tak sempat nak buat... 

Rimas juga bila perut buncit ni... segala jenis seluar kain sempit... 😭waaa... nangis bucu katil ok.. stress juga bila pakai dress dulu sekarang dah tak boleh nak pakai... nampak segala yang tak patut nampak... walaupun longgar, tapi kali ni nampak... sedih juga la.. tersadai dalam almari.. 

Jadi, dalam dok jenjalan, mencari idea menulis blog, terjumpa perkongsian kat Karangkraf ni... Dan perkongsian ni pun dari orang lain juga la. Petua hebat ini dikongsi oleh Puan Nor Zuraida SirnaHerb

Menurut Puan Nor Zuraida, dah memang amalkan petua ni... sebab dia dulu pun ada masalah yang sama... Tapi lepas dia amalkan setiap hari sebelum sarapan pagi dan malam sebelum tidur. Alhamdulillah, dia tak sangka dia dah boleh pakai seluar yang sama dan dapat zip elok tanpa sangkut kat perut lagi... 

Tu yang buatkan MF teruja sangat tu... Jadi, molek kiranya MF nak juga abadikan resepi jamu ni... Senang nak cari nanti...dan boleh kita slim sama-sama kan... :)

Jamu ni sesuai untuk ibu dalam pantang dan juga selamat untuk ibu yang menyusukan anak. Jom kita buat. Buat malam ni, esok bangun pagi terus slim... mana tau kan... Dan tuan empunya resepi kata resipi ini boleh buat steam badan juga.

Resepi Jamu Cairkan Lemak Di Perut!

Bahan-bahan:

7 sudu besar halba campur
1 sudu besar bunga cengkih
3 batang kulit kayu manis
1/2 sudu kunyit
1 uncang Teh Sanaa (Raja Herba) - Herba wajib, tak kena cara tak menjadi
5 biji bunga lawang

Cara-caranya:

1. Semua bahan direbus dalam periuk yang airnya 2 LITER. Rebus selama 9 -11 minit. Biarkan suam.
2. Kemudian masukkan sedikit ke dalam cawan dan tambah 1 sudu madu dan nak sedap lagi perah 1 slice lemon atau limau nipis.
3. Kacau lawan jam beserta niat untuk kesembuhan setiap pagi dan malam sebelum makan. In Sha Allah. Semakin slim. Boleh simpan dalam peti dan rebus kembali esoknya. Bahan ramuan jamu ini boleh tahan 3 hari sahaja. Lepas 3 kali rebus, kena guna bahan yang baru la ya.

Untuk bertangas:


Masukkan bahan rebusan dalam baldi pastu pakai kain batik buat macam berkemban dan berdiri. Teknik ni mempercepatkan lagi lemak-lemak lebihan tu cair... Lagilah cepat slim katanya cepatlah lemak lemak. Bila steam, pori-pori terbuka jadi khasiat rempah ini akan cepat berfungsi pada badan. Badan pun rasa ringan je.

Menurut tuan punya resepi, Ini kira jamu 4 in 1. Boleh minum, steam, tangas dan boleh buat mandian rempah.

Mudahnya nak sihat hanya di rumah. Mudahnya nak berpantang di rumah. Jamu ini sesuai untuk lelaki dan perempuan. Umur dah baligh boleh minum untuk kesegaran badan. 

Nak share dengan suami, boleh sama-sama slim nanti... hehe... suami kena cantik untuk isteri, isteri lagilah kena cantik untuk suami.. 

0Ulasan