GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

[MOTIVASI] FALSAFAH DARI POKOK BULUH

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tahukah anda bahawa pokok buluh tidak akan menunjukkan pertumbuhan selama 5 tahun pertama.

Walaupun setiap hari disiram dan dibaja, tumbuhnya hanya beberapa puluh sentimeter sahaja.

Namun setelah 5 tahun kemudian, pertumbuhan pokok buluh sangat dahsyat dan ukuran nya bukan lagi dalam beberapa sentimeter bahkan meter.

Cepat betul apa yang terjadi pada sebuah pohon buluh ???

Ternyata selama 5 tahun pertama, pokok buluh mengalami pertumbuhan dahsyat pada akar (BUKAN) pada batang, di mana, pokok buluh sedang mempersiapkan asas yang sangat kuat, agar ia boleh menampung ketinggian nya yang berpuluh-puluh meter di kemudian hari.



PENGAJARAN DARI POKOK BULUH 

Jika kita mengalami suatu halangan dan kegagalan, bukan bermakna kita tidak mengalami perkembangan, melainkan kita sedang mengalami pertumbuhan yang luar biasa dalam diri kita.

Ketika kita letih dan hampir menyerah dalam menghadapi dasyatnya ujian kehidupan, jangan pernah terlintas putus harapan.

Ada pepatah Inggeris mengatakan "the hardest part of a rocket to reach orbit is to get through the earth 's gravity" ( "bahagian terberat agar sebuah roket mencapai orbit adalah saat melalui graviti bumi").

Jika kita perhatikan, bahagian peralatan pendukung terbesar yang dibawa oleh sebuah roket adalah jet pendorong untuk melintasi atmosfera dan graviti bumi.

Setelah roket melewati atmosfera, jet pendorong akan dilepas dan roket akan terbang dengan bahan api minimum pada ruang angkasa tanpa berat, melayang ringan, dan tanpa usaha keras.

Demikian pula dengan manusia, bahagian TERBERAT dari sebuah kejayaan adalah ketika awal seseorang memulakan perniagaan dari sebuah perjuangan, kerana segala sesuatu terasa begitu BERAT dan penuh tekanan.

Namun bila ia dapat melepasi batas tertentu, sesungguhnya seseorang dapat merasakan segala kemudahan dan kebebasan dari tekanan dan beban.

Tetapi, ramai orang yang MENYERAH ketika tekanan dan beban dirasakan terlalu berat, bagai sebuah roket yang gagal menembusi atmosfera.

Hamka berkata "kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup dan kalau kerja sekadar kerja, kera juga bekerja".

Ketika pokok buluh ditiup angin kencang, ia akan merunduk, tetapi setelah angin berlalu, dia akan tegak kembali, laksana perjalanan hidup seorang manusia yang tak pernah lepas dari dugaan dan rintangan.

Maka jadilah seperti pohon buluh !!!

Fleksibiliti pohon buluh mengajar kita sikap hidup yang berpijak pada keteguhan hati dalam menjalani hidup, walaupun ribut dan taufan menerpa.

Tidak ada kata menyerah untuk terus berkembang, tidak ada alasan untuk terpendam dalam keterbatasan, kerana bagaimanapun pertumbuhan demi pertumbuhan harus bermula dari kemampuan untuk mempertahankan diri dalam keadaan yang paling sukar sekalipun.

Pastikan dalam hari-hari akan datang, hidup kita akan  MENJULANG TINGGI dan menjadi PEMBAWA BERKAT bagi sesama manusia, seperti pokok buluh. Berjuang sama-sama, dan akhirnya bersama-sama. 

0Ulasan