GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Mat Dan Kaki Jalan Dah Kahwin...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
 



Aku nak makang nasi ngang kuah si singgang,
Lauk ikang aye dok pung ikan selayang,

Itu antara bait lagu yang selalu dinyanyikan oleh anak kedua MF...

Sebenarnya, anak-anak MF mula nyanyi lagu ni sejak tengok rancangan Mat Dan Kaki Jalan...

Allahh... Suka sangat anak-anak MF tengok Mat Dan... Minat sungguh...

Hari ni dapat berita Mat Dan dah kahwin dah ...

Jejaka 'Mat Saleh' yang fasih bertutur loghat Terengganu, Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mat Dan, melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis Melayu tempatan, dekat Bukit Chendering di sini, hari ini.

Majlis pernikahan antara Mat Dan, 28, dan gadis pilihannya yang dikatakan bertugas sebagai pramugari itu berlangsung petang tadi, selepas pasangan terbabit bertunang dalam majlis ringkas pagi tadi.

Pertunangan pasangan itu diketahui media selepas tersebarnya dua keping gambar menunjukkan Mat Dan yang juga pengacara rancangan bercorak travelog itu, lengkap berbaju Melayu serba biru sambil ditemani ibu bapanya, Nicol Tyler dan Kevin Tyler.

Sekeping gambar yang viral di media sosial, menunjukkan ibu Mat Dan menyarungkan cincin ke jari seorang gadis berbaju serba biru dan bertudung ungu lembut.

Rakan personaliti itu yang enggan namanya disiarkan, berkata anak jati kelahiran Bristol, England terbabit selamat melangsungkan pertunangan kira-kira jam 10 pagi semalam (11 Mac 2017) pada majlis yang dihadiri rakan dan keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Katanya, pertunangan pasangan itu diadakan secara sederhana tanpa sebarang liputan media, bagi menghormati permintaan keluarga masing-masing.

"Apa yang saya boleh katakan, memang benar Mat Dan selamat melangsungkan pertunangan dengan seorang gadis tempatan, kira-kira jam 10 pagi tadi (semalam) sambil dihadiri rakan dan keluarga terdekat sahaja.

"Atas permintaan keluarga kedua-dua belah pihak, pertunangan dibuat secara sederhana mengikut amalan tradisi Melayu," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Gambar pasangan terbabit selamat dinikahkan petang tadi dikongsi oleh kenalan dan tetamu yang berkesempatan menghadiri majlis mereka.

 



Antara gambar dikongsi termasuk ketika Mat Dan diakad nikah dan pasangan itu makan beradap.

Januari lalu, sebuah portal berita melaporkan, Mat Dan menghadiri kursus praperkahwinan di Kuala Terengganu, dipercayai ada kaitan dengan persiapannya untuk majlis bersejarahnya yang berlangsung hari ini.
Sumber : BH Online

Tahniah diucapkan buat Mat Dan dan pasangan, semoga perkahwinan kalian bahagia hingga ke Jannah.

Akhirnya Mat Dan jadi milik orang... MF minat gop tengok Mat Dan.. First tengok masa rancangan di TV AL-Hijrah.. Lepas tu followed rancangan Mat Dan Kaki Jalan sampai habis episod... Anak-anak pun suka bahkan dah hafal lagu OST Mat Dan Kaki Jalan.

Tahniah buat Mat Dan... Comei bini dia kan.. Moga Mat Dan kekal bahagia hingga ke syurga..

6Ulasan

  1. Tahniah kat Mat Dan. Punyalah dekat dia ni dgn budaya Melayu. Sampai jodoh pun cari orang Melayu jugak kan.

    BalasPadam
  2. kawin ngn org Melayu Mat Dan... Allhamdulillah... semoga bahagia till jannah...

    BalasPadam
  3. anak akak pun suke dgn rancangan mat dan tuh, lagu tu pun dia blh hafal sampai abis hehehe...

    mmg murah rezeki mat dan nih, dlu pnh dia kuar kt paper sbgai mat salleh yg duk lama di pulau kapas, lps tu lama2 dia terkenal sndiri sampai lah travel log di tv alhijrah pastu astro lak

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah...moga kekal hingga kedalam syurga

    BalasPadam
  5. semoga hubungan mereka berkekalan dan dimurahkan rezeki lps kahwin ne ;)

    BalasPadam
  6. Selamat pengantin baru buat mereka. Simple jer majlisnya kan.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ