GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kerja vs Ibadah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kerja vs Ibadah

Kenapa tidak di solatkan di pejabat sahaja?

Sebelum Subuh
Sudah berangkat ke Pejabat.

Setelah isyak
Baru kembali dari pejabat.

Zuhur
Tersepit waktu istirahat pejabat.

Asar
Pekerjaan banyak sekali di pejabat.

Maghrib
Jalan jem/sesak dijalan,
perjalanan pulang dari pejabat.

Isyak
Masih letih, baru pulang dari pejabat.


kerja vs ibadah
sumber: google images

Malam-malam
Dipanggil untuk datang ke pejabat.
Malah segera berangkat ke pejabat.

Disaat pencen
Hanya memiliki rumah sederhana bukan istana.
Kereta tua yg kos pembaikan pun mahal.
Duit simpanan yg sudah habis atau Wang pencen hanya cukup-cukup untuk makan.

Walaupun mampu memiliki rumah lebih mewah,
tubuh lemah dan sakit sudah tidak mampu menikmati indahnya rumah.
Hari-hari hanya merasakan rasa sakit.
Puluhan tahun kerja membanting tulang.

Setelah rumah, kereta dimiliki, hartapun habis untuk berubat.
Berat untuk solat karena semua sendi sudah tidak kuat. Ditambah masa muda sibuk kerja hingga tak terbiasa solat.

Mati-matian membela pejabat atas
perintah atasan sampai malas ke masjid.

Tapi disaat tua, lemah, dan wafat.
Jasad pun meminta disolatkan di masjid 
dengan Ustaz sebagai Imamnya bukan anaknya yang menjadi Imam.

Mati-matian membela pejabat.
Tak seorang pun mati disolatkan dipejabat. dengan orang atasannya sebagai Imam sholat jenazah.
Jadi..

Masihkah kita mengutamakan
PEJABAT daripada MASJID?

Padahal..
MASJID adalah tempat terakhir kita di solatkan.

Kredit FB: Irsyad Uwais Al Qarni

Allah SWT berfirman, “Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk kedalam kubur, janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui akibat perbuatanmu” (At-Takatsur: 1-3)


kerja vs ibadah

*Bebaskan diri dari belenggu duniawi*
Allah bangga dengan manusia yang berlumba-lumba melakukan ibadat.

Manusia perlukan duit, harta, jawatan. Namun jangan ianya membelenggu kebebasan kita. 

Jangan sampai mencari jawatan itu membelenggu kita dari kebebasan beribadat. 

Jangan sampai kedudukan kita yang berjawatan membelenggu kita dari mengingati Allah. 

Jangan sampai pekerjaan kita melalaikan kita dari menunaikan kewajipan kita kepada Allah.

Jadikan ianya asbab untuk beribadat. Cari duit banyak, gaji besar bukan untuk berbangga tapi untuk memudahkan ibadat. 

Berkahwin untuk menutup nafsu supaya bebas beribadat.

"Wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu dilalaikan oleh harta benda dan anak-anak pinak kamu daripada mengingati Allah.dan ingatlah sesiapa yang melakukan demikian,maka mereka itulah orang yang rugi. Dan belanjakanlah sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya."
( Surah al-Munafiqun ayat 9-10)

Jadi, kerjalah.. carilah rezeki tapi jangan sampai abaikan dan lewatkan solat dengan sengaja atas alasan kerja!

3Ulasan

  1. nsb lah akak ni msh dpt balik keje awal, sempat asar di rumah magrib jgk isyak

    almaklum tak penah kene keje ot

    BalasPadam
  2. betul, time muda buatlah amal banyak2

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ