GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

JIKA SEHELAI DAUN MENUTUP BUMI YANG LUAS...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Mungkinkah sehelai daun yang kecil dapat menutupi bumi yang luas ini?

Menutupi telapak tangan pun sesuatu yang mustahil.

Tapi kalau daun kecil ini melekat di mata kita, maka tertutuplah bumi.

sumber: google images


Begitu juga bila diri kita dilindungi fikiran buruk sekecil apapun, maka kita akan melihat keburukan di mana-mana.

Bahkan Bumi ini pun akan kelihatan buruk.

Jangan pernah menutup mata kita, walau hanya dengan daun yang kecil.

Jangan menutupi diri kita dengan sebuah pikiran buruk, walau hanya bersaiz hujung kuku.

Bila diri kita tertutup, maka tertutuplah semua.

Air yang banyak di lautan luas yang dalam takkan pernah sanggup menenggelamkan sebuah bot kecil yang ada di atasnya, kecuali kalau air itu mula masuk ke dalam perahu.

Demikian juga dengan hidup ini, gosip dan segala penilaian negatif akan sentiasa ada di sekeliling kita.

Namun semuanya itu takkan sanggup menenggelamkan kita, kecuali kita membiarkan semua itu masuk ke dalam fikiran kita.

Menjaga fikiran itu bukanlah tanggungjawab orang lain, melainkan adalah tanggung jawab kita masing-masing.

Kita tidak boleh menyalahkan orang lain untuk setiap masalah yang hadir dalam hidup kita bila kita sendiri tidak bertanggungjawab, kerana sudah membiarkan "sampah" masuk & mengotori hidup kita.

Kita harus menapis apa-apa jua yang masuk melalui fikiran kita sebagai pintu gerbangnya. Bila fikiran kita BAIK, maka akan terasa nyaman hidup kita. Jangan lengah.

-BE POSITIVE-

FIKIR YANG BAIK-BAIK.. INSHA ALLAH YANG BAIK-BAIK AKAN DATANG KEPADA KITA

3Ulasan

  1. mind set tue kena ubah..jangan selalu berfikiran negatif kan..

    BalasPadam
  2. cuba untuk jadi yang lebih positif..thanks maria..


    Kisahsidairy

    BalasPadam
  3. Always think positif.... Terima kasih atas perkongsiannya MF

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ