GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

JANGAN CUCI 3 BAHAN MENTAH INI JIKA NAK SIMPAN DALAM PETI SEJUK!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kebanyakan dari kita memang suka beli bahan mentah sebagai stok makanan mingguan. Nak masak senang, tak payah nak ke pasar setiap hari kan.. 


Tapi, kebiasaannya bahannya balik saja dari pasar bahan mentah yang dibeli ini akan segera kita basuh atau disiang sebelum disimpan dalam peti sejuk sebab rasa kotor dan mengotorkan peti sejuk.

Tapi bukan semua elok dicuci, tiga bahan mentah yang selalu kita beli ini sesebenarnya dibersihkan kerana ia hanya akan menyebabkan kuman atau bakteria merebak.

Ayam
Sumber: Google images
Ramai yang difikir bahan ini harus segera dibersihkan selepas dibeli tapi sila jangan lakukan. Apabila kita meletakkan ayam di bawah aliran air ia mencemarkannya dengan bakteria yang ada dalam ayam mentah.

Bakteria yang tidak nampak pada mata kasar kita ini kemudiannya akan merebak pula ke meja, sinki pinggan dan tempat air itu terpercik.

Antara bakteria biasa terdapat pada ayam adalah salmonella yang selalu menjadi punca cirit birit,demam dan sakit perut terutama pada kanak-kanak.

Bakteria yang ada pada ayam ini akan mati apabila dimasak atau dipanaskan pada suhu lepas 165 darjah Celsius.

Cara disarankan, selepas ayam dipotong, letak dalam bekas dan terus simpan dalam tempat sejuk beku.

Telur
Apabila telur dihasilkan oleh ayam ia diselaputi oleh satu lapisan yang akan menghalang bakteria dari mencemari makanan lain. Oleh itu selepas membeli telur atau sebelum dimasak ia tak perlu dibasuh kerana tindakan ini akan membuang lapisan perlindungan semula jadi itu.

Ikan
Seperti ayam, membasuh ikan tidak akan menghapuskan bakteria sebaliknya ia hanya memudahkan lagi bakteria itu mencemari permukaan lain.

WAJIB BASUH

Makanan dalam tin
Sebelum dibuka tin ini yang wajib anda basuh kerana luarannya sudah tercemar dengan bakteria dan kotoran. Jika tidak dibasuh sebaik dibuka, bakteria atau kuman akan memasuki makanan di dalamnya.

Sayur dan buah
Ini wajib dibasuh walaupun ia punya label buah atau sayur organik. Basuh  dengan air paip tapi bukan dengan sabun. Kemudian biarkan kering.
Sumber: Karangkraf.com


Serius MF pun baru tahu.. terutama ikan tu la.. memang siang sebelum bekukan.. tapi rupanya tak bagus ek.. hadoii.. lepas ni kena ubah la cara ni.. tapi kesian pula kat suami... nak kena siang ikan nanti..sebelum memasak..  hmm... 

5Ulasan

  1. aida pernah tahu pasal ni.
    ayam ikan tu ok lagi.
    but, telor tu mcm aida kurang setuju la. sebab kekadang telur tu ada najis, habuk, etc.
    adik ipar aida, ustaz. dia ada nasihat utk basuh telor tu dulu.
    sebab secara ringkas nyer aida kata kat sini, dia kata, if not takut telor tu jadik haram.
    hmmmm... nak kena refer dia balik ni.
    aida ni kurang ilmu. bersandarkan ilmu yg disampaikan oleh yg lebih arif :)
    terutama bab agama...
    anyway, a nice info ni. buka mata, buka minda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.. bab basuh tu memang kena basuh sebelum masak... cuma jgn basuh selepas membeli kalau nak simpan...

      Padam
  2. la yeke? biasa siang,bersihkan baru simpan.. tak busuk ke kalau simpan terus eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan... tu la.. takut busuk peti sejuk kan... ayam tu ok lagi.. ikan tu la.. mcm tak elok je kalau biar skli dgn tahi2 tu kan..

      Padam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ