Breaking

06 Mac 2017

INI LUAHAN SEBENAR LELAKI TENTANG WANITA KAKI SELFIE

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ada juga terbaca pasal Amran Fans buat kajian pasal wanita di Facebooknya.. memang beribu komen dari lelaki... memang luahan hati mereka.. Wanita patut baca dan terima... kerana inilah realitinya.. jika anda nak cari lelaki, anda patut dengar luahan lelaki..


Ini sebahagian sahaja.. ada banyak lagi komen lain.. boleh baca la kat Facebook tu.. atau baca kata Maskulin ni tapi antara intisari komen-komen lelaki mengenai wanita suka selfie ialah:

Sebab Lelaki Tak Suka Kaki Selfie
Ada beberapa sebab kenapa sesetengah lelaki tidak sukawanita yang gemar terhadap selfie. Ia bukannya kerana cemburu dengan kelebihan wanita itu ada.

Perempuan yang banyak selfie pada ketika ini digambarkan sebagai 'syok sendiri'. Ia kerana selfie yang diambil tidak kena tempat dan waktu. Ada wanita suka mengambil gambar ketika makan, perkara yang pertama yang mereka pentingkan ialah gambar!

Selagi tiada gambar diambil, selagi itu  tidak boleh makan lagi! Apabila pergi ke kedai lain pula, makanan disitu pula menjadi tumpuan untuk diambil gambar. Dan kebanyakkan gambar hanya semata-mata untuk mendapat pujian dan like di laman sosial Instagram.

Selfie juga merupakan salah satu sebab mengapa golongan wanita sering tidak berasa yakin terhadap diri mereka sendiri. Ada yang sangkakan mereka perlukan diet sedangkan mereka kelihatan sudah kurus dan terdapat juga golongan yang bertanyakan kepada pengikut (followers) mereka bagaimana untuk menjadi cantik sedangkan mereka sudah pun cantik!

Perkara boleh menjadi rumit apabila  golongan wanita ini lihat persaingan wanita yang jauh lebih baik daripada mereka. Disitu anda boleh lihat sejauh mana mereka tidak yakin terhadap diri mereka!

Kedua-dua faktor itu merupakan isu yang sering digunakan golongan wanita untuk menarik perhatian lelaki secara tidak langsung. Jika anda pergi tanya mereka sendiri sudah semestinya mereka tidak akan mengaku ia ditujukan untuk mendapat perhatian malah mereka akan memarahi anda semula kerana sibuk terhadap kehidupan mereka sedang jalani.

Tetapi jika anda lihat pada kasarnya, itulah cara untuk mendapat perhatian daripada orang yang anda minat. Jika tidak terlalu menonjol, orang tak akan perasan. Tapi bila dah ramai sangat perasan tentang apa yang anda lakukan, tidakkah itu dipanggil 'attention seeker'?

Sesetengah lelaki tidak suka perempuan jenis yang kaki selfie kerana ia terlampau menonjol diri kepada umum dan membuatkan diri mereka dikejar oleh lelaki lain. Perkara ini sering terjadi pada pasangan yang sedang menjalinkan hubungan cinta.

Selain itu, perempuan yang gemar selfie kebanyakkan ego dan keras kepala. Mereka hanya fikirkan tentang diri mereka di alam maya berbanding dengan kehidupan realiti. Bukan semua wanita tetapi segelintir wanita.

Selfie merupakan satu kaedah bagi memudahkan kita untuk mendapat tangkap momen atau gambar sebagai satu memori indah. Jangan jadikan selfie itu sebagai satu memori murahan dengan menggunakannya tidak mengira tempat dan waktu.

Jika fikirkan balik, kenapa terdapat kes kematian melibatkan selfie? Ia kerana anda sendiri tidak memikirkan adakah ia penting untuk anda mengambil selfie di tempat dan waktu pada ketika itu. Fikirkan.
Sumber Rujukan: Maskulin@ Karangkraf

Itulah luahan dari hati lelaki-lelaki sekarang.. MF sendiri bila sentuh bab aurat dan berpakaian, MF tanya sendiri pelajar lelaki wanita macam mana nak dibuat pasangan. Ternyata mereka suka perempuan yang biasa dan tak over menonjol... yang sederhana sahaja.. wanita yang cantik, make up dan berfesyen, memang meanrik.. tapi sekadar menarik untuk ditengok tapi bukan untuk buat pasangan. 

Jadi, nak selfie, berpadalah.. jangan setiap masa selfie aje.. hmmm.. tu lah hairan juga MF, ada sesetengah orang setiap masa dia pergi berjalan mana-mana boleh update status kan.. MF ni kalau dah dengan anak-anak takde 'tangan' dah nak capai handphone.. Kalau seharian keluar, seharian juga tak tengok handphone tu kengkadang... Jadi, celah mana nak selfie... 

Apa MF hormat orang yang suka selfie ni.. tapi jangan over menayang kat laman sosial.. sesekali it's ok kan... sederhana sahaja... sebab WANITA ITU AURAT!

5 ulasan:

  1. Suka sangat ulasan nie..
    dan setuju juga dengn sis.. bila dah dengan anak2 kenkadang tak sedar pun hp berbunyi.. hehehe

    BalasPadam
  2. Terima kasih! Entry ini adalah sebagai peringatan untuk diri sendiri juga. :')

    BalasPadam
  3. suka baca blog ni banyak info yang bermanfaat. nanti senang-senang singgahlah ke blog saya pula
    http://thisisme-38.blogspot.com

    BalasPadam
  4. hahahaha~ kita separa selfie sebab selalu wefie.. sekarang nih anak dah pandai sound.. "ibu nak makan ke nak makan telefon tu.. kan termasuk dalam lauk baru tau.." kadang2 insap kadang2 momen tu tak selalu kot..

    BalasPadam
  5. nasib baik sy bukn jenis yg kaki selfie �� kalau bergambar ramai2, baru sy semangat

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^