03 Mac 2017

HUKUM MENCABUT BULU-BULU DIWAJAH | ADAKAH IA TIDAK DIKIRA MENGUBAH CIPTAAN ALLAH?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tak sangka akan dapat persoalan ni hari ni... macam seolah-olah nak pertikaikan... tapi takpe.. mungkin dia nak tahu kan... Jadi, MF akan bagitau di entry ini... 

Bagaimana pula dengan hujah berkenaan memotong rambut, kuku dan janggut atau misai serta lain2 bulu bagi tujuan kekemasan atau kebersihan? Apakah ia tidak dianggap mengubah kejadian semulajadi? 
Jika memotong atau mengemaskan rambut tidak dianggap melawan kejadian, apakah mengemaskan kening serta lain2 bahagian wajah juga seharusnya dianggap sebagai memenuhi naluri manusia untuk tampil kemas dan bersih? - AK47-


HUKUM MENCABUT BULU-BULU DI WAJAH

Hukum mencabut bulu-bulu diwajah ini termasuklah memotong rambut, memotong janggut dan misai... Dan dari hukum ini kena bahagi kepada dua kategori lelaki dan perempuan

Semestinya kena bezakan antara lelaki dan wanita sebab wajah keduanya pun berbeza kan...

Hukum mencukur dan membentukkan kening ternyata hukumnya HARAM tak kira la lelaki ataupun wanita...

Kenapa haram... Boleh baca hujahnya dalam entry yang pernah MF tulis >>>DI SINI<<<

Bagi bulu lain yang ada diwajah lelaki... Hukumnya sunnah mencukurkan misai dan merapikan janggut... Ini berdasarkan dalil hadis Sahih dari Rasulullah SAW...

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ وَهَنَّادٌ قَالَا حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ زَكَرِيَّا بْنِ أَبِي زَائِدَةَ عَنْ مُصْعَبِ بْنِ شَيْبَةَ عَنْ طَلْقِ بْنِ حَبِيبٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ عَشْرٌ مِنْ الْفِطْرَةِ قَصُّ الشَّارِبِ وَإِعْفَاءُ اللِّحْيَةِ وَالسِّوَاكُ وَالِاسْتِنْشَاقُ وَقَصُّ الْأَظْفَارِ وَغَسْلُ الْبَرَاجِمِ وَنَتْفُ الْإِبْطِ وَحَلْقُ الْعَانَةِ وَانْتِقَاصُ الْمَاءِ قَالَ زَكَرِيَّا قَالَ مُصْعَبٌ وَنَسِيتُ الْعَاشِرَةَ إِلَّا أَنْ تَكُونَ الْمَضْمَضَةَ قَالَ أَبُو عِيسَى انْتِقَاصُ الْمَاءِ الِاسْتِنْجَاءُ بِالْمَاءِ وَفِي الْبَاب عَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ وَابْنِ عُمَرَ وَأَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ

Sepuluh hal yang termasuk (sunnah) fitrah, yaitu; mencukur kumis, memanjangkan janggut, bersiwak, Istinsyaq (menghirup air lewat hidung), memotong kuku, membasuh ruas jari, mencabut bulu ketiak, mencukur rambut kemaluan, beristinja` -Mush'ab mengatakan; Saya lupa yang kesepuluh- mungkin berkumur. Abu Isa berkata; Intiqash al-maa` ertinya beristinja` dengan air. Dalam hal ini ada hadits serupa dari Ammar bin Yasir, Ibnu Umar & Abu Hurairah. Abu Isa berkata; Hadits ini hasan. [HR. Tirmidzi No.2681].


حَدَّثَنَا أَحْمَدُ ابْنُ أَبِي رَجَاءٍ حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ سُلَيْمَانَ قَالَ سَمِعْتُ حَنْظَلَةَ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مِنْ الْفِطْرَةِ حَلْقُ الْعَانَةِ وَتَقْلِيمُ الْأَظْفَارِ وَقَصُّ الشَّارِبِ

Termasuk sunnah-sunnah fitrah adalah mencukur bulu kemaluan, memotong kuku dan mencukur kumis (misai). [HR. Bukhari No.5440].

Tapi bagi wanita pula.. Asal kejadian wanita tiada bulu lain di wajahnya melain bulu kening dan bulu mata. Dan kita tahu kedua bulu ini tak kan mengganggu pun wajah kita sebab Allah jadikan bulu-bulu ini tidak panjang-panjang... Sebab tu dilarang cukur atau ubah...

Tapi ada sesetengah wanita yang hormonnya lain.. Menyebabkan dia ada misai dan janggut tipis... Maka hukumnya harus dia mencukur jika mengaibkan dia.  Seperti menjadi mangsa ejekan dan sebagainya. Ulama berpendapat,  dengan mencukur misai dan janggut yang tumbuh diwajah wanita itu bukanlah bererti mengubah ciptaan Allah tetapi kerana asalnya wanita memang takde janggut dan misai.

Tapi kenapa bulu kening dan bulu mata haram pula... Bukankah ianya atas tujuan nak cantik dan nampak kemas...

Kena faham kat sini.. Bulu mata dan bulu kening tak kan panjang-panjang... Kalau ada pun sesetengah orang Allah jadikan bulu mata dan bulu keningnya lebat... Jadi boleh rapikan dengan sikat... Tapi tak boleh cabut atau lukis hingga nampak bentuk yang lain dari yang asal. Tapi bulu lain yang memang panjang dan akan memanjang kalau tak potong.. Memang kena potong dan sunnah di potong untuk kebersihan dan kekemasan.

Lagi satu, alasan kenapa bulu-bulu lain kena potong sebabnya bulu tu kalau panjang susah untuk kita nak mandi wajib... Tapi bulu kening dan bulu mata tak panjang jadi takde susahnya nak mandi wajib.. Boleh faham dak???

Jadi sangat berbeza sifat kedua jenis bulu yang ada pada muka kita ni kalau nak rangkumkan hukum yang sama.

Lagipun sesuatu hukum tu ulama dah tentukan berdasarkan dalil dan hujah yang sahih... Jadi kenapa kita nak pertikaikan lagi kan..

Jadi, kena faham kenapa itu boleh, ini tak boleh... Mesti ada hikmah dan sebab.. Allah lebih tahu apa yang kita tak ketahui...

Penjelasan bagi hukum memotong rambut bagi wanita ada dalam entry >>>INI<<<

Hukum hakam mengenai rambut: baca SINI

1 ulasan:

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^