GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Debaran Keputusan SPM

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Debaran Keputusan SPM

Hari ini, 16 Mac 2017 (Khamis) merupakan saat yg dinantikan oleh calon-calon SPM 2016. Tidak terkecuali guru-guru mata pelajaran khususnya Tingkatan 5. Debaran guru bagaikan satu hentakan kuat menantikan saat keputusan diumumkan. Hanya Allah swt saja yg tahu saat itu.

Bagi guru-guru yang pernah mengajar pelajar tersebut dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 hanya melihat dari jauh keadaan muridnya itu. Dengan harapan semoga anak-anak didiknya berjaya mengamalkan ilmu yg disampaikan walaupun tidak begitu cemerlang dalam akademik tapi itulah harapan seorang pendidik.

Walaupun selepas dapat keputusan, guru tingkatan 1 hingga 4 hanya mampu pandang sipi dari jauh... Yang nampak riak wajah gembira, sedih dan Macam-macam ragam ialah guru tingkatan 5. Itu yang pernah dirasakan dulu...

Tahun ni, tahun pertama MF merasa debaran itu... Sebab tahun lepas tahun pertama ajar tingkatan 5 di sekolah baru... Alhamdulillah... Jadi, memang rasa debaran tu dah seminggu yang lalu...

Tak sabar nak tunggu berita keputusan... Walaupun tak lama MF mengajar tahun lepas.. Tapi tetap letakkan harapan... Moga mereka cemerlang... Tak tahu nak cerita debar tu camne...

Jika cemerlang, para guru mampu menumpang gembira atas usahanya bertungkus lumus mengadakan kelas-kelas tambahan, mengorbankan cuti serta keterbatasan masa bersama keluarga.

Apa pun... MF selaku guru tapi juga ibu bapa..  Harapannya kepada ibu bapa yang merupakan pendidik di rumah yang sentiasa mengambil berat akan pembelajaran anak-anak agar menghargai guru dengan sekadar ucapan terima kasih.

Para guru tidak meminta untuk dihargai tetapi menghormati guru itulah akhlak terpuji terhadap perjalanan hidup generasi akan datang. Jika tidak cemerlang pun kata-kata dorongan seorang pendidik tidaklah melemahkan anak-anak didiknya. Yang penting tingkatkan usaha lagi, jangan sesekali berputus asa.

Kita mengharapkan anak-anak kita yang akan mewarisi negara ini supaya hidupnya cemerlang dan gemilang dengan cara menghormati ibu bapa, guru serta masyarakatnya. Ajarkan anak-anak kita supaya pandai menghargai dan berterima kasih. Sentiasalah mengucapkan syukur pada Allah swt atas nikmat yang telah diberikanNya kepada kita semua.

Terima kasih cikgu

Semoga semua calon SPM 2016 cemerlang dalam keputusan yang akan diterima hari ini... Buat yang berjaya.. Tahniah.. Buat yang kurang berjaya... Usaha lagi hingga berjaya...  Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.

2Ulasan

  1. laaa, harini rupanya result SP keluar. aduhhh, ketinggalan juga saya ni. ingatkan esok atau minggu depan. padahal kat Selamat Pagi Malaysia tadi dah bagi hint

    BalasPadam
  2. Saya merasa semalam MF....Betul tu, sure seronok cikgu cikgu kalau dihargaikan walau cuma ucapan terima kasih... Eh tetiba sebak pulak ni huhu

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ