01 Mac 2017

DALAM KENANGAN | ARY MALIK MENINGGAL DUNIA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Baru dapat tahu dia sakit kanser... Tak lama lepas tu dah meninggal... Itulah.  Berita palsu tu macam doa dia cepat pergi bukan cepat sembuh.. 


Pelakon dan pengacara, Ary Malik, 46, atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik meninggal dunia kira-kira pukul 7.17 malam tadi.
Beliau meninggal dunia di Hospital Ampang akibat kanser ovari tahap empat yang dihidapinya. 
Menurut rakan baik keluarganya yang dikenali sebagai Sam, Ary menghembuskan nafas terakhir di sisi suami, Shahrul Nizam Shaharuddin, 46, dan tiga orang anaknya, Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11. 
Penyakit Ary mula dikesan sejak setahun lalu dan sudah menjalani pembedahan pada bulan Mei lepas di Hospital Tunku Mizan, Wangsa Maju, di sini. 
Ary dimasukkan ke Hospital Ampang pada minggu lalu selepas Shahrul Nizam mendapati keadaaan kesihatan isterinya semakin lemah dan tidak stabil serta tidak sedarkan diri setelah dua hari berada di dalam wad. 
Pada era 1990-an, Ary dikenali dek kepetahannya mengacarakan program hiburan popular iaitu MTV serta Muzik-Muzik. Dia juga pernah menyertai rancangan realiti iaitu MasterChef Malaysia terbitan Astro pada tahun 2012 dan layak sehingga ke peringkat akhir. - UTUSAN ONLINE

Al-Fatihah buat Ary Malik... Takde la penghibur dengan celoteh dia tu kan.. Teringat juga kat dia... Popular zaman 90-an... 

Salam takziah buat keluarga beliau... 

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها، وَأَكْرِمْ نُزُلَها، وَوَسِّعْ مَدْخَلَها، وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّها مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِها، وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ، وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبر.



Mohon jangan kongsikan gambar-gambar dia yang tak bertudung semasa hayat beliau... Moga Allah ampunkan dosanya dan tempatkan dia dalam kalangan orang yang beriman... Ameen... 

6 ulasan:

  1. Takziah buat keluarga arwah.. semoga tabah melalui ujian nie..

    BalasPadam
  2. Alfatihah.... dlm diam2 rupanya dia bertaruh ngn penyakit kanser ptt lah lama tak muncul

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^