16 Mac 2017

DAH LA AIBKAN ORANG PASTU BAGI GELARAN MACAM-MACAM!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

JANGAN MENGAIBKAN ORANG LAIN DAN JANGAN PANGGIL ORANG LAIN DENGAN GELARAN BURUK.

Firman Allah SWT :

وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ ۖ

[Surat Al-Hujurat 11]
Terjemahan :
"dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk."

================================
Sumber: Google images

Tapi zaman sekarang ni kita suka gelarkan orang dengan gelaran yang buruk... Satu salah dia buat... Seumur hidup orang tu kita gelarkan dengan gelaran buruk...

Aibkan orang lain... Jangan... Jangan aibkan orang... Cuma jika ada kejahatan seseorang lakukan...  Kita sebarkan untuk elakkan orang lain terkena... Mencegah kejahatan... Jadi kena la dedahkan... Kalau kita sembunyikan... Makin parah kejahatan dia akan buat nanti... Jadi ada beza antara aibkan orang dengan elakkan kejahatan... Cuma kalau nak dedahkan biarlah dengan bukti kejahatan yang dibuat...bukan sekadar kata... Kalau kata je...sampaikan aje.. Takde bukti ikut umpat dan fitnah namanya..

Jagalah aib orang... Kita ni pun nampak baik sebab Allah lindung dan pelihara aib kita.. Kalau tak.. Nauzubillah... Mungkin lagi teruk kan dari orang lain...

Moga kita dijauhkan dari perkara sebegini. Bersihkan hati... Perelokkan akhlak..

Previous Post
Next Post
Related Posts

5 ulasan:

  1. Ahli agama sekarang dah pandai mengelar orang. Menghina hingga nak tamam orang melayu di kubur cina. Malu lah mengaku islam kalau perangai macam tu.

    Saya suka u tulis ni.

    BalasPadam
  2. salams maria,

    nauzubillah moga dijauhkan ...:(

    BalasPadam
  3. susahnya nak jaga/kawal mulut ne drp tutur benda yg tak baik

    BalasPadam
  4. Moga Allah lindungkan kita semua dari perkara yang mcm ni. Nampak mcm perkara kecik tapi impaknya besar

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^