GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Cubaan Buat Homemade Potato Chip!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Cubaan Buat Homemade Potato Chip! | Hari minggu adalah hari untuk ke dapur.. MF sekarang dapat masuk dan masak di dapur 2 hari je seminggu... 5 hari lagi urusan memasak suami sediakan... Maklumlah dia Mr. Mama... Hehe...

Jadi, sememangnya akan MF rebut peluang untuk sediakan juadah buat suami dan anak-anak setiap kali hujung minggu...

Anak-anak MF dan suami suka makan kentang dan kerepek...  Pernah dulu berbalang-balang beli kerepek kentang yang rakan sekerja jual... Balang besar tu RM10 sahaja... Murah betul... Beli sebalang 1 jam je licin...

Tapi tahun ni, pembuat kerepek kentang tu macam dah tak buat.. Jadi, lepas tekad nak buat sendiri.

Jadi, langkah awal... Beli penyagat kat Lazada..  Bila dah sampai tu yang berkobar nak buat..

Jadi, cari resepi kat Mr. Google la kan... Jadi, cuba buat...

Tengok cara membuatnya tu dan bila dipraktikkan.. Fuhhh.. Boleh tahan penat... Macam mana la penjual tu boleh jual RM10.. Agak leceh atau renyah kata orang.

MF buat 8 biji je.. Tapi ambil masa dari petang sampai ke malam... Apa pun kena rajin sebenarnya....

Meh MF kongsikan cara buat Homemade Potato Chip:

Bahan-bahan :

  1. Kentang, kupas kulit dan sagat nipis
  2. 2 sudu cuka makan
  3. Garam secukup rasa
  4. Serbuk kari...untuk perasa.. Kalau tak nak pun takpe... Cukup dengan garam tu aje..
  5. Air untuk merebus.


Cara membuatnya :

  1. Didihkan air yang telah cuka dan garam.
  2. Rebus kentang yang siap disagat nipis ke dalam air yang telah mendidih.
  3. Gaul biar sekata dalam 3 minit..
  4. Angkat dan toskan hingga kering.
  5. Keringkan kepingan kentang... Nak cepat guna oven tapi jangan guna api kuat la.. Sebab nak bagi kering je.. Tapi kalau dok kampung boleh aje jemur bawah matahari.
  6. Dah kering bolehlah digoreng dalam minyak yang betul-betul panas.


MF buat tu tak ikut sangat step tu.. Sebab nak cepat makan.. Jadi tak kering sangat dah goreng dah.. Jadi tak berapa rangup..

Cubaan Buat Homemade Potato Chip!

Tapi.. Ajaibnya.... Elok habis je MF goreng, maka habis dimakan... MF pun tak dan nak makan..

Jadi, fasa kedua MF goreng lagi... Jadi, bakinya semalam MF buat sira sambal... Selamat dah habis dimakan.. Hehe...

Alhamdulillah.. Walaupun tak menjadi sangat... Tapi anak-anak dan suami happy dapat makan apa yang MF masak... Syukur dah tu kan...

Itulah.. Sedikit masa yang ada... Untuk bagi rasa air tangan bonda untuk anakanda... Dan air tangan Permaisuri Hati buat Sang Raja Hati...  Hehehe... Jangan muntah hijau ek... Hehe.. Sesekali buat ayat sweet bak gula... Hehe...

4Ulasan

  1. cik nor klu mls rebus kentang tu cicah sos n mayo..hihi

    BalasPadam
  2. Macam menarik taktik nie..Boleh cuba nanti.. :D

    BalasPadam
  3. wahh , macam boleh try jer resepi nih nanti hehe

    BalasPadam
  4. air tngn sorg isteri tu pengikat kasih syg suami �� sy mmg x rajin nak buat potato chip ni, selalu order je dgn kawan. kalau buat wedges, rajin sikit

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ