بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah, akhirnya terlaksana juga impian nak tukar template baru... lebih setahun guna template biru sebelum ni... Responsive SEO template., tapi kali nak ubah juga, nak cari template yang lebih simple...

Bila niat nak ubah template dipersetujui oleh En. Somi, terus MF mula mencari dan download beberapa template yang sesuai untuk blog ini...

Tapi tu lah... try and error... semuanya tak berkenan.. AKhirnya hujung minggu baru ni, google lagi the latest responsive template...dan jumpa yang berkenan... sekali try dan nampak cun dan sesuai dengan yang MF kehendaki.. ALhamdulillah... Harapnya takde lah yang tiru template ni.. cukuplah sebelum ni MF mempunyai 7 blog klon template yang sama...Harap jangan ada la yang nak tiru lagi... Carilah identiti sendiri ya... Tak payah tiru MF lagi... huhu...



MF settle set up semula dua blog dalam masa 2 hari, ALhamdulillah... selesai... puas bermain coding... BUkan tak boleh tempah, tapi takde kepuasan tu yang cari masa buat sendiri juga tu... Alhamdulillah... semalam betul-betul lengkap siap header baru... Alhamdulillah..

Harap, pengunjung setia blog ni suka dengan wajah baru blog ni... Dan kelebihannya, dah ada Facebook plugin untuk komen, jadi sesiapa sahaja boleh komen blog MF lepas ni... Tak payah guna cik anony lagi la kan.. 

3 Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

  1. Wahhh cantij lq MF. Saya pun suka kalau design yang simple2 ni hehe.

    BalasPadam
  2. wah..cantiklah template ni..tapi itulah, memang rasa tak selesa bila nampak banyak blog dengan template yang sama kan..apa pun, kena cari identiti sendiri..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^

Terbaru Lebih lama