GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

8 Cara Nak Bagi Nasi Jadi Peroi!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Masak nasi nampak senang tapi tak senangjuga sebenarnya...  Nak bagi nasi jadi peroi atau sebijik-sebiji tu... Payah juga la.. Walaupun teknik biasa iaitu sukat guna jari... Tapi kadang tak menjadi...

Kadang kualiti beras juga menjadikan nasi kita jadi lain juga...

Tapi ada 8 Cara untuk jadikan nasi kita jadi peroi dan masak dengan cantik je...


1. SUKAT GUNA CAWAN

Sudah menjadi kebiasaan, kebanyakan orang menggunakan cawan untuk menyukat beras. Pastikan menggunakan cawan yang sama bagi menyukat jumlah beras dan air. Formula terbaik untuk memasak nasi adalah 2:3 iaitu, 1 cawan beras bersamaan dengan 1 1/2 cawan air.


2. GEMBUR NASI

Untuk menjadikan nasi yang dimasak jadi lebih elok dan berbutir, digalakkan untuk menggembur nasi sebaik sahaja airnya sudah kering. gemburkan dengan lembut supaya nasi tidak hancur dan tutup semula periuk sehingga nasi benar-benar masak. Teknik ni memang selalu MF buat walaupun masak guna periuk elektrik.


3. 3 KALI BASUH

Untuk menggelakkan nasi menjadi lekas basi adalah dengan membasuh dan bilas beras sebanyak 3 kali. Kurang daripada itu akan menyebabkan kanjinya terlalu banyak dan nasi mudah basi kerana teksturnya cenderung untuk menjadi lembik. Ni petua mak-mak dulu juga... Basuh sampai airnya hampir jernih lagi elok...Dan basuh ikut bilangan ganjil.


4. GUNA JARI HANTU

Untuk menyukat jumlah air yang cukup untuk beras yang dimasak adalah dengan menggunakan ruas jari hantu. selepas beras dibilas, ratakan permukaan beras dan celupkan jari hantu ke dalam air.

Pastikan jari berada di atas permukaan beras dan sukatan air haruslah berada pada satu ruas jari.


5. MASAK ATAS DAPUR

Jika memasak nasi atas dapur, jangan mudah alpa. Menggunakan periuk elektrik sangat mudah kerana suhunya akan berubah sendiri mengikut tetapan yang telah dipilih. Memasak nasi di atas dapur kena lebih peka supaya nasi tidak hangit.

Ketika air mulai kering,  perlahankan sedikit api supaya nasi masak perlahan-lahan tanpa menghangitkannya. Kemudian, gembur nasi dan dibiarkan selama lebih kurang 7-10 minit lagi supaya ia benar-benar kering dan masak dengan sekata.


6. LEBIHAN NASI

Untuk membuat nasi goreng, gunakan nasi yang dimasak dengan tepat. Jika nasi yang digunakan lembik, nasi goreng akan hancur dan tidak sedap.

Jika ada lebihan nasi dan merancang untuk masak pada hari esoknya, simpanlah di dalam peti ais supaya teksturnya menjadi lebih cantik dan sesuai digoreng.


7. MASAK BERAS BASMATHI

Untuk memasak beras basmathi, caranya tidak sama seperti memasak nasi biasa. Gunakan sukatan air dan beras yang sama. Jika guna 3 cawan beras, maka airnya juga 3 cawan.

8. MASAK BERAS PERANG

Teknik memasak beras perang, caranya lain sedikit. Seeloknya beras ini direndam dua jam sebelum dimasak untuk memudahkannya menjadi lembut. Sama seperti beras basmathi, sukatan air juga harus dikurangkan dari kuantiti beras yang digunakan.

Sumber rujukan: Karangkraf.com

Moga teknik ni berguna untuk mereka yang baru nak belajar masak nasi atau nak Upgrade cara memasak nasi supaya nasi masak dengan elok dan cantik... Tak lembik dan tak keras.

Tapi sejak MF guna periuk nasi Tefal ni senang... Kalau terlebih air pun tak lembik... Cuma kena tanak nasi tu lama sikit baru boleh tutup suiz.

Alhamdulillah.. MF anak kampung... Cara tradisional pun MF boleh masak juga iaitu guna dapur kayu, dapur gas ataupun guna cara moden guna periuk elektrik. Cuma pressure cooker je takde... Kalau ada boleh juga cuba masa nasi guna pressure cooker.. 

3Ulasan

  1. So far, pass dah masak nasi peroi elok. Sebab tak suka makan nasi lembik, tak lalu... 😞 Kadang tu lembik juga kalau Mama beli beras cap lain daripada kebiasaan. Hehe.. Terima kasih untuk semua tipsnya! 😁👏

    BalasPadam
  2. Saya pun orang kampung. Masak pun cara kampung. Tapi sekarang ni kalau kita order nasi goreng kampung kat restoren, rupa dan rasa nasik goreng tu tak sama dgn masakan kampung.

    BalasPadam
  3. Selalu jugak sukat guna jari tapi tak delah ikut ruas jari tu MF... Saya cuma pastikan air tu lebih sikit dpd sukatan beras...
    Kalau beras basmathi baru guna sukatan cawan

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ