AFB

20 Mac 2017

7 AIR AJAIB UNTUK BUANG TOKSIN DALAM BADAN!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Badan penuh toksin... Apa itu toksin.. toksin ni macam racun la dalam badan... Ada tanda-tanda tertentu yang boleh kita kenal pasti yang badan kita penuh toksin.. antaranya:


1. Sering rasa letih
Walau pun cukup tidur tapi anda tetap rasa mengantuk dan kurang bertenaga.

2. Berat badan sukar turun
Sudah bersenam sudah, makan pun dikawal tapi berat badan tak juga kurang.

3. Mulut berbau
Walau pun sudah memberus gigi, berkumur dan makan gula-gula getah tapi mulut masih berbau. Bau mulut memang ada kaitan dengan masalah pencernaan yang mengganggu proses penyingkiran toksin dari tubuh.

4. Sembelit
Usus menyingkirkan banyak racun setiap hari dari tubuh kita. Tapi ketika sembelit, tubuh menyimpan semua racun tersebut, yang akan memberi kesan negatif pada kesihatan. Sembelit ini akan menyebabkan sakit kepala, lenguh badan dan keletihan.

5. Daya ingatan dan tumpuan yang lemah
Selain itu anda juga kerap rasa cemas.

6. Alahan dan masalah sinus
Ini kerana sistem imun yang lemah. Boleh jadi juga anda jadi sensitif kepada bau terutama wangian.

7. Masalah kulit
Jerawat, ruam, dan masalah kulit lainnya mungkin menandakan tubuh anda banyak toksin. Awas juga jika mata bengkak atau mengalami psoriasis. Ia boleh jadi tanda bahawa kandungan racun dalam tubuh sudah terlalu banyak.



Toksin ni boleh disingkirkan dengan detox air semulajadi... Tak susah pun.. di sini MF nak kongsikan ada 7 jenis air ajaib untuk detox, buang toksin dalam badan dan sekaligus dapat turunkan berat badan juga. 

Cara paling mudah adalah dengan meminum air. Minimum 6 hingga 8 gelas air sehari mampu memberikan hidrasi yang cukup untuk badan dan juga menjadikan organ dalaman anda lebih sihat. Tetapi kadang-kadang air kosong semata-mata tidak mencukupi.

Jadi kita tambah sedikit nutrien ekstra pada air minuman biasa tu dan tingkatkan kebaikannya! 

1. Air halia

Cara membuat: Satukan air dan halia dalam periuk saiz sederhana di atas api tinggi, biarkan sehingga mendidih. Kemudian perlahankan api dan biar ia mereneh selama 15 minit dan tapiskan setelah selesai.

Kebaikan: Air halia memang tidak boleh disangkal kebaikannya. Ia boleh digunakan sebagai air rawatan untuk senggugut, kembung perut, angin, mual-mual dan muntah-muntah yang selalunya dikaitkan dengan sakit lain. Minum air halia dapat membantu mengurangkan keradangan, bengkak sendi dan juga kesakitan yang dikaitkan dengan penyakit osteoarthritis dan rheumatism.

2. Air timun

Cara membuat: Buang kulit timun tetapi jangan buangkan semua. Tinggalkan sedikit. Buang kedua-dua hujung kemudian potong setengah mengikut panjangnya. Potong kecil (1/2 inci). Campurkan air dan timun tersebut dalam jug besar dan biarkan selama 1 jam. Lebih sedap jika dihidangkan bersama ais.

Kebaikan: Air ini bagus untuk otot; timun mengandungi silica yang mana ia merupakan mineral yang diperlukan untuk menjamin kesihatan tisu penghubung ini. Ia juga boleh memastikan kulit anda bersih dan gebu.

3. Air ros (untuk kegunaan luaran sahaja)

Cara membuat: Pilih ris yang segar dan wangi. Mula dengan mencuci mereka dan cabut kesemua kelopak. Masukkan kelopak ros ke dalam periuk dan masukkan air secukupnya. Tutup periuk dan hangatkan (jangan samapi mendidih!). Tapis dan simpan air dalam balang kaca.

Kebaikan: Air ros membantu maintain keseimbangan pH kulit dan juga mengawal minyak berlebihan. Ia juga memiliki properti anti-radang yang membantu mengurangkan kemerahan kulit, menghilangkan jerawat, dermatitis dan juga eczema. Boleh juga digunakan pada rambut untuk rambut lebih lembut dan bersinar.

4. Air beras

Cara membuat: Rendam beras dalam air selama tiga jam. Selepas tiga jam, didihkan campuran ini kemudian perlahankan api dan biarkan ia selama 30 minit sebelum tutup api. Pastikan ia sejuk dahulu sebelum anda pureekan campuran ini. Tapis menggunakan kain atau penapis halus.

Kebaikan: Air beras boleh menjadi pembilas rambut yang baik. Apabila ia dicampur dengan sabun castile, ia boleh menjadi syampu yang natural. Ia juga sesuai digunakan sebagai toner. Air beras boleh menjadikan rambut lebih bersinar, kulit halus dan bebas-cela dan juga baik untuk kesihatan apabila diminum.

5. Air pudina

Cara membuat: Isi air ke dalam jug. Campurkan hirisan lemon dan daun pudina bersama dalam satu mangkuk, isi air dan kacau. Masukkan campuran ini ke dalam jag air dan sejukkan dalam peti sejuk. Kacau sekali sehari selama 2 - 3 hari sehingga air itu sebati dan bergabung dengan baik.

Kebaikan: Daun pudina adalah appetizer yang baik atau pembersih palate dan juga membaiki sistem penghadaman. Ia juga mempu mengurangkan sakit perut yang berpunca dari ketidakhadaman atau radang perut. Jika perut anda sakit, minum air pudina boleh memberikan kelegaan.

6. Air lemon

Cara membuat: 1/2 cawan jus lemon + 2 sudu besar air panas + air sejuk (secukupnya).

Kebaikan: Lemon mengandungi vitamin C, walaupun tidak tinggi tetapi cukup untuk badan. Ia juga mengandungi potassium. Meminum air lemon setiap pagi sebelum sarapan mampu memberikan tubuh badan anda peluang untuk menyerap vitamin dengan lebih mudah. Lemon juga mampu meningkatkan sistem imunisasi anda.

7. Air madu

Cara membuat: Isi air panas dalam mug + 1 - 2 sudu besar madu. Kacau sehingga sebati.

Kebaikan: Air madu yang diambil setiap pagi boleh membantu anda menurunkan berat badan. Ia juga boleh meningkatkan sistem imunisasi anda, mencegah alergi, melegakan sakit tekak, membuang angin dan detoks badan anda.

Memang mudah sangat nak buat.. bahan pun mudah nak dapat.. cuma jadikan air itu berperisa je... sekurang-kurangnya bila berperisa tu kita minum lebih sikit kan... resepi ni sesuai untuk mereka yang tak suka air kosong... Selamat mencuba!

Sumber rujukan: Hijabista

SHARE THIS

Author:

Etiam at libero iaculis, mollis justo non, blandit augue. Vestibulum sit amet sodales est, a lacinia ex. Suspendisse vel enim sagittis, volutpat sem eget, condimentum sem.

1 ulasan:

  1. bgs jgk nih, tang air lemon tu mmg akak minum tiap pagi bangun2 dr tdo...
    cumanya idak lah sampai sebijik lemon...

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^