GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

5 RESEPI MUDAH UNTUK ANAK-ANAK YANG DEMAM, SELSEMA DAN BATUK!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bila anak demam mula hilang selera makan.. risau dengan berat yang susut... Baru-baru ni pun anak MF baru baik demam kan... susut betul badannya. 

Jadi, MF nak kongsikan 5  menu pilihan untuk anak-anak yang sedang dijangkiti penyakit demam, selesema dan sakit tekak.

1. Sup Ayam Tanpa Minyak

Bahan-bahan

500 gram tulang ayam
1 sudu besar bawang besar (dihiris)
Air secukupnya

Cara memasak

1. Rebus tulang ayam dengan air dan bawang.

2. Masak dengan api perlahan sehingga isi ayam luruh daripada tulang.

3. Sejukkan, tapis dan simpan dalam peti ais apabila sudah sejuk.

4. Anda boleh buang minyak di permukaan sup dengan mudah apabila ia telah sejuk.

5. Panaskan terlebih dahulu sebelum dihidangkan.

Sup ini sesuai untuk anak-anak yang demam bagi membolehkan mereka terus mendapat cukup cecair dalam badan bagi mengelakkan berlaku pernyahidratan.

2. Bubur Ikan

Bahan-bahan

Secawan beras
Sekeping isi ikan
1 cm halia (dihiris nipis)

Cara memasak

1. Cuci bersih beras, kemudian masak dalam air yang secukupnya dalam api perlahan sehingga menjadi bubur.

2. Dalam kuali berasingan, tumis hirisan halia kemudian masukkan isi ikan yang sudah dipotong dadu.

3. Selepas bubur siap, masukkan tumisan ikan ke dalam bubur.

4. Siap untuk dimakan.

Bubur berkhasiat ini sesuai sekiranya anak anda mempunyai masalah sakit tekak yang menyukarkan dia mengunyah makanan keras.




3. Pisang Lenyek & Aiskrim

Bahan-bahan

Sebiji pisang masak
1 skup aiskrim vanila

Cara menyediakan

1. Lenyek pisang menggunakan garfu.

2. Letak aiskrim di atas pinggan dan susun pisang di sekelilingnya.

Anak anda tetap mendapat khasiat daripada pisang dan aiskrim vanila walaupun ketika dia sedang sakit tekak.

4. Sup Ikan & Tofu

Bahan-bahan

250 gm isi ikan (potong bentuk kiub)
2 biji telur (dipukul)
1 keping tofu lembut (potong bentuk kiub)
1 liter stok ayam
75 gm cendawan (dipotong)
2 sudu besar lobak merah (dipotong dadu)
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil jus lemon
Sedikit garam, serbuk lada putih, beberapa titis minyak bijak dan kicap untuk perasa

Cara memasak

1. Perap ikan dengan sedikit garam dan jus lemon.

2. Masukkan tepung  jagung dalam beg plastik. Masukkan ikan dan goncangkan beg sehingga ikan tersalut dengan tepung jagung.

3. Panaskan stok ayam dan masukkan ikan, tofu dan sayuran. Biarkan mereneh kira-kira lima minit.

4. Tambahkan perasa dan biarkan mereneh lima minit lagi.

5. Masukkan telur yang telah dipukul dan kacau dalam sup.

6. Sedap dihidangkan bersama nasi lembut yang panas.

Selera anak yang sakit mungkin boleh dibangkitkan kembali dengan hidangan menyelerakan ini.

5. Kastard Telur

Bahan-bahan

Sebiji telur
120 ml susu
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil esen vanila

Cara memasak

1. Pukul telur dengan gula.

2. Tambahkan susu dan esen vanila.

3. Masukkan adunan dalam mangkuk kecil atau acuan. Kukus kira-kira 30 minit sehingga ia masak.

Pencuci mulut ini mungkin digemari oleh anak yang enggan makan ketika tidak sihat.


Best pula tengok resepi ni.. rasa mak budak pun nak makan sekali kan.. 


Sumber rujukan: Karangkraf.com

2Ulasan

  1. Eh, senang sgt resepinye tu kak. Jgn kate kanak2. Org bujang pun suke. Hehehe

    BalasPadam
  2. Kebelakangan ini cuaca kurang baik, anak I juga dah jatuh sakit. Nasib baik dpt menemui laman ni, I boleh buat makanan dengan mengikut resepi ini bagi anak I. TQ.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ