GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

3 Perkara Diharam 3 Perkara Dibenci Allah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

3 Perkara Diharam 3 Perkara Dibenci Allah

عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ الْأُمَّهَاتِ وَوَأْدَ الْبَنَاتِ وَمَنْعًا وَهَاتِ وَكَرِهَ لَكُمْ ثَلَاثًا قِيلَ وَقَالَ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ

Dari Mughirah bin Syu'bah dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah 'azza wajalla mengharamkan kalian menderhakai seorang ibu, mengubur anak perempuan hidup-hidup, dan tidak suka memberi dan suka meminta-minta. Dan membenci atasmu tiga perkara; mengatakan sesuatu yang tidak jelas sumbernya, banyak bertanya dan menyia-nyiakan harta." (HR Muslim No 3237) Status: Hadis Sahih


3 Perkara Diharam 3 Perkara Dibenci Allah

Pengajaran:

Seorang Muslim diharamkan melakukan tiga perkara:

a.  Derhaka kepada ibu

b.  Menanam anak perempuan hidup-hidup

c.  Tidak suka memberi (bakhil, sombong & tidak menunaikan hak harta seperti zakat, sedekah) dan suka meminta-minta..

Allah benci tiga sifat jika dilakukan oleh seorang Muslim:

a.  Mengatakan sesuatu yang tidak jelas sumbernya (sekadar copy & paste) @ suka forward tanpa disahkan kebenarannya. [kadang terbuat tanpa sengaja... Nauzubillah... Moga Allah ampunkan dosa kami...yang lalai dan leka ini]

b.  Banyak bertanya (bertanya pada perkara yang tidak perlu dan mendatangkan kesukaran kepadanya).
tanya perkara yang bukan-bukan... Bak kata orang, dah tahu bertanya lagi... Saja untuk menguji... Nauzubillah...

c.  Menyia-nyiakan harta (boros dan membazir)
Dah ada buat apa nak membazirkan... Guna apa yang ada... Contohnya... Hobi kumpulkan pinggan mangkuk... Tupperware..akhirnya tak guna.. Jadi hiasan saja... Tapi bagi yang beli nak guna takpe la.. Beli sesuatu kerana ikut trend tapi tak guna pun...

Jauhilah sifat buruk dan akhlak keji dalam hidup kita.

Moga kita terhindar dari melakukan 3 perkara yang diharamkan dan dibenci Allah...

2Ulasan

  1. saya terkejut dengan ini:

    Menanam anak perempuan hidup-hidup

    ada ye? ish..manusia kan? kadang tak tahu mana sifat kemanusian tu..

    BalasPadam
  2. Tang beli periuk dan tupperware lepas tu simpan memang tak boleh terima... beli sekadar buat hiasan.. huhuhu

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ