GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

24 Cara Pupuk Bakat Anak-anak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

24 Cara Pupuk Bakat Anak | Anak-anak ini dilahirkan dengan bakat semulajadi.. Termasuk kita juga la... Ada bakat terpendam... Setiap  orang dicipta Allah dengan keistimewaan masing-masing. 

Macam MF sendiri masa kecil takde bakat yang tercungkil... Sebab pendiam... Suara perlahan... Takut nak bercakap dengan orang... Tapi ntah macam mana... Rupanya MF ada bakat terpendam iaitu boleh menjadi pengacara...

24 Cara Pupuk Bakat Anak-anak!

Jadi, anak-anak kita juga begitu... MF juga selalu memperhatikan kerja anak-anak... Mencari bakat dan minat yang ada dalam diri anak-anak... 

Ada beberapa Tips yang boleh ibu bapa praktikkan untuk mencungkil bakat anak-anak sedari kecil...

24 Cara Pupuk Bakat Anak-anak!


  1. Biarkan anak anda mencari sendiri minatnya.
  2. Dedahkan anak anda kepada pengalaman yang pelbagai.
  3. Beri peluang kepada anak anda untuk membuat kesilapan.
  4. Kemukakan pertanyaan.
  5. Rancangkan satu projek kreatif khas yang melibatkan semua ahli keluarga.
  6. Jangan memberi tekanan kepada anak anda untuk belajar.
  7. Wujudkan harapan yang tinggi tetapi realistik.
  8. Kongsikan pengalaman pekerjaan anda. 
  9. Wujudkan persekitaran yang kaya dengan rangsangan deria.
  10. Kekalkan semangat dan minat anda terhadap ilmu dan pendidikan kerana ia akan menjadi teladan baik kepada anak anda.
  11. Adakan aktiviti permainan bersama sekeluarga.
  12. Wujudkan masa sekeluarga yang tetap untuk membaca, berhibur dan berbincang bersama-sama.
  13. Jangan cepat mengkritik atau menghakimi perkara yang anak anda lakukan.
  14. Bekalkan anak anda dengan kemudahan komputer di rumah atau sekolah.
  15. Dengar dengan teliti perkataan anak anda. Perkara yang ia paling ambil berat mungkin memberi petunjuk kepada bakat istimewanya.
  16. Berikan anak anda kawasan khas di rumah untuk melakukan aktiviti kreatifnya.
  17. Pujilah sikap tanggungjawabnya apabila ia berjaya melengkapkan kerja di rumah yang diberikan.
  18. Adakan lawatan sekeluarga ke tempat-tempat baru.
  19. Berikan anak anda permainan yang terbuka (cara bermain yang tidak mempunyai had). Mainan seperti blok (Lego dsb.) dan boneka menggalakkan imiginasi.
  20. Berikan anak anda masa bebas untuk berfikir dan berangan-angan tentang masa depan.
  21. Berkongsilah kisah-kisah inspirasi tentang orang-orang yang telah berjaya dalam masyarakat.
  22. Jangan terlalu tonjolkan perbezaan peranan umum dari segi jantina. Dedahkan anak anda dengan kedua-dua mainan dan aktiviti untuk lelaki dan perempuan.
  23. Elakkan membanding anak anda dengan orang lain. Bantu anak anda membandingkan dirinya dengan pencapaian lampaunya sendiri.
  24. Jadilah ibu atau bapa yang anak anda boleh bergantung, meluah perasaan dan berbincang.
  25. Gunakan acara dan institusi komuniti untuk menghidupkan minatnya. Selalulah membuat lawatan ke perpustakaan, muzium, pameran dan sebagainya.
  26. Hargai hasil-hasil ciptaan  dan rekaan anak anda.


Sumber: DR. HJ. TENGKU ASMADI @poewerparentingchannel

Jadi, biarkan anak-anak kita berkarya... Biarkan dia berimaginasi... Berikan galakkan... Dan paling penting. Bantu dia asah bakat yang kita boleh nampak dan boleh berkembang selari dengan ikutan syariat...

Setakat ni MF nampak anak-anak MF ni suka sangat main masak-masak... Apa sahaja mainan diberi akan jadi bahan masakan dia... Bahkan suka tonton rancangan masakan... Bila tanya kakak besar nanti nak jadi apa... Si kakak jawab dia nak buka restoran...  si adik pula nak jadi Chef... Haha... Begitulah mendalamnya minat memasak tu kan... Walaupun hajat hati MF nak anak-anak jadi doktor, arkitek dan profesion yang menjadi satu kefardhuan... Tapi kalau dah itu minat anak-anak bila besar nanti MF tak kan menghalang... Ala... Chef Wan, tu jadi tukang masak je kan.. Tapi boleh menjelajah satu dunia kan...

Ok.. Itu kisah bakat dan minat anak-anak MF la... Anak-anak kengkawan minat apa pula??? Jom kita cungkil bakat anak-anak kita untuk masa depan yang gemilang...

4Ulasan

  1. Bagi saya semua manusia di dunia ini berbakat. Cuma kadang kadang akibat kekangan daripada ibu bapa sendiri, bakat pada anak anak itu terpendam begitu sahaja.

    BalasPadam
  2. terima kasih untuk entry ni..sangat membantu sebagai ibubapa

    BalasPadam
  3. Saya pun suka perhati anak-anak minat apa. Faris dia suka lego... kalau bina apa-apa dari Lego, dia akan bina kapal terbang. Satu lagi dia suka baca dan lukis komik.

    Alisya pula suka berangan jadi cikgu. Dia suka baca buku dan suka act seperti cikgu... ada papan hitam kapur dan whiteboard sendiri... kadang-kadang saya pun kena paksa jadi murid dia...😅

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ