31 Mac 2017

Magic Lipstick Dan DD Moist Cake Nurraysa BERBAHAYA!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pertama kali cuba produk mesra wuduk yang popular di Malaysia... Apa lagi kalau bukan produk Nurraysa...

Dah lama aim nak cuba tapi tak kesampaian... Hinggalah ada rezeki lebih sikit dan kebetulan magic lipstick MF dah nak habis... Mana lagi MF beli kalau bukan di Shoppe.my... Senang dan selesa beli disitu... Sebab murah dan senang nak berurusan...

MF beli DD Moist Cake Nurraysa dan Magic Lipstick Nurraysa...


Alhamdulillah settle beli kat Shoppe.my tunggu aje la sampaikan... Dalam sehari dua sampai la...

Bila sampai terus la cuba guna... Seminggu tu guna la juga pergi sekolah... Hinggalah satu hari suami perasan lipstik tu... Dia tegur dan tak bagi pakai lagi sebab bahaya katanya...

Rupanya memang berbahaya pakai produk Nurraysa ni... Bahaya lah... Sebab bila pakai DD Moist Cake Nurraysa ni menjadikan kulit wajah glowing...

Dan yang menjadikan ianya lebih bahaya ialah... Magic lipstick nya lah... Memang merah dan naik seri dengan sekali sapuan... Memang bahaya kalau bini-bini orang pakai.. boleh menarik perhatian mata lelaki lain... Jadi, bahaya...

Jadi, produk Nurraysa ni memang sangat disyorkan untuk para isteri gunakan di rumah... Sebagai pengerat suami isteri... Kalau nak pakai di luar rumah memang tak digalakkan... Nanti korang over cantik suami korang jeles dan buatkan lelaki lain mengorat bini orang tak ke bahaya tu namanya...

Apa pun memang best juga guna dua produk ni... Senang pakai dan senang guna... Dan bestnya magic lipstick Nurraysa sebab berangin je... Rasa munggil bibir tu lepas pakai.. sebab tu bahaya guna kat luar rumah tu... Jadi, MF dah tak pakai bila pergi kerja tu... Pakai kat rumah je... Pergi kerja pakai magic lipstick saki baki yang lama je... Dan pakai bedak compact biasa sahaja...


Jadi faham tak kenapa berbahaya... Hehe.. jangan nak gelabah sangat baca tajuk tu.. produk selamat dan bagus cuma kena pakai ikut gaya yang betul... Kalau nak pakai lipstik tu nipis je boleh la... Jangan tenyeh tebal sebab nanti merah Ang tu yang bahaya jadinya... Sama juga dengan bedak tu.. pakai biasa je...Jangan tenyeh lebih nanti kena mengorat, laki hangpa juga tak tidur malam.. dah gaduh lagi bini... Kan bahaya tu... Hehe... Jadi, faham eh..kenapa cheq kata bahaya.. jangan terkejut baca tajuk entry tapi bacalah keseluruhan tajuk sebelum nak terkejut... Hehe


Diskaun Hingga 85% Barangan Anak di Lazada Big Baby Fair Sekarang!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jom Berjimat Beli Barangan Anak di Lazada Big Baby Fair | Dengan peningkatan kos sara hidup, buatkan orang sangat berhati-hati berbelanja zaman sekarang ni kan... segala benda buat kira-kira takut terlebih bajet. Bagi yang ada anak lagilah, bukan nak berkira dengan anak, tapi buat kira-kira kerana barangan antara yang termahal zaman sekarang ni... seorang anak sahaja makan kos beribu dah kadang-kadang. Jadi  sewajarnya kita kena merancang dengan lebih baik dalam membuat sebarang pembelian. Tapi, dalam nak buat kira-kira ni,  Lazada ingin berkongsi keceriaan bersama ibu-bapa atau bakal ibu bapa sempena kempen Big Baby Fair” yang akan berlangsung dari 29 March hingga 2 April ini. Ibu bapa boleh menikmati tawaran terbaik dan harga bagi pelbagai jenis produk bayi!

Tawaran ni mampu membuatkan ibu bapa meroyan nak membeli belah ok! MF antara yang biasa membeli belah barangan anak di Lazada terutamanya Lampin pakai buang.


Korang berpeluang menikmati diskaun sehingga 80% untuk pelbagai barangan termasuklah lampin, fesyen kanak-kanak dan kelengkapan bayi. 80% tu, mana nak dapat, kat shopping mall biasa pun susah nak dapat sale meletop macam ni.

Antara jenama terkemuka yang para rakyat Malaysia boleh dapatkan sepanjang kempen “Big Baby Fair” termasuklah Mamypoko, Huggies, Nestle, Sweet Cherry, Pediasure, Goo.N, Wyeth, Anakku dan Fisher Price dan banyak lagi. Ohoiii... rambang mata dah ni... 


 



Huggies juga menawarkan harga diskaun sehingga 43% untuk kesemua jenis lampin bayi. Menarik kan?



Memang jimat, tak perlu keluar dari rumah, kita boleh membeli belah barangan bayi dengan mudah di Lazada Malaysia. JImat masa, jimat duit parking, jimat tenaga dan paling utama, jimat banyak duit poket sebab sale yang tak masuk akal. Selain itu, ianya juga menjimatkan kerana Lazada menawarkan pelbagai cara pembayaran sama ada melalui kad kredit, kad debit, ATM Deposit, pembayaran Online dan paling best Cash On Delivery.. pilih sahaja mana yang selesa bagi anda.



Bukan sahaja kita akan menikmati diskaun hebat dan jualan segera daripada jenama di atas tetapi juga boleh mengharapkan penghantaran percuma apabila anda membeli produk terpilih! Best ni.. bab free pos ibarat hadiah besar bagi sesiapa yang shopping online.

MF memang yakin walau dengan apa cara penghantaran sekalipun, barangan kita akan sampai dengan selamat... insha Allah.. 

Selain itu, ibu bapa juga berpeluang untuk memenangi hadiah hebat dengan menyertai peraduan di media sosial Lazada Malaysia seperti di Facebook dan Instagram.



Lazada Big Baby Fair Blogger Contest
Yang ni berita best bagi blogger Malaysia. Blogger-blogger Malaysia juga berpeluang untuk memenangi Lazada Malaysia shopping voucher dengan menyertai Lazada Big Baby Fair Blogger Contest. 6 Blogger bertuah berpeluang memenangi voucher membeli-belah Lazada Malaysia bernilai RM500 setiap seorang. Lazada Big Baby Fair Blogger Contest bermula pada 27 March dan akan tamat pada 2 April 2017.

Sila ke http://www.lazada.com.my/blogger-contest/ untuk maklumat lanjut.

Tunggu apa lagi, inilah masanya untuk membeli-belah! Layari Lazada Big Baby Fairsekarang. Kempen ni buatkan MF sendiri tak senang duduk.. rasa nak memborong barang anak je banyak-banyak..terutamanya lampin pakai buang la... haishhh....

Buruk Siku | Dah Bagi Ambil Balik!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




Menarik Kembali Pemberian

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعَائِدُ فِي هِبَتِهِ كَالْكَلْبِ يَقِيءُ ثُمَّ يَعُودُ فِي قَيْئِهِ

Dari Ibnu 'Abbas RA berkata; Nabi SAW bersabda: "Orang yang meminta kembali apa yang telah dihibahkannya (dihadiah) bagaikan anjing yang muntah lalu menjilat (memakan) kembali apa yang dimuntahkannya ke dalam mulutnya".(HR Bukhari No: 2400) Status: Hadis Sahih



Pengajaran:

1.  Antara cara mengeratkan hubungan ukhuwah dan kasih sayang dengan orang lain ialah dengan cara saling memberi atau berhadiah.

عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي مُسْلِمٍ عَبْدِ اللَّهِ الْخُرَاسَانِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَصَافَحُوا يَذْهَبْ الْغِلُّ وَتَهَادَوْا تَحَابُّوا وَتَذْهَبْ الشَّحْنَاءُ

Dari 'Atha bin Abu Muslim Abdullah Al Khurasani berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Hendaklah kalian saling berjabat tangan, niscaya akan hilanglah kedengkian. Hendaklah kalian saling memberi hadiah, niscaya akan saling mencintai dan hilanglah permusuhan." (HR Malik No: 1413)

2.  Sesuatu yang telah dihadiahkan, dilarang untuk diambil kembali.

3.  Orang yang mengambil kembali sesuatu yang telah dihadiahkan kepada orang lain seumpama anjing yang memakan muntahnya sendiri.

Istilah orang kita bagi orang yang ambil balik apa yang diberikan kepada orang lain ialah buruk siku... Lepas hadiahkan lepas tu minta balik...

Rupanya buruk siku adalah satu larangan dalam Islam dan ada dalil yang sahih...

Maknanya, perangai ambil balik hadiah yang terah diberikan kepada orang lain tu bukan sahaja buruk dan melanggar tatasusila masyarakat kita tetapi satu tegahan dalam Islam...

Jadi, dah bagi hadiah kat orang tak payah nak minta balik... Apatah minta dibalas... Berilah dengan ikhlas... Kerana itu lebih baik di sisi Allah...

iPrice Blogger Competition – 11street.my

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

iPrice Blogger Competition – 11street.my | Satu lagi pertandingan blog yang di anjurkan oleh pihak iPrice.my yang merupakan sebuah online mall yang membandingkan harga bagi beberapa online mall. Jika website untuk perbandingan harga hotel ialah traveloka dan trivago, dan iPrice.my pula online mall untuk membandingkan harga barangan bagi produk harian dan keperluan kita yang ada seperi lazada.com.my, zalora.com.my, 11street.my dan sebagainya.




MF mendapat jemputan dari pihak iPrice.my untuk menyertai iPrice Blogger Competition. Hanya perlu membuat artikel mengenai sebuah online mall yang ada di pasaran sekarang dan cuba memberi cadangan untuk membaiki kelemahan yang ada dengan idea dan pengalaman sendiri dan ini bertujuan memudahkan lagi para pelanggan untuk terus membeli belah secara online tanpa ke kedai-kedai mahupun shopping mall. Semuanya dihujung jari sahaja sekarang. 

Untuk iPrice Blogger Competition ini MF memilih online mall 11street.my yang merupakan salah satu online mall  sentiasa MF dan suami MF pernah shopping suatu ketika dahulu sehinggalah berlaku masalah demi masalah buatkan MF serik nak membeli di 11street.my lagi. 


Pilih sebuah kedai e-dagang (online mall) pilihan MF

MF memilih 11street kerana online mall ini yang selalu MF berurusan suatu masa dahulu dan ada beberapa idea yang bernas MF nak kongsikan berdasarkan pengalaman MF yang pernah gila membeli belah di 11street.

Kenapa MF memilih 11street.my? Ini kerana barang-barang yang ada di online mall ini kerana harga yang ditawar juga cukup murah dan mengoda nafsu membeli belah sesiapa sahaja. 

Selain itu, 11street.my juga sentiasa memberi tawaran harga barangan yang tidak masuk akal seperti mana gambar di bawah ini.

 


Beg tangan jenis sandang biasa boleh dapat diskaun harga hingga 90% menjadikan harganya bawah RM10 ringgit... Maunya tak rambang mata bila masuk ke 11street.my ni...Jadi, tidak dinafikan lagi 11street.my ini merupakan online mall yang cukup hebat dalam memberi tawaran harga barangan yang menggugat jiwa kaki shopping online.


Masalah Yang Dihadapi oleh Online Shopper
Masalah.. mana-mana online mall mempunyai kelemahan masing-masing dan MF bukanya mencari kelemahan 11street.my tetapi sebagai jalan kepada permasalahan yang mungkin dihadapi oleh MF atau sesiapa sahaja yang pernah membeli online menerusi 11street.my

Ini kerana MF pernah mengalami satu masalah yang tidak sepatutnya terjadi dengan 11street.my ni.

Dulu, kiranya hujung tahun 2016, MF masih membeli di 11street.my sehingga terjadinya dua kali tertipu dengan barangan yang dibeli. MF ni biasanya bila beli online, akan refer review pelanggan, jadi kita yakin nak beli disitu... MF beli sejenis handbag, bergantung penuh kepada gambar yang diberi dan detail produk hanya menulis, produk tu merupakan produk baru... dan memang anggap takde masalah bila sebab seller tu hanya dari Pulau Pinang... Jadi paling lambat 7 hari bekerja boleh sampai barangnya. 

Selepas 7 hari tak kunjung tiba barangnya dan bila semak tracking number yang diberikan, dah seminggu tiada dalam sistem pos laju, terus adukan kepada 11street... menunggu lagi, 11street contact seller, lepas 3 empat hari macam tu, baru terima meseg, katanya barang yang MF nak beli tu habis stok kena tukar dengan warna lain... Akhirnya, tukar la... malas nak panjang cerita... keesokannya seller SMS lagi, katanya pilihan warna tu habis pula, dan last choice, kena pilih yang lain... Jadi, pilih aje lah... Disebabkan masalah tu, hampir sebulan barulah MF terima barangannya... dah terima kecewa juga sebab ingatkan materialnya kain ke hapa, rupanya beg getah... Memang rasa rugi juga dengan kos pos lagi, rasa baik beli kat pasar malam aje... memang menyesal masa tu... 

Tapi itu takpe lagi... Kali kedua, buatkan MF dan suami terus tak beli dengan 11street ni, sebabnya kecewa dengan kualiti barang... sebab ada seller jual barang lama yang tak laku, antaranya MF pernah beli stokin baby, harga nak kata murah biasa je la.. Tapi kotak atau packaging tu lusuh dan berhabuk teruk... Nampak la.. barangn lelong gayanya... Suami juga pernah beli cable USB, akhirnya terbuang sebab langsung tak boleh guna, dah la takde warranty. patut la murah sangat katanya... memang ada la barang rasa membazir beli tak guna dengan 11street.my ni.

Selain tu, satu lagi yang agak mengecewakan dengan 11street dengan kos penghantaran ni, setiap barang memang dicas kos yang agak tinggi, lagi banyak beli lagi banyak la kos pos kita nak kena tanggung... Pernah nak beli barang harga keseluruhan dalam RM300 sekali total kos pos hampir separuh harga barang. Terus tak jadi beli. 



Mencadangkan Penyelesaian Masalah

Dari pengalaman MF yang mengalami masalah dengan 11street.my di atas. MF ingin mencadangkan :-

Wujudkan komunikasi terus secara dua hala antara penjual dengan pembeli
Disebabkan masalah kehabisan stok dan stok yang tidak diupdate di website 11street.my, MF ingin mencadangkan pihak 11street.my wujudkan satu platform chatting supaya penjual dapat terus berhubung terus dengan lebih cepat antara penjual dan pembeli. 


Kurangkan kos penghantaran
Walaupun 11street.my selalu juga berikan kupon penghantaran percuma, tapi syaratnya ketat dan harga kupon hanya dengan potongan tertentu... sedangkan kos penghantaran meningkat sekarang ni. Jadi, mohon pihak 11street buatlah tawaran dengan diskaun penghantaran jika beli lebih 3 atau 5 barangan tertentu atau lebih had kos tertentu... Pasti ini akan lebih menarik lebih ramai pembeli online, sebab orang sekarang sangat suka beli online tapi dapat jimat dari segi kos pos. 


Pastikan penjual di 11street.my selalu kemaskini barangan mereka.
Masalah barangan kehabisan stok dan stok lama, pihak 11street.my seharusnya perlu peka dan lebih mengambil tahu penjual yang menggunakan perkhidmatan mereka. Pastikan penjual di 11street.my mengemaskini stok barang dalam kedai online mereka. Ini supaya pembeli tidak tertipu dengan barangan yang lama, lusuh atau terpilih barangan yang dah habis stok. 

MF rasa, itu sahajalah yang MF dapat kongsikan masalah dan cadangkan langkah penyelesaian kepada pihak yang berkenaan. 



Semoga perkongsian ini dapat membantu pihak 11street.my untuk terus maju ke hadapan dan dapat bersaing dengan online mall lain dan juga pihak iPrice dapat memasukkan barangan yang ada di 11street.my ke dalam website IPrice.my bagi memudahkan lagi online shopper untuk

30 Mac 2017

10 Tanda Hormon Wanita Tak Stabil

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

10 Tanda Hormon Wanita Tak Stabil | Wanita diciptakan dengan satu makhluk yang istimewa... Iaitu makhluk beremosi.. emosi wanita banyak dipengaruhi oleh hormon badan... Namun begitu kadangkala kita tak perasan hormon badan itu berubah... 

Berikut MF nak kongsikan 10 tanda seseorang wanita itu mengalami perubahan hormon... 

Hot flashes 
Hot flashes adalah gejala menopaus.  Tandanya dengan rasa panas di tubuh selama dua sampai 30 minit. Wajah menjadi merah dan panas jika disentuh. Hal tersebut diakibatkan perubahan hormon, sehingga pembuluh darah melebar serta denyut jantung meningkat

Berat badan naik mendadak
Memang tak banyak bahkan siap diet lagi... dan berolahraga dan kerap bersenam secara teratur, namun berat badan bertambah dan tak turun-turun, hal itu disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Jadi, kena stabilkan hormon badan untuk mudahkan penurunan berat badan.

Haid tidak teratur
Pusingan haid tergantung pada perubahan bulanan dalam hormon wanita. Jadi, jika ada perubahan hormon dalam tubuh, maka pusingan haid akan menjadi tidak menentu. Mungkin terlambat haid atau bahkan mengalami pendarahan lebih dari biasa akibat hiperaktiviti hormon.

Berpeluh
Hormon berperanan untuk membuatkan kita merasa sangat panas. Ketika hormon mulai berubah, kita akan berpeluh lebih banyak dan merasa letih.



Mudah marah
Ketika hormon mula tidak seimbang, kita menjadi mudah marah dan tertekan. Jadi, kaum suami kena faham la bila isteri tetiba je moody tu... Maknanya ada yang tak kena dengan hormonnya terutama bila nak datang haid, nifas atau mengandung memang ketara sangat perubahan hormon tu.. 

Kehendak seksual rendah 
Hormon yang tidak seimbang jelas mempengaruhi kehendak seksual wanita. Jika ghairah seksual menurun tidak seperti biasanya, boleh jadi hormon sedang kacau la tu.

Belum berjaya untuk hamil
Jika mencuba untuk hamil selama banyak kali namun belum mendapat hasilnya, maka harus siasat sama ada kot-kot menderita ketidakseimbangan hormon.

Rambut gugur
Salah satu terjadinya pertumbuhan rambut disebabkan oleh hormon. Jika memiliki kadar hormon yang tinggi, pertumbuhan rambut akan cepat dan tebal. Tetapi selama hormon tidak seimbang, mungkin kehilangan banyak rambut. Sebab tu lah waktu menyusu anak memang biasa rambut banyak gugur sebab perubahan hormon.

Kekeringan vagina 
Biasanya permukaan vagina tetap basah dan terlebih pada masa subur. Tetapi jika tiba-tiba perasan vagina kering dan gatal, boleh jadi itu adalah pengaruh rendahnya tingkat hormon.

Kuat Pelupa
Ketika mengalami gangguan hormon, memori aktif di otak akan gagal. Sebab tu mudah menjadi pelupa.


Ini antara tanda perubahan hormon badan... Jadi, jika ada tanda-tanda ini... Mungkin kita boleh berusaha untuk mengenalpasti punca dan elakkan dari berterusan moody... 

Menu Sarapan | Mini Pizza dari Roti Gardenia


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Minggu rasa nak bagi award kat diri sendiri sebab berjaya menyediakan sarapan pagi sepanjang pagi waktu hari bekerja... Jarang dapat mood ni... Alhamdulillah... Rasa Best pula walaupun makan tengahari dan malam tak masak, tapi sekurang-kurangnya dapat masakkan sarapan untuk suami dan anak-anak.. biasa suami beli je sarapan.. alhamdulillah minggu ni dapat jimat duit beli sarapan.

Menu hari Ahad hingga Selasa pisang goreng sahaja... Hari Rabu buat cekodok lemak... Jadi, alang-alang empat hari siapkan sarapan.. jadi hari ni nak masakkan sarapan juga...

Idea nak buat pizza datang selepas anak minta nak makan pizza... Lepas tu teringat resepi mini pizza yang pernah orang share kat Facebook dulu... Tu yang terus teruja nak buat... Cumanya MF olah sikit dengan bahan yang lebih mudah tanpa guna sos tomato atau sos cili .. sayur pun tak letak sebab anak-anak tak makan lada Benggala tu...

Semalam suami belikan tuna dan juga sosej... Cheese dan roti dah memang ada..



Pagi tadi, MF buatlah mini pizza... Dalam enam keping macam tu.. letak tuna, letak sosej dan potong cheese di atas sosej tadi... Cuba dua cara... Memula bakar dalam pemanggang ajaib... Macam susah juga sebab kena jaga api dan masa... Dah terhangus sikit bawahnya... Jadi garing la sikit... Dan lebihan empat keping masukkan aje dalam oven dan bakar dengan suhu 150 selama 10 ke 15 minit... Dalam oven senang... Bakar dan tinggal je...

Sekejap aje.. sebelum nak pergi kerja dah tinggal 2 keping.. Alhamdulillah... Seronok pula rasanya... Esok pikir nak masak menu sarapan apa pula ya.. rasa macam nak masak bihun goreng pula la... Hhmmmm... Apa lagi menu sarapan yang simple Dan sedap eh... Habis sangat, cekodok aje lah... Hehe...

Sini Bukan Rumah Kita!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


S I N I  B U K A N   R U M A H    K I T A

Kita bukan penduduk bumi,
kita adalah penduduk syurga.
Kita tidak berasal dari bumi,
tapi kita berasal dari syurga.

Maka carilah bekal
untuk kembali ke rumah kita,
kembali ke kampung halaman yang lama kita tinggal

Dunia ini bukan rumah kita,
maka jangan alpa dengan kesenangan dunia.
Kita hanya pejalan kaki dalam perjalanan
kembali ke rumah kita.

Tak Rindu ka pada kampung anda ?

Bukankah mereka
yang sedang dalam perjalanan pulang selalu mengingat rumahnya
dan mereka mencari buah tangan untuk kekasih hatinya
yang menunggu di rumah..

Lantas, apa yang kita bawa untuk penghuni rumah kita?


Rabb yang mulia
Dia hanya meminta
amal sholeh dan keimanan, taat pada Nya
serta rasa rindu padaNya
Yang menanti di rumah.

Begitu beratkah memenuhi perintahNya?

Kita tidak berasal dari bumi, kampung asal kita
 adalah di syurga.

Kenapa kita lupa?

Rumah kita jauh lebih Indah di sana.
Kenikmatannya tiada terlukiskan
dihuni oleh
orang-orang yang mencintai kita.
Ada isteri sholehah
Ada suami Sholeh
serta tetangga dan kerabat yang menyejukkan hati.
Mereka rindu kehadiran kita,
setiap saat menatap
menanti kedatangan kita.
Mereka menanti khabar baik dari Malaikat Izrail.

Bila Keluarga mereka akan pulang?

Ikutilah peta (Al Qur'an) yang Allah titipkan sebagai pedoman perjalanan.
Jangan sampai salah arah dan berbelok ke rumahnya iblis Laknatullah yaitu neraka.

Kita bukan penduduk bumi,
kita penduduk syurga.
Bumi hanyalah perjalanan.
Moga perjalanan kita kesana selamat dan diRahmati

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

INGAT INI BUKAN RUMAH KITA

29 Mac 2017

Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 29 Mac 2017, iaitu tepat jam 2.00 petang sehingga hari esok, 2.00 petang 30 Mac 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #25 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

WW | Personaliti Diri Berdasarkan Warna Kegemaran!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)











Dari warna tema blog boleh tahu, blogger tu wataknya macam mana. Hehe.. tapi takdelah 100% sama...

WW | Kaki Kipas

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Dalam organisasi mesti ada juga geng ni.. tak kisah la organisasi mana pun.. paling tidak seorang... Tapi ada juga yang dituduh kaki ampu sebab dia tak suka dengan majikan tapi bila ada yang berjumpa dengan majikan dikatakan kaki ampu..

Tapi bagi kaki ampu, udah Ler mengampu kipas majikan.. tak kemana pun jadi kaki kipas.. tak kan kekal lama..

28 Mac 2017

5 Punca Hormon Wanita Tak Stabil!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Punca Hormon Wanita Tak Stabil!


Setiap manusia Allah ciptakan hormon badan.. dan setiap hormon ni ada la fungsinya yang tersendiri...  Tapi hormon badan kita ni boleh berubah dan jadi tak stabil jika gaya hidup kita berubah juga... Ada 5 punca utama yang menyebabkan hormon tak stabil yang biasa dialami oleh majoriti manusia.



1. Stress
Stress bukan sahaja  buatkan hormon tak stabil tapi menyebabkan pelbagai penyakit fizikal dan mental. Jadi, kena belajar kawal stress untuk kembalikan kestabilan hormon badan.

2. Tak Cukup Tidur
Bila tak cukup tidur mula lah badan rasa lesu dan macam-macam penyakit lain datang. Bila dah jadi mak ni lagilah tak dapat nak tidur dengan cukup.. tidur ala kadar aje.. tengah malam mesti terbangun dan memang akan bangun kan... Jadi, kena rehat waktu siang juga kalau nak stabilkan balik hormon badan. 

3. Gaya pemakanan yang tidak sihat
Waktu makan yang tak teratur dan kurang ambil makanan yang tak berkhasiat. Walau makan supplement Mahal sekalipun tapi pemakanan tak jaga tak kan beri kesan pada badan. Cuma supplement mampu jadi penambah tenaga dan sebagainya. 

4. Banyak ambil minuman berkafein
Nampaknya bagi orang sukakan coklat, kopi dan teh kena seimbangkan dan jangan ambil berlebihan setiap hari... Hmmm.. nampak gayanya MF kena ubah juga yang ni.. ambil bila perlu sahaja.. 

5. Kurang ambil makanan bersumberkan omega-3
Makanan yang kaya omega ni biasanya ada pada ikan... Jadi, kena lebihkan ikan dari ayam.. dan sebenanrnya zaman sekarang ni pun ikan lebih sihat sebab ayam sekarang banyak cucuk-cucuk kecuali ayam organik tapi tak semua tempat ada jual ayam ni kan... 

Jadi, itulah 5 punca utama kenapa hormon wanita berubah dan stabil.. dan dari entry ni MF mula faham kenapa rasa kelainan pada diri sendiri tahun ni. next entry MF akan kongsikan kesan disebalik ketidakseimbangan hormon ini kepada tubuh kita pula... Semoga bermanfaat.

Tips Mudah Kenal Pasti Air Mineral dalam Botol

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bila mahu memilih air mineral, pastikan penutup botol air berwarna "selain putih" ( sama ada biru, hijau atau pink) sebab penutup botol berwarna putih hanya khas untuk air suling yang diambil dari air paip yang dibekalkan pada kita.

Kemudian periksa label, mesti tertulis sumber air yang digali.
-Dr. Zubaidi Ahmad​-



Tips mudah untuk kenal pasti air mineral dalam botol minuman... Jadi lepas tak payah nak belek lebih... Tengok penutup warna apa dan tengok label untuk lebih sahih... 

Masalah HATI Kronik!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Antara tanda kita itu ada ‘masalah’ pada hati atau sedang ditipu oleh perangkap SYAITAN adalah, apabila kita melihat, mendengar atau membaca seseorang berkongsi nasihat, tazkirah & inti yang baik kepada orang lain, KITA AKAN MULA MENYERANG individu yang menasihat dengan pelbagai tuduhan buruk atau berkata "Eleh dia pun pernah buat juga" & ungkit apa-apa kelemahan individu penasihat yang silam atau lebih teruk lagi dengan fitnah.



Sedarilah, walau sebenci manapun kita kepada seseorang Muslim yang lain, JANGAN sampai nasihat yang benar itu dinafikan..Hati-hatilah..jangan muflis di akhirat.

-Muhasabah Diri-

27 Mac 2017

Rabun Silau

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Masalah betul bila nak kena drive waktu pagi ni, mata silau sebab kena panah dengan lampu.. dah la sekarang ni jalan nak pergi kerja memang gelap sebab kawasan luar bandar kan... Lepas tu, lori pula besar-besar.. haishhh mencabar drive waktu pagi.. 

Tambah pula dengan pemilik kenderaan yang tak bertanggungjawab suka modified kereta, buh lampu LED putih.. lagi bertambah silau... MF pernah nak hampir eksiden baru-baru ni sebab ni lah.. 

Tapi rabun silau ni majoriti orang kita hadapi.. antara teruk dengan tak je kan... 

Apa Itu Rabun Silau?

Rabun silau atau nama perubatannya ‘astigmatisme’ berlaku disebabkan imej yang terbentuk lebih dari satu titik focus oleh permukaan kornea yang tidak rata. Apabila ini berlaku, cahaya yang masuk tidak dapat difokuskan pada satu titik sahaja lalu membentuk imej yang kurang jelas.


Gejala Yang Kerap Dihidapi Oleh Penghidap Rabun Silau:
  • Imej atau objek yang dilihat adalah kurang jelas.
  • Berasa perit pada bahagian mata.
  • Sakit kepala di mana tahap kesakitan sakit kepala yang berbeza-beza mata.
  • Mudah merasa letih.
  • Mata tidak selesa.
  • Imej dekat dan jauh kelihatan kabur
  • Sensitif pada cahaya
  • Ketegangan mata
  • Mata berair
  • Pandangan berlapis
  • Penglihatan ‘upside down’
  • Pandangan terherot
  • Juling iaitu keadaan mata yang tidak selari antara satu sama lain
  • Susah memandu pada waktu malam dan kadang-kadang pandangan nampak dua
  • Mata sering berkelip atau sering menutup mata


Tips Untuk Mengatasi Masalah Rabun Silau

  • Lihat pokok hijau dalam tempoh 10 minit pada setiap pagi. Tetapi anda hendaklah berdiri di satu posisi sahaja dan fokus kepada titik tersebut.
  • Elakkan untuk membaca buku atau melihat skrin telefon dalam suasana cahaya yang samar.
  • Banyakkan makan makanan yang mengandungi sumber Vitamin A seperti minum jus lobak merah, tetapi jangan menggunakan gula dan ais.
  • Jangan melihat skrin komputer terlalu lama. 
  • Setiap 30 minit,rehatkan mata dengan pejam dan celik berulangkali untuk meregangkan otot mata.
  • Makan supplement Vitamin A untuk membantu kesihatan mata.


Rawatan Yang Diperlukan Oleh Penghidap Rabun Silau:

1. Cermin mata

Pemakaian cermin mata adalah satu cara yang mudah dan selamat untuk semua orang. Malah, ia menjadi pilihan ramai kerana pelbagai reka bentuk cermin mata.

2. Kanta lekap

Kanta lekap memberikan keselesaan yang lebih berbanding memakai cermin mata. Terdapat kanta lekap khas untuk penghidap rabun silau tinggi iaitu kanta lekap Torik atau RGP. Namun, langkah penjagaan dan pemakaian kanta lekap yang selamat dan betul perlu dititikberatkan untuk mengelak sebarang komplikasi pada mata.

3. Pembedahan Kornea

Pembedahan kornea merupakan langkah akhir untuk merawat rabun silau ini. Teknik laser akan digunakan untuk menghapuskan kelengkungan kornea yang tidak sekata dan menjadikannya lebih berbentuk sferikal. Jadi, dapat doktor pakar dulu la sebelum buat keputusan untuk buat pembedahan.

Petua Tradisional Untuk Rawat Mata Rabun Silau

Pakai celak
Celak merupakan sunnah hebat anjuran nabi Muhammad s.a.w . Ini berdasarkan hadis:
Ibnu Majah meriwayatkan hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Hendaklah kamu memakai celak mata, kerana dapat menerangkan (menyihatkan) mata dan menyuburkan bulu mata” – (At Tibbun Nabawi)


Basuh dengan Air Daun Sirih
Amalkan basuh mata dan muka dengan air ramasan daun sirih.. ini petua mak MF la ni.. mak selalu buat camni.. memang terbukti juga la petua mak ni.. umur 60 tahun pun masih cerah matanya tanpa Spek mata... 

Jaga mata dalam pantang
Bagi wanita dalam pantang, orang tua-tua amat melarang membaca semasa dalam pantang. Tujuannya​ untuk jaga mata lah.. tapi zaman sekarang macam tak boleh nak amalkan kan.. hehe... 

Memang susah juga rabun silau ni sebab mata sensitif pada cahaya... Bahaya kalau nak memandu malam dan hampir senja. Tapi kalau biarkan makin teruk pula... Jadi setakat ni amalkan je petua yang ada.

Resepi Jamu Cairkan Lemak Di Perut!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Lepas bersalinkan anak ketiga.. Degil betul lemak perut ni... Pernah la MF amalkan krim pati halia, sapu dan berbengkung... memang berkesan tapi nak kena konsisten dan penuh disiplin... haha.. tapi main dengan sibuk urus rumahtangga, kadang tak sempat nak buat... 

Rimas juga bila perut buncit ni... segala jenis seluar kain sempit... 😭waaa... nangis bucu katil ok.. stress juga bila pakai dress dulu sekarang dah tak boleh nak pakai... nampak segala yang tak patut nampak... walaupun longgar, tapi kali ni nampak... sedih juga la.. tersadai dalam almari.. 

Jadi, dalam dok jenjalan, mencari idea menulis blog, terjumpa perkongsian kat Karangkraf ni... Dan perkongsian ni pun dari orang lain juga la. Petua hebat ini dikongsi oleh Puan Nor Zuraida SirnaHerb

Menurut Puan Nor Zuraida, dah memang amalkan petua ni... sebab dia dulu pun ada masalah yang sama... Tapi lepas dia amalkan setiap hari sebelum sarapan pagi dan malam sebelum tidur. Alhamdulillah, dia tak sangka dia dah boleh pakai seluar yang sama dan dapat zip elok tanpa sangkut kat perut lagi... 

Tu yang buatkan MF teruja sangat tu... Jadi, molek kiranya MF nak juga abadikan resepi jamu ni... Senang nak cari nanti...dan boleh kita slim sama-sama kan... :)

Jamu ni sesuai untuk ibu dalam pantang dan juga selamat untuk ibu yang menyusukan anak. Jom kita buat. Buat malam ni, esok bangun pagi terus slim... mana tau kan... Dan tuan empunya resepi kata resipi ini boleh buat steam badan juga.


Bahan-bahan:
7 sudu besar halba campur
1 sudu besar bunga cengkih
3 batang kulit kayu manis
1/2 sudu kunyit
1 uncang Teh Sanaa (Raja Herba) - Herba wajib, tak kena cara tak menjadi
5 biji bunga lawang

Cara-caranya:
1. Semua bahan direbus dalam periuk yang airnya 2 LITER. Rebus selama 9 -11 minit. Biarkan suam.
2. Kemudian masukkan sedikit ke dalam cawan dan tambah 1 sudu madu dan nak sedap lagi perah 1 slice lemon atau limau nipis.
3. Kacau lawan jam beserta niat untuk kesembuhan setiap pagi dan malam sebelum makan. In Sha Allah. Semakin slim. Boleh simpan dalam peti dan rebus kembali esoknya. Bahan ramuan jamu ini boleh tahan 3 hari sahaja. Lepas 3 kali rebus, kena guna bahan yang baru la ya.

Untuk bertangas:

Masukkan bahan rebusan dalam baldi pastu pakai kain batik buat macam berkemban dan berdiri. Teknik ni mempercepatkan lagi lemak-lemak lebihan tu cair... Lagilah cepat slim katanya cepatlah lemak lemak. Bila steam, pori-pori terbuka jadi khasiat rempah ini akan cepat berfungsi pada badan. Badan pun rasa ringan je.

Menurut tuan punya resepi, Ini kira jamu 4 in 1. Boleh minum, steam, tangas dan boleh buat mandian rempah.

Mudahnya nak sihat hanya di rumah. Mudahnya nak berpantang di rumah. Jamu ini sesuai untuk lelaki dan perempuan. Umur dah baligh boleh minum untuk kesegaran badan. 

Nak share dengan suami, boleh sama-sama slim nanti... hehe... suami kena cantik untuk isteri, isteri lagilah kena cantik untuk suami.. 

Bohong Sunat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Berbohong Yang Dibolehkan

أُمَّ كُلْثُومٍ بِنْتَ عُقْبَةَ بْنِ أَبِي مُعَيْطٍ وَكَانَتْ مِنْ الْمُهَاجِرَاتِ الْأُوَلِ اللَّاتِي بَايَعْنَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَتْهُ أَنَّهَا سَمِعَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ لَيْسَ الْكَذَّابُ الَّذِي يُصْلِحُ بَيْنَ النَّاسِ وَيَقُولُ خَيْرًا وَيَنْمِي خَيْرًا
قَالَ ابْنُ شِهَابٍ وَلَمْ أَسْمَعْ يُرَخَّصُ فِي شَيْءٍ مِمَّا يَقُولُ النَّاسُ كَذِبٌ إِلَّا فِي ثَلَاثٍ الْحَرْبُ وَالْإِصْلَاحُ بَيْنَ النَّاسِ وَحَدِيثُ الرَّجُلِ امْرَأَتَهُ وَحَدِيثُ الْمَرْأَةِ زَوْجَهَا 

Ummu Kultsum bin 'Uqbah bin Abu Mu'aith -dan ia termasuk perempuan yang turut hijrah dalam kelompok pertama yang berbaiah kepada Rasulullah SAW bahwasanya ia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang mendamaikan pihak-pihak yang bertikai, orang yang berkata demi kebaikan, dan orang yang membangkitkan (mengingatkan) kebaikan bukanlah termasuk pendusta." lbnu Syihab berkata; 'Saya tidak pernah mendengar diperbolehkannya dusta yang diucapkan oleh manusia kecuali dalam tiga hal, yaitu; dusta dalam peperangan, dusta untuk mendamaikan pihak-pihak yang bertikai, dan dusta suami terhadap isteri atau isteri terhadap suami (untuk meraih kebahagiaan atau menghindari keburukan).  (HR Muslim No: 4717) Status: Hadis Sahih




Pengajaran Hadis:

1.  Berbohong dan berdusta adalah perbuatan yang dilarang.

2.  Islam mengharuskan berbohong demi memelihara jiwa, harta dan harga diri dalam tiga hal:

a.  Dalam strategi peperangan (perang itu adalah tipu daya. Strategi peperangan tidak boleh diketahui oleh musuh)

b.  Dalam usaha mendamaikan antara pihak yang sedang bergaduh (elakkan daripada sesuatu yang boleh memarakkan api permusuhan dua pihak yang sedang berselisih melalui sesuatu perkhabaran yang mendamaikan contohnya kita belikan buah-buahan untuknya  dengan memberitahu sipolan (musuhnya) seorang yang baik hati yang mengirimkan untuk diberi padanya)

c.  Dalam usaha mewujudkan kebahagiaan dan keharmonian pasangan suamu isteri (contohnya suami menyatakan masakan isterinya teramatlah sedap sedangkan hakikatnya memang tak sedap).

Jauhkan perbuatan berdusta dan berbohong tanpa sesuatu alasan yang dibenarkan.

26 Mac 2017

Today is Purple Day | Pakai Baju Ungu Hari Ini Tanda Sokongan Kepada Pesakit Sawan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Today is Purple Day | Pakai Baju Ungu Hari Ini Tanda Sokongan Kepada Pesakit Sawan! | Hari ni adalah hari purple rupanya... Terbaca kat Google Plus la tadi, rupanya hari ni adalah hari purple sedunia... 


Kenapa purple???

Hari Ungu atau Purple Day adalah hari bersejarah yang dicipta oleh Cassidy Megan pada tahun 2008. Purple Day dicipta untuk memberi motivasi kepada dirinya supaya kuat melawan penyakit Epilepsy. Matlamat Cassidy adalah untuk mendapatkan orang bercakap mengenai epilepsi dalam usaha untuk menghapuskan mitos dan memaklumkan mereka yang mempunyai sawan bahawa mereka tidak keseorangan.

Pada tahun 2009, Anita Kaufmann Foundation and Epilepsy Association of Nova Scotia  berpangkalan di New York bergabung untuk melancarkan Hari Ungu di peringkat antarabangsa. Sebagai penaja global Hari Ungu, kedua-dua organisasi komited untuk bekerjasama dengan individu dan organisasi di seluruh dunia untuk menggalakkan kesedaran epilepsi.

Usaha-usaha gabungan AKF dan EANS telah membawa kepada penglibatan pelbagai organisasi, sekolah, perniagaan, ahli politik dan selebriti seluruh perkataan. Pada 26 Mac, 2009, lebih 100,000 pelajar, 95 tempat kerja dan 116 ahli-ahli politik mengambil bahagian dalam Hari Ungu. Penaja utama juga membangunkan bahan pemasaran dan media disediakan untuk muat turun percuma.



Pengenalan Kepada Penyakit Epilepsi

Epilepsi (epilepsy) adalah satu daripada gangguan otak pertama yang dapat dijelaskan dan dinyatakan sejak zaman Babylon purba lebih daripada 3000 tahun yang lampau. Perkataan epilepsi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud serangan. Epilepsi merupakan masalah gangguan fungsi otak pada sel saraf ataupun sel neuron tertentu yang menyebabkan otak tidak berfungsi dengan baik. Bagi pesakit epilepsi, aktiviti sel-sel neuron terganggu dan ini menyebabkan gangguan pada deria rasa, emosi dan kelakuan ataupun kadang kala sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri. Semasa berlakunya sawan, impuls daripada neuron dapat meningkat sehingga 500 kali dalam satu saat lebih laju daripada biasa di mana kadar normal 80 kali sesaat. 
Pada sesetengah penghidap penyakit ini, ia hanya berlaku sekali sekala dan pada sebahagian yang lain ia dapat meningkat sehingga ratusan kali sehari. Lebih kurang 2 juta rakyat Amerika Syarikat, 1 nisbah 100 mengalami sawan tanpa sebab ataupun didiagnosis sebagai epilepsi. Lebih kurang 8 peratus daripadanya yang didiagnos dengan epilepsi. Ianya dapat diawasi dengan perubatan moden dan pembedahan. Walau bagaimanapun 20 peratus daripada pesakit epilepsi mengalami sawan berulang walaupun menerima rawatan terbaik. Doktor memanggil keadaan ini sebagai keadaan sawan yang tidak dapat dikesan. Tidak semua yang mengalami sawan didiagnos sebagai pesakit epilepsi tetapi hanya apabila individu itu mengalami sawan dua kali ataupun lebih, ianya dianggap epilepsi. 
Epilepsi bukan sejenis penyakit berjangkit dan tidak disebabkan oleh penyakit mental ataupun terencat akal. Sesetengah pesakit yang mengalami terencat akal mungkin ada pengalaman sawan. Ramai orang yang mengalami epilepsi mempunyai kecerdasan normal ataupun lebih tinggi. Kadangkala sawan menyebabkan kerosakan otak apabila berkeadaan teruk. Namun tidak banyak sawan yang memberi kesan merbahaya kepada otak. Sebarang perubahan yang berlaku biasanya sukar difahami dan ianya tidak jelas walaupun perubahan-perubahan ini disebabkan oleh sawan itu sendiri ataupun disebabkan oleh perkara lain. 
Walaupun epilepsi sukar diubati, bagi sesetengah individu ia hilang begitu saja. Ada kajian mendapati kanak-kanak yang mengalami epilepsi yang tidak diketahui puncanya mempunyai 68 hingga 92 peratus untuk sembuh sepenuhnya selepas 20 tahun didiagnos. Kemungkinan sihat sepenuhnya adalah agak sukar bagi orang dewasa ataupun kanak-kanak yang mengalami sindrom epilepsi yang teruk. Namun ia dapat diubati dengan menggunakan teknik perubatan yang moden ataupun pembedahan epilepsi. 
Epilepsi adalah satu gangguan yang berpunca daripada banyak sebab. Apa sahaja yang menganggu aktiviti normal neuron sama ada berpunca daripada penyakit, kerosakan pada otak, perkembangan otak yang tidak normal dapat menyebabkan berlakunya sawan. Epilepsi berlaku berpunca daripada impuls otak yang tidak normal, iaitu ketidakseimbangan dalam penghantaran isyarat pada sel saraf yang dikenali sebagai penghantar impuls saraf ataupun gabungan daripada faktor-faktor yang lain. 
Para pengkaji berpendapat pesakit epilepsi pada tahap serius mengalami pencetusan penghantaran impuls saraf yang meningkatkan aktiviti neuron. Manakala pesakit epilepsi pada tahap rendah mengalami penghalang penghantar impuls saraf yang mengurangkan aktiviti neuron pada otak. Kedua-dua keadaan ini menyebabkan epilepsi. 
Kajian paling popular yang dilakukan bagi penyakit epilepsi adalah gama-aminobutyric acid (GABA) yang menjadi penghalang penghantaran impuls saraf. Kajian ini mengkaji cara sejenis ubat dapat memberi tindak balas pada penghantaran impuls saraf otak dan cara otak bertindak balas . Selain daripada itu mereka juga mengkaji pencetusan penghantaran impuls saraf seperti glutamate. 
Kajian pada haiwan menunjukkan otak berterusan menyesuaikan diri dengan perubahan pada rangsangan dan perubahan kecil pada aktiviti neuron. Apabila ianya berulang berkemungkinan membawa kepada epilepsi mendadak. Para penyelidik membuat penyelidikan sama ada fenomena yang dipanggil penularan ini juga berlaku kepada manusia. 
Dalam kebanyakan kes, epilepsi juga mungkin terjadi daripada perubahan yang bukan daripada sel neuron otak yang dinamakan glia. Sel ini menyelaras kandungan bahan kimia dalam otak yang dapat memberi kesan kepada isyarat neuron. 
Lebih kurang separuh daripada semua kes sawan tidak diketahui sebabnya. Walau bagaimanapun dalam kes-kes lain, sawan secara jelasnya berkaitan dengan jangkitan, kecederaan ataupun lain-lain masalah yang dapat dikenal pasti. 
Kajian menunjukkan faktor genetik adalah faktor yang paling penting berlakunya epilepsi. Beberapa jenis epilepsi dikesan di mana terdapat keabnormalan dalam jenis gen tertentu. Kebanyakan jenis epilepsi cenderung terjadi kepada ahli keluarga, di mana gen mempengaruhi epilepsi. Lebih 500 jenis genetik yang diketahui membawa kepada epilepsi. 
Gen juga mungkin dikawal oleh aspek-aspek lain dalam badan yang bertindak balas pada ubat-ubatan dan setiap orang mudah terkena sawan. Keabnormalan pada gen yang mengawal pemindahan neuron pada peringkat kritikal dalam perkembangan otak dapat membentuk neuron-neuron yang abnormal ataupun dplasiais di dalam otak yang menyebabkan epilepsi. 
Bagi sesetengah kes, gen menyebabkan berlakunya sawan, walaupun bagi mereka yang tidak mempunyai sejarah keluarga yang mengalami gangguan sawan. Individu ini mungkin mempunyai satu keabnormalan yang baru ataupun mutasi di dalam epilepsi yang berkaitan dengan gen.
-Sumber: Majalah Sains-

Jadi sebagai tanda sokongan dan memberi semangat kepada pesakit sawan, salah satunya kita sebarkan kempen kesedaran dan sokongan penyakit epilepsi dan juga menyokong kempen ini dengan memakai baju ungu hari ini... MF baru teringat pasal ni... Balik ni nak pakai baju ungu la... sebagai tanda sokongan... Moga pesakit sawan ni cepat sembuh dan kuat menghadapi dugaan hidup... Penyakit sawan ni bukan penyakit biasa, ada yang boleh disembuhkan ada yang berlarutan hingga dewasa... Jadi sesiapa yang pernah berhadapan dengan pesakit ini tahu lah kan... kesan penyakit ni.. sangat berbahaya, bahkan boleh sebabkan kematian dan kecacatan kekal. 

Bagi bayi dan kanak-kanak yang demam mudah kena sawan... Sebab tu bila demam pastikan demam dikawal dan paling utama basahkan kepala anak sentiasa... supaya suhu tinggi tak sampai ke saraf kepala. 

Sumber rujukan: purpleday.com
Sumber gambar: google images

Sabar Je La Hadap Perangai Manusia!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sabar Ketika Bersama Manusia

عَنْ يَحْيَى بْنِ وَثَّابٍ عَنْ شَيْخٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ إِذَا كَانَ مُخَالِطًا النَّاسَ وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ خَيْرٌ مِنْ الْمُسْلِمِ الَّذِي لَا يُخَالِطُ النَّاسَ وَلَا يَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ
قَالَ أَبُو عِيسَى قَالَ ابْنُ أَبِي عَدِيٍّ كَانَ شُعْبَةُ يَرَى أَنَّهُ ابْنُ عُمَرَ

Dari Yahya bin Watsab dari seorang syeikh salah seorang sahabat Rasulullah dari Nabi SAW baginda bersabda: "Jika seorang muslim bergaul (berinteraksi sosial) dengan orang lain dan bersabar atas gangguan mereka, adalah lebih baik daripada seorang muslim yang tidak bergaul (tidak berinteraksi sosial) dengan orang lain dan tidak bersabar atas gangguan mereka." Ibnu Abi Adi berkata: Syu'bah berpendapat syeikh itu adalah Ibnu Umar. (HR Tirmizi No: 2431) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Sifat sabar adalah tuntutan Iman yang perlu ada pada setiap Muslim

2.  Kewujudan kita di tengah-tengah  masyarakat adalah suatu keperluan untuk merebut peluang berperanan memperbaiki (mengislahkan) masyarakat.

3.  Berada di tengah-tengah kelompok manusia yang pelbagai ragam,  melakukan engagement dengan semua golongan dan kaum, pastilah akan menghadapi pelbagai kerenah, kejahatan dan kesulitan.

4.  Muslim yang ingin ganjaran besar di sisi Allah akan menghadapi semua golongan masyarakat, Islam dan bukan Islam atau pelaku maksiat ketika mengauli mereka dengan sifat RAHMAH bukan kebencian, permusuhan dan perkauman.

5.  Bersabar menghadapi pelbagai karenah kelompok semasa engagement dilakukan akan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah

6.   Mereka yang memilih untuk berada di luar dari tengah-tengah manusia atau di tengah-tengah kejahatan tidak seharusnya merasa dirinya lebih suci dari mereka yang yang berada di tengah-tengah manusia dan kejahatan.


Zaman sekarang ni memang kena sabar hadap manusia yang pelbagai ragam... Dengan mulutnya, dengan ragam keyboard worrior nya... Dengan masing-masing tak nak mengalah... Dengan manusia yang suka judge orang lain dan juga manusia yang suka busy body dengan kehidupan orang lain... Memang kena banyak sabar... Kalau tak sabar memang boleh jadi gaduh jawabnya... Sebab tu adakalanya kalau kawan di alam maya ni... Langkah unfriend dan unfollow tu langkah terbaik untuk elakkan persengketaan... Daripada berlakunya permusuhan kerana tak sefahaman...

25 Mac 2017

Doa Untuk Isi Hati

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



 الله، تياد اڤ يڠ داڤت ممبنتوكو تروس هيدوڤ،
چوما هاڽ دڠن هدايه دان ڤتونجوقمو،
يڠ سلالو لوڤا، ليك، لالاي، الڤا تنڤا ڤڽسالن،
دڠن دوسا2 يڠ تله اكو لاكوكن

اكو ايڠين مراساكن كمانيسن ايمان،
هيدوڤ بهاڬيا، برتمبهله چينتا كڤدامو،
سلامتكن له اكو يا الله،
دري تيڤو داي دنيا،
تتڤكن هاتي دان چينتاكو
هارڤ ننتي كيت كن برتمو

سلامتكن لا اكو يا الله،
جاڠن تيڠڬل كن كو سنديرين
كو ننتي ڤنوه كريندوان
سلامت دنيا دان اخيرة


يا الله..
ڤنجڠكنله عمور صحابة-صحابةكو;
كورنياكنله كصيحتن يڠ باءيق ڤدڽ;
تراڠي هاتيڽ دڠن نور ڤانچرن ايمان;
تتڤكنله هاتيڽ;
ڤرلواسكنله رزقيڽ;
دكتكنله هاتيڽ كڤد كبايكن;
جاوهكنله هاتيڽ ڤد كجاهتن;
تونايكنله حاجةڽ باءيق حاجة دالم اڬام، دنيا دان اخيرة..

يا الله..
جاڠن بياركن صحابة-صحابةكو ترتاتيه دان ترجاتوه دالم ڤرجالنن ڤنجڠ مڽرو مأنسي كجالن-مو;

يا الله..
كورنياكنله صحابة-صحابةكو كسنڠن، كتنڠن، كچمرلڠن هيدوڤ د دنيا دان اخيرة كلق..

أمين..

Perkara Mustahil Dapat Buat Selepas Bergelar Mak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Memang betul mimpi...
Tak dapat dah nak tidur lena waktu malam apatah lagi tidur siang.. jangan mimpi lerr...

Nak makan dengan penuh nikmat.. kena tunggu anak tidur la jawabnya.. tapi mampu kah????Haha

Yang ni lagi mimpi.. dapat rehat sepuasnya.. memang mimpi di siang hari lahir.. sehari lebih sepuluh kali kemas rumah​..Macam mana nak rehat...

Tapi bab dating dengan suami tu masih kekal kan cuma tak mampu lagi nak buat kat luar.. dating dengan suami bila anak-anak tidur.. memang buat yang ni dari zaman lepas kahwin.. sebab kita tak nak anak menjadikan hubungan suami isteri hambar...Dan mesra semata-mata hubungan kelamin shaja.. jadi, point ni MF kurang bersetuju lah.. sebagai suami isteri kena bijak jaga hubungan suami isteri ni.. kena ada mood honeymoon sentiasa.

Tapi memang dah jadi mak banyak pengorbanan.. sebab tu dalam Islam ibu tiga kali lebih utama dari bapa.. sebab tak kan ternilai dan tak kan dapat balas jasa seorang ibu kepada kita. Ibu bukan korbankan tenaga, bahkan masa dan emosinya juga demi anak-anaknya yang tercinta... 


24 Mac 2017

Cara Baca Tekanan Darah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Setiap orang pasti pernah kena periksa tekanan darah. Hatta kita demam, pergi klinik atau hospital, mesti akan diperiksa tekanan darah kita.. Setiap kali bacaan darah diambil, mesti doktor akan tulis dua nombor, atas dan bawah... owh.. kadang doktor tulis, yang atas tinggi, bawah macam ok sikit tapi paras jaga-jaga... ada kan macam tu...

Jadi, macam mana nak baca tekanan darah tu??? Apa maksud nombor atas bawah tu???

Jom faham, cara tekanan darah kita dibaca...

 

Jadi, faham dah kan.. MF pun dah faham, cara darah kita dibaca oleh doktor.. takde la terpinga-pinga lagi.. 


Info Grafik ini dibawakan oleh: MedikTV

Cara Mudah Tukarkan Lemak Kepada Duit!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




Ada yang nak?

.......... kalau betul lah kan, anda sanggup tak bersenam setiap hari demi menghilangkan lebihan lemak pada badan anda demi wang tunai?


Itulah cara paling mudah dan jimat nak kurus atau bakar lemak, bersenam setiap hari... 20 minit setiap sesi 3 kali seminggu... 

dan selain tu amalkan:



Cara paling mudah ialah minum banyak air masak, ambil makanan karbohidrat dan sertakan lima sayuran seperti dalam gambar untuk menyingkirkan lemak perut. 

Sumber: MedikTV 


Jadi, sebenarnya, untuk berjaya nak kurus kena disiplin amalkan gaya pemakanan dan gaya hidup sihat setiap hari... 

Kalau dah pagi telan nasi lemak dengan teh tarik kaw selepas bersenam, jangan mimpi nak kurus ya! Belilah produk ribuan ringgit sekali pun, kalau takde disiplin, tidak ke mana kurus tu... 

Doa Pagi Jumaat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



"Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebajikan dan keselamatan dalam agama, dunia, keluarga dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku (aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang) dan tenteramkan lah aku dari rasa takut. Ya Allah! Peliharalah aku dari depan, belakang, kanan, kiri dan atasmu. Aku berlindung dengan kebesaranMu, agar aku tidak disambar dari bawah kulit (oleh ulat atau bumi merekah yang membuat aku jatuh dan lain-lain)"

23 Mac 2017

Kenapa Orang Perempuan Tak Serik Beranak Ramai?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kenapa Orang Perempuan Tak Serik Beranak Ramai? | Tiba-tiba terfikir nak kongsikan hal ini... Sebab bila ada masalah, pandang je anak rasa tenang sangat.. tak tau nak gambarkan. Mungkin orang lain tak faham kenapa orang perempuan ni sanggup nak beranak ramai... Bahkan lelaki sendiri tak faham, perempuan ni tak serik ke ???

Bagi suami yang nampak sendiri kesakitan isteri bersalin...Baguslah... Bagi yang tak pernah dapat nak teman isterinya... Mungkin tak berapa nak faham sakit tu.. mungkin anggap sakit bersalin tu macam sakit berak sembelit je kot kan.. tak pe ... Orang perempuan faham bahawa lelaki memamng tak kan faham..

Sebenarnya punca dan faktor utama orang perempuan ni tak serik beranak ramai ialah...Berkat Anak itu sendiri!!! Tautan dua jiwa iaitu anak dan ibu itu sukar nak gambarkan dengan perkataan...



Anak ni sumber utama kekuatan bagi seorang isteri dan juga ibu... Kuatnya seorang ibu harungi dugaan dalam rumahtangga bila dia lihat wajah anak-anaknya...

Allah berikan ketenangan kepada seorang ibu bila dia lihat anak dia, hilang masalah dia... Bila di lihat wajah anak dia hilang semua derita hati dia... Bila dia lihat wajah anak dia... Tenang hati dia... Itulah keistimewaan dan keajaiban Allah ciptakan seorang anak kepada seorang ibu...

Berapa ramai Ibu tunggal yang mampu hidup sendiri selepas ditinggalkan suami.... Ramai... Tapi nisbah bapa tunggal agak kurang... Bukan tak ada... Tapi tak seramai ibu tunggal.

Jadi, isteri ni tak kan serik beranak ramai... Sebab anak tu kekuatan dia... Tak larat macam mana pun, tapi sebab anak dia jadi larat... Hebat dan sungguh hebat yang menciptakan hubungan antara ibu dan anak ini... Iaitu kuasa Allah yang maha menciptakan.


Jadi, buat para suami... Hargailah isteri anda... Dia ada anak yang menyebabkan dia boleh move on dalam hidup dia... Tapi suami pula kekuatannya ialah isteri... Jadi, kalau tak hargai isteri... Meranalah badan...

Jadi, fikirkan lah ye... Renung-renungkan... Selamat beramal.