GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

KERANA 2 LUBANG NI, RAMAI YANG KE NERAKA!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kemaluan dan Mulut Penyebab Ramai Keneraka

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ أَكْثَرَ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ النَّارَ الْأَجْوَفَانِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْأَجْوَفَانِ قَالَ الْفَرْجُ وَالْفَمُ قَالَ أَتَدْرُونَ أَكْثَرَ مَا يُدْخِلُ الْجَنَّةَ تَقْوَى اللَّهِ وَحُسْنُ الْخُلُقِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Sesungguhnya kebanyakkan penyebab manusia masuk neraka adalah disebabkan dua lubang.  Para sahabat bertanya; "Wahai Rasulullah, apakah dua lubang itu?" maka baginda bersabda: "Kemaluan dan mulut. Baginda bersabda: Tahukah kalian apa penyebab kebanyakan orang masuk syurga? Jawab baginda:  taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik." (HR Ahmad No: 9319) Status: Hadis Hasan

Kemaluan dan Mulut Penyebab Ramai Keneraka


Pengajaran:

1.  Seseorang akan ditempatkan kedalam neraka disebabkan amalan dan dosa yang dilakukan.

2.  Kebanyakan penghuni neraka adalah berpunca dari dosa kemaluan (seperti berzina, homoseks, lesbian, gay) dan dosa mulut dan lidah (makan dan minum dari sumber yang haram, mengumpat, memfitnah, menghina, merendah-rendah orang, mengadu domba dan lain-lain - yang diterjemah dalam bentuk lisan dan tulisan).

3.  Seseorang akan ditempatkan ke dalam syurga disebabkan rahmat Allah atas amalan soleh yang dilakukan.

4.  Kebanyakan penyebab seseorang masuk syurga nanti adalah berpunca dari sifat taqwanya serta akhlak terpuji yang dimiliki.

5.  Semoga akhlak terpuji yang dimiliki seseorang akan menjadikannya orang yang bertaqwa di sisi Allah.

Suburkan akhlak mulia dalam diri masing-masing dan peliharalah kemaluan dan mulut dari sesuatu yang keji.

Mulut tu memang banyak hadis menjelaskan tentang bahana mulut yakni lidah...  sebab tu dikatakan lidah tak bertulang pandai bermain kata-kata. Silap kata ke neraka lah kita.

Kemaluan, dari perkataan dasar kaitu malu... Kalau tak tau malu..memang kemaluan tu akan jadi satu kemahuan... Nauzubillah... Salah satu cara jaga kemaluan, bagi wanita jagalah aurat...Dan bagi lelaki jagalah pandangan.. Sama-sama jaga InshaAllah.. Kemaluan akan terpelihara.

4Ulasan

  1. semoga kita dilindungi drp dua lubang itu....

    BalasPadam
  2. jagalah mulut dan kemaluan kita supaya terhindar daripada api neraka.

    BalasPadam
  3. Semoga kita sentiasa dalam keadaan baik di dunia dan di akhirat. InsyaAllah. Aamin. :)

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ