GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Ini Cara Mengawal Marah Yang Nabi SAW Ajar!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ini Cara Mengawal Marah Yang Nabi SAW Ajar! | Marah ni sifat yang normal ada pada seseorang.. Tapi kita kena kawal marah sebab kesan marah sangat dasyat. 

Jadi.. Nabi SAW ajar kita cara kawal marah ni supaya tak jadi melarat... 

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَنَا إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ وَهُوَ قَائِمٌ فَلْيَجْلِسْ فَإِنْ ذَهَبَ عَنْهُ الْغَضَبُ وَإِلَّا فَلْيَضْطَجِع

Dari Abu Dzar ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda kepada kami: "Jika salah seorang dari kalian marah dan ia dalam keadaan berdiri, hendakah ia duduk. Jika rasa marahnya hilang (maka itu yang dikehendaki), jika tidak hendaklah ia berbaring (HR Abu daud No: 4151)  Status: Sahih


Ini Cara Mengawal Marah Yang Nabi SAW Ajar!

Pengajaran:

1.  Rasulullah adalah sebaik-baik contoh dan pemberi nasihat untuk diikuti.

2.  Rasulullah mengajar cara mengawal marah antaranya jika berdiri ketika marah, hendaklah duduk (orang yang berdiri, dia dalam keadaan bersedia untuk bertindak berbanding ketika duduk)

3.  Jika masih marah ketika dalam kedudukan duduk, hendaklah orang tersebut menukar posisi dengan berbaring (kedudukan berbaring sangat kecil kemungkinan untuk bertindak).

4.  Diam juga satu daripada cara mengawal marah. Rasulullah bersabda:

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ إِذَا غَضِبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْكُتْ

Dari Ibnu 'Abbas dari Nabi SAW baginda bersabda: Apabila seorang dari kalian marah, hendaklah ia diam. (HR Ahmad)

Jadi, berusahalah dengan melakukan sesuatu untuk mengawal sifat marah. 

Jika marah semasa berdiri, tukar posisi kepada duduk, 
jika marah ketika duduk... tukar kepada berbaring. 
Jika berbaring pun rasa nak marah, Diam 
Diam tak hilangkan marah, ambil wuduk...
Baca al-Qur’an dan zikir.. 

Dan cara mudah kawal.marah... Tarik nafas dalam-dalam dan baca taawuz.. 
(اعوذ بالله من الشيطان الرجيم)

Moga kita dapat belajar untuk kawal marah... 

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ