GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

HAL ARTIS BOLEH JE BACA, APA SALAHANYA LUANGKAN MASA BACA HAL INI KEJAP!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Setiap hari ada saja kisah mencuri, merompak, merogol dan sebagainya..  Seperti biasa bila ada kes begini.. Komen netizen ialah "buat aje hukum hudud, selesai masalah"... 

Ya!!! Diakui... Hukum hudud dan hukum syariat Islam hukum terbaik dalam mengawal jenayah...  Tapi sejauh mana kita faham hukum hudud? 

Ada yang menyokong dan ada juga menentang...  Sememangnya hukum menentang hukuman hudud ni berdosa... Tapi nak sokong dan nak tentang hukum hudud ni baik kita faham... Biarlah kita buat keputusan tu dengan ilmu... Bukan ikut kata orang... 

Jadi... MF nak kongsikan satu artikel penjelasan hukum hudud yang buatkan semua orang akan lebih faham tentang hukum hudud... 

Ambillah sedikit masa untuk baca... Tak rugi..  Tapi anda akan rasa ilmu anda bertambah selepas baca artikel ini... 


Sumber: google images

Happy reading...😊

Hari ini aku baru habis paper pertama iaitu Evidence And Procedure Syariah Court atau dalam bahasa Melayunya, Pembuktian dan Prosedur Mahkamah Syariah.  
1) Satu benda yang aku nak kongsi adalah, sebenarnya nak mengenakan hukuman Hudud ni sebenarnya amat payah. Aku rasa kalau Hudud ni dijalankan kat Malaysia, dalam 10 tahun ada lah 3-5 orang je yang kena hukum Hudud.  
Kenapa aku cakap macam ni?  
Sebab, nak buktikan sesuatu sehingga seseorang itu dihukum Hudud, amat ketat sekali.  
2) Contohnya, seorang lelaki dan seorang perempuan ditangkap kerana berzina.  
Si lelaki mengaku bersalah kat Mahkamah, tapi tetibe perempuan tu pulak tak mengaku salah. Padahal diorang sama - sama kena tangkap.  
Bila keluar keputusan, yang si lelaki kena Hudud, tapi yang perempuan kena Takzir je. Tak kena Hudud pun si perempuan ni. Sebab, pengakuan si lelaki ni hanya untuk dia sahaja, dan tak boleh libatkan perempuan tu sekali.  
Ini ikut pendapat Shafie, Ahmad dan Malik. Kalau ikut pendapat Hanafi, lagilah. Dua-dua lelaki dan perempuan ni tak kena Hudud langsung kerana pengakuan itu mengandungi keraguan.  
3) Dari segi saksi, even ada 4 orang yang tengok perbuatan zina tu sebetul-betulnya, tapi daripada 4 saksi tu salah seorangnya wanita, maka kedua-dua pesalah zina ini tidak boleh dikenakan hukum Hudud.  
4) Dari segi Qarinah, atau dalam bahasa Melayunya Bukti Keadaan Sekeliling (betulkan kalau salah), kalau penguatkuasa terjumpa seorang perempuan bujang yang mengandung, mahkamah tak boleh assume yang perempuan ni pernah berzina. Ini kalau ikut Hanafi, Shafie dan Hanbali.  
Bayangkan, padahal perempuan tu tak kahwin lagi kot. Dah tentu-tentu lah zina. Tapi, mazhab Hanbali kata apa? Mereka kata, kita tak boleh kenakan Hudud ke atas perempuan ni, walaupun tahu dah dia ni hamil di luar nikah sebab mungkin perempuan ni dirogol atau termengandung secara tak sengaja.  
Pergh. Punyalah Islam berbaik sangka pada umat dia.  
5) Ada satu istilah dinamakan sebagai Al-Ra'yu Al-Khabir atau dalam bahasa Melayunya Pendapat Orang Yang Pakar. Dalam perundangan Islam, pengakuan si pelaku dan saksi merupakan bukti terpenting untuk mengenakan apa-apa hukuman.  
Namun, salah satu bukti terpenting selain daripada kedua-dua itu adalah, Pendapat Orang Yang Pakar. Pendapat Orang Pakar ini maksudnya keputusan DNA dari Forensik, penentuan dara seorang wanita dan pemeriksaan tulisan manusia.  
Dalam Mazhab Hanbali, sekiranya ada lelaki dan perempuan ditangkap berzina, dah cukup dah 4 saksi lelaki yang adil yang nampak kemaluan lelaki itu sudah masuk ke dalam kemaluan perempuan, tetapi, apabila doktor pakar mendapati bahawa perempuan itu masih dara, maka, tak boleh dikenakan hukuman Hudud ke atas mereka berdua disebabkan ada keraguan. 

6) Kalau kita bincang isu Iqrar atau dalam bahasa Melayunya pengakuan, kita akan terkejut tengok fakta-fakta ini: 
i- Sekiranya seseorang itu mengaku kesalahan yang dia buat, kemudian sebelum hakim jatuhkan hukuman, tiba-tiba dia tak mengaku salah. Pada pendapat Mazhab Hanafi, orang itu tak boleh dikenakan Hudud.  
ii- Jika seseorang itu mengaku salah, lepas tu Hakim dah jatuhkan hukuman dah, tinggal nak rotan je, tiba-tiba orang ni tarik balik pengakuan dia. Ikut Imam Abu Hanifah, orang ini tak boleh dikenakan Hudud, dan Hakim perlu buat keputusan baru.  
iii- Walau bagaimanapun, mazhab Shafie, Maliki dan Imam Ahmad kata, kalau lah dia tarik balik pengakuan dia, tapi bukti-bukti dah cukup, dia kena juga Hudud.  
iv- Kalau ikut Imam Abu Hanifah, kalau kat luar dia mengaku salah, tapi bila dalam court dia tak mengaku salah, court akan kira dia tak mengaku salah. 
v- Kalau seorang saksi tu, mula-mula cakap dia nampak orang ni buat salah, lepas hakim buat keputusan, tiba-tiba saksi ni kata dia tak nampak. So, hakim kena buat balik keputusan, dan orang tu tak boleh kena Hudud.  
7) Adakah apabila seseorang tu tak kena Hudud, maka dia dilepaskan gitu saja? Oi, senang la macam tu, sebab kurang bukti, dia dilepaskan macam tu. Gitu?  
Takkk. Dia tetap akan bersalah cuma dihukum bawah hukuman Takzir. Takzir ni level dia bawah Hudud, namun ia bukan satu hukuman ringan. Ia satu hukuman yang berat juga, tapi tak boleh sama dengan Hudud.  
Maksudnya, kalaulah macam kes lelaki mengaku, tapi perempuan tak mengaku berzina, padahal kedua-duanya ditangkap sama. Lelaki tu kena Hudud dengan disebat 100 kali, tapi, yang perempuan tu mungkin kena sebat 50 kali je.  
Di Malaysia, even kita tak guna Hudud, tetapi kita guna Takzir. 

8) Dalam Malaysia ni, ada 4 jenis golongan.
Golongan pertama, orang yang tentang Hudud tapi tak tahu Hudud tu apa.  
Golongan kedua, orang yang tentang Hudud dan dia tahu Hudud tu apa.  
Golongan ketiga, orang yang sokong Hudud dan tahu Hudud tu apa.  
Golongan keempat, orang yang sokong Hudud tapi tak tahu mende pasal Hudud ni.  
9) Orang yang paling bahaya sebenarnya orang yang keempat, sebab dia sokong sesuatu tapi tak tahu dia sokong apa.  
Orang yang sokong tapi tak tahu apa yang dia sokong kesan buruknya sangat banyak. Antaranya, golongan macam ni lah yang akan buat orang lain salah faham pasal Hudud. Lastnya, disebabkan dia, orang bukan saja meluat dengan Hudud, malah jadi penentang pulak.  
Pernah sekali tu, aku baca satu komen, kata dia, Hukum hudud ni perlu dijalankan di Malaysia sebab boleh bagi hukuman setimpal kepada pembunuh-pembunuh Malaysia.  
10) Bang, Hudud ni cover 7 jenayah je. Minum arak, fitnah orang berzina (qazaf), zina, mencuri, merompak, memberontak pada pemerintah adil dan murtad.
Yang jenayah lain tak disebutkan di atas, semuanya di bawah jenayah Qisas dan Takzir.  
Bunuh, pukul orang, cederakan orang, sakitkan badan orang, ni semua Qisas. Qisas ni 'kau buat aku, kau kena balik'. Membunuh bukan jenayah Hudud, tetapi ia Qisas.  
Jenayah lain, bukan Islam tak cover, tetapi Islam bagi ruang kepada pemerintah untok tulis undang-undang sendiri yang adil bagi hukum pesalah-pesalah jenayah lain. Yang penting, jenayah Hudud dan Qisas ni jangan diubah.  
11) Berdasarkan informasi tentang Hudud yang aku bagi tadi, jelaslah sebenarnya bukan mudah nak jatuhkan hukuman Hudud ni.  
Pesalah tu mungkin dibicara atas tuduhan dalam Hudud, tetapi hukuman dia kemungkinan besar Takzir 
Ye lah, kau bayangkan, sedikit saja kesilapan atau keraguan dalam bukti, terus tak boleh Hudud. Nak jatuhkan hukuman Hudud ni, dia punya teliti, sampaikan walau secoit benda tak ikut syarat hukuman, makan Hudud tu tak boleh dilaksanakan.  
12) Di Malaysia, kita dah amalkan beberapa prinsipal Hudud, sepertimana yang terkandung dalam Akta Keterangan Mahkamah Syariah 1997. Di Brunei pun ada, iaitu Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah Brunei 2013. 
'Abang besar' bagi hukum Islam di zaman moden ini adalah Pakistan, iaitu mereka menggunakan Pakistan Penal Code dan Qanun Ash-Shahadah Order Pakistan 1984. Ni antara rujukan yang boleh kau selak untuk membaca pelaksanaan hukum Islam.  
13) Apabila study pasal benda ni, aku boleh simpulkan bahawa hukum Hudud ini bukanlah hukuman asal, tetapi ia hukuman terakhir yang bakal dikenakan. Bukan orang biasa-biasa yang kena hukum Hudud ni.  
Kau tengok ada berita pasal kecurian, kau pun tulis komen, "Ni kalau ada Hudud ni, mesti dah kena potong tangan".  
No no no. Bukan semudah itu nak potong tangan woi! Jangan disebabkan kau jahil, kau buat statement jahil, lepas tu orang lain nampak Hudud ni sikit-sikit potong tangan.  
Hukuman Hudud ni dikenakan pada orang yang betul-betul layak dikenakan. Bukan sebab curi tin Milo pun dah kena potong tangan. Aduh.  
Sebelum sokong apa-apa, pastikan kau ada ilmu dulu, ok? Bukak Gooogle, bacalah beribu-ribu artikel pasal Hudud. Rajin sikit buat kajian. Kalau ada masa nak main Facebook, takkan takde masa gali ilmu pasal benda-benda macam ni kan?  
14) Susah nak jatuhkan hukuman Hudud ni. Jadi, kita nak takut apa sebenarnya?
#copypaste
#MufarwaFarid
(Artikel ditulis pada 27 Dec 2016)

See... Dah baca habis kan.. Rugi tak baca??? Nampak macam tak penting... Tapi ni ilmu Islam kena la ambil tahu dan ambil kisah... Jangan kata "aku bukan hakim atau peguam nak ambil tahu pasal ni" No no no... Ini ilmu ada dalam al-Quran ye... Tak boleh tolak... Rugilah baca Quran tapi tak tau... Sekurang-kurangnya kalau ada orang bukan Islam tanya.. Ko boleh jawab... Dan ini secara tak langsung ko berdakwah... Kan mudah tu... Dapat pahala mudah je kan.. Dari ko dok ambil kisah pasal retis je kan... Baiklah ambil kisah pasal ilmu Islam sikit... Takde salahnya... Bahkan dapat pahala... 

Kita tak banyak pahala... Jadi, tak payah nak tambah dosa kan.. 😊

Thanks reading... Moga bermanfaat... 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ