GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

8 JENIS REZEKI DARI ALLAH BERDASARKAN AL-QURAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH - ROTIBUL ATTAS DAN ROTIBUL HADDAD:-

Rezeki, bila disebut tentang rezeki...orang fikir duit, kekayaan dan kejayaan... Namun, apa sahaja nikmat yang kita suka itulah rezeki Allah... 

Ada 8 jenis rezeki yang Allah telah nyatakan dalam al-Quran diberikan kepada semua hamba-hamba-Nya...  

1.Rezeki Yang Telah Dijamin. 


‎وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ 
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6). 

Contohnya: Rezeki dan ketentuan hidup... Iaitu qada dan qadar Allah...

2. Rezeki Kerana Usaha. 


‎وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39). 

Contohnya: Berniaga... Bagi yang berusaha akan dapat sebagaimana yang diusahakannya.. Rezeki ini menunjukkan sifat Pemurah Allah... Kerana tak kira Islam atau kafir... Akan diberikan rezeki Allah. 

3. Rezeki Kerana Bersyukur. 


‎لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7). 

Contohnya: Allah akan berikan kesihatan jika kita bersyukur dengan nikmat sihat itu.. Gunakan kesihatan ke arah yang bermanfaat... Maka Allah berikan lagi kesihatan yang berterusan... 

4. Rezeki Tak Terduga. 


‎وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

Contohnya: Dapat cabutan bertuah atau rezeki yang tak disangka-sangka.


8 JENIS REZEKI DARI ALLAH BERDASARKAN AL-QURAN

5. Rezeki Kerana Istighfar. 


‎فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

orang yang banyak beristighfar akan dilapangkan rezeki... Sihat, bahagia dan kekayaan.. Dan lain-lain rezeki seperti ketenangan hati dan fikiran... 

6. Rezeki Kerana Menikah. 


‎وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32). 

Ini lah rezeki bagi orang yang mendirikan rumahtangga...  Dari takde motor kepada ada motor...Dan seterusnya semakin senang. Alhamdulillah... 

7. Rezeki Kerana Anak. 


‎وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31). 

Rezeki anak... Kita tumpang rezeki anak... MF sendiri melihat perkembangan rezeki anak... Masa anak satu guna kereta kecil je.. Anak tiga.   Alhamdulillah.. Dapat pakai kereta lebih besar dan dok rumah sendiri... Alhamdulillah.. Rezeki anak.

8. Rezeki Kerana Sedekah. 


‎مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).

Itulah Ajaibnya sedekah... Makin banyak diberi makin bertambah... 

Semoga Allah sentiasa limpahkan kita dengan rezeki zahir dan batin yang dapat membantu perjalanan kita menuju Allah. 
Aamiin Allahumma Aamiin.

Sumber : PONDOK HABIB

Bersyukur dengan yang ada... Dari 8 rezeki ini... Terkandung sifat Pemurah dan Penyayang Allah kepada semua hamba-hamba-Nya tak kira orang yang beriman ataupun tidak... 

Jadi.. Nikmat yang mana hendak kamu dustakan????

0Ulasan