GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

7 TIPS MENGHASILKAN NASI LEMAK SEDAP!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


7 TIPS MENGHASILKAN NASI LEMAK SEDAP!


7 TIPS MENGHASILKAN NASI LEMAK YANG SEDAP😃👍

1. Untuk mengelak nasi melekat di periuk nasi, selepas membasuh beras, rendam dalam air biasa selama 10 minit. Kemudian toskan dan masukkan santan

2. Didihkan dahulu santan bersama daun pandan, masak seperti biasa..Nasi menjadi lebih lemak dan sangat berbeza keenakannya..

3. Jika inginkan nasi lemak lembut, letak halia yang dititik sebesar ibu jari..

4. Ingin wangikan nasi, masukkan serai, daun pandan,lada hitam,kulit kayu manis,hirisan bawang besar..

5. Jika nasi lemak termentah dalam periuk, Cepat-cepat masak atas dapur gas dgn api perlahan. Kalau masih tidak jadi jugak, pindahkan nasi tu dalam pengukus dan kukus hingga masak..

6. Jika inginkan nasi menjadi sebijik-sebiji atau seroi kata orang utara, letak marjerin sikit atau minyak masak..

7. Boleh juga mencampurkan secubit gula/madu untuk kemanisan nasik lemak dan paling penting garam secukup rasa

SELAMAT MENCUBA😋

Sumber: https://telegram.me/resepimalaysia

Tapi biasanya MF masak biasa je... Apa pun... Sambal nasi lemak juga berperanan untuk menjadikan nasi lemak jadi sedap... 

4Ulasan

  1. haish... sedap tu nasi lemak.... sambal sedap, nasi sedap mesti org akan teringat-ingat bila makan... terima kasih tips msk nasi lemak.... sy main masak jer... hehehe

    BalasPadam
  2. boleh la akak cuba tips ni..lain dari yang lain...mana tau sedap..boleh buat jual...hehehe..thanks tau tips ni

    BalasPadam
  3. okay nanti saya boleh cuba untuk buat nasi lemak sendiri ikut tips ni hehe.
    btw saya singgah dan follow akak ya. jemputlah melawat blog saya jika sudi :)

    BalasPadam
  4. Aroma nasi lemak tu...macam dah terbau bau...

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ