GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

WAHAI YANG BERGELAR BAPA! Bacalah Pesanan Hati Ini...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

#PapaTips

Para ayah tahu ke tak? Ada ibu terdetik cemburu tatkala wajah si anak yang dikandungnya selama 9 bulan lebih menyamai ayahnya berbanding ibu. Percayalah..

Para ayah tahu ke tak?. Anak-anak juga lebih cenderung mengikut perilaku ayahnya berbanding ibunya. Inilah hakikat. Rapatlah mana pun dengan ibu, ayah juga yang akan dicontohinya. Maka...

+ Ayah perlihatkan, ajarkan, dedahkan.. Nak beri duit pada isteri, beri depan anak, puji masakan isteri, puji depan anak, bila isteri minta tolong kemas rumah, ajak anak sekali. Menunjuk-nunjuklah perilaku baik bila dihadapan anak walaupun anda terpaksa berpura-pura.

+ Sorokkan, elakkan, jangan sesekali membiarkan anak-anak melihat perilaku negatif anda. Nak merokok, merokoklah diluar. Marahkan sesuatu, jangan bagi anak nampak. Soroklah selagi boleh sorok, tahanlah selagi boleh tahan, lepaskan yang negatif jauh daripada pengetahuan si anak.

"Ayah..jangan marah sangat..."

Para ayah tahu tak?, dasarnya anak-anak memang rapat dengan ibu berbanding bapa.

+ Bila ibu memarahi anak, bapa akan dicarinya. Bila bapa memarahi anak, ibu pulak yang akan dicarinya

+ Namun. Anak-anak lebih terkesan bila dimarahi bapa berbanding ibu. 

+ Kesan marah ibu sekejap saje. Lepas tu anak-anak akan cepat lega. Umpama masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kenapa? Sebab ibu melahirkan anak. Naluri anak dan ibu saling berkait langsung dan lebih memahami. Anak tahu walau ibu marah, hakikatnya mereka bukan marah sebenar-benar marah. Sebab tu hati ibu paling cepat terasa lepas mereka marah pada anak.

+ Berbanding dengan bapa, ia akan melekat dalam minda dan hati, sampai bila pun kita tak tahu. Bergantung pada kepandaian bapa untuk memujuk. Sebabnya anak tidak tahu bapanya macamana. Tak seperti ibu yang melahirkan.

+ Sebab itu juga anak lebih takutkan amarah bapa daripada ibu

+ Sebab itu juga anak lebih mendengar arahan bapa berbanding ibu

+ Dan sebab itu juga bapa JANGAN marahkan anak (yang belum mummayiz) dengan sebenar-benarnya marah

+ Jangan memaki hamun anak.

+ Jangan berkasar dengan anak

+ Marah anak jangan suruh pergi pada ibunya. Bapa marah bapalah pujuk ye dak?

+ Ada anak makan hati dengan ayah sampai tua. Sampai besar dia ingat

 + Ingat, anak-anak cenderung ikut bapa berbanding ibu.

Kredit : Ibu Bapa Prihatin


Bila anak semakin dewasa memang MF nampak kebenarannya....  terutama anak perempuan... biarlah dia rapat lebih dengan bapanya..  ini juga salah satu cara untuk elak dia terlibat dengan istilah couple di usia muda... cinta monyet dan sebagainya.... MF memang tak kisah anak-anak rapat dengan abi dia... memang itu yang MF mahukan... biar dia dapat kasih seorang bapa sebaiknya... sebab rapat macam mana pun bila sakit akan cari ibu juga si anak ni kan... jarang la anak cari bapa bila sakit... Jadi ini pesanan berguna untuk bapa dan bakal bapa.... Kerana kita perlu betulkan mindset kita. Bahawa tugas mendidik anak bukan tugas ibu semata-mata... Tapi tugas bapa sebagai ketua keluarga..  

0Ulasan