GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Taraf Manakah Kita Sebagai Isteri????

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


RENUNGAN buat para isteri...  koreksi diri untuk nilai diri... kita isteri yang mana satu???

Taraf manakah kita sebagai isteri...



Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun sesuatu yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, diterima dengan penuh perasaan malu dan bersyukur. Sekiranya ada, adalah, sekiranya tiada, dia bersabar. Tidak sesekali meminta, apatah lagi yang tidak perlu.
.
Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali sesuatu yang perlu sahaja. Tetapi sekiranya sesuatu yang diperlukan pun tiada, dia tetap bersabar. Namun dia tidak akan sesekali mendesak suaminya.
.
Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya sesuatu yang perlu dan sekali-sekala meminta juga sesuatu yang tidak perlu seperti inginkan kehidupan yang agak selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal dan juga kenderaan. Namun sekiranya suami tidak memberi, dia tetap bersabar dan ianya tidak pula menjadi masalah.
.
Isteri Fasiqin
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja sesuatu yang perlu, bahkan sesuatu yang bukan keperluan pun dia tetap meminta-minta. Jika diberi sekalipun tidak pernah berasa puas, tidak pernah berasa cukup, sudah mendapat kemewahan pun masih tidak berasa cukup. Sekiranya tidak dipenuhi akan menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga.
.
Kredit: Pn zarini Jaafar

Moga kita dapat muhasabah diri... kalau kita tak tahu.. kongsikan entry ni dengan suami...biar suami kita yang nilai diri kita.... tahap mana kita sebagai isteri dia... 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ