GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Sideburn Wanita Termasuk Anggota Wajib Wuduk?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sideburn Wanita Termasuk Anggota Wajib Wuduk?Betulkah ‘sideburn’ wanita iaitu rambut yang tumbuh di tepi telinga juga anggota wuduk? Jika wanita tu berambut panjang, maknanya kena tarik keluar basahkan?

Al-Jawab :

Rambut tidak termasuk dalam anggota wudhuk yang perlu dikenakan air terhadapnya. Ini kerana anggota wudhuk pada tempat tersebut sebenarnya adalah kepala, dan Islam menyuruh kita untuk menyapu / membasuh kepala, bukannya rambut sebagaimana yang disalah fahami oleh sebahagian masyarakat .

Dalilnya , firman Allah swt dalam surah al-Maidah , ayat 6 :

Maksudnya :
Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki

Ini bermakna, sekiranya seseorang perempuan itu mempunyai rambut yang panjang, ianya tidak perlu dikeluarkan. Cukup dengan hanya menyapu dibahagian kepalanya sahaja sebagaimana perintah Allah swt dalam ayat di atas.

Jazakallah atas jawapan syeikh al-jawhar. Cuma sedikit tambahan:

- Jika yang dimaksudkan di dalam soalan ialah: ketika membasuh muka, adakah bulu-bulu yang dipanggil sideburn juga mesti dibasuh?

- Maka jawapannya, ulama telah menentukan bahawa sempadan MUKA yang wajib dibasuh ialah: yang berada di antara dua telinga (telinga tidak termasuk).

- Kawasan yang tidak ditumbuhi bulu yang terletak antara telinga dan pipi, juga termasuk dalam sempadan muka yang wajib dibasuh. Lihat kawasan yang ditunjuki anak panah di dalam gambar:

Sideburn Wanita Termasuk Anggota Wajib Wuduk???



- Begitu juga bulu yang tumbuh di atas tulang yang berdekatan dengan telinga juga adalah termasuk dalam sempadan muka yang mesti dibasuh.

- Manakala, bulu sideburn yang tumbuh di kawasan atas daripada tulang yg berdekatan dengan telinga, maka ia termasuk dalam sempadan kepala, yang tidak perlu dibasuh ketika membasuh muka.

Al Habib menekankan beberapa perkara penting tentang wudhuk:
  • berwudhuk bermaksud mengalirkan air, walaupun setitik. Yakni, jika menggunakan span basah dan membasahkan muka dengan span itu, maka itu tidaklah dinamakan berwudhuk.
  • berhati-hati juga untuk memastikan kawasan ‘sideburn’ dibasahkan kerana ianya termasuk bahagian daripada muka yang menjadi anggota wajib untuk berwudhuk.
  • memulakan wudhuk dengan Isti’azah dan Basmallah, dan menggunakan siwak untuk mendapatkan kesempurnaan wudhuk.  Sumber: http://darulmurtadza.com/majlis-talim-30-sept-2016/
Untuk lebih penjelasan... jom ngaji...


1. Had kawasan basuhan muka
Ramai yang tidak mengetahui dengan jelas had kawasan basuhan muka semasa mengambil wudhu.
Ia mestilah:
  • Kawasan antara tumbuh rambut (dahi) hingga ke bawah dagu.
Sideburn Wanita Termasuk Anggota Wajib Wuduk???


Dari kawasan tumbuh rambut (dahi) hingga ke bawah dagu
  • Kawasan antara kedua-dua belah telinga dan pelipis
Sideburn Wanita Termasuk Anggota Wajib Wuduk???

Kawasan antara kedua belah telinga dan pelipis
Pastikan rambut 'sideburn' ditarik keluar dan  dibasuh


Masalahnya:
  • Ramai yang menyelak rambut tepi telinga ('sideburn') terutamanya wanita, ke belakang telinga. Jika kawasan itu tidak terkena air, maka tidak sah wudhu - yang terbaik, cukur 'sideburn' atau jatuhkan rambut tepi ke pipi
  • Ada juga yang membasuh muka, tetapi tidak terkena rambut di dahi

TAMBAHAN:

Anggota wuduk lain yang ramai buat silap dan pandang remeh ialah:

1. BASUH TANGAN
Had kawasan basuhan tangan
Semua tahu had kawasan basuhan tangan adalah hingga ke siku.
Masalahnya:
  • Semasa basuhan, mungkin dalam keadaan tergesa-gesa, menyebabkan siku tidak terkena air. Lebihkan air basuhan dengan cara meratakan air dengan tangan yang sebelah lagi... ratakan hingga lebih dari siku..
Sideburn Wanita Termasuk Anggota Wajib Wuduk???




  • Perlu juga diingati bahawa celahan jari dan di bawah kuku terutamanya yang berkuku panjang juga perlu dibasuh
Sideburn Wanita Termasuk Anggota Wajib Wuduk???




2. BASUH KAKI
Had kawasan basuhan kaki
Semua tahu had kawasan basuhan kaki adalah hingga ke buku lali.
Masalahnya:

  • Celahan jari kaki, tapak kaki dan tumit adalah kawasa yang selalu tertinggal
Sunat yang sangat digalakkan ketika wudhu, kita bukannya setakat mengalirkan air ke anggota wudhu, tetapi mestilah dibasuh dan digosok, agar kotoran-kotoran semuanya tertanggal terutamanya dikaki... kadang kita tak perasan ada benda melekat pada kaki kita... tapi bila kita gosok dan rasa dengan tangan, barulah betul-betul bersih.
Rujukan: buku fiqh dan sumber internet.
Gambar: google images

kesimpulan:

  • Sideburn tu termasuk kawasan muka sebab ianya dikatakan anak rambut ditepi telinga... jadi wajib basahkan sebagaimana kita basahkan muka.
  • Bagi yang baru tahu, tak perlu qada solat.. tapi lepas ni kena alert lah dengan 3 anggota wuduk yang sering terlepas pandang ni.
  • Sebaiknya, potong pendek je sideburn wanita untuk elakkan penyakit was-was...dan memudahkan untuk berwuduk. 
Semoga bermanfaat

0Ulasan