GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

PERMOHONAN PERKAHWINAN ONLINE

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menggunapakai sepenuhnya Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) bagi permohonan kebenaran berkahwin bermula pada 16 Januari 2017 (Isnin).

Permohonan kebenaran berkahwin secara online boleh dibuat melalui laman sesawang www.sppim.gov.my.

Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI Kuala Lumpur di talian 03-22749333.


Permohonan Kebenaran Berkahwin Online

Pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan mestilah melakukan permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing. Permohonan Kebenaran Berkahwin Online adalah satu inisiatif Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri - negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada masyarakat umumnya dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan khususnya memohon kebenaran pernikahan.

Permohonan Kebenaran Berkahwin Online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan namun kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat.

Mudah sungguh sekarang.. segalanya online saja... Ni makluman untuk pasangan yang nak kahwin la.. dah boleh mohon online... tak payah nak pergi pejabat agama... jadi mudah dah.. kat tempat kerja atau kat rumah pun boleh buat permohonan... Kat Johor tak de lagi sistem ni... sebab kat Johor ada temuduga bakal pengantin sebelum nak diluluskan permohonan perkahwinan... MF tahu sebab pernah teman kawan MF nak kahwin satu masa dulu... rasanya masih guna pakai la kot Program Keluarga Sakinah tu... dan ianya hanya di Johor.

0Ulasan