GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

MASUK SEKOLAH IKUT TARIKH LAHIR

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

MASUK SEKOLAH IKUT TARIKH LAHIR
=============================
Adakah anda tahu umur kemasukan sekolah di Jepun mengikut tarikh lahir? Kalau tak tahu, ni saya bagitahu😋

Di Jepun, umur yang diwajibkan untuk bersekolah adalah 6 tahun (elementary school). Sesi persekolahan pula bermula pada 1 April setiap tahun (sila rujuk post saya sebelum ini mengenai tarikh mula sesi persekolahan). Jadi, pelajar yang umurnya sudah 6 tahun pada, atau sebelum 1 April akan masuk kelas elementary school pada tahun itu. Pelajar yang lahir pada 2 April akan masuk kelas elementary school pada umur 7 tahun (tahun hadapan nya).

Kanak-kanak yang lahir pada March akan masuk sekolah pada umur awal 6 tahun, manakala kanak-kanak yang lahir pada April akan masuk sekolah pada umur 7 tahun. Selalu kita fikir, ala rugi lah setahun.. hehe. Tetapi sebenarnya, perbezaan setahun ini memberi impak yang sangat besar pada penerimaan akademik, perkembangan mental & sosial kanak-kanak.



Mengikut kajian, kanak-kanak yang lahir pada April dilihat lebih bersedia dari segi fizikal & mental, jadi penerimaan akademik & sosial adalah lebih menyerlah berbanding kanak-kanak yang lahir pada March. Kalau perbezaan March & April pun boleh dikatakan ketara, macam mana pula dengan Disember & Januari kan?

Bagi saya memang wajar & logik untuk Jepun menetapkan kemasukan sekolah mengikut tarikh lahir. Sebab mereka dah kaji sewajarnya umur yang paling optimum untuk kanak-kanak menerima pendidikan awal, disamping mengurangkan jurang perbezaan penerimaan tersebut di kalangan murid.
Tak hairan lah, memang ramai orang-orang pandai kat Jepun ni. Umur kemasukan sekolah pun dikaji sampai macam tu sekali. 😊😊
Kredit: Zunita Naturactor

Jadi, senang la kan... sekelas-sekelas tu takde perbezaan sangat la... sebab semuanya memang sebaya je... 

1Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ