GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Kenali Tanda-tanda Anak Anda Dibuli!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kenali Tanda-tanda Anak Anda Dibuli! | Buli satu igauan buat anak-anak dan juga ibu bapa kepada mangsa buli... Tergerak hati nak tulis tajuk ni sebab rasakan satu perubahan kepada anak sendiri masa bersekolah tahun depan... Walaupun baru bersekolah tadika..tak mustahil kes buli boleh berlaku...

Tanda-tanda anak dibuli

Jika anak menceritakan tentang kawan-kawannya yang nakal di sekolah, maka mudahlah bagi anda memahami apa yang berlaku. Tetapi bagaimana jika sebaliknya?

Anak yang ceria tiba-tiba menjadi pendiam dan kelihatan ada tanda-tanda luka yang tidak begitu jelas pada bahagian badannya.

Beberapa tanda amaran lain yang menunjukkan anak mungkin menjadi mangsa buli ialah seperti tidak ada selera makan seperti kebiasaan, bersikap pelik, lebih suka menyendiri, gemar tidur lebih daripada sepatutnya dan sebagainya.

Apabila anak mula menjadi lebih sensitif dan mengelakkan beberapa situasi seperti tidak mahu menaiki bas ke sekolah, itu juga mungkin petanda bahawa dia telah dibuli.

Apabila anda mengesyaki anak anda telah dibuli tetapi dia cuba menafikannya, cari jalan di mana anda boleh mengaitkan keadaan tersebut bagi membuka mulut anak tentang situasi yang menghantuinya.

Sebagai contoh, jika anda berdua sedang menonton televisyen, buka peluang untuk bersembang dengan bertanyakan pendapatnya tentang cerita yang sedang ditonton.

Minta pendapat anak dan kalau boleh kongsikan cerita adik-beradik atau saudara mara lain yang pernah berhadapan dengan situasi buli pada usia yang sama dengan anak anda.

Beritahu kepada anak bahawa adalah amat penting untuk bercerita kepada seseorang tentang kejadian buli yang menimpa mereka.

Selain ibu, masalah tersebut boleh diceritakan kepada guru, kaunselor sekolah, rakan sebaya atau adik-beradik lain.
Kenali Tanda-tanda Anak Anda Dibuli!

Bagaimana membantu anak yang telah dibuli?

Anak yang dibuli biasanya akan menganggap bahawa ibu bapa mereka akan kecewa kerana mereka dibuli. Mereka berasa malu dan ada juga yang beranggapan bahawa kejadian buli itu disebabkan oleh salah mereka sendiri.

Ada juga yang takut sekiranya mereka memberitahu orang lain, mereka akan dibuli lebih teruk. Mereka juga risau jika ibu bapa menyuruh mereka melawan balik si pembuli.

Jika anak mula menceritakan tentang kejadian buli yang menimpa mereka, perkara pertama yang anda ibu bapa boleh lakukan ialah dengan memuji kerana mereka berani menyuarakan tentang perkara tersebut. Perlu untuk anda mengingatkan mereka bahawa mereka tidak berseorangan.

Memang ada ibu bapa yang turut berasa panas hati apabila anak mereka dibuli. Tapi anda perlu ingat, jangan sesekali menyuruh anak melawan balik kerana itu akan mendatangkan bahaya kepada mereka.

Anda boleh cuba menasihati anak-anak untuk melakukan perkara seperti di bawah seterusnya memberikan mereka rasa lebih lega dan terbela.

📌Jauhi pembuli dan mulakan sistem berteman.

📌Cuba kawal kemarahan akibat dibuli.

📌Beranikan diri dan jangan pedulikan si pembuli.

📌Beritahu kepada orang dewasa.

📌Cuba bercerita dengan sesiapa sahaja tentang kejadian tersebut.

📌Kurangkan duit belanja ke sekolah.

Didiklah anak agar memberitahu ibu bapa atau pihak sekolah apabila dibuli atau diancam pelajar samseng.

Beritahu anak bahawa tindakan mendiamkan diri hanya akan menyusahkan diri sendiri.

Beritahu anak agar mengelak daripada berjalan sendirian di tempat sunyi. Sebaliknya berjalan berkumpulan bersama rakan-rakan lain akan menakutkan pembuli.

Sumber rujukan: Utusan Malaysia

Tahun ni anak MF yang sulung dah ke Pra-Sekolah... Alhamdulillah... Nampak lebih baik... Dan dia tak sabar nak ke sekolah setiap hari.  Alhamdulillah....

2Ulasan

  1. Kes buli memang isu yg kritikal.. Tak boleh dipandang ringan. Tq for sharing this :)

    BalasPadam
  2. Ajim doakan anak MF okay-okay aja kat sekolah nanti. Ajim singgah sini!

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ