GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

ICE PACK GABAG TAHAN HINGGA 12 JAM

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tahun ni menjadi rutin ibu menyusu biasa... Masih kuat untuk breastfeeding secara penuh terutama 6 bulan pertama kepada anakanda tercinta...

Salah satu gadjet dan item penting bagi ibu menyusu yang bekerja ialah alatan mengepam dan paling penting alat nak simpan susu di tempat kerja dan semasa nak bawa balik susu iaitu Cooler bag dengan ice pack....

Sebelum ni MF pernah guna ICE PACK jenama yang agak popular dan senang didapati... Tak perlu MF sebut jenama tu... Sebab MF nak compare cuma nak kongsikan ice pack jenama lain yang biasa MF guna dari sebelum ini...


ICE PACK GABAG TAHAN HINGGA 12 JAM

Kali ni MF guna ICE PACK jenama GABAG. MF beli murah je... Satu unit tak sampai rm5 pun... Tapi pos mahal dari barang... Takpe la sebab susah nak beli Offline... Jadi beli je la... Jimat tenaga dan wang isi minyak kereta...

Yang best ice pack ni macam gel... Dan paling utama tahan lama...

Semalam ada latihan merentas desa... Dari pagi di sekolah hingga hampir jam 6 petang baru sampai rumah...

Alhamdulillah... Masih ada saki beku pada ICE PACK tu... Memang tahan betul... MF cuma letak dalam Cooler bag je... Tak bekukan dalam peti sejuk di tempat kerja pun...

Memang Dasyat... Tahan betul ice pack ni... Agaknya kalau bertutup Cooler bag tu siap dengan bilik air cond boleh tahan lebih lagi MF rasa... Sebab Cooler bag tu MF letak pada bilik biasa takde kipas pun boleh tahan sampai macam tu kan...

Memang seronok la... Tak risau kalau takde peti sejuk ke hapa... Sangat tahan lama...

Kalau siapa nak beli boleh tengok kat page Ameena Booth di instagram ataupun Facebook...  Bukan sahaja jual ICE PACK tapi segala gadjet ibu menyusu boleh beli disitu...

3Ulasan

  1. Tak sampai rm5? Murahnya untuk kualiti yang macam ni huhu..Penting ni utk ibu menyusu kan

    BalasPadam
  2. oic.. sangat berguna ni. Kalau memerlukan boleh cuba

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ