GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Doa Ibu Bapa Untuk Anak-Anak Selepas Anak-Anak Ke Sekolah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Doa Ibu Bapa Untuk Anak-Anak Selepas Anak-Anak Ke Sekolah  |  Zaman sekarang anak-anak keluar rumah je ibu bapa mula risau... risau dengan ancaman dan risiko... jika dulu kita boleh saja berkayuh dan berjalan kaki ke sekolah sendiri... tapi zaman sekarang... MF sendiri tak berani nak lepaskan anak ke mana-mana sendiri walaupun kedai dekat dengan rumah je... 


Doa Ibu Bapa Untuk Anak-Anak Selepas Anak-Anak Ke Sekolah

Tapi nak tak nak kita kena lepaskan anak kita keluar juga... biasakan diri dia berdikari dan urus diri sendiri serta bersosial dengan dunia luar... 

Jadi, bila di luar... sebaiknya kita serahkan lah anak kita kepada Allah untuk menjaganya... dengan mengamalkan doa ini... 


Ya Allah, 

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak-anak kami setiap waktu ya Allah. 

Kami serahkan anak kami untuk berada di bawah penjagaan-Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. 

Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat-tempat yang Engkau redhai dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai. 

Perkenankanlah doa kami ya Allah.

Sumber :@HimpunanDoa

Semoga Allah perkenankan doa kita lindungi anak-anak kita dari bala bahaya di luar sana sepanjang diluar pemantau kita... 

2Ulasan

  1. Kan?/saya pun selalu risau bila anak keluar.taman permainan sebelah rumah je padang tu..tapi kejap2 jenguk tengok..Nak dihalang nanti risau dia sampai tak berani keluar sebab diaorang akan jauh jugak dengan kita nanti..

    BalasPadam
  2. Salam sejahtera, jemput join

    http://www.aerillhassan.com/2017/01/pencarian-bloglist-januari-februari-2017.html

    Terima kasih.

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ