07 Januari 2017

AZAM SETIAP HARI MULAI 2017

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Letakkan 3 benda ni sebagai azam kita setiap hari.

Nampak simple, tapi berapa ramai yang lalai dari menunaikan 3 kefarduan ini.



Bila tak solat, runtuhlah agama dalam jiwa kita. Allah tak jamin pemeliharaannya pada kita.
JADI, SOLATLAH kerana Solat itu bukan PART TIME, SOMETIME, NO TIME, TAPI SOLAT ITU FULL TIME, ON TIME, AND OVER TIME. Jadi tetapkan matlamat tahun ni kita nak solat tepat pada waktunya dan buat over time lebih...

Bila tak baca quran, kosonglah jiwa. Amat mudah untuk maksiat mempengaruhi hati dan jiwa.
JADI, BACALAH AL-QURAN walaupun sehari satu muka surat... nak kata satu hari satu ayat rasa tak tergamak sebab kita mampu scroll FB satu jam...tak kan al-Quran 

Mukmin yang membaca al-Quran umpama buah yang harum dan sedap rasanya.
Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Umpama orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca al- Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Bila tak menuntut ilmu, rosaklah pemikiran. Lantas kita tak dapat beza mana hak (benar) dan mana batil (salah). JANGAN JEMU UNTUK MENUNTUT ILMU.. KALAU ILMU DUNIA, ILMU BISNES KITA SANGGUP BAYAR BERATUS RINGGIT, KENAPA KITA BERKIRA UNTUK LUANGKAN MASA MEMBACA KITA AGAMA DI MASJID TANPA BAYARAN APA-APA... Paling tidak pun ambillah masa membaca kita, blog, e-book agama sehari satu halaman... moga kita tak jauh dari agama.. 

Jom sematkan dalam jiwa kita untuk jaga 3 perkara ini setiap hari.


1 ulasan:

  1. InshaAllah. Semoga terus diberi kekuatan untuk tahun 2017 ni.

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^