GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

Adakah Suami Kepada Ibu Susuan Adalah Mahram?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Adakah Suami Kepada Ibu Susuan Adalah Mahram?Pernah dengar tak pasal ibu susuan yang ambil anak angkat. Biasa kan kita faham.. suami kita jadi bapa susuan.. susu pula terhasil dari ambil pil atau suntikan hormon... betul ke macam tu? Jom baca penjelasan dari JAKIM...mengenai hukum bapa susuan.


Adakah Suami Kepada Ibu Susuan Adalah Mahram?

Persoalan: Adakah Suami Kepada Ibu Susuan Adalah Mahram?

Salam. Jika seseorang perempuan yang telah berkahwin dan tidak memiliki anak, kemudian dia mengambil anak angkat perempuan dan menyusukannya dengan mengambil suntikan peransang susu. Bagaimanakah hukum mahram antara anak angkat itu dan suaminya?

Haram berkahwin dengan sebab susuan

Pengharaman berkahwin disebabkan oleh susuan ini jelas disebut dalam al-Quran dan hadis antaranya firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’:

وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ

Maksudnya: Dan (termasuk wanita-wanita yang haram dikahwini) ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu.
Surah al-Nisa’, 4:23

Dalil pengharaman berkahwin dengan sebab susuan

Hal ini juga disabitkan menerusi beberapa hadis nabi SAW antaranya:

الرَّضَاعَةُ تُحَرِّمُ مَا تُحَرِّمُ الْوِلاَدَةُ

Maksudnya: Penyusuan itu mengharamkan apa yang diharamkan disebabkan kelahiran (nasab).
[Hadis riwayat al-Bukhari (no. 3105) dan Muslim (no. 1444)]

Penyusuan itu mengharamkan apa-apa yang diharamkan dalam kelahiran (adik-beradik).

Oleh itu, jelaslah di sini bahawa pengharaman dalam konteks penyusuan adalah sama seperti pengharaman yang berlaku dalam konteks adik-beradik seperti pengharaman berkahwin sesama mereka dan sebagainya.

Menjadi anak susuan dengan suntikan atau pil penggalak susu

Bagi perempuan yang menyusukan anak mereka dengan mengambil suntikan hormon yang merangsang pengeluaran susu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Hukum keluarkan susu badan dengan ubat atau suntikan

“Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat ianya seorang wanita yang telah mencapai umur baligh sama ada telah berkahwin ataupun sebaliknya dan ubat atau hormon yang digunakan tersebut tidak mengandungi sebarang unsur-unsur najis atau mudharat. Keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina.”

Tidak dikira mahram bagi bapa, jika menyusu disebabkan suntikan atau ubatan

Dalam konteks perempuan tersebut, maka ia tidak dikira sebagai bapa susuan disebabkan susu tersebut bukannya terhasil daripadanya dan isterinya (akibat persetubuhan). Perkara ini ada dinyatakan oleh Syeikh Khatib al-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj (420/3):

“Jika seseorang anak dara mengeluarkan susu, kemudian berkahwin dan mengandung, maka susu itu dikira terhasil daripadanya, bukan suaminya selagimana belum bersalin. Apabila dia telah melahirkan anak, maka susu tersebut dikira berpunca daripada suaminya.”

Syeikh Muhammad al-Zuhaili dalam al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (4/35) menyebutkan pengharaman disebabkan gabung antara musaharah (kesemendaan) dan penyusuan termasuklah:

“Bahawa apabila isteri kamu menyusukan seorang bayi perempuan (yang bukan anak kamu), tetapi datang daripada susu lelaki lain (yakni daripada perkahwinannya dengan lelaki lain), sama ada sama sebelum kahwin dengannya atau selepas kahwin, maka jadilah anak perempuan susuan tiri bagi kamu.”

Dalam Fatawa Hindiyyah (343/1) pula, para ulama Hanafi berpandangan jika seseorang lelaki berkahwin dengan perempuan dan dia tidak melahirkan anak, kemudian isteri mengelurkan susu dan menyusukan seorang bayi lelaki, maka perempuan itu merupakan ibu susuan. Namun tidak diharamkan ke atas bayi tersebut anak-anak perempuan suami tersebut yang terhasil daripada isteri-isterinya lain.  

Kesimpulannya, kami cenderung untuk menyatakan bahawa anak susuan yang terhasil daripada susu yang diransang menggunakan suntikan hormon ialah sabit pengharaman kahwin dengan anak tiri perempuan disebabkan penyusuan.

Wallahua’lam.

Sumber: telegram.me @MyJakim

Barulah tahu yang anak susuan tu haram berkahwin... Dan pengharaman ini sabit dengan dalil pengharaman anak tiri...

Kena baca banyak kali baru boleh faham.. 

0Ulasan