06 Januari 2017

ADAKAH FOTO ULTRASOUND RAHIM ITU AURAT?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 417 (27 OKTOBER 2016 M / 26 MUHARRAM 1438 H)

SOALAN:

Salam. Selalunya wanita yang mengandung akan scan perut mereka untuk tengok keadaan bayi dikandung. Apakah hukum share gambar scan perut tersebut di media sosial? Jika Allah menyuruh kita menutup aurat hatta bahagian kulit,inikan pula bila kita menyebarkan apa yang berada disebalik kulit kita terutamanya bahagian yang menjadi aurat.

Jazakumullah Dr.


JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Kami berpendapat hal demikian tidak elok dilakukan kerana bertentangan dengan asal maksud janin itu sendiri. Janin itu berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud ‘perkara yang tersembunyi.’ Justeru, tidak patut ditunjuk-tunjuk kepada orang melainkan ada keperluan seperti urusan perubatan dan pengajaran. Dikhuatiri akan mengundang fitnah seperti aib dan sangkaan-sangkaan manusia. Walaubagaimanapun, gambar foto bukanlah seperti aurat fizikal yang haram dilihat secara langsung, melainkan membawa kepada syahwat dan fitnah. Begitu juga organ dalaman manusia seperti hati, jantung dan rahim bukanlah dalam kategori aurat kerana demikian bukanlah makna perhiasan berdasarkan penjelasan Rasulullah SAW dan para sahabat. 

Wallahua’lam.
Daripada : Mufti Wilayah Perseketuan.
Previous Post
Next Post
Related Posts

4 ulasan:

  1. simpan bagi suami tgk dahlah kan? :)



    jom join 1st giveaway MG kat blog baru!
    http://perempuanrongak.blogspot.my/2017/01/1st-giveaway-nak-bagi-shampoo-santan.html

    BalasPadam
  2. so bolehlah post gmbr ultrasound selagi tak mengundang syahwat dan fitnah?

    BalasPadam
  3. Assalam , terima kasih share kak walau pun saya tak niiah lagi , ni pun satu ilmu , yang ramai orang pandang sepi gitu je

    BalasPadam
  4. aida setuju dgn pendpt tu, maria :)

    BalasPadam

Kata-katamu, inspirasi blog ku...
Syukran Jazilan, atas bicara indah anda...
Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^