GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

ADAKAH ANDA PENAGIH TELEFON??? JAWAB 5 SOALAN INI!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Telefon satu keperluan dah sekarang kan... bukan lagi satu alat, tapi ada orang gelisah kalau tertinggal handphone... satu alat perhubungan yang penting kan... 

Tahun lepas, MF pernah tetinggal telefon tapi rasa tak kisah sebab masa tu suami MF hantar ambil.. tapi kalau pergi sendiri ni, rasanya perlu sangat telefon... salah satu sebab sekarang ni susah juga nak cari telefon awam yang berfungsi dengan baik.. 

Namun begitu, dalam kita jadikan telefon ni satu keperluan... adakah kita jadi sampai penagih telefon??? 

Untuk tahu jawapannya, kena jawab 5 soalan ini dengan jujur!



SOALAN 1
Bila pertama kali anda semak telefon anda?
a) Sebaik sahaja bangun tidur (8 markah)
b) Ketika sarapan pagi (6 markah)
c) Ketika dalam perjalanan ke tempat kerja (4 markah)
d) Ketika dapat 2 mesej (2 markah)

SOALAN 2
Berapa kerap anda semak telefon anda?
a) Setiap 5 minit (8 marakah)
b) Setiap 30 minit (6 marakah)
c) Setiap 4 jam (4 markah)
d) 2 kali dalam sehari (2 markah)

SOALAN 3
Di manakah anda letak telefon anda ketika anda tidur?
a) Di bawah bantal (8 markah)
b) Sebelah katil (6 markah)
c) Satu sudut di dalam bilik (4 markah)
d) Dalam bilik lain (2 markah)

SOALAN 4
Adakah anda bawa telefon anda ke bilik air/tandas?
a) Selalu (8 markah)
b) Kadang-kadang (6 markah)
c) Bila dirasakan perlu (4 mrkah)
d) Tak pernah (2 markah)

SOALAN 5
Selalunya anda gunakan telefon untuk?
a) Media sosial (8 markah)
b) Email (6 markah)
c) Dengar musik dan main game (4 markah)
d) SMS dan jawab call (2 markah)





Skor:
10 - 15 markah: Tidak ketagih
16 -28 Hampir nak ketagih
29 - 40 : Anda memang seorang yang ketagih


Jadi, anda boleh nilai diri anda sendiri... di mana tahap kita... Jika kita hampir nak ketagih, cepat-cepat rawat jangan sampai jadi ketagih teruk... 

4Ulasan

  1. salam,
    saya dapat 12 markah. Lega sikit. haha..sebab guna phone biasa-biasa,memang boleh buat mesej/call/ internet pun tak puas sangat nak tatap. huhu

    BalasPadam
  2. tel yang ada simcard jarang ambil peduli.. tapi selalu kesah denga galaxy s4 zoom je walau takde simcard aktiviti upload gambar semua melalui situ. Nak kata obses dengan telefon sangat pun sekarang tak jugak. Lebih obses dengan pc sebab banyak dok buat kerja2 online kat situ hehehehe

    BalasPadam
  3. yeay tak ketagih!lebih kpd bkk laptop je

    BalasPadam
  4. Assalam saya kalau kerja tak melekat sangat, kalau cuti bergantung haha

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ