GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

9 PERKARA INI MENYEBABKAN KITA JADI SAUDARA SYAITAN TANPA SEDAR!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sembilan pembaziran tanpa disedari yang dinyatakan oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyah. 

Amalan membazir ini amat dilarang Allah hingga orang yang membazir itu disamakan dengan saudara syaitan. Firman Allah : 

إِنَّ الْمُبَذِّرِ‌ينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَ‌بِّهِ كَفُورً‌ا
“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.” (Surah al-Isra’, ayat 27).

Sumber: google images


Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu:-

1.  Ilmu Pengetahuan
Ilmu pengetahuan dibazirkan jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan. Jadi, kongsilah ilmu dengan apa jua cara sekalipun... Tak perlu nak kedekut atau share ilmu untuk dapat pujian dan popular.

2.  Amalan
Amalan dibazirkan jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas. Susahnya nak ikhlas...kerana kita berada dalam persekitaran yang mencabar di mana manusia berlumba-lumba buat kebaikan kerana inginkan nama dan pujian.

3.  Kekayaan
Kekayaan dibazirkan jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah. Selalu nampak kan.. Orang ada duit membazir beli perkara yang tak diperlukan... Sedangkan duit tu boleh digunakan untuk bantu mangsa banjir atau orang yang lebih memerlukan.

4.  Hati
Hati dibazirkan jika kosong daripada kasih kepada Allah. Hati perlu disucikan setiap hari...supaya tak bazirkan hati dan biarkan hati mati dan kosong.

5.  Tubuh Badan
Tubuh badan dibazirkan jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah. Ada badan tapi tak solat.. tak gunakan kaki untuk ke tempat yang berfaedah... gunakan tangan untuk perkara yang sia-sia seperti mengumpat dan sebagainya.

6.  Cinta
Cinta dibazirkan jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya. Cintailah Pencipta Cinta sebelum mencintai Orang yang punyai rasa cinta.

7.  Masa
Masa dibazirkan jika tidak diurus sebaiknya. Sia-siakan masa yang ada dengan perkara yang tak berfaedah.

8.  Akal
Akal dibazirkan jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama. Fikir hal dunia semata-mata tapi tak fikir macam mana nak jadi hamba Allah yang bertaqwa.

9.  Zikir
Zikir dibazirkan jika tidak memberi kesan kepada hati. Kuantiti zikir tak penting...yang penting kualiti.. tapi untuk capai kualiti...perlu lazimi dengan kuantiti yang infiniti.
 .
Rasulullah ﷺ melarang amalan pembaziran dan tidak pernah melakukan sesuatu yang melampaui batas. Perkara ini ada dijelaskan dalam hadis: “Ketika Mu’awiyah berkunjung ke Kufah, maka Abdullah bin Amr bercerita mengenai Rasulullah ﷺ, katanya Rasulullah ﷺ tidak pernah melampaui batas dan tidak pernah melakukan perkara keji. Beliau juga berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu adalah orang yang paling baik budi pekertinya.” (Hadis riwayat al-Bukhari).
 .
Rasulullah ﷺ bersabda : “Tidak akan berganjak dua tapak kaki manusia pada hari kiamat sehinggalah dia disoal tentang empat perkara. Mengenai umurnya kemanakah dihabiskan umurnya? Mengenai ilmunya, apakah yang sudah dilakukan dengan ilmunya? Mengenai hartanya, dari sumber manakah dia perolehi dan jalan manakah dia belanjakan? Dan tentang tubuh badannya, apakah yang telah dia lakukan?” (Hadis Hasan Sahih riwayat Tirmizi)

Berusahalah kita untuk hidari pembaziran yang kita tak sedar dan sebenarnya kita dah jadi saudara syaitan. sebab tu kita banyak buat perkara yang sia-sia dan hati kita lama kelamaan menjadi keras.

2Ulasan

  1. Kita hamba-Nya kadang alpa dengan tugas kita kepada Allah.. Alpa akan tanggungjawab kita..

    Terima kasih kak kongsi ilmu bermanfaat seperti ini.. 👍

    BalasPadam
  2. Banyaknya nikmat yang dibazirkan..
    Umur dah banyak yang digunakan..
    Amal pun masih lagi tak mengcukupi

    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    BalasPadam

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ