21 Julai 2017

Syukurlah Ada Dari Tak Ada Kan...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


BELAJAR MENSYUKURI NIKMAT YANG KITA MILIKI.

و حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ ح و حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ ح و حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَاللَّفْظُ لَهُ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ وَوَكِيعٌ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْظُرُوا إِلَى مَنْ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلَا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ فَهُوَ أَجْدَرُ أَنْ لَا تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ
قَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ عَلَيْكُمْ

Telah menceritakan kepadaku Zuhair bin Harb telah menceritakan kepada kami Jarir. Telah menceritakan kepada kami Abu Kuraib telah menceritakan kepada kami Abu Mu'awiyah. Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah teks miliknya, telah menceritakan kepada kami Abu Mu'awiyah dan Waki' dari Al A'masy dari Abu Shalih dari Abu Hurairah berkata: 

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Salam bersabda: "Pandanglah orang yang berada dibawah kalian, jangan memandang yang ada di atas kalian, itu lebih baik membuat kalian tidak mengkufuri nikmat Allah." [Hadis sahih Muslim, no 5264.]

Kebiasaannya kita suka melihat kelebihan yang dimiliki oleh orang terutama yang dekat dengan kita seperti saudara mara kita, rakan-rakan dan dengan tak langsung akan timbul banding beza di dalam diri kita. Iblis mula menanam mula rasa dengki, iri hati, cemburu dan perasaan yang tidak seronok di sudut hati kita. Dari sifat-sifat yang tidak elok itu akan timbul persengketaan, perang dingin dan saling ingin menjatuhkan antara satu sama lain.

Islam agama yang paling indah. Akhlak merupakan aspek yang paling penting dan di utamakan dalam umatnya. 

Dalam hadis di atas, kita di ajar agar melihat orang yang kurang dari kita agar kita bersyukur dan redhai apa yang kita miliki. Malah kita akan berasa nikmat ketenangan dalam hati kita dan kita seronok untuk beribadah kepada Allah dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman :

وَمَا بِكُمْ مِنْ نِعْمَةٍ فَمِنَ اللَّهِ ۖ ثُمَّ إِذَا مَسَّكُمُ الضُّرُّ فَإِلَيْهِ تَجْأَرُونَ

Dan segala nikmat yang ada padamu (datangnya) dari Allah, kemudian apabila kamu ditimpa kesengsaraan, maka kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan.” [An-Nahl/16:53]

Beryukurlah dan belajarlah menghargai apa yang kita ada kerana tidak semua orang mampu memiliki apa yang kita miliki. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Wallahua'lam. 

Sumber: Page Jalan-jalan Cari Ilmu. 



Kalau Facebook ni...sifat menunjukkan sesuatu itu dah tak boleh nak bendung dah... Jadi, caranya kita banyakkan like page, baca berita tentang kesusahan orang lain... Untuk melahirkan rasa simpati dan di masa yang sama kita dapat melahirkan rasa syukur dengan apa yang kita ada.. 

Macam kata seorang ustaz... 
Jika kita lihat naik kereta lihat lah orang naik motosikal...
Jika kita naik motosikal...lihatlah orang yang berjalan kaki...
Jika kita berjalan kaki...lihatlah orang berkerusi roda.. 

Seperti kata pepatah... 
"Aku menangis kerana tidak berkasut sehinggalah aku melihat orang yang tidak berkaki."

Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.. 

Rezeki Allah itu luas... Jangan sempitkan dengan cemburu dan iri hati yang berkesudahan takut-takut kita akan jadi hamba yang kufur nikmat... 

20 Julai 2017

5 CIRI-CIRI SUAMI IDAMAN POPULAR MASA KINI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 CIRI-CIRI SUAMI IDAMAN POPULAR MASA KINI

Suami yang baik adalah......

1. Suami yang bawa berjalan- jalan waktu bercuti. 

Paling tidak ke tepi pantai, peranginan atau paling-paling pun berjalan di mall belakang rumah.

2. Suami yang hantar dan ambil di tempat kerja.

Barulah sweet , suami pula bukak pintu, lambai tangan ucap I love u. Suwwiiit gitu.

3. Suami yang urus anak

Kan bagus suami dapat tolong mandikan, pakai lampin, buat susu, tidurkan anak. Barulah terjalin kemesraan di antara anak dan ayah kan.

4. Suami yang tolong kemas rumah.

Di kala kesibukan isteri, pasti lelah mereka hilang jika suami membantu mengemas rumah. Apatah lagi jika isteri juga bekerja. Lagi lah penat jika lakukan berseorangan.

5. Suami yang masak untuk makanan keluarga.

Suami jangan lah buat tak tahu. Kesian dengan isteri. Dah lah kena kemas rumah, jaga anak, basuh baju lagi... alahai....

=================================

Bagaimana dengan ini pula?

1. Suami yang membawa berjalan kepada Allah & Rasulnya.

Selain jalan di mall, ini lebih bagus daripada berjalan ke tempat lain bukan ?

2. Suami sendiri yang hantar ke syurga.

Allah...ini pastinya lebih indah..sambil berpegangan tangan..suami yang buka pintu...yang lambai tangan ucap i love u.

3. Suami yang bantu siapkan keperluan di akhirat sana.

Tugas ini lebih perit dan memerlukan nilai melebihi wang ringgit. Kadangkala perlu bayar dengan nilai syahid.
.
.
=======================

Antara perjuangan & keluarga. Mana yang lebih utama ? 
.
.
Allah menetapkan tanggungjawab yang istimewa pada isteri dan suami.
.
.
Mana mungkin Nabi Ibrahim sanggup meninggalkan isterinya Sarah di dalam keadaan sarat di padang pasir ?
.
.
Dan bagaimana pula dengan Sayyidina Handzalah yang bingkas bangun ke medan perang walaupun pada malam pertama ? Dalam keadaan tidak sempat mandi junub dan syahid dalam medan perang...
.
.
Mereka bukanlah zalim dan mengenepikan tanggungjawab keluarga, tetap mengutamakan Allah & Rasul di dalam hidup.
.
.
Kata guruku.

"Isteri yang memahami amat penting dalam perjuangan ini kerana mereka sanggup berkorban dengan penuh cinta apa jua kecintaan suaminya demi memilki pahala perjuangan bersama, ramai isteri-isteri pejuang yang dikurniakan Syahid oleh Allah, walaupun kematiannya dirumah.

Cinta bukan bermakna memberi segala kemahuan, Cinta juga menahan utk memberi apa jua kemahuan jika dilihat kemahuan membawa suburkan nafsu keegoan, ketamakan hingga menghilangkan cahaya hati.

Tiadalah hadiah yg paling istimewa yg diberi oleh suami pd isteri atau isteri pd suami melainkan CINTA yg membawa kedekatan kpd ALLAH dan RASUL.."
.
.
SUNNAH YANG DIABAIKAN.

Suami wajib beri : tempat tinggal, kenderaan , makan minum dan keperluan lain.

Suami juga wajib : beri nafkah rohani, dan menyediakan tempat tinggal, dan penginapan sebagai tetamu Allah.

Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan.

Ramai yang berkongsi tips & kisah romantis Rasulullah di dalam rumah

Tetapi kisah Baginda keluar berdakwah, berjuang dan mengembangkan Islam dimasukkan ke dalam poket sahaja. Janganlah diamkan sahaja sunnah besar ini kerana umat memerlukan para lelaki untuk agama.

Adil lah di dalam menilai dan mengambil pelajaran supaya kita tidak keliru dengan sunnah yang utama.

Amalkanlah sunnah kekeluargaan dan sunnah perjuangan sebaiknya.

P/s :

1)  buat isteri, berikanlah izin dan redha kepada suami untuk berada di jalan Allah. Kerana doamu adalah suatu bekalan semangat buat mereka.

2) buat suami, janganlah menggunakan alasan agama untuk mengelak daripada memberikan yang terbaik buat isteri.

Sumber: Telegram

Kata MF :

Nak menegakkan agama Allah zaman sekarang lebih mudah... Bantu suami berdakwah di zaman moden dengan teknologi yang ada... Pantau suami isteri menggunakan teknologi juga satu dakwah mudah... 

5 Kunci Perkara Ghaib

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



5 Kunci Perkara Ghaib

حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْمُنْذِرِ حَدَّثَنَا مَعْنٌ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ خَمْسٌ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا اللَّهُ لَا يَعْلَمُ مَا فِي غَدٍ إِلَّا اللَّهُ وَلَا يَعْلَمُ مَا تَغِيضُ الْأَرْحَامُ إِلَّا اللَّهُ وَلَا يَعْلَمُ مَتَى يَأْتِي الْمَطَرُ أَحَدٌ إِلَّا اللَّهُ وَلَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ وَلَا يَعْلَمُ مَتَى تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا اللَّهُ

Terjemahan :

Telah menceritakan kepadaku Ibrahim bin Al Mundzir Telah menceritakan kepada kami Ma'an dia berkata; Telah menceritakan kepadaku Malik dari 'Abdullah bin Dinar dari Ibnu 'Umar radliallahu 'anhuma bahwa

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kunci perkara ghaib itu ada lima, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah. Tidak ada yang tahu apa yang akan terjadi dengan hari esok kecuali Allah. Tidak ada yang tahu apa yang terjadi di dalam rahim-rahim kecuali Allah. Tidak ada yang tahu bila datangnya hujan kecuali Allah. Tidak ada seorangpun yang tahu dimana dia akan meninggal. Dan tidak ada yang tahu kapan terjadi hari kiamat kecuali Allah."

Rujukan hadis sahih Bukhari No. 4328.

Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Dalam Surah AlHujurat Allah berfirman dalam ayat 018.

إِنَّ اللهَ يَعلَمُ غَيبَ السَّماواتِ وَالأَرضِ ۚ وَاللهُ بَصيرٌ بِما تَعمَلونَ

Maksubnya: Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

Maka apa lagi yang kita perlu percaya? Allah atau penilik nasib? Maka sesungguhnya kita pun terlupa yang penilik nasib itu juga manusia biasa seperti kita. 

Firman Allah:

قُل لَّآ أَمْلِكُ لِنَفْسِى نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَآءَ اللّٰـهُ ۚ وَلَوْ كُنتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لَاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِىَ السُّوٓءُ ۚ إِنْ أَنَا۠ إِلَّا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ ﴿الأعراف:١٨٨﴾

Maksubnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Jika aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya kebaikan dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah pemberi amaran (bagi orang-orang yang engkar) dan pembawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman”(Surah al-A’raf: 188).

Maka jauhilah penilik nasib supaya terhindar dari syirik. Wallahua'lam. 

Sumber: Page Jalan-jalan Cari Ilmu.

Sumber: Google Images

Kesimpulannya: 

Kunci perkara ghaib itu ada lima:
1. Tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah. 
2. Tidak ada yang tahu apa yang akan terjadi dengan hari esok kecuali Allah. 
3. Tidak ada yang tahu apa yang terjadi di dalam rahim-rahim kecuali Allah. 
4. Tidak ada yang tahu bila datangnya hujan kecuali Allah. 
5. Tidak ada seorangpun yang tahu dimana dia akan meninggal. Dan tidak ada yang tahu bila terjadi hari kiamat kecuali Allah

Jadi, mohonlah perlindungan dari Allah.. kerana dia lebih mengetahui segalanya... 

Tak perlu juga guna aplikasi yang ntah apa-apa di zaman moden sekarang ni untuk tahu jodoh, rezeki dan sebagainya... Apatahlagi jika guna tarikh lahir, zodiak dan sebagainya... Itu cara tilik nasib moden yang boleh menggugat iman seseorang... Mungkin pada asalnya sekadar suka-suka.. tapi ingat! Jangan lupa.. syaitan sentiasa ada untuk perdayakan hati manusia... 

Mencegah dan mengelak lebih baik... 

19 Julai 2017

3 Rahsia Terbesar Suami Yang Ramai Para Isteri Tak Tahu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


3 Rahsia Terbesar Suami Yang Ramai Para Isteri Tak Tahu! | Lelaki perempuan berbeza tapi boleh hidup bersama.. itu kuasa Yang Maha Esa... 

Untuk memelihara rukunnya rumahtangga... Kena belajar memahami antara satu sama lain setiap hari... Jika tak faham dan tak belajar untuk faham.. itu yang ramai berpisah walaupun baru berkahwin... 

Ada tiga rahsia suami yang isteri tak tau... Rahsia ni didedahkan oleh seorang lelaki yang bergelar suami juga... Sebagai pengetahuan kepada para isteri...


Rahsia suami isteri

3 Rahsia Terbesar Suami Yang Ramai Para Isteri Tak Tahu!


1. Suami ni sebenarnya tak pernah membesar. Yang membesar cuma ego dan rasa tanggungjawab je. Suami masih seorang anak ummi, anak mama dan anak ibunya. Sebab tu mereka ni wajib taat ibunya sampai ke mati.

MF: Ini antara perkara penting yang ramai para isteri lupa.. sebab tu sengketa antara isteri dan mentua ni tak pernah hilang dari dulu... Sampai dijadikan movie, drama dan filem... 
Ingatlah... Tanpa ibunya takdelah suami kita sekarang... Jika kita rasa teruknya mentua kita, bayangkan bagaimana pula jika nanti jadi mentua?



2. Suami masih perlukan pelukan kasih sayang dan masih perlukan belaian. Tak percaya cuba la belai rambut suami masa dia tengah nak tidur, keesokannya dia akan manja lain macam dengan isterinya sendiri. Silap-silap gelang emas menanti.

MF: Antara yang terpenting... Ramai isteri menolak bab ni.. terutama bila ada anak... Ustaz MF pernah pesan... Walaupun dah ada anak.. jangan ketepikan dna terlalu lebihkan anak hingga suami sendiri terabai... Bahaya! Itu juga punca suami mula cari perhatian luar... Perkara ini juga pernah dikongsi oleh rakan sekerja MF yang berusia 40 tahun ke atas... Dia kata lelaki bila meningkat usianya... Dia makin perlukan lebih perhatian...  



3. Suami perlukan ruang peribadi untuk si isterinya hormati. Pernah dengar istilah Man cave? Haa, lelaki ni memang secara psikologi perlukan 'gua' peribadi mereka sendiri walaupun dah berkahwin dan beranak pinak sekalipun. Dalam tu la biasanya mereka bertenang, menyusun strategi baru, dan melarikan diri daripada tekanan persekitaran dan emosi buat seketika. 

MF: Sebab tu... Berilah ruang kepada suami untuk dia buat apa sahaja hobi dia... Dan begitu juga suami.. bagilah ruang untuk isteri untuk ber "me time" sekali sekala... 


InsyaAllah kalau isteri boleh hadam dan faham rahsia suami masing-masing ni, senang la nak handle dan faham cara nak ceriakan kembali suasana rumahtangga yang mungkin dah pudar ditelan waktu dan kesibukan kerja.

Olahan sumber: Facebook Dr. Taufiq Razif

InshaAllah.. bahagia rumahtangga jika masing-masing faham pasangan masing-masing... Perkahwinan bukan pemilikan tapi ianya sebuah perkongsian dua jiwa dalam satu hati... 

Jom sama-sama teruskan belajar untuk memahami pasangan masing-masing untuk memupuk cinta sejati setiap hari... 💓 💓 💓

Mana Yang Lebih Baik???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


MANA LEBIH BAIK:RAJIN IBADAH TAPI JAHAT AKHLAK ATAU KURANG IBADAH TAPI AKHLAK MULIA

Seorang Guru Sufi ditanya tentang 2 keadaan manusia:

1. Manusia rajin sekali ibadahnya, namun sombong, angkuh dan selalu merasa suci.

2. Manusia yang sangat jarang ibadah, namun akhlaknya begitu mulia, rendah hati, santun, lembut dan cinta dengan sesama.

Lalu Sang Guru Sufi menjawab:


Keduanya baik;

Boleh jadi suatu saat si ahli ibadah yang sombong menemukan kesedaran tentang akhlaknya yang buruk dan dia bertaubat lalu ia akan menjadi peribadi yang baik zahir dan batinnya.

Dan yang kedua boleh jadi sebab kebaikan hati-nya, Allah akan menurunkan hidayah lalu dia menjadi ahli ibadah yang juga memiliki kebaikan zahir dan batin.

Kemudian orang tersebut bertanya lagi, lalu siapa yang tidak baik kalau begitu...???

Sang Guru Sufi menjawab:
"Yang tidak baik adalah kita, orang ketiga yang selalu mampu menilai orang lain, namun lalai dari menilai diri sendiri".


SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)



Persoalan ini hampir sama dengan soalan yang ditanya oleh anak murid MF tadi... 

"Ustazah, tak guna kuat solat tapi kuat juga mengumpat"

Jawapan dia... Sama seperti diatas... Yang penting buat.. solat itu wajib... Perbaiki solat setiap masa supaya solat itu bertepatan dengan apa yang Allah kata iaitu " Solat mencegah perbuatan keji dan mungkar" 

Apa pun sentiasa perbaiki diri... 
Renungan bersama... Kita golongan yang mana... Namun begitu.. sebaiknya kita seimbangkan... dan sentiasa perbaiki diri... Bukan judge orang lain... Banyakkan tengok cermin untuk lihat kekurangan diri sendiri... Bukan ambil kanta pembesar untuk lihat kesalahan orang lain... 

18 Julai 2017

Download Aplikasi "Check Your Label" Sebelum Beli Handphone Baru!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Download Aplikasi "Check Your Label" Sebelum Beli Handphone Baru! | Zaman semakin canggih, teknologi pun canggih, manusia pun makin canggih untuk cipta dan ciplak. Sekarang ni bersepah dah teknologi yang diklon...terutama smartphone...

Jadi, atas menjaga kemaslahatan semua, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia membina satu aplikasi mudah untuk semak peranti teknologi sama ada  ada kelulusan MCMC atau tidak... 

Aplikasi "Check Your Label" boleh didownload percuma di Play Store Dan Apps Store.. 

Ini antara interface Aplikasi Check Your Label... Kat sini mudah untuk semak code Imei... 





Untuk lebih jelas boleh rujuk video ini... 
Aplikasi bukan khusus untuk smartphone sahaja tapi apa sahaja peranti teknologi untuk memastikan ianya Selamat digunakan... 


Kadang kita main beli je kan.. tapi tak titik beratkan tentang keselamatan.. tu yang ada kes handphone Meletop secara tiba-tiba tu... 

Bila ada kelulusan sekurang-kurangnya ianya lebih terjamin selamat... InshaAllah... 

Jangan lupa download aplikasi "Check Your Label" sebelum beli telefon atau peranti teknologi yang baru. 


Semoga bermanfaat.. 

Pertama Kali Sediakan Bahan Buat Kuah Kacang Untuk Jamuan Raya!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pertama Kali Sediakan Bahan Buat Kuah Kacang Untuk Jamuan Raya! | Insha Allah esok seperti yang dirancang... Akan diadakan jamuan hari raya peringkat sekolah di sekolah MF mengajar... Banyak sekolah dah buat... Tapi sekolah kami baru nak buat.. acara setiap tahun... 

Seperti biasa... Cikgu-cikgu akan dibahagikan menu untuk dimasak sebagai side menu selain menu utama yang telah dipersetujui semua... 

Tahun lepas MF tak ingat pula kena masak apa... Tapi tahun ni ditugaskan oleh untuk masak kuah kacang dan nasi himpit... 

Cabaran tu.. sebab sepanjang hidup MF tak pernah masak kuah kacang... Tau makan aje... Haha... minta sediakan bahan je pun dah panik sebab tak pernah buatkan... 

Tapi kerana tugasan ini berdua... Jadi, MF ditugaskan untuk sediakan bahan asas kuah kacang, manakala partner MF tukang masaknya... 

Gigih lah minta tolong suami ke kedai cari bahan asas iaitu kacang tanah dan cili... 

Semalam gigih lah mencari resepi selain tanya suami... Mujur suami cheq orang Johor... Jadi, dia tau la dari cheq ni yang tau makan sahaja... 

Bahan buat kuah kacang

Bukan tanya apa pun.. just tanya macam mana nak sangai kacang tu... Sampai tahap mana nak digorengnya... Mujur suami ada sebagai tukang rujuk... Hehe... 

Apa pun, disebabkan cabaran itu macam nak kena juga cuba memasak kuah kacang sekali sekala kan... Sekurang-kurangnya ada pengalaman... 

Ada banyak cara masak kuah kacang ni... Ada yang tumis semua bahan mentah baru campurkan sekali... Ada yang sebaliknya... Ikut cara masing-masing... Itu antara tips memasak kuah kacang dari mak cik-mak cik di sekolah MF ... 

Malam ni nak merebus nasi himpit pula untuk esok... Moga majlis jamuan esok berjalan lancar dan meriahlah hendaknya... Paling suka murid lah.. dapat dressing' habis dengan baju raya terutama budak perempuan... 


P/s: Budak sekarang pandai bergaya ikut trend.walaupun budak kampung aje.. Kita dulu... Baju kurung tudung bawal kira canggih dah la tu bajunya... Hehe.. Zaman yang kian berubah... Tapi budak remaja nak sweet, cukup berbaju kurung dan bertudung sederhana sahaja... Sudah jelas keayuannya... Terlalu mengikut fesyen pun kadang tak sesuai pula dengan usia jadinya... 

Roti Naik Harga?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Roti Naik Harga? | Tadi kat tempat kerja ada rakan sekerja bagitau katanya roti naik harga... Terkejut... Hah! Naik? Ye ke.. tak tau pula... Padahal MF ni dok beli roti hari-hari... Terutamanya roti Gardenia... 

Mencari gali kat Google kesahihannya... Betul ke naik harga... Jumpa berita ini di Sinar Harian Online... 

Screenshot from Sinar Harian Online

Tanyakan suami, tak tau pula dia sebab belum beli roti yang terbaru ni... Roti 50gram tu jarang beli... Tu yang tak tau pula... 




Ini pula harga roti Gardenia yang dibeli sebelum ni... Hijau tu roti gandum, merah dan kuning roti putih biasa... Ha...a.. Ada perbandingan harga... Tapi tak sure Pula roti apa... Haha... Sebab lepas tanggalkan... Terbiar je label ni... Plastik roti disimpulkan aje... 

Apa pun... Nanti tengok semula lah.. betul ke naik harga... Itulah.. tau makan aje... Tak perasan pula bab harga... MF ni kalau bab makan jarang pula nak kira harga ... Tu yang tak kisah sangat pasal harga bab makan ni... Tambah pula kalau anak suka .. lagi lah tak kisah sangat tu .... 

TIP SEHARIAN MENANGANI STRESS

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

TIP SEHARIAN MENANGANI STRESS

1. Belajar menangani stress 
Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stress dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan

Apa yang harus anda lakukan apabila marah?
• Menyedari yang anda sedang marah.. katakan“ Saya sedang marah!”
• Bertenang..kira hingga sepuluh tarik nafas panjang dan mengucap.
• Kenal pasti kenapa anda marah.
• Cuba dengar penjelasan orang lain.
• Jangan berkata sesuatu untuk menyakitkan hati atau menghukum orang lain.
• Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan. 
• Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan.
• Membiasakan  diri memaafkan dan menerima kenyataan bahawa  manusia juga melakukan kesalahan

Sumber: Google Images

Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:
• Berfikir secara positif.
• Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
• Belajar menyukai diri sendiri
• Belajar bertenang
• Adakan hobi
• Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah.
• Dapatkan tidur yang cukup.
• Dapatkan  teman yang sesuai untuk meluahkan masalah.
• Bersifat tegas/ asertif.
• Tetapkan matlamat yang realistik untuk diri anda.

Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.


Line internet yang slow lebih slow dari siput buatkan kebanyakan blogger akan stress... Betul kan?

17 Julai 2017

Hukum Jual Beli Secara Bidaan/Lelongan di Internet

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hukum Jual Beli Secara Bidaan/Lelongan di Internet | Bidaan atau lelongan di internet kembali popular sejak dua menjak ni... Antara website yang menawarkan jual beli secara bidaan popular ialah e-Bay, dan terkini Chilindo... MF pernah cuba masuk untuk lihat cara transaksi jual beli dilakukan... Tapi, apakah hukum jual beli secara bidaan atau lelongan ini dalam Islam? Ikuti penjelasan lengkap yang telah dikupas secara umum oleh Dr. Zaharuddin...

Maksud Jual Beli Secara Bidaan / Lelong
Jual beli secara lelong dikenali dalam Islam dengan nama "al-Muzayadah", iaitu satu kalimah yang memberi erti dari sudut bahasanya "saling naik menaik" dalam konteks jual beli lelong ini ‘kesemua pihak (bakal-bakal pembeli) cuba menawarkan harga yang lebih mahal kepada penjual, sesiapa yang menawarkan harga tertinggi, mereka akan dikira sebagai pemenang.

Cara Jual Beli Secara Bidaan Dilakukan
Apabila tukang lelong atau wakilnya menghentikan lelongan, beerti penjual telah redha dengan satu harga tertinggi dan ini menyebabkan kontrak jual beli yang mengandungi ‘ijab dan qabul termeterai secara automatik di antara kedua belah pihak.  Jual beli ini adalah halal disisi Islam dengan syarat-syaratnya.

Antara asas kepada keharusan lelongan ini adalah hadis :-

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَاعَ حِلْسًا ) بساط للأرض أو كساء لظهر الدابة ) وَقَدَحًا وَقَالَ مَنْ يَشْتَرِي هَذَا الْحِلْسَ وَالْقَدَحَ فَقَالَ رَجُلٌ أَخَذْتُهُمَا بِدِرْهَمٍ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَزِيدُ عَلَى دِرْهَمٍ مَنْ يَزِيدُ عَلَى دِرْهَمٍ فَأَعْطَاهُ رَجُلٌ دِرْهَمَيْنِ فَبَاعَهُمَا مِنْه

Erti : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menjual hilsan (hamparan seperti permaidani atau selimut di belakang binatang kenderaan) , lalu bersabda : Adakah sesiapa ingin membeli hamparan ini , lalu berkata seorang lelaki : Aku setuju untuk mengambilnya dengan harga satu dirham, lalu baginda Nabi s.a.w bersabda lagi : ada sesiapa ingin membayar lebih dari satu dirham, lalu seorang lelaki setuju dan membayar dua dirham, lalu Nabi s.a.w menjualnya kepada lelaki itu. ( Riwayat At-Tirmidzi, no 1139, At-Tirmidzi : Hadis Hasan) [1]

Hukum jualan ini juga telah terdapat ijma berkenaan keharusannya, sebagaimana di sebutkan oleh para ulama mazhab Hanbali, Manakala mazhab Syafie mensyaratkan ia mestilah tidak berniat memberi mudarat kepada sesiapa dan benar-benar ingin membeli, jika tidak dikira sebagai an-Najash yang haram.

Majlis Fiqh Antarabangsa yang bernaung di bawah Al-Munazzamah Al-Muktamar Al-Islami telah pun mengeluarkan resolusi keharusan jual beli lelong dengan syarat-syaratnya, antara yang disebut dalam resolusinya adalah :-

•a-   Setiap proses selanjutnya (setelah menang) seperti catatan secara bertulis, syarat-syarat pembayaran, pentadbiran dan undang-undang mestilah tidak bercanggah dengan hukum Syariah.

•b-   Penganjur atau penjual dibenarkan meminta jaminan daripada mereka yang turut serta dalam majlis lelongan bagi memastikan semua mereka adalah pembeli berpotensi yang sebenar dan komit dengan pembelian sekiranya menang.

•c-  Dibenarkan penganjur lelongan mengambil caj masuk atau penyertaan dengan SYARAT Ia tidak melebihi nilai sebenarnya. (bermakna ia mestilah nilai minima dan pihak penganjur tidak akan mengambil keutungan darinya tetapi sekadar urusan pentadbiran sahaja).

•d-  Diharamkan pihak penjual atau penganjur melakukan bidaan-bidaan palsu agar harga lelongan naik. Ia dinamakan An-Najash yang diharamakan secara jelas oleh Nabi s.a.w. Antara bentuk lain bagi An-Najash adalah orang yang tidak membeli mempromosikan barang yang dijual dengan pujian berkenaan kualitinya berdasarkan kepakarannya, ia dilakukan bagi mendorong peserta majlis lelong menaikkan lagi harga. Sedangkan apa yang dikatakan adalah dirancang dengan pihak penjual.

•e-   Penjual dan rakan mereka menipu harga pasaran, kononnya jualan sedang berada di tahap yang sangat murah.

•f-   Penjual mempromosikan kualiti tinggi barangan yang boleh dibaca, dengar dan lihat bagi menaikkan harga sedangkan hakikatnya tidak sedemikian.

Ulasan lengkap boleh rujuk: klik sini
Bidaan online
Sumber: Google Images


Kesimpulan:

Hukum lelongan jenis bidaan ini harus selagi mana tiada unsur judi atau bayaran untuk membuat bidaan. Seperti e-Bay, laman web Chilindo... Pembeli bebas membuat bidaan mana-mana barang yang dia minat tanpa bayaran... Pembeli hanya perlu bayar harga barangan yang dia telah menang dalam bidaan tersebut mengikut nilai bidaan yang telah dimenangi... 

Jadi, bagus juga ada jualan jenis ni... Kita dapat beli barangan dengan harga yang kita mampu bayar... MF saja try semalam... tak sangka boleh menang pula dua jenis barang.. harga dua jenis tu tak sampai RM50 pun termasuk kos pos... Kalau nak beli kat website lain susah nak dapat harga tu... Tapi tu lah... Cara pembayarannya hanya guna kredit atau debit kad... tiada pembankan online... Kalau guna online atau ATM hanya bank OCBC sahaja... Jadi, kedua barang tu masih dalam troli... Nak bayar kena ada kad debit pula... sebenarnya seronok bida je.. sebab nak try, tak sangka menang pula.. hadoiii... hehe... 

Petua Mudah Simpan Halia, Serai, Lengkuas dan Kunyit Supaya Tahan Lama

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Petua Simpan Halia, Serai, Lengkuas dan Kunyit Supaya Tahan Lama | Masa raya hari tu masih ada lagi baki halia, serai, lengkuas dan bahan-bahan lain untuk buat rendang. Bahan basah macam ni tak boleh nak beli sikit, sebab kita guna pun tak banyak kan... dalam 2 3 inci je sekali masak... dan tak semua masakan akan guna bahan ni setiap hari...

Bahan basah begini tak kan tahan lama kalau simpan secara biasa dalam peti sejuk. Tapi jangan risau, ada teknik mudah nak bagi bahan ini tahan lama .. bahkan sampai 2 3 bulan tahannya... Tanpa kecut atau busuk... Mak mentua MF la buat ni... Jadi, MF faham rupanya itulah petua nak bagi bahan basah ini tahan lama...

Petua Simpan Halia, Serai, Lengkuas dan Kunyit Supaya Tahan Lama


BAHAN-BAHAN:
Serai
Lengkuas
Kunyit
Halia
Bekas bertutup
Air bersih



CARA-CARA:
1.    Bersihkan bahan-bahan masakan diatas. Kemudian masukkan  ke dalam bekas.
2.    Masukkan air bersih dengan secukupnya. Tutup bekas.
3.    Simpan di dalam peti ais. Tukar air dua minggu sekali. Hasilnya, bahan masakan anda akan kekal segar dalam tempoh masa yang lama.

Kredit: Karangkraf.com


Zaman gawat macam ni, kena jimat sehabis mungkin... 

Pendek Je Tapi POWER Doa Ni...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


MEMAHAMI MAKNA "AFIAH"

Kita sentiasa mendengar perkataan sihat wal afiah. Namun adakah kita mengerti bahawa perkataan afiah mempunyai makna yang luas dan mencakupi banyak perkara.

Pada suatu hari, Sayyidina Al-Abbas (R.A.) bapa saudara Nabi (ﷺ) datang kepada Nabi (ﷺ) dan berkata: "Ya Rasulullah, ajarkanlah doa," katanya.

Nabi (ﷺ) berkata: "Wahai bapa saudara saya, bacalah :
 ‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَة

Allahumma inni asaluka al-'afiyah 
(Ya Allah, aku meminta kepada kamu 'afiyah).

Sekarang apa yang 'Afiyah?

'Afiyah bermaksud :
"Untuk menyelamatkan aku daripada sebarang kesusahan yang menimpa."

Untuk menjadi sihat,kita berada dalam 'afiyah.

Untuk mempunyai wang yang cukup, kita berada dalam 'afiyah.

Untuk hidup, kita berada dalam 'afiyah.

Untuk mempunyai anak-anak kita di lindungi,Kita berada dalam 'afiyah.

Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam 'afiyah.

Jadi, pada asasnya 'Afiyah bermaksud: 
"Ya Allah, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan dan penderitaan." Ini termasuk didunia dan akhirat.

Pendek kata, afiah meliputi segala keselamatan dan kesejahteraan zahir dan batin, urusan duniawi dan ukhrawi, perkara dunia dan agama, jasmani dan rohani, luaran dan dalaman.

Al-Abbas (R.A.) berfikir tentang ini untuk seketika, dan kemudian dia datang kembali selepas beberapa hari dan berkata:

"Ya Rasulullah, doa ini seolah-olah sedikit pendek. Saya mahu sesuatu yang besar."

Nabi (ﷺ) berkata: "Bapa saudara ku yang dikasihi, memohon kepada Allah untuk 'Afiyah, anda tidak boleh diberi apa-apa lebih baik daripada 'afiyah. Ia adalah doa yang mudah."

Yang benar bermakna apa yang anda katakan ketika berdoa.

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk selamat daripada sebarang kesusahan,kesedihan,bahaya dan jangan menguji saya dan lain-lain."

Sumber: Google Images

Semua ini termasuk dalam "Allahumma inni asaluka al-'afiyah" (Riyadh As Saliheen, Sunan At-Tirmidzi)

Sungguhpun doa ini amat pendek namun ia merangkumi banyak kebaikan dalam pelbagai aspek.

Nabi Muhammad (ﷺ) berkata: "Sampaikan daripada aku, walaupun ia adalah satu ayat."

Semoga bermanfaat 

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Sumber: telegram

16 Julai 2017

Akhirnya Berjaya Munculkan Iklan AdSense Pada Blog

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Akhirnya Berjaya Munculkan Iklan AdSense Pada Blog | Tak pernah ceritakan di blog pasal iklan AdSense. Blog MF lulus Iklan AdSense dah lama... Tapi serius.. MF blurr betul dengan Adsence ni... Tu juga mencetuskan permulaan MF untuk join group AFB... Alhamdulillah... Suami MF tak membantah.. asalkan tahu jaga batas pergaulan... Lagipun hanya untuk berblog tak lebih dari itu... 
Sumber: Google Images


Ada juga beberapa perbincangan pasal AdSense Dalam group AFB.. selain baca di blog-blog yang tulis pasal AdSense tapi masih tak faham... 


Melihat seorang demi seorang blogger mula berjaya lulus AdSense... Rasa tercabar... MF kena juga usaha untuk setup AdSense di blog... 


Kutip ilmu di group tambahkan lagi dengan bacaan sendiri... Mencari punca kenapa AdSense Tak muncul di blog... Ada yang kata sebab template tapi sama juga... 


Cuti hujung minggu baru ni .. ada sedikit masa untuk tengok blog... Jadi, cari punca dan setup AdSense di blog... 

Memula baca.. tak faham juga... Akhirnya tengok kat YouTube dan cuba aplikasi... Alhamdulillah... Akhirnya berjaya... Rasa happy dah... walaupun takde apa-apa earning atau click... Takpe... Sekurang-kurangnya dah selesai satu masalah... 


InshaAllah akan terus belajar lagi... 

Apa pun MF syukur dengan rezeki blog melalui innity... Itu rezeki MF kan.. rezeki kita pun tak sama kan... Masa nak dapat innity tu pun bukan mudah... Tapi atas usaha yang tak kenal putus asa ... Alhamdulillah.. dah tiga kali merasa hasilnya ... InshaAllah ... MF yakin dengan rezeki Allah itu Yang Maha Luas... moga akan ada jalan untuk rasa rezeki berblog dengan AdSense Pula suatu hari nanti...

Doa Awal Pagi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


DOA AWAL PAGI :

أصْبَحْنَا وَاَصْبَحَ اْلمُلْكُ لِلَّهِ وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ اَلعَالَمِيْنَ
Kami melewati pagi ini dan kami lewati pagi ini sedangkan kerajaan alam semesta tetap milik Allah dan segala puji untuk Allah.

اَللَّهُمَّ اِنِّيْ اَسْاَلُكَ خَيْرَ هَذَا اْليَوْمِ فَتْحَهُ وَنَصْرَهُ وَنُوْرَهُ وَبَرَكَتَهُ وَهُدَاهُ
Wahai Allah sungguh aku meminta kebaikan hari ini, kemenangannya, pertolongannya, cahayanya, keberkahannya, dan petunjuk hidayahnya yang ada di hari ini .

وَاَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هَذَااْليَوْمِ ، وَشَرِّمَا فِيْهِ وَشَرِّمَا قَبْلَهُ وَشَرِّمّا بَعْدَهُ
Dan aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang ada pada hari ini dan keburukan yang tersimpan pada hari ini dan keburukan atau kejahatan yang ada pada hari yang sebelumnya dan yang ada pada hari esok.

Jom amalkan bersama...


Kredit: Himpunan Doa

15 Julai 2017

HIKMAH AIR KOPI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

HIKMAH AIR KOPI

Dalam minuman kopi pada dasarnya terdiri dari 4 unsur, iaitu:

1. Kopi
2. Gula
3. Air
4. Rasa 

Jika kopi terlalu pahit
Siapa yang salah?

Gulalah yang di salahkan kerana terlalu sedikit hingga "rasa" kopi tu pahit.

Jika kopi terlalu manis
Siapa pula yang disalahkan?

Gula lagi, kerana terlalu banyak gula hingga "Rasa" kopi tu terlalu manis.

Jika kandungan kopi & gula seimbang, kopinya sedap.

Siapa yang dipuji ?

Tentu semua akan berkata,
Kopi TERBAIKK!!!

Kemana gula? 
Yang membuat "rasa" kopi menjadi SEDAP?

Kemana AIR menjadi pengadun kepada semuanya?



HIKMAH AIR KOPI
Sumber: google images

BEGITULAH HIDUP INI.

Orang jarang pernah mengingat dan menghargai kebaikanmu.
Orang hanya melihat kelemahanmu.

Walau demikian, tetaplah menjadi baik sampai ke akhir

Kebaikan tidak memerlukan pengakuan.

Seperti juga barangan bermutu tinggi tidak perlukan kata kata indah seperti IKLAN 
Orang baik tidak perlu membuktikan apa-apa.

Orang baik itu berpegang pada kejujuran hati nurani sendiri.

Tidak perlu menjelaskan apa dan siapa dirimu.
Sebab orang yang memahami kamu, tidak perlu itu.

Sedangkan orang yang hatinya iri dan dengki, tetap tidak akan percaya itu apa yang telah kamu buat

Tetaplah menjadi baik sampai akhir. Cukup dengan  ALLAH Dia yang mencukupkan segalanya.

Sumber: Telegram

14 Julai 2017

DIY USB CAR CHARGER DENGAN MODAL TAK SAMPAI RM20!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

DIY USB CAR CHARGER | Menjadi masalah bila travel handphone pula habis bateri... Tambah parah bila handphone dijadikan GPS kan.. lagi cepat bateri habis.. kena pula waktu tu Power bank pula lupa nak cas tak pun lupa nak bawa.. dah susah dah... 

Jadi atas masalah tu, en.somi cheq ni cuba selesaikan masalah tu dengan D.I.Y USB CAR CHARGER... Build in terus pada kereta siap dengan Suiz untuk on off... 

Ini diy Untuk kereta Proton Exora kami... 
DIY USB CAR CHARGER
Yang dibulatkan tu adalah Suiz... Boleh on bila nak guna, dan off bila tak guna...
DIY USB CAR CHARGER


Kereta baru untung la Sebab dah ada USB CAR Ni siap dah... Tapi kereta kami tak canggih... Tapi takpe... Kita boleh canggih kan dengan modal tak sampai RM10 pun... 

DIY USB CAR CHARGER

Bahan dan alatan yang diperlukan:
  • USB CAR CHARGER
  • Suiz
  • Gam plastik (glu guna)
  • Wayar


Cara-caranya:
  1. Buka cover USB car Charger dari badan dia... Ambil yang tempat USB tu aje... Body cover USB tu tak payah ambil... 
  2. Tebuk sikit kat mana-mana part kereta nak letak (build in USB)
  3. Gamkan dari dalam usb charger tu guna gam plastik yang guna jenis gun (glue gun)... 
  4. Lepas tu smbung kan wayar 12V soket yang sedia ada... Siap!!!

Yang DIY ni kira canggih lagi sebab ada Suiz... Hehe... 

Gambar kat bawah ni DIY untuk kereta Viva 660 kami... 

DIY USB CAR CHARGER

DIY USB CAR CHARGER

Mudah je bagi yang tahu.. en.somi bukan makenik apatahlagi tukang pomen.. tapi sebab minat dia dengan kereta ibarat aur dengan tebing... Jadi, dia selalu tengok kat YouTube apa sahaja pasal kereta... 

Meraikan minat suami... Adakalanya memang mempunyai banyak kelebihan... Sama juga dia raikan hobi MF iaitu blogging... Dia juga dapat rasakan manfaat dari hobi MF... 

Sesiapa nak cuba DIY sendiri dipersilakan... Kalau tak tau.. boleh aje cari kat YouTube.. Insha Allah.. ada aje tutorial nya.. 

5 Tips Kenali Isteri Anda!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


5 Tips Kenali Isteri Anda! | Wanita dan lelaki diciptakan sangat berbeza...namun Allah ciptakan wanita dan lelaki boleh hidup bersama... Walaupun begitu.. dalam rumahtangga pasti akan berlaku pergolakan kerana ingin cari persamaan kerana perbezaan ini... Tapi mustahil akan sama...

Jadi, sedikit tips nukilan Dr. Taufiq Razif buat para suami dan bakal suami untuk mengenali isteri masing-masing...

5 Tips Kenali Isteri Anda!

1. Kita kena tahu perempuan ni makhluk misteri. Otak perempuan memang terbukti lebih kompleks daripada lelaki. Sebab tu la mereka lebih multitasking dan memerlukan tidur 20 minit lebih lama daripada lelaki.

2. Jangan ingat bila dah kahwin tu tandanya kita dah memahami si dia sepenuhnya. Proses berkenalan tu kadang-kadang memerlukan sepanjang hidup kita. Mula-mula kahwin sifatnya lain. Dah masuk tahun pertama kahwin mula la keluar sifat yang sebelum ni kita tak pernah tahu pun. Bila dah mengandung nanti lagi la lain dengan ribut hormon yang tak menentu. Jangan panik! Kita lelaki diciptakan cepat bosan dengan benda yang sama. Sebab tu Tuhan jadikan perempuan ni susah nak difahami. Setiap hari kita akan temukan benda yang baru pada si dia. Menarik kan?

3. Perempuan memang Tuhan dah cipta untuk taat pada suami. Tu sistem yang takde siapa boleh bantah tapi kita para suami pun disuruh untuk bermuamalah dan bergaul dengan cara yang paling lemah lembut dan sopan dengan para isteri kita. Jangan tuntut mereka bahagiakan kita. Kita dulu yang harus bahagiakan mereka. Baru la mereka akan sukarela bahagiakan kita.

4. Perempuan ni makhluk emosi. Jangan sekali kali gunakan logik untuk tenangkan si dia. Guna la emosi juga kalau nak tenangkan si dia. Kalau si dia dah mula bebel tu ada lah tu lubang emosi dia yang terganggu. Mungkin kita jarang peluk si dia, mungkin kita buat si dia rasa tak selamat disisi kita, mungkin kita kurang menjadi suami dan bapa pada pandangan dia atau mungkin sebab kita lupa hari jadi dia!

5. Perempuan ni makluk auditorik. Pancaindera telinga mereka lebih sensitif dan peka dibandingkan pancaindera yang lain. Kalau nak bahagiakan si dia, bahagiakan dulu telinganya. Puji dengan pujian yang baik-baik. Kalau masak lebih-lebih kurang pun apa salahnya puji usaha si dia. Kalau dia beli baju baru pun apa salahnya puji penampilan si dia. Semua tu tak makan modal pun. Yang perlu cuma kreativiti kita sebagai suami untuk membahagiakan si dia.

Sumber: Facebook Dr. Taufiq Razif

Jadi para suami... Belajarlah untuk memahami wanita... Jangan cuba untuk carikan persamaan... Elakkan wahai para suami untuk ubahsuai isteri anda untuk ikut citarasa anda dan gaya hidup anda... Belajar untuk fahami dan hormati perbandingan dan perbezaan itu untuk memelihara kerukunan rumahtangga... Moga berbahagia hingga ke syurga... 

Doa Yang Paling Afdhal!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w, "Apakah doa yang paling afdhal?" Rasulullah menjawab mohon keampunan dan keselamatan di dunia dan akhirat.

Kenapa pengampunan dan tidak yang lain? Sebab tanpa kita sedar, dosalah menjadi punca kepada segala masalah. Ibadah tak sedap, solat tak khusyuk, rezeki tak berkat, keluarga tak tenang, Anak-anak masalah dan banyak lagi, puncanya dosa. Andai clear masalah utama ni, maka selesailah segala yang lain. Ayuh banyakkan beristighfar.


Mari aminkan doa ini.

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Engkau Tuhan yang Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. Lihatlah para hambaMu ini yang sedang menadah tangan kepadaMu ya Allah.

Kami sedang mengharap melebihi pengemis yang sedang kelaparan. Ya Allah ya Tuhan kami, pada kesempatan yang masih ada ini ya Allah. Kami merayu agar diampunkan dosa2 kami.

Ya Allah ya Tuhan kami. Kami mengulangnya lagi. Dan membesarkan rasa ini di hati kami ya Allah. Ampunkanlah dosa2 kami ya Allah.

Ya Allah kami tidak mampu menghitung setiap nikmat daripadaMu ya Allah. Tetapi pada setiap butir nikmat itu kami pulangkan kederhakaan kepadaMu ya Allah. Justeru ya Allah, janganlah Engkau matikan kami sebelum Kau berikan taubat kepada kami ya Allah.

Ya Allah pandanglah kami dengan pandangan rahmat dan kasih sayang daripadaMu ya Allah.

Ya Allah pandanglah wajah2 kami ini dengan pandangan rahmat dan kasih sayang daripadaMu ya Allah.

Cabutkanlah kemarahan dan lepaskanlah daripada kami ini kemarahan dan kebencianMu ya Allah.
Cabutkanlah kemarahan dan lepaskanlah daripada kami ini kemarahan dan kebencianMu ya Allah.

Seandainya Kau bertanya kepada kami tentang dosa, sesungguhnya kami akan menceritakan betapa banyaknya dosa kami. Tetapi hati kami sedang mengharap keampunan daripadaMu ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami. Ayah dan ibu kami ya Allah. Engkau ampunkanlah dosa kedua ibu bapa kami ya Allah. Wahai Tuhan kami, andai ada salah dan silap mereka dalam mendidik kami ya Allah, jangan Kau tanya mereka atas kelemahan itu ya Allah. Janganlah kau azab mereka atas kelalaian itu ya Allah kerana kami sangat yakin Kau amat Pengampun ya Allah.

يا منان يا ذالجلال والاكرام...

Ya Allah akan sampai satu detik di dunia ini apabila kami tidak lagi mampu berdoa.

Rahmatilah nanti saat kami telah jadi menjadi ahli kubur ya Allah.
Rahmatilah nanti saat kami telah jadi menjadi ahli kubur ya Allah.

Belalah kami di padang mahsyar ya Allah.
Belalah kami di padang mahsyar ya Allah.

Bantulah kaki kami saat kami melalui titian siratal mustaqim. Rasailah telapak kaki kami akan lembutnya pasir2 syurga. Jauhkanlah kami ya Allah dari neraka jahannam.

Ya Allah satukan hati kami umat Islam dengan kasih sayang seperti mana kau menyatukan Muhajirin dan Ansar.

Didiklah, kekalkanlah kami, istiqamahkanlah kami ya Allah dan matikanlah kami dengan agama ini.

ربنا اتنا في الدنيا حسنة و في الاخرة حسنة وقنا عذاب النار
والحمد لله رب العالمين....😢

*Doa penutup oleh naqib Ustaz Zulramli Mrazalii - Usrah Nurani 10032016 @Ikim fm 91.5mhz*


Sumber: Telegram

13 Julai 2017

Terjebak Pula Dengan Drama Adaptasi Novel Semusim Rindu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Terjebak Pula Dengan Drama Adaptasi Novel Semusim  Rindu | Konon dah insaf dah.. tak layan drama bersiri... Tapi akhirnya terjebak juga... 

Memula teman mak mentua je tengok... Sekali dah tertengok rasa best Pula... Drama adaptasi novel ingatkan macam kisah cinta biasa.. sebab memula drama ni memang tak best... Tapi.. lama-lama semakin mencabar pula.. 


Sinopsis drama Semusim Rindu


Mengisahkan Hajar Adira yang kehilangan kedua ibu bapanya sejak berumur 5 tahun, sejak itu dia tinggal bersama ibu saudaranya, Nazimah. Hajar selalu didera oleh Nazimah. Tidak tahan dengan penderaan fizikal dan mental yang terpaksa dilalui selama 5 tahun, Hajar nekad melarikan diri ke Johor untuk bertemu dengan Mak Ngah Nasriah. Namun, setibanya di Johor Bahru Hajar hilang punca tanpa mengetahui arah untuk dituju. Pertemuannya dengan Firdaus yang sedang menunggu ketibaan isterinya, Fauziah telah membawa Hajar ke dalam kehidupan suami isteri itu yang masih belum dikurniakan zuriat.

Bagaimanapun, nasibnya bertambah malang apabila ibu angkatnya meninggal dunia, manakala bapanya pula lumpuh. Situasi itu secara tidak langsung membuatkan segala tanggungjawab terletak di bahunya untuk membesarkan adik-beradiknya yang lain.

Muncul pula Ikhman, lelaki yang suka sangat meyakitinya. Ikhman telah jatuh hati pada Hajar, namun keegoannya menjadi penghalang untuk berterus-terang. Pertemuaan mereka itu juga membuka jalan untuk Hajar bertemu dengan keluarga kandungnya. Kehadiran Pak Usu Halil selepas 15 tahun mencarinya masih sukar dimaafkan Hajar.

Hajar dan Ikhman pula setuju disatukan walaupun, Hajar masih sangsi akan perasaannya. Perkahwinan mereka berlangsung dengan syarat, mereka takkan tinggal sebumbung selepas berkahwin.  Bagaimanapun, satu demi satu konflik muncul sehingga membuatkan mereka bergolak dengan perasaan masing-masing apabila bersikap ego.
Sumber: kbergetar.com

Semakin seronok layan tu sebab drama ni banyak konflik keluarga bukan hanya sekadar cinta... 

Jadi, memang ketagih gak dok layan... Ditayangkan di Astro Prima dan Maya HD setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.00 hingga 7.00 malam.... 


Tu lah.. kalau dah mula memang kena gak layan sampai akhir... Tu bahayanya drama bersiri ni... Mulanya nak tanya adik je... Tapi adik MF tak ingat pula dia baca ke tak novel ni... Jadi, kena gak la layan sampai habis... 

Dah lama dah.. minggu depan habis dah drama ni... Tapi rasanya drama ni agak panjang dari drama novel yang MF dok layan sebelum ni... Sampai 40 episod tu... Bagi yang tak tengok boleh la nak cuba layan online... Best juga... Tapi agak emosional juga layan drama ni sebab watak-watak antagonis memang menjadi... Hehe... 

Harap lepas ni tak nak layan dah drama bersiri... Harap nya lah.. berjaya ke tak azam tak nak layan drama bersiri ni... Hehe... 


Tips Mengatasi Anak Degil dan Tak Nak Dengar Cakap

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tips Mengatasi Anak Degil dan Tak Nak Dengar Cakap | Anak bila makin membesar makin mencabar.. anak lelaki dengan gayanya, anak perempuan pula dengan gayanya... 

Cabaran utama bila semakin membesar ni ialah bila anak punyai kehendak sendiri dan kurang beri perhatian dan tak dengar cakap kita... MF tak suka guna istilah degil tu sebab nanti jadi doa pula kan... 

Rasa geram sedih dan terasa gagal jadi ibu bapa yang baik... Apa pun kena juga cari ilmu keibubapaan untuk atasi masalah yang dihadapi... 

Alhamdulillah... Terjumpa artikel yang ditulis oleh Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad... Rasa bahagia sekejap sebab ada panduan untuk diaplikasikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi ni... 

Tips Mengatasi Anak Degil dan Tak Nak Dengar Cakap

BETULKAH ANAK SAYA DEGIL, NAKAL DAN TIDAK MAHU MENDENGAR CAKAP?
Untuk anak-anak usia 5 - 6 tahun?
Oleh: Dr. Hj. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad

Ibu bapa seringkali salah faham dan mudah melabel anak-anak secara negatif. Apabila anaknya degil, maka pada anggapan ibu bapa ia adalah tingkah laku yang negatif. Sebenarnya, setiap tingkahlaku anak-anak berbeza sebab mereka akan membesar sebagai individu yang berbeza dari segi watak dan peribadinya.

Degil itu dilihat sebagai negatif disebabkan anak-anak tidak mendengar kata nasihat yang ibu bapa berikan. Sebaliknya, jika dilihat dari satu sudut lain pula, degil itu membuktikan bahawa anak-anak tetap dengan kemahuan dan pendiriannya. Sifat degil sebegini perlu ada jika anak mahu berjaya satu hari nanti. Kejayaan memerlukan seseorang itu berdepan dengan masalah, cabaran dan ujian. Hanya mereka yang degil sahaja yang mampu melepasi semua ini.

Oleh itu, adalah satu kesilapan sekiranya ibu bapa mahu agar sifat degil anak itu dibuang. Sebenarnya, apa yang perlu dilakukan ialah menyalurkan sikap degil ini secara positif dan betul. Anak-anak yang masih kecil tidak mampu bezakan antara degil yang positif dan degil yang negatif. Maka adalah menjadi tanggung jawab ibu bapa untuk membantunya.

Anak yang degil biasanya menunjukkan tingkah laku berikut:

- Suka melakukan sesuatu ikut kehendaknya
- Tidak mendengar arahan atau nasihat
- Persisten dalam melakukan sesuatu hingga berjaya atau selesai - Menunjukkan sikap kepimpinan dan adakalanya macam bos
- Tidak bergantung pada orang lain
- Suka lakukan apa yang dilarang
Setiap kali anak menunjukkan sifat degil, lakukan langkah-langkah berikut:
- Hargai sifat semulajadinya yang degil itu.
- Banyakkan berkomunikasi dan tanya apa yang dia mahu lakukan atau capai
- Beritahu padanya, pasti dia gembira jika dia boleh lakukan sesuatu yang juga membuatkan kita
sebagai ibu bapa gembira
- Berikan dia alternatif untuk salurkan kehendaknya dalam situasi yang sesuai dan tidak
berbahaya
- Puji apabila dia mula mendengar nasihat atau cakap kita

Contoh:
Imran seorang anak yang keras hati (degil). Walau pun telah dinasihati banyak kali, dia tetap akan panjat tepi tangga untuk naik ke atas dan ini membahayakannya.

Ibu : Imran, ibu tahu Imran suka memanjat betul?
Imran : Betul ibu
Ibu : Ibu pun suka apabila Imran memanjat, ia menunjukan bahawa Imran seorang yang berani
dan sukakan cabaran. Agak-agaknya kenapa ibu selalu bising apabila Imran memanjat? Imran : Tak tahu.
Ibu : Cuba Imran fikir apa boleh berlaku jika Imran salah panjat atau terlepas tangan? Imran : Imran akan jatuh.
Ibu : Kalau jatuh sakit tak?
Imran : Sakit.
Ibu : Sebab itulah ibu bising, sebab ibu sayang Imran. Kalau Imran betul-betul suka memanjat ibu akan bawa Imran ke Mall pada hujung minggu ini, dan dalam tu ada tempat untuk kanak-kanak panjat-panjat. Di situ Imran boleh panjat sesuka hati, tetapi kena janji dengan ibu untuk tidak panjat tangga lagi, boleh?
Imran : Betul ker ni ibu?
Ibu : Betul ibu janji.
Imran : Yeay, ok Imran janji takkan panjat di situ lagi.
Ibu : Hah, macam itulah anak ibu. Ibu suka apabila Imran mendengar kata. (Sambil peluk atau usap kepalanya)

Contoh di atas jelas menunjukkan ibu menghargai kedegilan anak, menyatakan sebab kenapa dia dihalang untuk menerukan kelakuannya dan menawarkan alternatif baru untuk disalurkan kesukaan dan bakatnya. Akhir sekali, ibu memuji anak.

Dengan pendekatan sebegitu, anak-anak akan membesar dengan jiwa yang kuat. Mereka memliki kecerdasan emosi (EQ) yang tinggi. Kekuatan emosi membentuk anak-anak yang berakhlak mulia dan memiliki nilai moral yang tinggi. Mereka tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan masa depannya. Mereka berfikir sebelum bertindak.

Sumber: Telegram Channel

Tips Mengatasi Anak Degil dan Tak Nak Dengar Cakap

InshaAllah.. akan cuba aplikasi ilmu ni... Memang mencabar sebab anak bila bersekolah dia dah ada kawan... Anak-anak zaman sekarang pula jenis kuat mengikut... Sekali dia tengok iklan, terus dia boleh ikut dan lakonkan semula apa yang dia tengok tu... Memang kebanyakan anak sekarang macam tu.. jenis visual... Sekali pandang terus melekat kat memori dia... 

Sebab tu kat rumah, kena kawal apa yang dia lihat... Tapi kalau kat luar macam mana kan... 

Moga artikel ini dapat bantu kita sebagai ibubapa mendidik dan mengasuh anak kita sebaiknya...supaya menjadi anak yang mendengar kata... 

MF fikir positif... Anak kita ni dia bukan degil atau tak dengar cakap... Tapi dia ada kehendak dan naluri dia sendiri... Sebab tu dia ikut kehendak dia berbanding kehendak kita... Jadi, kita  sebagai ibu bapa kena faham kehendak anak-anak dan didik ikut fitrah yang sepatutnya...berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah... InshaAllah... 

Cara Mengawal Hawa Nafsu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

CARA MENGAWAL HAWA NAFSU

Dikisahkan seorang pemuda datang kepada seorang alim dan berkata,

"Saya seorang lelaki yang mempunyai hawa nafsu yang kuat. Saya tidak dapat menahan diri dan mata dari melihat orang yang lalu lalang di bazar atau pasar. Apa perlu saya lakukan untuk menahan diri saya?"

Orang alim itu memberikannya secawan penuh air susu dan mengarahkannya untuk menghantar ke satu alamat dengan syarat dia tidak boleh menumpahkan air susu tersebut walau sedikitpun.

Dia akan ditemani seseorang untuk mengawasinya dan jika ia menumpahkan air susu tersebut maka dia akan dipukul dengan kuat.

Akhirnya pemuda tersebut berjaya menghantar air susu itu ke tempat yang diarahkan tanpa tumpah walau sedikitpun.

Orang alim bertanya kepadanya,

"Apakah dan siapakah yang kamu lihat sepanjang perjalananmu tadi?"

Pemuda itu menjawab,

"Saya tidak sedarpun apa apa yg berlaku di sekeliling saya sebab saya asyik memberi tumpuan kepada air susu yang saya bawa, takut bertumpah dan saya pasti malu jika dipukul di khalayak ramai."

Orang alim pun berkata,

"Situasi yang sedang kamu hadapi samalah seperti keadaan orang yang beriman. Orang beriman bimbang Allah akan menghinanya di hadapan ramai orang pada hari kiamat, jadi imannya itu tersimpan kukuh didalam hatinya."

Pengajaran:
Orang yang sentiasa menjaga tindakan didalam kehidupan ataupun berhati hati dan bersungguh sungguh menjaga imannya, takut berbuat dosa dan tidak menghiraukan pandangan manusia kerana Allah SWT semata mata, mereka akan lebih fokus kepada hari pengadilan atau hari pembalasan.

Kalam Ulama. 

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Kredit: Ustaz Iqbal Zain



Kita jaga hak Allah.. Allah akan pelihara hidup kita.. Insha Allah... Allah sebaik-baik pemelihara... Dalam hidup ni, kalau nak betul-betul capai bahagia sebenar, meletakkan Allah itu lebih utama dari segalanya... 

Hari ini, kita mungkin boleh mengucap dua kalimah syahadah, laksanakan semua rukun Islam... Tahu sebut rukun iman...tapi nak menunaikannya belum tentu mampu... 
Umur dah berusia... Sejauh mana kita dah laksanakan rukun Islam dan rukun Iman??? Sama-sama muhasabah diri... 

Dalam mendalami ilmu dunia.. jangan lupa cari masa untuk dalami ilmu akhirat agar seimbang hidup kita...