07 Disember 2016

RAHSIA BANYAK MASA LEBIH WALAUPUN SIBUK

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ada seorang guru yang berpesan kepada anak muridnya 

"Jangan engkau tinggalkan membaca Al-Quran, semakin banyak engkau membacanya, engkau akan mendapati urusanmu akan bertambah mudah" 

Lalu anak murid itu mengikut apa yang dinasihatkan oleh gurunya, pada permulaannya dia mampu membaca 3 juz Al-Quran sehari,

Lalu dari hari kehari, jumlah helaian yang mampu dibacanya bertambah, dan dia mendapati urusannya semakin dimudahkan oleh Allah,

Kemudian dia bertanya kepada gurunya "wahai guruku, aku mendapati jumlah helaian Al-Quran yang mampu aku baca semakin meningkat, sedangkan aku seorang yang sibuk dengan kerjaku"

Maka gurunya berkata "waktu seharianmu menjadi berkah, kerana banyaknya engkau membaca Al-Quran, engkau terasa seakan-akan mampu melakukan banyak urusanmu walaupun hanya waktu yang singkat.."


Subahanallah
Melalui kisah tadi sudah membuktikan bahawa, apabila kita membaca Al-Quran waktu kita menjadi lebih berkah.

Secara logiknya, bila kita membaca banyak helaian al-Quran, ia akan mengambil masa yang lama bukan?? 

Mesti hanya sedikit waktu yang berbaki, sehingga kita hanya mampu melakukan hanya sedikit urusan lain, tetapi

Semakin banyak al-quran kita baca, kita akan mendapati semakin banyak pula urusan yang mampu kita lakukan.

Bukan kerana waktu 24 jam itu bertambah, tetapi kerana berkahnya waktu, dan kerana urusan kita dipermudahkan oleh Allah Sang Penjaga masa kita.

Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam bersabda;

"Barangsiapa yang bangun di pagi hari, dan hanya dunia yang difikirkan olehnya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat hak Allah keatas dirinya, maka Allah akan menanamkan 4 penyakit padanya;

1- Kebingungan yang tiada putusnya
2- Kesibukkan yang tidak ada hujungnya
3- Keperluan yang tidak pernah merasa cukup
4- Angan-angan yang tiada penghujungnya.
(HR MUSLIM)

Jadi, sama-sama muhasabah diri... Banyakkan baca al-Quran... paling tidak satu hari 10 hingga 20 minit untuk membacanya... supaya masa kita barakah... ini buatkan kita rasa hari kita terisi dengan pelbagai perkara yang berfaedah. 

PELIKAT PANTS KANAK-KANAK MURAH DARI ZIWANI TEXTILE

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pelikat Pant??? Tahu kan... popular pelikat pants ni selepas jadi trending satu ketika dulu... iaitu kain pelikat dibuat seperti cawat dan diletakkan getah pada pinggang dan cekik pada kaki seluar... Tahun lepas memang meletopp fesyen ni.... rata-rata pakai seluar ni... tahun dah reda sikit fenomena fesyen tu... tapi ada satu company ni, masih teruskan dengan fesyen Pelikat Pants ni... cuma  designnya bukan macam cawat, tapi betul macam seluar tapi dibuat dari kain pelikat. Syarikat yang dimaksudkan ialah ZIWANI TEXTILE, iaitu satu syarikat 100% bumiputera yang menghasilkan Blouse, Jubah dan Pelikat Pants merupakan satu produk utama keluaran ZIWANI TEXTILE

Alhamdulillah, berpeluang merasai hasil tangan ZIWANI TEXTILE sendiri... dah yang bestnya masa MF dapat seluar ni, guna alamat kampung... sekali buka parcel, Abang MF nampak... apa lagi... terus dia berkenan... mula la dia tanya harga untuk dewasa... siap request lagi minta kalau ada pelikat pants dewasa berpoket... haha... camne tu Pengurus Ziwani Textile... permintaan pelanggan tu... 


Bila dapat seluar ni.. wah.. bukan main teruja MF.. sebab dok bayang dah mesti comel kanak-kanak seperti kakak dan adik pakai... Pelikat pants ni universal, lelaki perempuan boleh pakai... takde masalah... tak kan nampak janggal.. memang smart... 


Nampak tu kan... memang macho dan smart kan... comel cute je adik ni pakai.. 


Ni pula sedondon sekeluarga menggayakan pelikat pants... tak nampak janggal kan... nampak sweet je.. 

Lagipun, pelikat pants ni boleh digayakan di mana sahaja, nak buat pakai jenjalan santai, shopping ataupun nak buat tidur... sebab seriously, kainnya yang lembut dan selesa gerenti tak panas punya... 

Info Pelikat Pants dari Ziwani Textile:
  • Kain yang lembut dan selesa untuk kanak-kanak kerana menggunakan kain pelikat tenun 5000 cap Ayam Serama/Mangga.
  • Jahitan yang kemas terutama di pinggang yang bergetah dan dibahagian kaki.

Harga
Harga Pelikat Pants Ziwani Textile :

Saiz A (1,2,4,6 Tahun)
Retail : RM 15
Borong : RM 10

Saiz B (8,10,12 Tahun)
Retail : RM 25
Borong : RM 15

Saiz C (S, M, L, XL Dewasa)
Retail : RM 40
Borong : RM 25


Hubungi :
Puan Wani : 013-779 1601 
Puan Hazlina : 019-944 2889

Website : 


Instagram : 

DOWNLOAD TAKWIM PERSEKOLAHAN 2017

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


sumber: google images

Cikgu.. nama je cuti tapi otak ingat kerja juga.. itulah yang terjadi pada diri ini... tambah pula cuti bersalin 90 hari dah pun tamat... tu yang buatkan lagi terfikir pasal sekolah...

Antara pertama yang dicari ialah takwim persekolahan... bukan nak tengok cuti sekolah... tapi takwim ni penting buat cikgu nak buat Rancangan Pengajaran Tahunan...

Ni pun dah mula nak merancang juga, tapi sebab tahun depan guna KSSM rasa ada perubahan juga ni,.. jadi kita tunggu dan lihat dulu..

Apapun, takwim ini sebagai panduan guru dan ibu bapa... ibu bapa pun perlu tahu takwim persekolahan ni.. untuk bersedia dengan tarikh mula sekolah dan berakhirnya sekolah... Nampaknya tahun ni 1 Januari 2017 dah mula sekolah dah... tak sampai sebulan pun... dah nak kerja semula...


Untuk download versi PDF, boleh klik >>>SINI<<<

Resepi: Ikan Siakap Sambal Mangga!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




Resepi semalam... ikan Siakap biasanya orang buat masak stim atau Siakap tiga rasa.. tapi kali ni MF ubah sikit resepi jadikan sambal mangga... boleh tahan rasanya... bertambah suami makan... tak susah masaknya... 

Bahan-bahan:
  • Ikan Siakap
  • Bawang putih (potong dadu)
  • Bawang merah/bawang besar (potong dadu)
  • Cili giling
  • Mangga (potong dadu)
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Air asam jawa
  • Gula dan garam sebagai perasa
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis


Cara memasaknya:
  • Basuh ikan Siakap bersih, letak garam kunyit dan goreng garing... selepas goreng, ketepikan dulu.


Untuk masak sos mangga:
  • Tumiskan bawang putih dan bawang merah yang dipotong dadu hingga garing dan naik bau. 
  • Masukkan cili giling dan sedikit air. tujuan masukkan air ialah untuk pastikan cili tu betul-betul supaya, bila cili betul-betul masak barulah makan tak sakit perut dan sambal tak mudah basi.
  • Dah mendidih dalam 2 minit, masukkan sos tiram, sos cili dan air asam jawa. Kacau rata dan biarkan lagi dalam 2 minit... 
  • Kemudian masukkan gula dan garam... pastu baru masukkan mangga... 
  • Kacau rata dan biarkan dalam 5 minit... kalau agak kering sambalnya boleh masukkan sedikit air suam. 
  • Dah sebati, boleh tuangkan sos mangga tadi di atas ikan Siakap yang telah digoreng tadi.. 

Siap untuk dihidang. 

Simple masakan ni.. tak lama pun nak masaknya... campak-campak je siap... 

UJIAN PSIKOLOGI GAMBAR POKOK

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jom Kenali PERSONALITI DIRI anda. Ujian Psikologi ni memang menarik.

Mudah je. Pilih dulu gambar pokok mana yang anda paling suka.



Dah pilih??? Ok, scroll ke bawah untuk lihat apa makna pokok yang anda pilih...






















Huraian:

Nombor 1
Anda seorang yang pemurah dan bermoral. Anda selalu berusaha membaiki diri. Bercita-cita besar dan mempunyai standard yang tinggi. Orang lain mungkin merasakan susah berkomunikasi dengan anda, tetapi bagi anda, sebenarnya susah untuk anda menjadi diri sendiri. Anda bekerja dengan sangat kuat tetapi tidak mementingkan diri. Anda bekerja kerana anda ingin mengubah dunia. Anda berkemampuan untuk mencintai orang sehingga mereka menyakiti anda. Sekalipun demikian, anda akan masih menyintainya. Hanya sedikit orang yang dapat menghargai segala yang anda lakukan.

Nombor 2
Anda seorang yang menyeronokkan dan jujur. Anda sangat bertanggungjawab dan suka menjaga orang lain. Anda percaya bahawa kita perlu sentiasa bersikap jujur dalam setiap pekerjaan. Anda mempunyai personaliti yang baik dan orang akan cepat mempercayai anda. Anda juga bijak serta cepat berfikir. Sentiasa ada cerita menarik untuk anda kongsikan.

Nombor 3
Anda seorang yang bijak dan suka berfikir. Anda adalah pemikir yang hebat. Bagi anda, akal fikiran dan idea adalah sangat penting. Anda suka berfikir mengenai teori dan pandangan anda berseorangan. Anda juga jenis orang yang introvert. Anda hanya dapat menyesuaikan diri dengan orang yang suka berfikir dan belajar seperti anda. Anda juga banyak berfikir tentang moraliti. Sentiasa cuba melakukan yang elok pada fikiran anda, sekalipun majoriti menentang anda.

Nombor 4
Anda seorang yang perseptif dan berfalsafah. Anda unik dan berbeza dengan orang lain. Anda juga seorang yang mengikut naluri dan aneh sedikit. Selalu disalahanggap oleh orang lain, dan ianya menyakitkan hati anda. Anda perlukan ruang untuk diri anda. Kreativiti anda perlu diasah, dan ianya memerlukan anda menghormati orang lain. Anda adalah orang yang dapat melihat baik dan buruk dalam hidup dengan jelas. Anda sangat emosional.

Nombor 5
Anda jenis yang yakin dan menguasai keadaan. Anda sangat berdikari. Prinsip hidup anda 'Saua akan lakukan dengan cara saya'. Anda seorang yang bergantung pada diri sendiri dan tahu bagaimana untuk menjadi tabah pada diri sendiri dan orang yang anda cintai. Anda cukup tahu apa yang anda nak dan anda tidak takut untuk mengejar impian anda. Satu perkara yang anda perlukan dari orang lain ialah kejujuran. Anda juga cukup kuat untuk menerima kebenaran.

Nombor 6
Anda seorang yan baik dan sensitif. Orang lain cepat dapat bergaul dengan anda. Anda mempunyai ramai rakan dan suka membantu mereka. Anda mempunyai aura yang baik sehingga semua orang gembira untuk berada di sisi anda. Setiap hari, anda memikirkan cara memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Anda mahu menjadi lebih menarik, tersendiri dan unik. Lebih daripada orang lain di dunia, anda sangat memerlukan cinta. Malah termasuk mencintai orang yang tidak mencintai anda.

Nombor 7
Anda seorang yang ceria dan sentiasa gembira. Anda sangat sensitif tetapi juga sangat memahami. Anda pendengar yang baik dan tahu untuk tidak bersikap menyebelahi sesiapa. Anda lebih terbuka dengan orang yang baru anda kenali dan di majlis-majlis. Anda sangat kebal daripada stress dan sangat jarang untuk merasa bimbang. Kebiasaaannya, anda sentiasa relaks. Anda sentiasa ada masa untuk berseronok dan tidak hilang tujuan.

Nombor 8
Anda seorang yang menawan dan bertenaga. Anda seorang yang menyeronokkan dan tahu untuk membuatkan orang ketawa. Anda sentiasa tenang dan selesa menjalani kehidupan anda. Anda seorang spontan dan enthusiastic. Tidak pernah mengatakan tidak kepada cabaran baru. Biasanya anda akan mengejutkan orang sekeliling anda pada akhirnya. Tetapi, itulah anda. Sentiasa menjadi diri sendiri. Mempunyai banyak minat dan jika menunjukkan minat pada sesuatu, anda akan cuba buat dengan sebaik mungkin.

Nombor 9
Anda seorang yang optimistik dan bernasib baik. Anda percaya bahawa hidup adalah satu anugerah dan sentiasa cuba untuk mencapai sebanyak mungkin dan meletakkan anugerah ini pada tempat yang sepatutnya. Anda sangat bangga dengan pencapaian anda. Anda juga sentiasa bersedia untuk setia dengan orang yang anda sayang. Anda mempunyai pendekatan hidup yang sihat. Anda gunakan sebarang peluang untuk memaafkan, terus belajar dan membesar kerana anda percaya hidup adalah terlalu pendek untuk membiarkan ianya berlalu begitu sahaja.

Sayangi Orang Lain Agar Kita Disayangi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sayangi Orang Lain Agar Kita Disayangi


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن عَمْرٍو، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:"الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمُ اللَّهُ، ارْحَمْ مَنْ فِي الأَرْضِ يَرْحَمْكَ مَنْ فِي السَّمَاءِ

Dari Abdullah bin Amir, Rasulullah bersabda: “Seseorang yang menyayangi (orang lain) pasti akan disayangi Allah. Sayangilah setiap penduduk bumi, nescaya engkau akan disayangi para penghuni langit” (HR At-Tabrani No: 1460)


Pengajaran:

1.  Orang yang menyayangi makhluk, Allah akan menyayanginya

2.  Orang yang mengasihi orang lain, dia akan disayangi oleh penghuni dilangit

3.  Sifat saling menyayangi datang daripada mereka yang memiliki kejernihan jiwa dan kesucian rohani

JOM sayangi orang lain. Jauhi permusuhan dan persengketaan. Pereratkan yang dekat, rapatkan yang jauh.

Sumber: telegram.me/hadisharian_ikram

05 Disember 2016

Challenge For Blogger: 4 Fact About Me

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Challenge For Blogger: 4 Fact About Me

I've got this idea from Facebook... I copy and edit and made this challenging for blogger..

Type 5 fact about you and tag 3 Blogger you want to challenge it.

#Justforfun


Four names I go by:
1. Cik Yah
2. Maya
3. Mariah
4. Mayah

Four places I've lived:
1. Baling, Kedah
2. Skudai, Johor
3. Bentong, Pahang
4. Gombak, Kuala Lumpur

Four things I love to watch on TV
1. Cartoon
2. Cooking shows
3. Action movie
4. Telemovies

Four countries/places I would love to visit:
1. Makkah
2. Turki
3. Brunei
4. Japan

Four things I love to eat:
1. Semua masakan mak
2. Masakan suami
3. Nasi Lemak
4. Semua Jenis Cekodok

Four favorite drinks:
1. Susu coklat
2. Carrot Susu
3. Air Kosong
4. Air Sirap


Now here is what you're supposed to do. Please don't spoil the fun.... copy and paste this in your status and update it with your answers! To copy this, just hold your finger down on this text, tap Copy and paste on your entry... just for fun...

Moga kita lebih mengenali sesama rakan blogger... 

♥ Oh! My Heart ♥

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Doa Tetapkan Hati

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ اللَّهُمَّ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ تَخَافُ عَلَيْنَا وَقَدْ آمَنَّا بِكَ وَصَدَّقْنَاكَ بِمَا جِئْتَ بِهِ فَقَالَ إِنَّ الْقُلُوبَ بَيْنَ إِصْبَعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ الرَّحْمَنِ عَزَّ وَجَلَّ يُقَلِّبُهَا وَأَشَارَ الْأَعْمَشُ بِإِصْبَعَيْهِ

Dari Anas bin Malik dia berkata; Rasulullah SAW memperbanyak mengucapkan: "Ya Allah, teguhkan hatiku diatas din-Mu",  maka seorang sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, mengapa kamu mengkhawatirkan kami, sedang kami telah beriman kepadamu dan membenarkanmu terhadap apa yang kamu bawa." Baginda bersabda: "Sesungguhnya hati-hati itu berada diantara dua jari dari jari-jari Ar Rahman 'azza wajalla, Dia membolak-balikkannya." Dan Al A'masy mengisyaratkan dengan dua jarinya. (HR Ibnu Majah No: 3824)  Status: Sahih


Sumber : Google images 

Pengajaran:

1.  Setiap kita memiliki hati yang bila-bila masa boleh berubah (berbolak balik).

2.  Rasulullah mengajar doa agar kita memiliki hati yang tetap dan istiqamah

اللَّهُمَّ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

"Ya Allah, teguhkan hatiku diatas agama-Mu"

3. Dikhususkan doa untuk tetap hati kerana jika hati itu baik, maka seluruh anggota badan yang lain akan ikut menjadi baik.

JOM banyakkan doa agar memiliki hati yang tetap dan istiqamah.

Sumber: telegram.me/hadisharian_ikram

Kenapa hati???
Kerana hati umpama kemudi kepada perbuatan dan amalan kita... Jika hati baik dan elok... Seluruh perkataan dan perbuatan akan elok... Tapi jika hati sebaliknya... Kesannya juga pada perkataan dan amalan kita...

Takde istilah mulut jahat, hati baik... Kerana apa yang terlintas di mulut itu kemudinya dari hati... Cuma ego hati buatkan kita rasa apa yang kita kata bukan dari hati kononnya...  Sama-sama kita muhasabah diri...  Bagaimana hati dan iman kita hari ni... Bertambah ke berkurang??? 

04 Disember 2016

15 Blogger Pengomen Terbanyak Bulan November 2016!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)





Berikut adalah 15 blogger yang menjadi pengomen terbanyak untuk sepanjang bulan November 2016:



PeRdU cINta (25)

Sheila Adziz (16)


Nadia Johari (11)



mama amir (9)

Nieyl (9)


Shikin Razali (9)



norhidana miswan (8)



paridah (8)



sheAYANG (7)



Siti Rohaida Yusof (7)



Nur Zahirah (6)



Reen Johari (6)



Illya LeYa (6)



Cik Ash (5)



Along Misuari (5)


NURUL AQIDAH AZAHAR (5)



Bulan ni tak banyak sangat komen tapi PV naik... maklumlah rajin share, tapi tak sempat blogwalking... apa pun terima kasih buat semua yang datang singgah baca sama ada tinggalkan komen ataupun tidak... jasamu dikenang... 

LARANGAN WARNA BAJU BAGI LELAKi MENURUT HADIS NABI S.A.W

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

LARANGAN WARNA BAGI LELAKI.

Assalamualaikum Dr. Mohon penjelasan tentang kesahihan hadis hadis berikut mengenai warna baju yang dilarang untuk lelaki.


Warna: 
1. Saffron (HR Bukhari 77 dan 63)
2. Kuning Kunyit (HR Abu Dawud 4406)
3. Meroh (HR Sunan Nasaie 5185)

Dr Rozaimi menjawab:

Waalaikumussalam.

Tidak dinafikan ada perbezaan pandangan di kalangan ulama. Saya memilih pandangan berikut:

1. Merah mmg dilarang jika merah sahaja tanpa campur warna lain. Kalau campur tak dilarang.

2. Kuning dan oren dilarang jika dicelup dgn warna dari saffron atau usfur (tumbuhan). Tapi kalau warna tu bukan dari warna tumbuhan ni maka tak dilarang.

Larangan ni khas utk lelaki

Penjelasan lanjut wajib tonton video ni.. lepas tonton baru hangpa akan paham... 




Kesimpulan... 
Hukumnya makruh yang dilarang jika merah keseluruhan.... Tapi MF nak hangpa tengok video tu baru faham... jangan hentam sebelum tengok video ni... 

MINYAK HERBA ASMAK PENAWAR ASMA DAN BATUK YANG BERKESAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Asma, satu penyakit yang boleh membawa maut sebenarnya... Nenek MF meninggal dunia disebabkan asma... dan MF sendiri penghidap asma dari kecil... Bayangkan hampir 30 tahun hidup MF alami sakit ni... pasti ada yang kata, tak kan tak berubat kot... haha... bukan mudah... bukan mudah... asma ni boleh dirawat atau dilegakan tapi nak sembuh sepenuhnya bukan mudah.

Sakit asma ni bermula dari batuk, dan batuk pula berpunca dari pelbagai sebab... MF kena berjaga-jaga dan berpantang betul supaya tak batuk... tapi dalam dok berjaga-jaga kena juga... Seperti awal tahun 2016 dulu, MF kena asma teruk sebab terkena habuk kapur... ambil masa seminggu nak sembuh... kena la makan ubat... dan ambil ubat pelega asma... Inhaler adalah sahabat karib MF, ke mana sahaja memang tersedia dalam handbag... itulah hakikat pesakit asma.

Walaupun begitu, syukur anak-anak tak de asma... tapi kalau batuk tu ada dan lama sangat nak sembuh.. terapi, ubatan moden dan tradisional kami ikhtiarkan untuk legakan batuk.. selain tu kena sekat apa yang tak boleh dimakan seperti makanan manis, berminyak bahkan susu tepung pun kena kawal.. tapi kesian la kat anak bukan reti pun nak berpantang ni kan.. Jadinya, memang susah nak lega..

Namun, masalah yang melanda MF dan keluarga ni dapat diatasi setelah MF diperkenalkan dengan satu minyak angin... minyak angin la kata orang kampung... tapi nama moden ialah Minyak Herba Asmak...

Minyak Herba Asmak... mungkin ramai dah tahu... tapi tak mungkin yang tahu sejauh mana keberkesanannya... Jadi, MF berpeluang guna sendiri minyak ni.. kerana anak MF masih ada sisa batuk terutama waktu sejuk... MF sendiri pun kadang ada sisa asma pabila bangun pagi.. Orang asma ni sensitif dengan cuaca tau... tak boleh terlalu sejuk dan tak boleh terlalu panas. Pun nak kena pantang... orang yang pernah kena asma dia tahu camne nak kena asma.. antara tanda awal rasa perit tekak dan tekak rasa berlendir... itu paling awal tanda nak kena asma... tanda ni selalu MF alami masa bangun tidur...  nak tahu lebih lanjut boleh rujuk video ni.. 5 tanda awal penyakit asma.


Cara Guna Minyak Herba Asmak

Minyak Herba Asmak ni MF cuba sendiri sapu kepada anak-anak... Mudah nak guna, cuma tebuk penutup kecil dan terus boleh sapu kepada anak-anak... MF sapu di belakang badan dan dada anak-anak ikut arah lawan jam sambil selawat... ye la kan.. kita ikhtiar, yang nak sembuhkan Allah dengan izin Dia juga. Malam pertama MF cuba, nampak keberkesanannya... anak boleh tidur lena sampai pagi... takde dengar batuk dan nafas berkahak lagi... 

MF sendiri pun guna juga... MF cuba sapu pada dada sebelum tidur... Alhamdulillah.. dengan izin Allah, rasa lapang sikit dada...kurang berkahak dan lendir pada tekak pabila bangun pagi... Alhamdulillah.. dalam hati kata, "uhh...cepat juga keberkesanan minyak angin ni." Anak MF yang kedua selesema, MF sapu pula pada belakang betis dan tapak kaki... selain tu, sapu dan urut nipis pada batang hidung...


Tapi tu la nak lagi berkesan kena guna secara konsisten terutama kalau batuk anak-anak tu teruk kan... selain kena jaga pemakanan dan pantau aktiviti anak-anak dan kena pastikan persekitaran bersih tak berhabuk. 

Memang bagus la Minyak Herba Asmak ni.. Baunya seakan minyak gamat tapi dua kali bau macam ubat batuk pun ada... tapi tak busuk.. bau gamat je lebih sikit... sebab bila sedut bau minyak ni, seolah-olah penafasan kita tu terbuka... tu yang bagusnya.. Jadi, MF memang recommend la satu keluarga ada satu Minyak Herba Asmak... senang diguna dan dibawa ke mana sahaja pada waktu-waktu kecemasan yang diperlukan.


Info tentang Minyak Herba Asmak: 
  • Diperbuat dari bahan semulajadi seperti pati gamat, habbatussauda, minyak kelapa dara dan minyak zaitun.
  • Minyak Herba Asmak berangin dan ianya mengikut piawaian yang ditetapkan serta selamat digunakan walaupun kepada bayi.
  • Minyak Herba Asmak bukan sahaja berkesan untuk asma, semput, lelah, batuk, kahak, selsema, gigitan serangga, luka, terkena api tetapi juga berkesan untuk sakit perut, bengkak, lenguh, buasir, sembelit, senggugut, membantu melancarkan darah, sakit kepala, migrain, resdung, sakit gigi, strok dan ulser.
  • Harga minyak Asmak adalah RM39 .Harga ini telah ditetapkan pada semua pengedar. Jika ada yang menjual minyak ini dengan harga yang berbeza dikuatiri produk tersebut bukan lah produk  keluaran Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd. Jadi, hati-hati sebab ada produk tiruan. Dapatkan dari pengedar yang sah dan ada ID. 


Bagi pembeli Minyak Herba Asmak, akan dapat satu tabung comel dari kotak Minyak Herba Asmak.
MF suka dengan kotak Minyak Herba Asmak ni yang boleh juga digunakan semula sebagai tabung. Kreatif. Cara ni menggalakkan kita semua untuk menjaga alam sekitar juga sebab dapat recycle kotak jadikan tabung. Kalau beli Minyak Herba Asmak, jangan lupa simpan kotaknya ye, buat tabung.

Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen,boleh ke link di bawah atau hubungi terus  : 

Hotline HQ : 019 - 970 8897
Website rasmi syarikat : http://mham.com.my/

Website Minyak Herba Asmak :

Instagram Minyak Herba Asmak : @mham.sdnbhd

Facebook Page :

Penawar Asma Mujarab

Minyak Herba Asmak HQ

03 Disember 2016

Kenapa Wanita Jadi Pelupa Lepas Bersalin?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Lepas bersalin biasa jadi pelupa kan... kadang lupa letak barang kat mana... sampaikan kadang ditegur orang sebab jadi pelupa yang amat...  dah tahap hilang ingatan gayanya...

Dari segi biologi... ini sebabnya...


Semasa mengandung, otak wanita mengecut dari saiz asal... itu sebablah wanita mengandung ni berubah emosinya dan kadang pelupa... Lepas bersalin ambil masa 6 bulan untuk otak kembali ke saiz asal... 

Hebat fakta ni... kebenaran hanya Allah yang tahu... tapi biasanya fakta ni dari kajian biologi... Dan pasti ada sebab Allah ciptakan begitu...

Jadi, jangan marahlah kalau isteri anda pelupa... orang tua pun selalu kata... banyak urat putus...sebab tu jadi pelupa... 

Apa pun ada ubatnya untuk kembalikan saiz otak dengan cepat iaitu rajinkan zikir dan baca al-Quran... InshaAllah penyakit pelupa tu tak kan sampai tahap kronik... Hehe... 

Memang Dasyat pelupa ni...jangan sampai jadi penyakit pula... 

#MyTravelokaEscapade : Pulau Langkawi Tempat Percutian Yang Dah Lama Ku Idamkan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Nama je dok Kedah dan orang Kedah, tapi seriously, sekali pun MF tak pernah jejak lagi Pulau Langkawi... Walaupun namanya Kedah tapi agak jauh nak pergi sana... maklumlah.. kita bukan orang senang... Impian nak pergi Pulau Langkawi ni sejak zaman anak dara lagi...hingga sekarang dah beranak 3 takde peluang lagi nak jejak kaki ke sana... 

Tapi kali ni, dah salah satu impian dan harapan 2017 yang akan menjelang bulan depan ni, Traveloka dapat tunaikan impian MF dan keluarga untuk bercuti di Pulau Langkawi.. 

Why Traveloka??? Haha... jangan tak tahu... website yang boleh dikatakan masih baru pasal cuti dan hotel ni ada kelebihannya... MF sangatttt suka pasal... boleh pilih hotel tu satu hal, tapi yang bestnya boleh pilih dan tempah tiket kapal terbang sekali dalam website ni... Memang mudah sungguh la... Tak payah nak pening kepala nak check website lain dah... Dah tu, Traveloka ni selalu juga buat promosi terutama cuti-cuti sekolah dan cuti panjang tahun. Traveloka memang mesra pengguna tak kisah la kalau guna website di PC atau aplikasi di Smartphone... memang mudah..segalanya dihujung jari je.. Korang pun nak bercuti jugak? Apa kata cuba perkhidmatan Traveloka di  https://www.traveloka.com/en-my dan jugak hashtag #MyTravelokaEscapade untuk memudahkan pencarian.





Ok.. berbalik kepada kisah, kenapa MF nak sangat pergi Pulau Langkawi ni??? Kenapa tidak Pulau lain kan... ada 5 sebab kenapa Pulau Langkawi jadi pilihan MF dan keluarga. 

1. Pulau Langkawi Pulau Lagenda

Semua sedia maklum kisah lagenda Pulau Langkawi... penuh sejarahnya...jadi, MF teruja nak lihat sendiri sejarah yang tercipta... Kisah mahsuri dan sumpahan serta beras terbakar tu buatkan MF nak lihat sendiri kisah tu... 

2. Banyak Pantai Yang Cantik

Langkawi antara tempat percutian yang banyak pantai menarik dan cantik... rugilah kalau tak jenjalan kat pantai-pantai ni.. antara pantai yang MF teringin nak pergi ialah Pantai Chenang, Pantai Tanjung Rhu, Pantai Tengah, Pantai Payar Marine Park dan beberapa pantai yang menarik untuk dinikmati jika berpeluang untuk ke Langkawi. 



3. Underwater World Langkawi


Ini antara tempat idaman yang dah lama mengidam nak pergi... semestinya nak bawa anak-anak pergi sana lihat hidupan dalam laut. Walaupun ada tempat yang hampir sama konsepnya di Semenanjung Malaysia ni, tapi ada tarikan hidupan lain iaitu penguin yang comel.. memang teringin betul nak tengok penguin comel dengan mata secara live... 


4. Menikmati Alam Semulajadi Yang Indah



Langkawi antara pulau Indah ciptaan Tuhan, yang wajib kita terokai dan nikmati... Banyak sangat tempat menarik seperti air terjun, taman buaya, taman hidupan liar dan pelbagai tempat menarik yang sememangnya patut kita kenalkan kepada anak-anak... supaya anak-anak dekat dengan alam.. bila dekat dengan alam, secara tak langsung dapat dekat dengan Tuhan juga. 



5. Jalan-jalan Cari Makan dan Shopping


Dah namanya bercuti tak sah la kalau tak jalan-jalan cari makan sekali... Yang teruja MF nak cuba dan nak makan di Langkawi ialah Restoran Seashell...sebab restoran ni kat tengah sawah padi... mesti best kan.. makan sambil nikmati keindahan alam macam ni... dah dok terbayang dah ni... 
Shopping juga antara agenda wajib kalau bercuti di Langkawi kan... terutama bagi pencinta coklat macam suami MF... tak sah kalau tak makan coklat satu hari.. jadi, sudah tentu tak kan lepaskan peluang shopping barangan murah di Langkawi dan juga shopping coklat jika ke Langkawi. 

Cukuplah 5, ikutkan banyak nak tulis... kerana di Langkawi banyak tempat menarik..seperti Cable Car, Muzium 3D dan juga Skybridge... Satu dua hari memang tak cukup kalau nak bercuti di Langkawi... Jadi harapan moga jadi kenyataan dengan traveloka... sebab website percutian yang berjaya pikat hati MF dan suami sebab segalanya mudah dalam satu website saja. 



Korang ada destinasi pilihan yang teringin sangat pergi bercuti??? Apa kata join contest yang Traveloka buat. Mana tahu ada rezeki. Jom memeriah kan contest. Join contest pada pautan ini --> Join Contest Traveloka . Hadiah pun boleh tahan hebat.... Jangan lepaskan peluang! 

3 GOLONGAN AHLI SYURGA DAN 5 GOLONGAN AHLI NERAKA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Dari 'Iyadh ibn Himar al-Mujasyi'i, (dia menyebutkan) bahawa RasululLah sallalLaahu 'alaihi wa sallam bersabda:

قَالَ وَأَهْلُ الْجَنَّةِ ثَلاَثَةٌ

Dia (Allah ta'ala telah) berfirman: Dan Ahli syurga itu ada 3 golongan:

ذُو سُلْطَانٍ مُقْسِطٌ مُتَصَدِّقٌ مُوَفَّقٌ

Seorang pemilik kekuasaan (pemerintahan) yang adil, dermawan, lagi disepakati (oleh Allah dan masyarakat)

وَرَجُلٌ رَحِيمٌ رَقِيقُ الْقَلْبِ لِكُلِّ ذِي قُرْبَى وَمُسْلِمٍ

Dan seorang yang pemurah, lagi lembut hati kepada setiap yang mempunyai hubungan kerabat dan (juga kepada) seseorang muslim

وَعَفِيفٌ مُتَعَفِّفٌ ذُو عِيَالٍ

Dan seorang yang menjaga kehormatan dirinya, (sekaligus berterusan) berusaha memelihara maruahnya, (dalam keadaan) memiliki ramai ahli keluarga (untuk diperhatikan).

- قَالَ - وَأَهْلُ النَّارِ خَمْسَةٌ

Dan Dia berfirman,



Manakala ahli neraka itu 5 golongannya:

الضَّعِيفُ الَّذِي لاَ زَبْرَ لَهُ الَّذِينَ هُمْ فِيكُمْ تَبَعًا لاَ يَتْبَعُونَ أَهْلاً وَلاَ مَالاً

1. Orang lemah yang tiada keinginan (daya usaha untuk mengamalkan agama), di mana mereka ini di kalangan kalian hanya mengikut, mereka tidak (berusaha) untuk berkeluarga dan mencari harta.

وَالْخَائِنُ الَّذِي لاَ يَخْفَى لَهُ طَمَعٌ وَإِنْ دَقَّ إِلاَّ خَانَهُ

2. Dan orang yang khianat yang tak tersembunyikan baginya sifat tamaknya, sehinggakan (tidaklah terlepas) urusan seremeh apapun, kecuali (pasti) dia akan khianat padanya.

وَرَجُلٌ لاَ يُصْبِحُ وَلاَ يُمْسِي إِلاَّ وَهُوَ يُخَادِعُكَ عَنْ أَهْلِكَ وَمَالِكَ

3. Dan seseorang yang tidaklah dia menghadapi waktu pagi atau petang, kecuali dia memperdaya engkau akan (kesejahteraan) keluargamu dan (keselamatan) hartamu.

وَذَكَرَ الْبُخْلَ أَوِ الْكَذِبَ ‏

4. Dan (salah seorang periwayat menyebutkan,) dia menyebutkan (tentang) kebakhilan atau pembohongan.

وَالشِّنْظِيرُ الْفَحَّاشُ

5. Dan orang yang kotor mulutnya dan sangat suka merosakkan (hubungan sesama manusia, dengan mengumpat, mengadu-domba, dll)

[HR Muslim]

Sumber: Telegram

Kita nak masuk golongan mana???? Sama-sama muhasabah diri... Jika kita nak masuk dalam golongan yang 3 itu layankkah kita jika amalan dan sifat kita macam orang yang 5 golongan... 

02 Disember 2016

Langgan Celcom First Gold Plus Untuk TP-Link MiFi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulilah... Semalam 1 Disember 2016 tamat sudah perkhidmatan Yes 4G... Cukuplah 2 tahun ikut kontrak langganan... Selesai dah tamatkan kontrak Yes... Urusan yang mudah...

Tapi MF ada dua Hundle Yes 4G, yang satu tu prepaid je... Dapat masa beli kereta Proton Exora... Jadi, simpan je yang tu.. kalau rasa nak guna boleh topup je... Tapi tak rasa nak guna sebab banyak pilihan lain lagi untuk langgan internet ni.

Sebelum tamat kontrak ni dok bincang dengan suami.. nak ambil plan internet apa pula.. kalau boleh nak ambil Streamyx atau Unifi... Tapi dapat review Streamyx area tempat tinggal kami ni tak laju... Unifi pula takde coverage... Jadi kena fikirkan sesuatu yang jimat dan berbaloi.


Akhirnya dapat idea mudah... Guna MiFi pula la senang.. beli MiFi dan beli mana-mana sim kad yang ada plan internet postpaid murah...

Memula ingat nak langgan Yes 4G postpaid... Kemudian cari pula dan bandingkan pula harga setiap telco... Akhirnya kami langgan Celcom First Gold Plus... Dengan 40GB sebulan dengan bayaran langganan RM103.90 termasuk GST. kalau takde GST RM98 je kena bayar bulanan.

Misi mencari MiFi pula dah kami buat survey melalui Lazada dan 11street... Banyak MiFi yang ada dijual... Jenama yang boleh dipercayai antaranya TP-Link, D-Link, ZTE, HUAWEI. Ada beberapa jenama lain... Harga pula bergantung kepaa jenisnya... Jika untuk 3G lebih murah berbanding MiFi yang support 4G LTE.

Jadi, segala urusan ni kami selesaikan masa singgah KL balik dari bercuti di Kedah baru-baru ni... Kami singgah di Setapak Central... Beli MiFi dan daftar Celcom sekali...

Mudah guna MiFi ni...sebab kita boleh je tukar mana-mana plan internet melalui sim kad yang ada... Setakat ni guna Alhamdulillah ok la... Connection ikut tempat... MiFi TP-Link yang kami beli ni...boleh tahan 8 hingga 10 jam baterinya... dan boleh connect 10 device... Boleh control modem MiFi ni guna aplikasi yang boleh di download di Play Store... Kita control dan boleh sekat mana-mana connection yang meragukan serta boleh check data penggunaan serta status bateri dan SMS. Mudah nak urus. Itu untuk jenama TP-LINK la.. jenama lain MF tak pasti...

Setakat ni line Celcom kat tempat MF ni boleh tahan la sebab ada 3G je.. tapi lepas juga en.somi layan 2 movie semalam... tanpa buffering..yang bestnya 2 movie luak 1GB je... haha.. jimat betul.. bila nak habis 40 GB agaknya... memang layan online je la lepas ni... ingat nak beli Digi prepaid pula try,..haha.. mana tau kan.. UMobile pun semput juga kengkadang... Tapi boleh la guna.. setakat nak berblog tu memang lepas sangat... Takde masalah...

Jadi, buat yang pening nak pilih plan internet.. cara ni berkesan jika tak nak terikat dengan kontrak plan internet mana-mana... Celcom tu ambil pun sebab takde kontrak la.. boleh tamatkan bila-bila je... Sekali beli je... Dan terus pakai.. kalau nak beli sim kad topup pun boleh..cukup bulan request... Kan..mudah...

Jadual Gaji Penjawat Awam 2017

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bulan Disember bulan terakhir untuk gaji 2016...

Bersedia untuk terima gaji untuk tahun 2017... Jom lihat jadual Gaji 2017.


Nampaknya tahun 2017, ada tiga bulan yang akan terima gaji awal iaitu bulan Januari,  Jun dan Oktober...  kena bijak berbelanja la ni nampak gayanya... kalau tak sesak jawabnya... 

Dan harapan bulan Disember ni dapatlah tunggakan untuk tahun 2016... Tapi tawakallah sebab rezeki tu dari Allah... Moga ada rezekinya... Begitulah hakikat makan gaji ni kan.. 

Hukum Melukis Bulu Kening Tanpa Mencukurnya!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sejak dua menjak ni mula perasan... trend melukis kening... ada lagi yang tak tahu bahawa hukum mencukur kening tu haram...... 

Tapi rupanya, trend terkini melukis kening tebal tanpa lagi mencukurnya... caranya tutup kening asal dengan foundation ataupun concealer... Lepas tu baru lukis semula dengan pencil khas atau celak... 

Jika mencukur jelas haram... tapi bagaimana pula hukum kalau lukis tanpa cukur??? haram juga ke camne... 

Sumber: Google images


Ini penjelasannya...

Hukum cukur kening adalah haram. Manakala hukum mengubah sesuatu ciptaan Allah pula dapat diadaptasi melalui riwayat ini:

Abdullah bin Mas‘ud berkata:
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

Maksudnya: Allah melaknat orang yang membuat tatu, yang meminta dibuat tatu untuknya, yang mencabut bulu di muka, yang meminta dicabutkan bulu di mukanya dan orang yang menjarangkan gigi untuk kecantikan yang mana mereka semua telah menukarkan ciptaan Allah.

Berdasarkan kepada riwayat di atas, membuat tatu, mencabut bulu-bulu yang terdapat di muka termasuk kening, menjarangkan gigi merupakan yang dilaknat oleh Allah kerana ia adalah mengubah ciptaanNya. Oleh itu, segala bentuk perbuatan mengubah ciptaan Allah adalah haram.

Manakala,

Jabir bin Abdullah r.a. telah berkata:
بَعَثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ طَبِيبًا فَقَطَعَ مِنْهُ عِرْقًا ثُمَّ كَوَاهُ عَلَيْهِ

Maksudnya: Rasulullah s.a.w. telah menghantar seorang doktor kepada Ubay bin Ka‘b lalu doktor itu memotong satu uratnya dan meletakkan besi panas padanya.

Berdasarkan kepada riwayat ini, perbuatan mengubah ciptaan Allah kerana sesuatu keperluan adalah diharuskan. Keperluan yang terkandung dalam riwayat di atas, ialah bagi menyelamatkan nyawa dan menghilang penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh pesakit.

Ulama Islam bersepakat bahawa mengubah ciptaan Allah dengan tanpa sebarang tujuan adalah haram.

Kesimpulannya, untuk merubah sesuatu perkara yang ada pada tubuh badan kita, termasuklah melukis kening tanpa mencukurnya adalah dilarang dalam Islam.

Kita juga dikategorikan sebagai orang yang menyembunyikan kebenaran.

Sebab kalau orang tak kenal kita, dia taktahu kening kita mcm mana. Dia ingat kening kita tebal dan cantik. Sedangkan, sebaliknya. Ini termasuk dalam perbuatan menipu. Kalau nak kahwin tetiba masa kahwin kening tebal.. dah lepas kahwin tengok kening cam lain... Tak ke En.somi rasa tertipu camtu...

Islam melarang penuntunya untuk merubah sesuatu yang semulajadi selagimana perkara tersebut tidak mengaibkannya dan membahayakan dirinya. Wallahu'alam

Selain tu, penjelasan dari pihak JAKIM melalui soal jawab dan persoalan agama... Ini pula jawapannya.

Hukumnya adalah harus selagimana tidak timbul perasaan riyak setelah di lukis pada kening. Malah hukumnya juga haram jika dengan cara melukis di kening tersebut sehingga merubah ciptaan asal llahi. Justeru panel nasihatkan agar anda, carilah jalan/kaedah yang  paling sederhana ketika  melukis di kening.Ini kerana Allah telah memberi jaminan bahawa manusia diciptakan dengan sebaik-baik kejadian seperti yang ditegaskan dalam alQuran ,surah al-Tin ayat 4: Yang Bermaksud: “Sesungguhnya manusia itu dijadikan oleh Allah/Pencipta dengan sebaik-baik kejadian”   Sekian, Wallahua'lam...

Kesimpulannya:
Bagi hukumnya haram dan jauhkanlah dari mengubah ciptaan Allah... Syukurlah dengan seadanya... Allah buat kita dah cukup lawa dah.. cukup cantik... Bila kita tutup kecantikan semulajadi dan buat semula seolah-olah kita anggap ni tak pandai nak cipta manusia dengan sebaiknya... Kufur nikmat kata orang.

Tapi ada sesetengah orang dilahirkan tanpa kening...jadi hukumnya harus dia lukis kening sebab kalau dia tak lukis orang nampak pelik nanti jadi aib pula bagi dirinya. Sama juga merapikan dengan meletakkan celak agar nampak kemas...tapi tak tutup kening yang asal...cuma sikat dan oleskan dengan celak supaya nampak tersusun kemas...itu dibolehkan dan harus hukumnya...sebab kita tak sembunyikan kening yang asal.

Jadi cukur ke tak cukur ke...haram juga lah hukumnya... Syukurlah Allah buat kita tu elok dah buat apa nak ubah lagi kan... 

Jadilah Orang yang Sentiasa Memberi Kemaafan

Jadilah Orang yang Sentiasa Memberi Kemaafan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)




Daripada Aishah RA katanya, “Rasulullah SAW tidak pernah memukul sesuatu dengan tangannya sama ada isteri atau khadam melainkan dia berjuang pada jalan Allah SWT, Baginda juga tidak pernah menuntut bela kerana sesuatu yang menyakiti dirinya terhadap yang melakukannya. Melainkan jika perbuatan itu melanggar perkara yang diharamkan oleh Allah SWT. Baginda akan menuntut bela kerana Allah SWT.”

(Hadith Riwayat Muslim)



Huraian Hadith :
  • Rasulullah SAW tidak pernah menggunakan kekerasan terhadap sesiapa sahaja khasnya terhadap golongan yang lemah seperti wanita dan khadam.
  • Baginda SAW tidak pernah menuntut bela terhadap apa-apa kejadian ke atas dirinya, melainkan segala pembelaan itu adalah kerana Allah SWT sahaja.
  • Umat Islam hendaklah sentiasa berhati-hati di dalam tindakan terhadap sesuatu kecuali di dalam menegakkan agama Allah SWT.
  • Melalui hadith ini beberapa pengajaran hendaklah di ambil dan di amalkan oleh seseorang di antaranya ialah belas kasihan, berhati-hati, bertimbang-rasa, bersatu-padu dan peka terhadap soal keagamaan.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin 

MEMINTA MAAF BUKAN BERERTI KITA LEMAH, DAN MEMBERI MAAF SATU KEMULIAAN YANG TINGGI DI SISI ALLAH

01 Disember 2016

Keistimewaan Kenduri Kahwin di Baling | Gulai Kawah Batang Pisang

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah...  selesai sudah bercuti di kampung... lebih seminggu di kampung... kebetulan dan nak jadi rezeki... dapat merasa gulai Kawah daging batang pisang. 

Gulai Kawah ni istimewa di daerah Baling... setahu MF takde kat daerah lain..kalau ada susah nak dapat. 

Musim kenduri kahwin waktu sekolah sahaja la dapat merasa gulai Kawah ni... lain masa memang takde.. 

MF makan daging je... sebab masih berpantang makan makanan yang sejuk... bagi yang tak pernah merasa... carilah peluang untuk merasai keenakkannya... 

4 Ciri Isteri Terbaik Menurut Rasulullah s.a.w

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jadilah Wanita Yang Paling Baik

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ النِّسَاءِ خَيْرٌ قَالَ الَّتِي تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَرَ وَلَا تُخَالِفُهُ فِيمَا يَكْرَهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهِ

Dari Abu Hurairah berkata; (suatu ketika) ditanyakan kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah, wanita yang bagaimana yang paling baik?" maka baginda menjawab: "Wanita (isteri) yang menyenangkan hati jika dipandang, taat jika diperintah dan tidak melakukan sesuatu yang tidak disukai suami pada dirinya juga pada pengurusan harta milik suaminya". (HR Ahmad No: 9281)



Pengajaran:

Jadilah wanita yang paling baik kepada suami:


1.  Jika suami memandangnya, ia menyenangkan dan mententeramkan hati suami

2.  Jika di perintah suami dalam perkara yang bukan maksiat, ia taat dan patuh melaksanakan.


3.  Tidak melakukan sesuatu yang tidak disukai suami dan sentiasa menjaga kehormatan diri.

4.  Sentiasa menjaga harta suami dengan sebaiknya.

Ayuh para isteri, moga menjadi penyenang hati suami, sentiasa taat serta menjaga kehormatan diri dan harta milik suami.