07 November 2016

Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


KLIK BANNER UNTUK JOIN.. 



Memandangkan dah lama tak dapat magnet fridge, dan MF pun jarang dapat jenjalan tempat best, apa kat kita test join, untung rezeki dapat satu dari China lagi.. hehe

15 Blogger Pengomen Terbanyak Bulan Oktober 2016!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Berikut adalah 15 blogger yang menjadi pengomen terbanyak untuk sepanjang bulan Oktober 2016:


Mas (35)


Gee Lion (31)

Oyong Ilham (27)

Nadia Johari (15)

The KehalusanKelembutan (14)

paridah (12)

mama amir (11)

Adam (9)

dear anies (9)

Rosmiza Ali (9)

Along Misuari (8)

Fhatin Amelia (8)

NURUL AQIDAH AZAHAR (7)

Siti Rohaida Yusof (7)

Shikin Razali (7)

Mia Liana (6)


Inilah 15 blogger yang jadi top komentor untuk bulan Oktober 2016.
Terima kasih atas komen dan sokongan semua...
Terima kasih juga buat pembaca setia walaupun tak tinggalkan komen.. tetap saya hargai...

Entry ini untuk menghargai pengomen dan pengunjung setia blog ini..

Jangan Abaikan 3 Perkara Ini Jika Anda Pergi Servis Kereta!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Setiap yang beli kereta baru mesti kena hantar servis untuk pertama kali selepas 5000km... Kemudian berperingkat ikut kilometer ataupun ikut tempoh...

Alhamdulillah, pengalaman servis kereta baru ni tak susah sebab suami memang pakar bab ni.. jadi, setiap kali servis suami akan bagitau apa yang perlu dan tak perlu dibuat ketika servis kereta.

Akhir tahun lepas MF telah upgrade kereta yang ada kepada sebuah MPV... Tak mampu nak pakai kereta buatan luar negara beli aje kereta MPV Proton... Not bad... Mampu lah memuatkan semua ahli keluarga dengan selesa... Alhamdulilah...

Bulan yang lepas, (ni entry tertangguh) MF dapat SMS dari Proton, ingatkan tentang servis kali ketiga... Lorr... Lupa sudah... Nasib baik Proton servis ni ingatkan. Servis pertama kami buat kat Gomba, sebab dalam perjalanan nak balik ke Kedah, sekali tengok lebih kilometer, singgah la Kl untuk servis.

Kali kedua kami buat di Pasir Gudang... Masa tu tak booking pun.. just datang pagi masa tu sebab nak bawa mentua jenjalan jumpa kawan lama dia... Sekali boleh servis.

Jadi, yang kali ketiga ni pun kami buat kat sana juga... Sebab selesa dan agak mesra pelanggan.



MF nak kongsikan sikit pasal servis ni... Mana-mana korang pergi servis kereta, jangan abaikan tiga perkara ini:

Semak Resit
Lepas deal dengan Customer servis, mohon semak semula resit selepas buat bayaran. Bukan apa takut apa yang korang tak nak dia masukkan sekali.. dah kena cas mahal nanti...


Tengok Makenik Buat Kerja
Yang ni memang ramai tak buat... Lepas bagi kunci korang lepak je kat ruang menunggu... Sebenarnya tak digalakkan buat macam ni... Kita ada hak untuk tengok makenik buat kerja asalkan jangan ganggu diorang sudah la...

Masa kami buat servis di kali ketiga tu, suami MF memang biasa tengok makenik buat kerja.. itu memang tabiat dia bila hantar kereta servis tak kita di pusat servis atau bengkel biasa.

Mujur suami tengok, masa kami order minyak lain, masa dia nak isi minyak lain... Nasib baik tengok dan terus dia tengok resit untuk pastikan... Dan makenik tu minta maaf... Korang beli minyak mahal, dia letak minyak murah...lepas tu mula la rasa tak best bila pandu.

Jadi, sesekali jenguk makenik buat kerja di bengkel.

Semak Semula Hasil Kerja Selepas Selesai Servis
Lepas dah siap servis, kunci pun dah dapat semak hasil kerja makenik... Pastikan semuanya selamat, nat diketatkan betul, semua dipasang dengan betul dan semuanya selamat untuk dinaiki. 

Selain tu, kalau wanita lebih baik bawa rakan yang mahir atau faham pasal kereta. Jika tidak takut kena auta je dengan orang kat pusat servis ataupun bengkel tu... 

Perkongsian ni berdasarkan pengalaman peribadi MF sendiri. Jadi, takde kena mengena dengan mana-mana individu ye.. Moga bermnfaat untuk semua.


ADAKAH ALLAH TERIMA DOAKU?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Selama ni kita doa berdoa, adakah Allah terima doa kita???



Orang Yang Dikabulkan Doa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَسْتَجِيبَ اللَّهُ لَهُ عِنْدَ الشَّدَائِدِ وَالْكَرْبِ فَلْيُكْثِرْ الدُّعَاءَ فِي الرَّخَاءِ

Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang suka Allah mengabulkan  doanya ketika dalam keadaan kesukaran dan kepayahan, maka hendaknya ia banyak berdoa ketika dalam keadaan lapang." (HR Tirmizi No: 3304) Status Hasan

Pengajaran:

1.  Allah sentiasa mengabulkan doa hambanya yang meminta.

2.  Allah mengabulkan doa seseorang yang berdoa ketika ia berada dalam kesusahan dan kepayahan hasil dari  amalannya yang sentiasa berdoa ketika lapang.

3.  Perbanyakkanlah berdoa ketika kita lapang dan selesa.

Ayuh perbanyakkan berdoa dalam apa jua situasi kita.

Sumber: telegram.me/hadisharian_ikram

Jadi.. Jom angkat tangan, mohon munajat dan aminkan doa ini...

DOA UNTUK PERBAIKI DIRI

Ya Allah, hatiku terlalu keras hingga sukar sekali untuk menitiskan airmataku apabila saat mengenangkan dosa-dosaku.. Engkau lunakkan hatiku dengan bacaan KalamMu dan Zikrullah agar ia kembali lembut mudah lentur untuk menerima hidayahMu, hingga lunturlah titik-titik hitam dosa-dosaku dan runtuhlah tabir yg menghijab antaraku denganMu..

Ya Allah, mulut dan lidahku terlalu kering dengan zikrullah dan KalamMu, Engkau basahkanlah ia setiap kali ku mengambil air wudu' solat kepadaMu, moga ia terus basah untuk menyebut nama-namaMu..

Ya Allah, hati dan mata ini terlalu buta melihat keagunganMu, Engkau cerahkanlah dan jelaskanlah ia kembali dengan airmata keinsafanku, moga ku sedar betapa Agungnya Engkau sebagai Tuhanku... Janganlah biarkan ia buta hingga daku tak kenal diriku sendiri didunia yang fana..

Ya Allah, tangan dan kakiku sukar sekali melakukan perintahMu namun terlalu mudah melaksanakan laranganMu, Engkau longgarkanlah urat-urat dan sendi-sendinya dengan keikhlasan hatiku, moga ia kembali mudah melakukan ibadat kepadaMu dan tak jemu melakukannya..

Ya Allah, selama ini, daku telah menzalimi jasadku, jiwaku, hatiku serta rohku apabila aku terus bergelumang dengan dosa dan noda.. aku semakin jauh dariMu, namun Engkau tak jemu sentiasa mengurniakan nikmatMu padaku..

Ya Allah, berikanlah petunjuk kepadaku dan bimbinglah daku ke jalan yg lurus, iaitu jalan yg Engkau redhai.. bukanlah jalan yang Engkau murkai dan juga sesat~

ameen~

Buat calon-calon exam... Hafaz doa ini...

DOA MENDUDUKI EXAM.

Keluar rumah🏠:
بِسْمِ ٱللَّهِ تَوَکَّلْتُ عَلَى ٱللَّهُ
Otw 🚶🚶 :
يَا ذَٱلْجَلَالِ وَٱلْإِكْرَامِ
Msuk dewan periksa 🏫 :
سَلٰمٌ قَوْلًا مِّن رَّبِّ ٱلرَّحِيمِ
Duduk 💺:
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينَ
Buka kertas soalan 📄 :
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَاطَ اٱلْمُسْتَقِيمَ
Jawab soalan 📝 :
إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
Soalan susah ⚠ :        
وَكَانَ ذٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرًا
Check jawapan ❌ :        
إِنَّ ٱللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلٍيمًا
Hantar 🏁 :
وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ وَلِيًّا وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ يَسِيرًا

06 November 2016

JAWAB DENGAN JUJUR | APA YANG WANITA INGINKAN DARI SEORANG LELAKI?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Survey... dapat soalan cepu gangsa ni dari en.somi... dia suruh pilih dengan jujurnya kita pun pilih lah...

Jika korang... diberikan pilihan... lelaki macam mana korang nak???


Pilih 3 sahaja... 
Secara jujurnya... lelaki macam mana yang majoriti wanita masa kini inginkan... 


P/s: gambar bijak tu MF tukar, sebab kalau gambar sebenar mesti korang tak boleh nak pilih tu.. Hehe.. kontroversi nanti..

BANGGA DENGAN DIRI SENDIRI!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

UJUB

UJUB ialah perasaan kagum atas diri sendiri. Merasa diri hebat. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.

Perasaan UJUB boleh datang pada bila-bila masa.

•  Orang yang rajin ibadah merasa kagum
   dengan ibadahnya.
•. Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
•. Orang yang cantik, kagum dengan
   kecantikannya.
•. Orang yang dermawan, kagum dengan
   kebaikannya.
•. Orang yang berdakwah, kagum dengan
   dakwahnya.



Sufyan at-Tsauri mengatakan:

"Ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat."

Muthrif rahimahullah telah berkata:

“Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”

Seorang Sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi Imam. Setelah selesai beliau berkata:

“Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi Imam sampai bila-bila.”

Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda:

"Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.” (HR Bukhari dan Muslim)

"Ada 3 hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).” (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)

Imam Nawawi rahimahullah berkata:

"Ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit :/ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya." (Syarh Arba’in)

Sumber: Bahagian Dakwah JAKIM 

05 November 2016

KASUT ANAK PEREMPUAN | KENAPA MESTI PINK???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah... rezeki yang ada dikongsi bersama... itulah rahsia rezeki suami sentiasa ada... suami jangan kudukut tau... Hehe...

Semalam mencari kasut anak-anak... biasalah anak perempuan... nak cari kasut yang sesuai tu payah tambah pula anak dah reti memilih... akhirnya, inilah hasilnya...


Dua pasang setiap sorang... tapi kenapa...mesti warna pink je yang ada... tak pun warna purple... jarang nak ada warna biru ke, hijau ke... dua warna tu lebih kepada kasut budak lelaki...

Asal perempuan mesti Pink... hmmm... memang kalau baju baby pun Pink aje la... pasrah je la... sebab tak banyak pilihan warna sangat la... kadang bantai aje baju boy kalau baju tidur tu... tak pun sesetengah warna peach..

Itulah... Pink pun Pink la kan.. dah besar nanti pandai lah pilih warna yang diorang..

INI KATA RASULULLAH S.A.W BILA HARGA BARANG NAIK!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Harga barang naik... Dan segala benda dikatakan akan naik tahun depan... Bermula dari kenaikan harga minyak... Dan selepas ni akan naik lagi... 

Rasa down betul memikirkan dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan sekarang ni kan... Rasa terbeban betul... 

Semalam pergi Econsave... Beli barang tak sampai sepuluh barang... Tu pun harga cecah RM100 dah... Kalau satu troli agaknya mau cecah 1k kan.. 



Tapi... Apa yang kita risaukan... Kes kenaikan harga barang bukan sesuatu yang baru... Moh lihat apa kata Nabi s.a.w tentang kenaikan harga barang. 

Hakikat krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak zaman Rasulullah SAW lagi dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih.  
Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, "Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami." - Riwayat Abu Dawud 
Peristiwa ini berlaku bila harga barang di pasar di Madinah naik. Maka para sahabat bertemu Rasulullah SAW minta supaya Baginda tetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat beli barang dengan harga yang mereka mampu. 
Lalu apa jawab Rasulullah SAW?
Baginda bersabda, “Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” - Sahih. Riwayat Abu Daud 
Kenaikan harga barang tak akan ubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah lah yang lapangkan rezeki hamba dan Dia juga yang sempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendaki-Nya. 
Selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” - Al-Ra’d:26  
“Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.” --- As-Syura : 27  
Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tak akan pengaruhi rezeki yang ditetapkan.
Sabda Nabi SAW, “Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.” - Sahih. Riwayat Al-Hakim 
“Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya.”- Riwayat Muslim 
Ketahuilah walau apa sahaja pun yang naik, ia tetap tak akan pengaruhi rezeki kita jika termasuk dalam orang-orang yang bertakwa dan syukur. 
Bukankah Allah SWT yang beri rezeki? Bukannya makhluk.
Kredit: Hajar Abdullah

Jelaskan... Walaupun harga naik... Tapi kalau kita syukur, InshaAllah Allah akan cukupkan keperluan kita...bahkan berlebihan sehingga boleh sedekah lagi... 

Tapi MF juga faham... Yang netizen bising bukan sebab itu...tapi marahkan tindakan pemimpin kita sekarang kan... 

Apa pun kita kena set minda bahawa rezeki kita Allah... Allah dah aturkan segalanya yang terbaik... Asalkan kita teruskan usaha mencari rezeki dan syukur seadanya. 

INI RUPA PINGGAN DIET SIHAT UNTUK ORANG NAK KURUS!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Camne gaya pinggan kita bila kita makan???

Meh tengok gaya pinggan orang yang nak kurus dengan cara makan dan diet yang sihat.



Ini sepatutnya gaya pinggan orang yang sihat dan kurus dengan selamat.

Tapi biasanya kita terbalik kot... tang sayur tu sikit benor... tu pun memilih...  tapi tang lauk...menggunung... nasi pula membukit... tapi sayur pula gaya lalang ditepi gigi air sungai je... dah tu tanya kenapa tak kurus...kenapa tak sihat.... hmmm...

Sebenarnya,  diet kita yang salah... tapi MF sokong orang yang amalkan diet Atkins tuh...sebab kurus dengan selamat dan sihat tanpa perlu produk kurus bagai...asalkan disiplin... 

MF ni naikan berat je.. tapi mungkin tak dapat sebab doa suami... suami MF kata sebelum kenal MF makwe dia ramai yang badan besar dari dia... 

Jadi, sebelum kahwin dia dok doa la dapat bini kurus dan tak gemuk-gemuk... MF rasa memang Allah makbulkan doa dia tu... jadi, tinggal harapan je la nak gemuk... bukan naj gemuk pun sebenarnya... tapi nak berisi la sikit badan ni... tapi takpe... syukur seadanya kan.. janji sihat dan kuat beribadat.. 




PEROSAK AMAL KEBAIKAN!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Buat amal banyak... Tak kira la sedekah ke, buat baik kepada orang lain ke, buat apa sahaja kebaikan kan... Tapi segalanya sia-sia...bila:

Riak, ujub dan juga mengungkit-ungkit amal yang dibuat. Inilah tipu daya syaitan yang sering kita tertipu... Rasa macam banyak buat baik... Tapi tinggal hampas sahaja...

Jadi, buat baik ikhlaskan diri... Banyakkan diam... Dan banyakkan zikir dan doa dalam hati... Moga ibadat kita diterima dan dijauhkan dari penyakit hati!

04 November 2016

TANDA-TANDA ALLAH SAYANG!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

💖🌹TANDA-TANDA ALLAH SAYANG 💖🌹

.
.
.
.



🌹Diberikan kesedihan.
Dengan kesedihan itu kita akan sering menyebut namaNya.

🌹Diberi kesakitan.
Dengan kesakitan itu kita akan sentiasa memohon kesembuhan dari NYA

🌹Diberikan kesusahan.
Dengan kesusahan itu kita akan menjadi redha.

🌹Di berikan kehilangan.
Dengan kehilangan itu kita meminta yang terbaik dari NYA

🌹Di berikan penderitaan.
kerana hanya jiwa yang menderita akan selalu dekat pada NYA

🌹Diberikan kemiskinan.
kerana Allah mahu kita meminta kepada NYA

🌹Diberi kehinaan.
kerana Allah mahu kita mohon kemuliaan dari NYA

🌹Oleh itu ...
Jangan terlalu banyak ketawa.
Jangan terlalu banyak bersuka ria.
Kerana Allah akan jauh dari kita.

🌹Indahnya kesabaran. 
Bersyukur akan dugaan. 

🌹 Indah nya kebahagiaan. 
Bersyukur nikmat Tuhan. 

🌹 Indah nya kasih sayang. 
Bersyukur akan keikhlasan

🌹 Indah nya kekuatan. 
Bersyukur peningkatan iman

🌹 Indahnya kehidupan 
Bersyukur menjadi hamba Tuhan

ان شاءالله امين يا رب العالمين ياارحم الراحمين
💖🌹💖🌹💖🌹💖🌹💖🌹💖🌹💖🌹💖🌹

Sumber: Facebook

8 SEBAB BADAN SELALU PENAT!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Penatnya badan haii... pernah tak... rasa tak buat banyak kerja... tapi rasa penat sangat...

Jom tengok... mungkin sebab ini yang buatkan badan kita selalu penat.


Tak bersenam, 
tak minum air yang cukup, 
tak cukup zat besi, 
berusaha nak buat sesuatu terlalu sempurna,  
selalu tak ambil sarapan, 
banyak makan makanan segera, 
nak pejabat yang selalu kemas, 
selalu berjaga malam

Biasa orang yang perfectionist ni memang mudah penat... sebab dia nak buat sesuatu mesti nak sempurna je... hasilnya diri sendiri yang penat.

Jadi, kalau rasa badan tu penat mungkin ada yang kita buat antara lapan-lapan sebab ni.

Ini Cara Melembutkan Hati Orang Yang Ego

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ini cara nak lembutkan hati orang yang keras... kasar dan ego...

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَجُلًا شَكَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَسْوَةَ قَلْبِهِ فَقَالَ لَهُ إِنْ أَرَدْتَ تَلْيِينَ قَلْبِكَ فَأَطْعِمْ الْمِسْكِينَ وَامْسَحْ رَأْسَ الْيَتِيمِ

Dari Abu Hurairah, dia berkata; bahwa seorang laki-laki mengadu kepada Rasulullah SAW akan kerasnya hatinya, maka bagindapun bersabda: "Jika engkau ingin hatimu menjadi lembut maka berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim." (HR Ahmad No: 7260)


Pengajaran:

Antara cara untuk melembutkan hati yang keras ialah:

1.  Memberi makan kepada orang miskin (menyuburkan ukhuwah dan kasih sayang pada mereka)

2.  Mengusap kepala anak yatim dengan penuh kasih sayang (serta berusaha mengurus keperluan si anak)

Moga Allah melembutkan hati kita

Sumber: telegram.me/hadisharian_ikram

Wajibkah Jawab Salam di Facebook?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jangan pertikaikan... MF hanya kongsi...


Memang bagus beri salam, tapi dahulukan salam di alam realiti... itu yang sepatutnya... sekadar renungan... bukan kata kat sapa-sapa... Tapi tak salah pun kalau nak beri salam di alam maya... 

Kita ramah tamah dan bertegur sapa di media sosial.. tapi jiran sebelah rumah kita tak endahkan... salam pun tidak apatah bertegur sapa... 

Kita sibukkan rakan media sosial.. Tapi rakan realiti, orang sekeliling kita??? Apa salahnya, kita sebarkan Salam di alam nyata juga.. pergi beli makanan beri salam, pergi ke bank atau berurusan dengan orang lain kita sebarkan Salam. Moga jadi satu tabiat yang berterusan. InshaAllah.

Sekadar renungan bersama... 

Assalamualaikum.. 

03 November 2016

RAHSIA WAJAH ISTERI BERCAHAYA DI TENGAH MALAM!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Soalan:
Ustaz. Saya telah tidur pukul 11 malam. Pada pukul 2 pagi saya terjaga dan saya dapati wajah isteri saya bercahaya sambil duduk di atas katil. Malam itu juga adalah malam Jumaat dan gelap kerana lampu tak dipasang. Apakah maknanya?

Jawapan ustaz:
Maksudnya bini kamu sedang 'checking' handset kamu. 






Apapun.. MF nak share, 4 cara mudah untuk wajah cerah bercahaya dan berseri-seri.

1.Istiqamah berbuat kebaikan
2. Istiqamah solat sunat tahajjud
3. Sentiasa berwuduk
4. Selalu lazimi puasa sunat.

Insha Allah, pasti wajah berseri tanpa perlukan produk yang mahal.. 

8 PETUA SEMULAJADI HILANGKAN KEDUT DI MUKA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sejak masuk 3 series ni, dan anak anak tiga ni dah nampak dah kulit makin berusia... dah nampak garis-garis halus di dahi dan kulit muka... Takpe la.. redha, Allah nak ingatkan diri ini yang diri ni makin dekat dengan kubur.

Tapi tak syok pula... perkara sebegini kadang buatkan perasaan rendah diri pula timbul... Tak boleh jadi, kena buat sesuatu... kena fikirkan sesuatu.. sekurang-kurang niat nak cantik kerana Allah dan untuk suami kan... Tak salah pun kan..

MF suka ikut petua semulajadi dari beli sebarang produk kecantikan.. sebab lebih selamat tanpa bahan kimia yang mungkin boleh merosakkan badan dalam masa jangka panjang.

Antara petua semulajadi yang menggunakan bahan alami yang mudah kita dapati untuk hilangkan kedut di muka. 

1. Minyak zaitun
Minyak zaitun memang bagus untuk rawatan kecantikan kulit. Kandungan vitamin yang lengkap seperti vitamin C, D dan E, serta zat besi yang dilengkapi dnegan zat anti bakteria terbaik untk awet muda. 
Sebelum tidur bersihkan muka terlebih dahulu, dan sapukan dengan minyak zaitun. Biarkan sampai ke pagi hari. Keesokan pagi barulah dibilas dengan air bersih.


2. Makan sayur dan buah
Perlu tukar gaya hidup dengan melebihkan makan sayur dan buah-buahan segar untuk dapat kulit yang cantik dan lebih lembap. Tengok saja mak-mak kita yang suka makan ulam kan... usia emas pun masih nampak muda dan kuat. Tetapi perlu seimbangkan harian dengan selitkan sedikit sukan bagi mengeluarkan peluh. Tidak perlu berlari, janji keluar peluh untuk singkir racun dalam tubuh badan. Buat kerja rumah seharian pun dah terlebih peluh dah kan... kejap ke dapur, kejap ke ruang tamu, kejap anak nak itu ini... kira senaman juga la tu... kalah atlet kan...




3. Lemon
Buah yang kaya vitamin C seperti buah lemon dan limau nipis atau pelbagai buah yang jenis masam boleh dijadikan masker untuk hilangkan kedutan pada wajah. Potong dan picit buah lemon di dahi dan lakukan sehari sekali. Petua ni boleh buat...sebab simple dan kebetulan memang stok lemon sentiasa ada je sekarang ni kat rumah.


4. Lidah buaya
Lidah buaya kaya dengan antioksida yang diperlukan kulit. Campur dengan putih telur dan jadikan masker dua hari sekali untuk mengurangi kedut di dahi. Bilas sehingga bersih selepas 15 minit.


Semalam, MF dah buat petua ni... cuma tak campur dengan putih telur je la... sapu je gitu dan tekapkan tisu sebab nak buang bintik putih dan bintik hitam tu... Sekali dengan suami terjebak sekali MF sapu... haha...


5. Lobak Merah
Ambil lobak merah bersaiz sederhana dan bersihkan diparut sebelum dicampurkan dengan 2 sudu tepung jagung dan juga sebiji kuning telur. Selepas itu, gaulkan sehingga rata supaya sebati supaya jadi macam masker. Ambil campuran tadi dan sapukan pada bahagian muka atau bahagian kulit lain dan biarkan untuk beberapa ketika lebih kurang 40 minit. Lepas tu bilas. Amalkan selalu untuk kesan yang cepat dan berkesan.

6. Masker Betik
Ambil dua potong betik masak, hancurkan. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk, kemudian gaul rata dengan satu sudu makan madu. Setelah itu, sapukan pada muka. Biarkan selama 20 minit, kemudian barulah dibilas dengan air suam sehingga bersih.

7. Buah Tomato
Buah tomato dapat memberikan perlindungan ekstra untuk kulit muka. Di dalam buah ini terdapat kandungan antioksidan yang tinggi.
Potong buah tomato bulat-bulat kemudian sapukan dengan madu asli. Setelah itu tempelkan pada bahagian muka yang berkedut. Biarkan selama 15 minit sehingga nutrisi tomato dan madu tadi meresap kuat di kulit muka.

8. Pisang
Petua hilangkan kedut muka dengan menggunakan buah pisang juga sangat efektif dan mudah.
Cara membuat krim muka anti kedut muka ini sangat mudah. Hancurkan sebiji pisang sehingga jadi krim. Kemudian sapukan ke seluruh permukaan muka, biarkan selama setengah jam. Kemudian barulah dibilas dengan air suam.

Tepuk-tepuk kulit muka anda setiapkali selesai membersihkan muka. Jangan sekali-kali mengelap muka sehingga benar-benar kering. Ini petua baru, sebelum ni MF keringkan terus, jadi lepas ni tak payah keringkan... tekapkan aje kat kain bersih dan jangan lap... 

IKUT PANDUAN NI, JANGAN SAMPAI TERNAK KUMAN DALAM PETI SEJUK TANPA DISEDARI!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Semua benda nak simpan dalam peti sejuk... semuanya nak cepat... sebabnya ramai orang ingat simpan dalam peti sejuk tu selamat. Sebenarnya,  dalam peti sejuk boleh jadi tempat kita ternak bakteria tanpa kita sedari. 

Jadi, jom ikut panduan penyimpanan makanan di dalam peti sejuk. 


Ikuti peraturan berikut untuk menyimpan makanan di dalam peti sejuk:

Yang PERLU Kita Buat:
  • Simpan semua makanan yang telah dimasak di dalam bekas yang bertutup, beg plastik yang bertutup, di bungkus dengan plastik nipis atau kertas aluminium. (Kenapa? Ini akan mengurangkan pengeringan, pencemaran, perubahan bau dan tumpah)
  • Simpan makanan yang telah dimasak di bahagian atas dan bahagian yang berbeza dengan yang mentah (Kenapa? Bahan mentah seperti daging mentah dan sayur-sayuran biasanya mengandungi bakteria yang merbahaya yang boleh mencemar makanan yang telah dimasak dan menyebabkan keracunan dan basi)
  • Simpan bahan mentah yang mungkin akan tumpah di dalam bekas. Letakkan di bahagian bawah peti sejuk (Kenapa? Tumpahan dari bahan mentah boleh mencemar makanan yang telah dimasak)
  • Simpan telur dan makanan yang berasaskan telur di bahagian yang lebih sejuk (Kenapa? Ini adalah kerana suhu yang lebih rendah melembapkan pembiakan bakteria)
  • Bungkus sayur-sayuran dengan bekas plastik yang berlubang (Kenapa? Ini akan mengurangkan kehilangan air dan untuk peredaran udara)
  • Letak sayur-sayuran dan buah-buahan di bahagian bawah peti sejuk (Kenapa? Untuk mengelakkan ianya rosak oleh pembekuan)

Yang Patut Kita ELAKKAN:
  • Menyimpan makanan dalam tin yang telah dibuka dalam peti sejuk. Pindahkan makanan tersebut ke dalam bekas plastik atau kaca sebelum disimpan ke dalam peti sejuk (Kenapa? Jika disimpan dalam tin yang asal, kandungannya akan bertindak balas dengan logam tin tersebut apabila terdedah ke udara)
  • Simpan makanan yang panas ke dalam peti sejuk (Kenapa? Makanan yang panas perlu disejukkan dulu sebelum disimpan untuk menghalang pertambahan kelembapan dan mengekalkan suhu di dalam peti sejuk)
  • Padatkan rak-rak di dalam peti sejuk (Kenapa? Ini adalah untuk membolehkan udara yang sejuk beredar dengan baik di dalam peti sejuk)
  • Menyimpan daging, ikan dan unggas di dalam peti sejuk lebih dari 3 hari (Kenapa? Kandungan protein dan kelembapan yang tinggi di dalam makanan tersebut akan menggalakkan pembiakan bakteria dan menjadi busuk)
  • Menyimpan makanan atau lebihan makanan lebih dari 5 hari.
SEJUK BEKU
  • Menyimpan pada suhu yang mengekalkan makanan dalam keadaan beku. Makanan yang disimpan dalam bahagian beku boleh disimpan untuk tempoh yang lebih lama.
TIPS MENYIMPAN DI SEJUK BEKU:

Yang PERLU:
  • Simpan daging, ayam dan ikan dalam bekas , beg plastik yang kedap udara atau dibungkus dengan pembungkus polyethylene. (Kenapa? Untuk menghalang kehilangan kelembapan dan untuk mengelakkan pencemaran bahan makanan lain dengan baunya)
  • Potong daging dan ayam kepada bahagian yang lebih kecil (Kenapa? Bahagian yang lebih kecil akan lebih mudah dibekukan dalam masa yang singkat)
  • Bungkus makanan dengan lapisan plastik atau beg beku sebelum disimpan ke dalam bahagian beku peti sejuk
  • Basuh daging, ikan dan ayam dengan sempurna sebelum disimpan di dalam peti beku
Yang JANGAN:
  • Menyimpan buah-buahan atau sayur-sayuran di dalam bekas beku (Kenapa? Suhu pada tahap beku akan merosakkan tisu buah-buahan dan sayuran)
  • Masukkan ramuan ke dalam ayam sebelum disimpan. Masukkan ramuan hanya apabila ingin dimasak. (Kenapa? Peti sejuk di rumah tidak cukup sejuk untuk membekukan daging unggas yang disumbat itu dalam masa yang singkat)
  • Menyimpan padat bahagian beku peti sejuk anda. (Kenapa? Untuk membenarkan udara sejuk mengalir)
  • Membekukan makanan dalam tin. (Kenapa? Pada tahap beku kandungan dalam tin itu akan mengembang dan keadaan ini akan merosakkan tin tersebut dan menyebabkan ia tumpah).
Sumber rujukan: Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan KKM

Jom la buat check list peti sejuk rumah kita.. sejauh mana bersih dan selamat. Jangan sangka semua yang masuk dalam peti sejuk tu bagus... MF paling tak suka nak panaskan makanan yang disejukkan dalam peti sejuk... masak sekali makan dan habis.. Atas sebab tu juga MF tak buat lagi puree sejuk beku sejak anak kedua ni...

Pahala Dari Pokok!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pokok sama macam kita makhluk Allah... Cuma dia tiada akal, tiada pancaindera macam manusia... Tapi pokok sentiasa berzikir kepada Allah kepada orang yang buat baik kepadanya.


Banyaknya pahala dari pokok jika kita manfaatkannya... Berbahagialah orang tanam sayur tu kan... Jika dia tahu yang dia tanam sayur tu banyak pahala... Mesti lagi semangat dia kan... 

MF suka tanam pokok... Sebab rasa tenang je tengok pokok... Sekarang ni dok rumah Yaman, gigih tanam pokok dalam pasu... 

Tanam pokok juga terapi... Kita rasa seronok bila pokok kita tu segar, sihat dan tambah seronok bila pokok kita tanam dapat kita petik... 

Jadi, tanamlah pokok... Jika kita buat baik dengan makhluk Allah... Insha Allah... Allah akan pelihara kebaikan dan balas kebaikan tu dengan pahala dan ganjaran yang besar.. insha Allah...

02 November 2016

SUNK INTO THE WOMB | Baca Sinopsis Pun Dah Rasa Lain Macam!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Filem yang jadi Viral kat Facebook seminggu dua ni... Filem Jepun pula kali.. kisah kekeluargaan, tak pernah tahu pasal filem ni... lepas diviralkan baru tahu.. Filem Sunk Into The Womb dikatakan filem adaptasi dari kisah benar... Filem ni katanya menyentap naluri keibuan bagi sesiapa yang menontonnya... Filem ni dikeluarkan tahun 2013, tapi 2016 jadi viral kat Malaysia. 


Sedikit perkongsian sinopsis dan jalan cerita filem ni secara ringkas. 

Sebuah cerita berdasarkan kisah benar yang berlaku di Osaka, Japan.  
Mengisahkan seorang isteri dan ibu yang bertanggungjawab dan penyayang diabai suami kerana suaminya curang dengan perempuan lain.
Anak sulung perempuan Sachi berusia dalam lingkungan 3 - 4 tahun dan Sora dalam lingkungan 1 1/2 tahun ke bawah. 
Seorang ibu yang tidak berpendapatan mula mencari kerja untuk menyara anak-anak tetapi tersilap langkah kerana bergaul dgn kawan lama yang agak sosial dan bekerja sebagai pelayan bar.
Sepanjang ibu bekerja, Sachi menjaga diri sendiri dan adiknya Sora. Sehingga ibu tersebut terlalu lalai dan mula membawa lelaki balik ke rumah. 
Sachi mula pandai meniru (makeup dan dress up seperti ibunya ke kelab). Dia juga meniru aksi ibunya dengan lelaki lain dengan melakukan aksi itu ke atas adiknya Sora. (Nauzubillahiminzalik) 
Sehingga suatu hari, ibunya pergi kerja dan tidak balik-balik ke rumah selama 3 hari. Nasi yang digoreng pada pagi terakhir sebelum si ibu pergi amat menggunung. Seolah-olah memang disediakan untuk 3 hari. 
Sepanjang ketiadaan ibu, Sora tidak berhenti meragam. Maka Sachi lah yang membuat susu, menyuap makan, mendodoikan adiknya. Sehingga bekalan air masak habis, Sachi berebut susu dengan adiknya sendiri. Si adik kehausan sehingga mencapai Clorox untuk diminum tetapi kakaknya melarang. 
Bermalam sendiri dalam kegelapan dan kepanasan, perkataan "Mama" tidak lekang dari mulut Sachi berharap agar ibunya balik. Dengan menelefon ibunya dgn telefon mainan namun semuanya hampa. "Ma hari dah lewat, baliklah" sambil menjenguk keluar jendela tetapi masih hampa. 
Malam itu dia dodoikan adiknya Sora dengan lagu Happy Birthday, tetapi Sora telahpun mati. Mungkin kelaparan. Maka keseorangan lagi Sachi. 
Siang dengan rumah yang agak semak, mayat Sora dah berulat di muka. Sachi sentiasa berada disisi adiknya. Makanan dalam sampah dah habis dimakan. Tapi perut masih lapar. Akhirnya Sachi makan mainan playdoh / tanah liat dan minum air paip untuk teruskan hidup.
Siang itu juga si ibu balik tapi tanpa perasaan dan sepatah kata, dia membersihkan mayat Sora dan membungkus mayat tersebut, memenuhkan tab mandi dan melemaskan anaknya Sachi. -Sumber: Olahan dari Facebook -


Fakta Sebenar dari Filem Sunk Into The Womb

Sunk Into The Womb atau tajuk asalnya Shikyu ni Shizumeru, filem arahan Takaomi Ogata pada tahun 2013, mendapat rating tinggi di laman IMDB, 8.2/10. 
Filem ini mengisahkan kehidupan seorang ibu dan dua orang anaknya yang tidak terurus selepas ditinggal oleh suaminya. 
Menurut laporan Japan Today pada tahun 2013, seorang wanita berusia 25 tahun didakwa telah membiarkan dua anak kecilnya hidup dalam rumah yang dikelilingi sampah, mengalami kebuluran sehingga mati. 
Sanae Shimomura, meninggalkan anak perempuannya, Sakurako Hagi, 3, dan Kaede, 1, dalam rumah yang dikunci di barat Osaka, sementara dia menghabiskan masa di rumah teman lelakinya. 
Sanae mula meninggalkan dua anaknya bersendirian sejak Mac 2010. Pada Jun tahun yang sama, Sanae dikatakan tidak pulang ke rumah untuk sekian lamanya. Namun, sebulan kemudian ketika Sanae pulang ke rumah, dia mendapati dua anaknya itu telah meninggal dunia. 
Laporan autopsi mendedahkan bahawa, mangsa adik beradik itu mati akibat kebuluran, bagaimanapun punca sebenar kematian tidak dapat dipastikan. 
Lapor Phunu Online, jiran yang tinggal berhampiran pernah terdengar dua beradik berkenaan menangis. Namun tidak pernah cuba untuk memasuki rumah tersebut mahupun melaporkan kejadian itu kepada polis. 
Polis menemui mayat Sakurako Hagi dan Kaede dalam keadaan tidak berpakaian, mereput dan tinggal tulang, dipercayai telah mati sebulan atau dua bulan yang lalu. 
Menurut seorang jiran yang tidak didedahkan identitinya, dia telah melaporkan kejadian itu kepada pihak kebajikan sebanyak tiga kali, kerana mereka kerap menangis hampir setiap malam. 
Panggilan telefon pertama dibuat pada jam 9 pagi, 30 Mac 2010 di mana jiran terbabit memaklumkan dua kanak-kanak terbabit menjerit, “Mama! Mama!” sehingga lewat malam. 
Dua pegawai kebajikan datang melawat rumah berkenaan pada jam 3 petang pada hari laporan dibuat, jam 10 pagi keesokkan hari 1 April dan jam 6 petang pada 2 April. Namun tiada sebarang respon dari penghuni rumah berkenaan. 
Jiran itu sekali lagi menghubungi pihak kebajikan untuk kali kedua pada jam 7 pagi, 8 April. Namun apabila pegawai kebajikan datang ke rumah tersebut pada jam 2 petang dan keesokkan harinya, hasilnya masih sama, tiada respon yang diberikan. 
Laporan ketiga dibuat pada jam 5.30 pagi, 18 Mei 2010. Sekali lagi pegawai kebajikan datang melawat pada jam 3 petang. Namun hasilnya tetap sama. 
Berdasarkan garis panduan Kementerian Kebajikan di negara itu, pegawainya perlu memastikan kanak-kanak yang dilaporkan itu selamat dalam tempoh 48 setelah menerima aduan. 
Bagaimanapun, pegawai kebajikan berkenaan gagal mencari jalan masuk ke kediaman tersebut. Malah mereka juga tidak dapat menghubungi saudara mara penghuninya kerana mereka tidak tahu siapa yang tinggal di kediaman itu. Ekoran itu, tiada sebarang laporan polis yang dibuat. 
Menurut kenyataan media pihak berkenaan, situasi pada ketika itu tidak menampakkan kes tersebut penting kerana tiada sebarang jeritan meminta tolong dan tiada laporan kanak-kanak didera. Malah, pegawai berkenaan tidak menyoalsiasat jiran-jiran berhampiran kerana bimbang ia akan mengeruhkan hubungan kedua-dua pihak. 
Menurut pengadu, kanak-kanak malang itu sudah berhenti menangis sudah hampir sebulan sebelum jiran sebelah rumah mangsa terhidu bau busuk yang datang dari rumah mereka pada bulan Julai. 
Beberapa pakar berpendapat, jika pegawai kebajikan bertindak pantas, nyawa kedua-dua mangsa mungkin dapat diselamatkan. Di bawah undang-undang, pihak kebajikan boleh mendapatkan waran untuk memasuk rumah tanpa memerlukan keizinan pemiliknya bagi melindungi kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan. 
Ekoran kejadian itu, Sanae Shimomura ditahan pada lewat Jun 2010 selepas rakannya yang dihubungi oleh penjaga pangsapuri berkenaan berhubung penemuan mayat dua beradik itu. Sanae didakwa atas tuduhan sengaja meninggalkan dua anaknya tanpa sebarang makanan sehingga kedua-dua mangsa mati kebuluran. 
Ketika ditahan, Sanae berkata, “Saya ingatkan mereka akan mati selepas ditinggalkan selama seminggu. Saya tak rasa saya sepatutnya pulang ke rumah untuk menyelamatkan mereka,” katanya. 
Ekoran itu, Sanae dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun.
Sumber:  http://eberita.org/

Fuh.. tragis betul filem ni... baca sinopsis pun dah rasa semacam... tapi katanya jalan cerita filem ni agak slow... kena tengok dan hayati... kalau tengok sambil layan anak, memang tak jadi la kalau camni kan.. Apa pun.. dah download filem ni.. tunggu masa nak tengok je ni... filem camni biasa MF akan ajak suami tengok sekali... sama-sama belajar dan ambil pengajaran... 

Baca kisah filem ni, teringat juga kes kat Malaysia... ingatkan seorang budak OKU ditinggalkan dirumah kosong di negeri Sembilan beberapa tahun yang lepas dan remaja tu dah meninggal dah tahun lepas... ada MF kongsikan kisahnya di SINI dan SINI.

MENU TANPA MINYAK SEMPENA KENAIKAN HARGA MINYAK

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sempena kenaikan harga minyak, kena mula jimat minyak masak la lepas ni... Guna pun jimat dan bajet je.. hehe... 



Ini antara menu yang tak pakai minyak:

1. Asam rebus (Melaka)
2. Asam pedas (Kedah)
3. Gulai ikan kering (tak tumis)
4. Singgang ikan
5. Stim ikan
6. Ikan rebus + asam keping
7. Ikan, ayam, daging bkq 😋
8. Nasi putih
9. Air asam
10. Sup daging
11. Telur rebus
12. Tom yam
13. Ketam rebus serai
14. Sayur lemak + telur
15. Lala masak air
16. Kerang bakar
17. Kerang rebus serai
18. Shell out 😜
19. Som tam
20.  Kerabu daging mentah
21. Kerabu jantung pisang
22. Kerabu sotang, pelam, saun
23. Ulam-ulaman
24. Rojak @ jelatah
25. Sambal belacan

MENU SEMPENA MINYAK NAIK SERENTAK:

Ahad:
ayam panggang berempah 🍗+ kangkung celur + sambal belacan

Isnin:
Ikan kembung masak asam rebus 🐟 + kubis rebus + sambal belacan mangga

Selasa:
Ikan cencaru bakar 🐡 + kacang panjang celur + air asam

Rabu:
Ikan kebung masak pindang rebus 🐟 +kangkung celur + sambal belacan

Khamis:
Ayam panggang/ayam kukus + bendi celur + sambal kicap

Jumaat:
Ikan kembung bakar/kukus + pecal + air asam

Sabtu:
Sotong/udang bakar + terung bakar + sambal belacan

Jika ada lagi menu-menu (tanpa minyak) yang hendak dikongsikan di sini silakan komen diruangan komen 😊

Selamat menempuh hari mendatang dengan lebih bijak dan tabah 😊

Sumber: Whatsapp group

WW | BENCI PUN BIAR BERPADA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Biar pun benci...  biarlah sekadarnya... tak perlu berlebihan sampai nak maki hamun dan mengaibkan..

01 November 2016

4 PETUA MUDAH JAGA KULIT WAKTU MALAM UNTUK WANITA 30-AN KE ATAS

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Dah masuk 30 series memang waktu yang buatkan wanita lebih banyak berfikir cara untuk kelihatan dan kekal cantik... 

Mau tak nya... sememangnya kena jaga tambah kalau bergelar isteri. Yang dah beranak pinak lagilah kan sebab waktu ni si suami juga mula dah nak tegur atau komplen pasal diri kita... 

Jadi, ada cara untuk jaga kulit untuk kekal remaja pada waktu malam. 

Kenapa malam?? Habis dah siang sibuk siapkan  segala kerja yang ada kan... jadi la kita dapat layan kulit kita... lagi pun waktu malamlah waktu yang cukup sesuai untuk kulit bekerja. Ikuti panduan bersihkan kulit sebelum tidur...



1. Mandi dengan air suam
Sekiranya menggunakan tab mandi, penuhkan tab dengan air suam terlebih dahulu dan campurkan buih mandian aroma terapi. Apabila tubuh berada dalam keadaan selesa, secara tidak langsung ia akan membuatkan minda dan badan jadi lebih relaks. Fuhh.. rasa macam spa dah ni kan... 

2. Sapu losen, minyak
Selesai mandi, lumurkan losen badan atau minyak bayi agar kulit badan atau minyak bayi agar kulit badan dapat mengekalkan kelembapan semalaman. Tidak lupa juga pada tangan dan kaki, sapu krim khas untuk tangan dan kaki, ia amat penting bagi menyediakan tangan yang lembut dan lembap keesokan hari. MF guna minyak zaitun je sekarang ni... Lepas sapu baby..sapu pula tangan dan kaki sendiri.

3. Guna krim pelembap
Jika mengalami masalah kulit kaki yang kering dan mengelupas atau cekam bulu, oleskan krim yang mengandungi bahan seperti glycolic dan asid sali silik. Ia mampu menyingkirkan bakteria, selain melembapkan kulit. Jadikan ia satu rutin setiap kali sebelum tidur. Nak kena cari krim pelembap untuk kulit lepas ni sebab kulit kering sikit terutama tang kaki.

4. Pengudaraan
Pastikan udara dalam bilik sentiasa lembap kerana udara yang lembap dapat memastikan kulit sentiasa berada dalam keadaan lembap serta bersinar keesokan harinya. Yang ni bermasalah..  bilik tertutup terus..  nak kena beli aromaterapi la ingat.. untuk kekalkan kesegaran bilik... 

Tak susah nak buat tapi yang penting istiqamah...  

Diolah dari: karangkraf.com

MUHASABAH DIRI JIKA KITA DI 'UNFRIEND'

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sekiranya ramai yang tak suka kawan dengan kita (banyak musuh), maknanya memang kita yang bermasalah..

Tapi sekiranya hanya beberapa orang yang tak suka kawan dengan kita dan masih ramai lagi yang suka berkawan dengan kita, mungkin beberapa orang itu yang bermasalah...

Kita tak dapat nak ubah sikap seseorang, tapi kita mampu ubah sikap kita sendiri.


So jadilah orang positif untuk menarik perkara-perkara dan orang-orang positif sentiasa mendekati kita.

Jangan sedih jika kita diunfriend... sebaliknya, kita muhasabah diri...

Dulu MF pernah berkira-kira nak unfriend orang... rasa kesian dan sayang... tapi MF unfriend sebab tak nampak apa istimewa disebaliknya..

Hikmahnya.. selepas MF unfriend rakan-rakan yang negatif ni... lebih ramai rakan positif lain add MF jadi friend mereka...

Apa pun.. kita muhasabah diri dan berubah... kita tak boleh ubah orang suka kat kita... tapi kita boleh ubah diri kita sendiri untuk jadi lebih baik... 

HARGA MINYAK NAIK BUATKAN ORANG RAMAI NAIK MINYAK!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bulan November yang datang dengan penuh dugaan buatrakyat biasa macam kita...

Hari ni 1 November 2016 bermula detik sejarah, apabila segala minyak naik yang menyebabkan orang ramai mula naik minyak...

Minyak kenderaan naik harga 15 sen seliter...



Kemudian, minyak masak pun naik mendadak sebab takde subsidi lagi dari kerajaan...

Memang Dasyat kenaikan tu... Lepas bajet hari tu minyak terhad... takde jual dah yang botol besar kat mana-mana kedai kecil ni... 

Yang minyak kereta tak yah cakap la kan... memang dok naik je... memang nampak sikit... tapi rasanya takde lagi orang isi minyak sekali isi seliter je kan... huhu. 

Kesan kenaikan ni para peniaga mula lah naikkan harga barangan sebab kos barangan dan pengangkutan tinggi... 

Peniaga pisang goreng pun bakal naikkan harga pisang goreng juga gamaknya... tak pun lepas ni jual pisang rebus cheese aje la nampaknya... keropok leko tak yah goreng, tapi panggang je la... 

Hadoii.. pening pikir bab minyak... memang lari bajet habis... ingat kerajaan je buat bajet.. rumahtangga pun ada bajet... tapi sebab naik harga semua ni.. bajet habis lari... huhu... 

Nasib baik juga bulan ni Last dah Internet Yes... nak tamatkan kontrak dah... tukar pakai Internet yang lebih murah sikit... 

Tapi yang pasti...bajet untuk anak-anak tak kan di potong... rezeki anak-anak tu ada je... yang dipotong ialah bajet diri sendiri la kan... 

Dok memikirkan mak bapak kat kampung nun... aduhai... dah la tak boleh nak menoreh lagi... pokok  pun dah tak banyak... harap duit anak-anak la ni... sekarang ni kampung ke bandar tetap rasa dugaan dan bebanan nih.

Hai la minyak... hujan je dok turun, hang bila nak turun harga??? 

SEMBAHYANG TAK TINGGAL, TAPI PERANGAI...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

SEMBAHYANG TAK TINGGAL, TAPI PERANGAI... | Pernah dengar kan ayat tu... memang ada yang mengaitkan begitu... sebabnya Allah kata... solat dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar... 

Tapi pasti kita pernah jumpa orang atau diri kita sendiri yang ada perbuatan tak baik walaupun kita solat, buat solat sunat lagi... tapi tak mengubah kita jadi baik.. 



Jika begitu... sila semak semula solat kita... ada tak kita langgar 15 syarat ini... 

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya  datang dari punca yang halal tanpa syubhah. 
Berapa ramai orang hari ni...Kurang ambil kisah tentang halal haram... tak kira benda apa pun... beli atau dapatkan sesuatu tu ikut kehendak bukan syariat. 

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik. Tidak fokus ketika solat.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput. 

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya. 

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu. 

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah. 

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita. 

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat. 

9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat. 

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran. 

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah. 

12. Mengambil wuduk dengan sempurna. 

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari. 

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja. 

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah. Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. 

Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. 

Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. 

Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati." 

Orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud: 

"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

Diolah dari: Page Bahagian Dakwah JAKIM