07 September 2016

WW | Statistik Blog Bulan Ogos 2016

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)






Tersenyum lebooor tengok statistik blog bulan Ogos ni... 

Pageview meningkat hingga 64%... Alhamdulillah... 
Bounce rate pun dah makin turun... Kena usaha lebih lagi... 

Alhamdulillah... kalau tengok PV setiap hari pun... kalau dulu 12-13k je sehari... sekarang dah hampir cecah 20k sehari.. Alhamdulillah... 

WW | Kenali Jenis Selesema dan Hingus Anak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Panduan untuk ibu bapa...
Tak semua selesema perlukan antibiotik... 

WW | Pemenang Keputusan Mewarna Anak Beranak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Ada orang bangga la dia menang... hehe...

NO.1 : Hasil mewarna En.Somi... bangga betul dia menang dan orang puji warna dia kreatif... 
NO.2 : Hasil MF, hehe... terima kasih la atas komen kemas dan nampak smooth tu ye..
NO.3 : Hasil mewarna si kakak umur 5 tahun... memang la bendera dia warna warni sebab dia belum tahu warna bendera Malaysia... 


WW | SANGGUP MAKAN DAGING SAUDARA SENDIRI!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Dalam tak sedar... 
Kadang kita ada makan daging saudara kita sendiri... 

Bila nak ngumpat je... Kenangkan yang kita makan daging mentah... Sanggup tak???

Kalau tak sanggup.. Jangan mengumpat! 

06 September 2016

Seloka Ingatan Buat Diri dan Teman!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



"Ingatan Buat Diri & Teman"

Ya Allah ya tuhan
Punyalah banyak perintahMu kami tinggalkan
Mengikut nafsu tersampuk syaitan
Dakwa ikut sunnah memuja di kuburan

Dua puluh empat jam seharian
Sikit sangat masa untukMu kami peruntukkan
Sedang nikmatMu kami ratah bak buffet durian
Bagai esok tiada lagi hari untuk dihitungkan
Memenuh tembolok lupakan iman
Kemudian solat ikut-ikut dan
Tiada sikit pun niat nak upgrade amalan

Dari darjah satu sampai darjah kedoktoran
Ilmu akhirat setakat suku lengan
Ilmu keduniaan dijaja setinggi-tinggi penghargaan
Bila diajak mengaji beribu alasan
Sedang ilmu akhirat penyelamat diri dan keluarga sekalian

Malanglah diri sombong dengan tuhan
Bumi diinjak langit dijunjung milik Ar-Rahman
Itupun masih berani melawan

Ayuhlah rakan dan taulan
Kembalilah kepangkuan tuhan
Dunia ini dah makin sawan
Entah esok masih berkawan
Entah lusa dah berkain kapan..

- NAN -

Durian Kahwin Dengan Cempedak Jadi Terap!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ternampak orang post gambar buah ni kat Facebook... Macam pelik bila caption.. Buah Durian dikahwinkan dengan Cempedak... Sekali bila baca komen... buah ini bukanlah buah durian kahwin dengan cempedak... Tapi dinamakan buah terap ikut slang Kedah, dan nama sinonimnya ialah buah tarap... dan ikut slang beberapa bahagian di negeri Sabah, buah Temponek, ada juga menamakan buah klueh.




Sedikit info berkaitan buah tarap:

Tarap merupakan sejenis tumbuhan berbuah yang terkenal di negeri Sabah, Malaysia khususnya di bahagian pantai barat Sabah seperti daerah Kota Kinabalu dan Papar. Tumbuhan ini boleh tumbuh dan hidup subur dengan begitu mudah di negeri Sabah, namun jarang ditemui ditempat lain walaupun di kawasan beriklim tropika. Tarap mempunyai bau yang agak kuat, namun mempunyai rasa yang cukup sedap, manis, lembut dan pemakan pasti merasa kenikmatan apabila merasanya untuk pertama kalinya. Isi buahnya mempunyai rasa yang seakan-akan Mangga yang penuh berjus. Namun bentuk buah Tarap lebih seakan-akan buah Cempedak dan Nangka, orang ramai selalu keliru akan perkara ini.

Buah Tarap berbentuk bulat sehingga ke bujur sama seperti bentuk buah cempedak atau nangka. Panjangnya 15-20 cm dan 13 cm lebar, dan beratnya boleh mencecah sehingga 1 kg atau lebih berat. Kulit buah Tarap agak tebal dilitupi dengan duri yang tumpul mendatar dan lembut. Namun apabila matang struktur kulit buah lebih keras dan rapuh. Buah tidak akan jatuh ke bawah seperti buah lain apabila ia telah masak sepenuhnya. Namun jika buah ini telah benar-benar masak ranum dan mula menampakkan kesan busuknya, buah tersebut akan jatuh juga.

Bahagian dalam buah tarap lazimnya seakan-akan isi buah cempedak atau nangka, namun lebih kecil, melekit, berjus dan isinya lebih kepada warna putih susu. Namun pusatnya lebih besar, terdapat sedikit selaput dibahagian yang tidak boleh dimakan dalam bahagian dalamnya. Isi aril lebih warna putih dan saiz berbentuk anggur, setiap satunya mempunyai biji bersaiz 15 × 8 mm. Sejurusnya sahaja dibuka, isa tarap atau marang harus segera dimakan dalam tempoh beberapa jam sahaja, keraa buah ini mudah tersejat akan jusnya, dan rasanya akan cepat hilang dan buah ini cepat terdedah dengan kesan oksidatif. Biji tarap juga sesuai untuk dikukus atau dipanggang untuk dimakan. -Wikipedia-

Walaupun macam tu kan, buah ni tetap punyai khasiat tersendiri... Ianya buah hutan kan... tapi ciptaan Allah tiada yang sia-sia kan... 
 
Meningkatkan Stamina
Buah terap merupakan buah yang kaya akan mafaat bagi kesehatan tubuh. Buah terap mengandung zat yang dapat menambah energi dalam tubuh yang dapat meningkatkan stamina. Tubuh hendaknya memerlukan pasokan energi yang cukup untuk membantu aktivitas kinerja tubuh dalam beraktivitas. Sama halnya dengan nasi yang mengandung karbohidrat, akan tetapi buah ini lebih rendah kadar kabohidratnya namun kinerjanya mengalahkan energi yang diciptakan oleh kandungan karbohidrat dalam nasi. 
 
Melancarkan Pencernaan
Buah terap juga berfungsi untuk melancarkan pencernaan. Buah terap mengandung zat yang mampu menghancurkan gas dalam perut yang mengakibatkan perut kembung, serta dapat melancarkan buang air besar. Bahkan khasiat buah terap ini mampu menyembuhkan penyakit buasir.
 
Meningkatkan Kemampuan Seks
Buah terap selain sebagai peningkat stamina juga memiliki khasiat untuk meningkatkan kemampuan seksual lelaki. Dengan rutin pengambilan buah terap ini mampu membantu pembentukan vital lelaki. Proses produksi buah ini boleh diambil dengan cara memakan buahnya atau boleh juga dibuat jus untuk memudahkan dan lebih cepat diproses oleh badan atau boleh juga dibuat dalam adunan kuih ketika sarapan pagi.
 
Memperbaiki Kualiti Sperma
Buah terap juga memiliki kemampuan untuk memperbaiki kualiti sperma. Dengan mengambil buah terap sama ada memakannya dalam bentuk kuih atau dalam bentuk minuman jus berkhasiat sebagai pembangkit hasrat seksual serta memperbaiki kualiti sperma.
   
Memberikan Nutrisi Pada Tulang
Kandungan zat kalsium yang terdapat pada buah terap ini juga mampu membantu menutrisi tulang. Selain itu juga mampu untuk mencegah dari penyakit kerapuhan sendi pada tulang. Sehingga dengan mengambil buah terap ini secara teratur mampu meningkatkan dan menguatkan kualiti tulang dalam tubuh.
 
Menyembuhkan Ulser Mulut
Dalam buah terap juga terdapat kandungan Vit C yang mampu membantu mencegah dan merawat ulser pada mulut. Jika makan buah terap secara kerap bakteria yang menyebabkan ulser akan hilang danakan terbebas dari panas dalam dan bau mulut.
 
Mencerahkan Kulit
Buah terap juga dapat dibuat lulur atau scrub untuk membantu mencerahkan kulit. Selain itu, khasiat buah terap ini juga berfungsi mengangkat kulit mati, serta memperkecil pori-pori pada kulit wajah. Gunakan scrub wajah dan taburi pupur buah terap atau oleskan saripati buah terap pada muka dan biarkan selama kurang lebih tiga puluh minit, kemudian lepaskan dan bilas dengan air bersih, muka akan tampak lebih tegang dan segar. 
Sumber: Internet
 
Nampak biasa kan.. tapi banyak khasiatnya... MF kongsi info ni, sebab mana la tau bila kita pergi hutan, lapar kan.. jadi sekurang-kurang dah tahu boleh survive... dan tahu, buah hutan ini selamat di makan... MF sendiri tahu je, tapi tak pernah makan lagi... Mak bapa MF pernah la makan... dulu rasanya kat kampong, tapi dah pupus agaknya pokok ni... Jadi, limited lah kalau nak jumpa pun..

CHARLIE | Kecil Tapi Menyengat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Charlie??? Pernah kenal atau tahu binatang apakah itu.. bunyi macam nama helikopter kan, tapi ianya memang macam helikopter tapi sejenis binatang kecil tapi berbisa... Berbisanya tak lah sampai membawa maut, tapi boleh meninggalkan kesan parut kekal... Macam terkena obor-obor... BInatang ni popular kat area sawah padi... kecil je, nak tengok pun susah... tahu-tahu, kulit dah merah pedih tambah dengan gatal... boleh tahan juga la sakitnya...

Sedikit info mengenai binatang ni:

Ini rupa charlie... kecil je rrupanya sebenar... ni di zoom nampak la besar... saiznya macam semut halus je.. 


Nama Am: Kumbang Rove
Nama Spesis: Paederus fuscipes
Nama tempatan: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie

Kesan kepada manusia:

Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya.

Antara kesan kena charlie... macam melecur terbakar...

Persentuhan semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang

Nasihat kepada yang dijangkiti:

Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.

Sumber: Facebook

******************************

Jadi, bagi yang tak pernah kenal.. nilah rupanya ye... jika berkunjung ke kawasan sawah padi, terutama di Kedah atau Perlis, jangan panik jika terkena nih... Jika nampak, jangan tenyeh.. hembus je.. lepas tu kalau dah jatuh ke lantai, nak tenyeh, gunalah tisu atau kain... jangan direct dengan kulit... kesannya dasyat... seminggu pun boleh rasa pedihnya... 

Amalan Ibu Bapa Semasa Anak Menduduki Peperiksaan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Dah masuk bulan September, maknanya peperiksaan besar dalam negara kita pun bermula... Semalam dah mula peperiksaan UPSR untuk tahun 6, dan bulan OKtober diikuti dengan peperiksaan PT3 bagi Tingkatan 3 dan Bulan November pula peperiksaan SPM bagi Tingkatan 5. 

Harapan ibu ayah, mesti nak anaknya cemerlang dan berjaya kan.. sama matlamatnya dengan para guru yang berhempas pulas memastikan anak-anak didiknya mendapat keputusan yang cemerlang. 

Jadi, MF nak kongsikan amalan yang disarankan kepada ibu bapa lakukan sepanjang berlangsungnya peperiksaan anak-anak ini... Perkongsian ini adalah group Telegram yang MF join... 

**************************************

Untuk ibubapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan..
Perkongsian daripada Ustaz Zahazan Mohamed (YDP PIBG SMKAKL)

1. Hari exam ibubapa bangun awal, solat hajat, sahur, puasa dan doakan untuk mereka dan sekalian orang Islam sepanjang puasa 
2. Banyakkan sedeqah walaupun pada binatang
3. Beri anak minum air zam-zam atau air masak banyak
4. Pastikan anak mendapat tidur yang mencukupi

5. Amalkan doa ayat ke 74 surah al-Furqan, Niatkan untuk mereka agar diberikan idea, kefahaman dan kelancaran dalam menjawab soalan. 

6. Beri anak keyakinan bahawa mereka mampu lakukan yang terbaik, pesan mereka untuk baca doa sebelum memulakan jawapan, berselawat bila menghadapi kesukaran dan petua-petua yang lain

7. Ingat ! Jangan sekali-kali menjadikan anak stress dengan permintaan-permintaan yang luar biasa, memadailah kata-kata berisi doa, motivasi dan peniup semangat untuk mereka.


Antara surah yang digalakkan untuk ibubapa baca,


1. Surah al-Insyirah 
2. Surah al Hasyr ayat 21-24
3. Surah al Rahman 1-13 

Niatkan semasa membaca surah-surah ini agar anak mendapat ilmu, mudah menjawab dengan cemerlang ..

#buat semua calon PEPERIKSAAN 2016

Untuk ibubapa yang anaknya bakal menghadapi pepriksaan, sedikit perkongsian kaifiat solat hjat yang diajarkan oleh sebilangan ulama.

Solat hajat 4 rakaat 1 salam (tanpa tahiyat awal)
1. Lafaz niat "sahaja aku solat sunat hajat 4 rakaat kerana Allah Ta'ala"
2. Rakaat pertama Al-Fatihah+ayat kursi+al-Ikhlas 11x
3. Rakaat kedua Al-Fatihah+ayat kursi+Al-Ikhlas 20x
4. Rakaat ketiga Al-Fatihah+ayat kursi+Al-Ikhlas 30x
5. Rakaat keempat Al-Fatihah+ayat kursi+Al-Ikhlas 40x
6. Sujud akhir baca zikir nabi yunus 41x
لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
7. Selepas salam baca Al-Ikhlas 50x + Hauqalah 50x
لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
8. Doa
*Disarankan berpuasa sunat sepanjang waktu peperiksaan anak-anak berlangsung.

05 September 2016

Cuti Panjang Rakyat Malaysia 2017!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cuti...  Siapa tak suka kan...
Tengok kalendar tahun depan... Mesti tengok cuti dulu..

Tahun depan dijangka rakyat Malaysia bakal bercuti panjang...
Sebab banyak yang bersambung dengan cuti hujung minggu...


Boleh la kita plan cuti balik kampung dan tempah tiket bercuti awal-awal kan... Best ni... 

Bagi yang nak plan bercuti ke Cameron Highlands.. Ikuti TIPS ni...  Supaya percutian anda memberi memori indah dalam hidup anda 

AWAS!!! JANGAN PERCAYA PAGE BISNES YANG BERIBU LIKE DI FACEBOOK!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Review kali ni bukan niat nak burukkan perniagaan orang lain... Jauh sekali nak jatuhkan perniagaan orang lain... Sebab memikirkan pengajaran untuk yang lain... Jadi, pengalaman dan review ini sebagai pedoman kepada yang berniaga... dan bagi peniaga yang saya sebutkan ini, mohon perbaiki perkhidmatan yang kami lalui... Jangan ulangi kepada pelanggan lain... Laksanakanlah tanggungjawab dengan ikhlas dan amanah dengan sebaiknya... Lagipun korang orang Islam kan... Jadi, mohon yang membaca review ini, berpandangan terbuka dan berlapang dada... sebab kita berniaga nak cari redha Allah, bukan semata-mata nak kaya di dunia.

Panjang tu muqaddimahnya...

Kisahnya, bila MF terpandang satu page yang punyai ratusan ribuan like... Maknanya femes la page ni... mesti dipercayai ramai... itu firasat dalam hati... Iaitu satu page yang menjual cadar patchwork... bahkan ada syarikat sendiri yang bertapak di Ipoh, Perak. Kiranya ni perniagaan yang besar... MF share page tu di Facebook dan tag nama suami... kot la dia nak membeli... Sekali dia berkenan, dan dia tag pula mak dia (mak mentua MF), terus mak berkenan dan berniat nak belanja anak-anak dia dengan cadar baru... Alhamdulillah... Selepas membelek dan berbincang.. suami dan mak pun pilih la cadar yang nak dibeli...

Memula tu, suami call terus nombor yang diberi sebab whatsapp tak dibalas, MF PM kat Facebook pun lambat juga balas... Takpe la faham.. pelanggan dia ramai kan... sebab page ribuan like biasa macam tu la kan... Jadi, takpe la.. MF belek page tu, dan nampak ada website... bila belek website nampak boleh beli terus dari situ.. lagi mudah... Tapi dalam masa yang sama suami MF dah pun berurusan terus melalui whatsapp... lebih cepat katanya... Jadi, MF ikut je lah kata suami... Jadi, suamilah yang buat urusan jual beli.


Lepas deal dengan penjual tu, dengan harga yang dipersetujui, pada 25hb Ogos lepas terus kami bank in... takpe la.. kami bank in malam kan... jadi, order tu kira diterima esoknya la kan... lepas bagi detail semua, seperti biasa kami minta tracking... Whatsapp tak dibalas, dan terus follow up seller tu... akhirnya, dia kata budak stor dia akan pos hari Isnin 29hb Ogos... ok, takpe la.. kami pun tunggu dia bagi tracking lagi... Biasa dah kami ni, kalau orang bagi tracking kami tak semak terus... kami tunggu sehari selepas tu baru semak... sebab kadang tak masuk sistem kan...



Diorang guna perkhidmatan Nationwide... perkhidmatan penghantaran barang yang jarang orang guna.. tak semua tempat ada... Hari Rabu baru dia bagi tracking nombor... tu pun selepas suami follow up lagi dengan whatsapp dan call... Lepas semak, ada dalam sistem... dan sampai ke Kulai... Jadi, tunggu syarikat penghantaran tu la pula... ada dua barang yang guna perkhidmatan ni... Review pasal perkhidmatan yang teruk korang boleh baca entry INI. Tak nak ulang citer dua kali...

Lepas suami pergi ambil sendiri barang tu kat HQ, barulah terbongkar... Kami order 3 set cadar... tapi yang dipos hanya 1 set... Apa perasaan korang kalau kena macam ni????  Dah la barang kena pergi ambil sendiri... tengah2 panas pula tu kan... mau tak hangin en.somi... rasa tertipu kot... dah la seminggu menunggu... terus dia whatsapp dan call... Lepas call baru dia bagi tahu, dia buat dua packaging... yang lagi 2 cadar tu dia bungkus lain... terus la suami minta tracking nombor masa tu juga... sebab nak semak terus kat Nationwide, ada ke takde barangnya kan... sekali tunggu punya tunggu dia bagi tracking number, sampai ke sudah, dan Nationwide tu pun tutup...tak juga dibagi... Balik lah en.somi dengan barang yang ada, dengan rasa bengang dan kecewa...



Balik rumah, masih juga terus follow up... sebab harga cadar tu ratusan ringgit, bukan dua tiga ringgit... kalau dua tiga ringgit sekalipun ianya tetap duit ianya tetap hak kita sebagai pengguna. Dah petang, baru dia whatsapp pula bagi tracking number ... katanya dah pos... kali ni guna perkhidmatan KTMD pula... sekali baca pula review kak Farah Waheeda pasal perkhidmatan ni... pun sama juga... teruk dan jenis peram barang orang... lagilah en.somi bengang... masih guna bahasa yang sopan... tapi agak tegang... kalau nak suruh kami bayar pos lebih pun takpe.. asalkan barangnya sampai... ni bayar kos pos tapi barang lambat sampai...dah tu perkhidmatan yang jenis peram barang orang...

Sehingga artikel ni ditulis, kami kena la tunggu lagi cadar yang dipos tu dengan sabar... Tapi dari rasa excited dah jadi kecewa dah...

Yang kami nak marah, kecewa sangat tu, ialah apa-apa masalah tak diberitahu kepada pelanggan.... kita kena follow up, tanya... memang la bengang... itu amanah dan tanggungjawab diorang kot... kalau kami diam kan aje... agaknya memang berbulan la tak sampai agaknya barang tu... fuhh...

Kami pun berniaga juga... kalau masalah pos ke hape pun kami akan bagitau pembeli... kita tak nak sampai pembeli yang tanya... pernah kami pos, pos laju return semula... konon berat terlebih pula... kami pos semula ,... kos  pos kami tanggung la... walaupun tu masalah pos laju... tapi, itu amanah dan tanggungjawab kita sebagai peniaga... kena la tanggung risiko tu...

Pengajaran buat peniaga online... jangan tangguh-tangguh order pelanggan... tambah kalau barang ready made... buatlah sistem macam mana pun... asalkan cepat follow up pelanggan... jangan salahkan pelanggan kalau anda kena viral dan review teruk... Pelanggan ada hak dia... Jangan berjanji kalau tak mampu nak tepati.. itu tanda orang munafik...

Pengajaran buat pembeli online... selalu lah follow up jika apa-apa secara online... zaman sekarang ni banyak penipuan... ramai orang munafik dan tak amanah... Jangan anggap remeh hal begini...

Jika nak bisnes kita bertahan lama... 
jaga perkhidmatan kita sebaiknya...

MF bukan nak mengata orang Melayu berniaga... tapi MF dan suami banyak berurusan dengan bangsa lain juga bila berniaga... supplier kami pun dari pelbagai bangsa dan agama... tapi orang kita ni, kalau dah berjaya sikit... dah jadi boss... jarang dah nak turun padang tengok anak buah buat kerja... harap sangat sampai 200% kepada pekerja... akhirnya, macam ni lah...

Kami pernah beli barang yang lebih besar dan berat dari  3 set cadar ni... Suami MF pernah beli 4 tayar siap dengan sport rim dari KL, pos ke JB... Cina tu guna perkhidmatan bas, bayar kos pos RM80... dan kami ambil dari bas... cepat... dalam masa 12 jam kami dapat barangnya... Kali kedua kami beli Set Mesin jahit tepi jenama JUKI, besar dan berat... Pos dari Kulim, Kedah ke rumah... sampai depan rumah guna City Link... kos pos pun kami tanggung... Maknanya, bukan masalah barang berat ke besar ke... tapi penjual boleh rujuk pembeli bab pos barang... perkhidmatan apa yang sesuai untuk pos... sebab memang banyak syarikat penghantaran barang... tapi tak semua sesuai dengan semua tempat. Selain tu, follow up la pelanggan selalu... Jangan sampai pelanggan pula nak kena tanya itu ini... Bila kita banyak tanya, mula la kata kita ni cerewet... padahal diorang sendiri tak mainkan peranan sebagai peniaga...

Jadi, sekali lagi... MF minta maaf... MF review ni sebagai pengajaran... peringatan kepada yang lain juga... juga sebagai reminder kepada diri sendiri dalam berniaga. Harap perbaiki perkhidmatan anda...

P/S: Semalam, seller tu dah takut nak angkat call dari suami MF.... Memang takut la nak menjawab... whatsapp pun tak balas dah... sekarang ni kena tunggu je la bila barang tu akan sampai... huhu... seminggu lagi agaknya... 

Ni kali kedua, review pasal perkhidmatan dari page yang ribuan like, tapi perkhidmatan macam hampehhh... review sebelum ni, ada kat ENTRY NI... Bahkan entry review tu juga, akhirnya owner tu minta saya delete entry tu...tapi atas nasihat blogger lain, jangan delete...jadikan itu sebagai pengajaran. 

04 September 2016

Tips Cari Cameron Highlands Hotel dan Makanan Wajib Cuba di Sana

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tips Cari Cameron Highlands Hotel dan Makanan Wajib Cuba di Sana | Cameron Highland salah satu destinasi percutian yang popular di Malaysia. Cameron Highland juga antara destinasi berbulan madu serta aktiviti kekeluargaan yang menjadi satu kemestian untuk dilawati sebab banyak tempat-tempat menarik kat sana. Udara yang sejuk dingin dan persekitaran yang dipenuhi dengan pokok-pokok hijau serta kedudukannya yang tinggi dari aras laut telah menjadi faktor utama yang menyebabkan ia merupakan salah sebuah tempat yang popular di negeri Pahang darul makmur. Nak bercuti ke sana, perlukan persediaan serta info lengkap… JIka tidak rugi pergi bercuti jauh-jauh tapi tak terisi dengan perkara yang menarik dan bermanfaat di sana. Di sini, nak saya kongsikan artikel menarik pasal Cameron Highland.



3 Makanan Berkhasiat  Wajib Dicuba di Tanah Tinggi Cameron 

Udara tanah tinggi yang sejuk pasti membuatkan kita cepat rasa lapar dan sentiasa nak makan. Memang la tak bagus, tapi who can resist the sweet smell of grilled corn or the savory smell divine tomyam? Bila korang dah sampai ke sini, tolak tepi sekejap impian diet tu dan nikmati percutian dengan sebaiknya. Kalau bercuti fikir nak diet, tak best la ye dak. Banyak tempat makan best yang korang kena cuba!

1. Steamboat ialah salah satu menu wajib yang patut korang cuba. Banyak gerai atau restoran yang menyediakan steamboat kat sini terutamanya kat area Tanah Rata. Boleh dinikmati sama ada pada waktu makan tengahari atau makan malam, steamboat merupakan hidangan yang sempurna untuk dimakan lebih-lebih pada suhu persekitaran yang rendah. Boleh dikatakan, hampir kesemua tempat penginapan di Cameron Highland ada menghidangkan steamboat.

2. Mungkin disebabkan terdapat banyak tumbuhan hijau kat sini, salad merupakan salah satu lagi pilihan makanan yang boleh didapati di mana-mana saja di sini. Bagi korang yang tetap memilih untuk berdiet walaupun tengah bercuti, ini merupakan pilihan makanan yang paling tepat. Selain sayur-sayuran, korang juga boleh tambah pelbagai jenis buah-buahan segar yang juga mudah didapati di sini.

3. Jagung manis bakar ialah salah satu lagi makanan wajib di sini. Aromanya yang harum seolah-olah memanggil kita dari jauh! Cewaah. Kalau korang pegi ke pasar malam di sini, korang akan jumpa banyak gerai yang jual jagung bakar ni. Pilih je mana yang korang nak.

3 Jenis Penginapan di Tanah Tinggi Cameron 

Selain makanan, tempat penginapan merupakan salah satu lagi perkara penting untuk dirancang apabila ingin bercuti. Seperti biasa, bergantung kepada bajet dan keperluan untuk bermalam, di sini, MF kongsikan beberapa pilihan yang korang boleh pilih berdasarkan ciri, bajet dan keperluan bercuti:

1. The convenient homestay Cameron Highland sesuai jika korang datang ke sini dalam satu kumpulan yang besar atau satu keluarga. Kemudahan yang dilengkapi dengan keperluan asas yang cukup seperti dapur, bilik air, ruang tamu yang dilengkapi dengan TV dan bilik tidur. Bergantung kepada saiz rumah, harga sebuah homestay untuk satu malam dalam lingkungan bajet dari RM150-RM300.

2. Selain itu, tempat yang sesuai yang korang boleh pilih untuk menginap ialah apartment Cameron Highland  yang juga sesuai untuk korang yang nak gunakan kemudahan asas dalam sebuah rumah seperti dapur untuk memasak. Biasanya, saiz apartment lebih kecil jika dibandingkan dengan homestay. Jadi untuk korang yang mempunyai keluarga yang bersaiz kecil,  penginapan jenis apartment adalah lebih sesuai.  Harga sebuah apartment untuk disewa bagi satu malam biasanya bermula daripada RM200-RM600. Walaupun agak mahal, dengan menginap di tempat macam ni, kita dah boleh jimat kos untuk makanan sebab boleh masak sendiri.

3. Banyak hotel di Cameron Highland yang korang pilih, bergantung kepada bajet korang. Perkara yang best bila menginap di hotel dengan kemudahan yang lengkap ialah kita dapat menikmati percutian dengan semaksima mungkin. Tak perlu nak masak dan kemas katil sendiri! Hehe.




Dah baca kan tips dan info makan-makan kat Cameron Highland, jadi pasti ada yang teruja juga… Kat mana boleh dapatkan tempat menginap dengan harga yang menarik dengan mudah. Jangan risau, Kat Traveloka.com, korang boleh lihat for varities of Cameron Highlands hotel at the best rate tambahan lagi sekarang ade promosi Traveloka Big Sale. Mana tahu ada hotel yang destinasi yang korang nak ada dalam senarai.

Sebenarnya, boleh je nak jalan-jalan walaupun bajet ciput, cuma kena pandai plan. Cuba korang usha this one site. Untuk pengetahuan korang, Traveloka selalu tawarkan rate harga yang paling rendah jika nak dibandingkan dengan flight and hotel searching site yang lain. Bukan untuk lokasi dalam negara je, site ni juga cover pelbagai lokasi menarik kat luar negara. Selain tu, korang juga boleh check out promotions yang sedang ditawarkan. Contohnya, sekarang Traveloka tengah promo special fare with Emirates untuk perjalanan ke London, Dubai, Paris, Rome, Athens dan lain-lain lagi. Selain tu, untuk dapatkan special rate for hotels, korang boleh book waktu ada weekend promo bermula pada hari Jumaat. They offer discount up 73%!! Menarik kan? Apa korang tunggu lagi, go visit https://www.traveloka.com/en-my/. Nikmati percutian anda tanpa berbelanja besar!!! Jom Cuti!!!

Tanda-tanda Badan Ada DNA BISNES

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bagi yang buat bisnes, pernah tak fikir kenapa korang buat bisnes sekarang... Pernah tak korang terfikir, dan ajak kawan buat bisnes tapi bisnes dia tak menjadi pun walaupun banyak bisnes dia cuma... semuanya ada kaitan dengan DNA Bisnes...


Dalam diri kita ada satu yang mendorong kita untuk bisnes.. bakat ni bukan boleh dipupuk melainkan ianya dikurniakan kepada orang betul-betul berbakat. 

MF dan suami rupanya ada bakat berbisnes dari kecil... 
MF masa zaman sekolah suka jual... antaranya jual jeruk buah cermai... memang laku dan sentiasa habis... buah jambu batu pun pernah MF jual dan kawan-kawan beli... bahkan MF pernah beli jam tangan sendiri hasil jualan jeruk yang MF kumpul setiap hari... 

Suami MF pun ada bakat yang sama... Suami jual buah potong masa zaman dia sekolah dulu... dan bakat tu terserlah bila dia selalu jual beli dengan kawan dia...

Jadi, tak hairanlah, sekarang ni kami ada syarikat dan produk sendiri... rupanya bakat tu dari kecil lagi dah ada... alhamdulillah..

Bakat dan DNA bisnes ni tak semua orang ada... jadi, jangan anggap semua orang berpotensi untuk jadi bisnesman... kerana ada orang dia boleh menjual... tapi tak kekal lama... ada orang dia tak tahu dia ada bakat ni.. jadi kenangkan kembali.. zaman sekolah dan kanak-kanak dulu ada tak suka berniaga walaupun secaara kecil-kecilan...

Teknik Komunikasi Menurut Surah al-Hujurat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Susah nak jaga teknik ni... Sebab banyak sebab... Hmmm.... 


03 September 2016

PERKHIDMATAN PENGHANTARAN BARANG PALING TERUK DI ABAD INI!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Jika sebelum ni, pernah MF review perkhidmatan 3 syarikat penghantaran yang popular di Malaysia iaitu Pos Laju, Gdex dan Skynet... Dan memang antara ranking betul entry ni dalam carian Google... Boleh baca review tu DI SINI.

Tapi review tu MF buat masa MF tinggal di Gombak, KL.. Sekarang MF dah pindah ke Johor... Alhamdulillah, ketiga-tiga syarikat penghantaran ini, sangat bagus sejak MF pindah ke Johor. MF puji habis la perkhidmatan Pos Laju, GDex dan Skynet kat sini... Paling cepat Skynet la... Pos petang dari KL, insha Allah pagi keesokan harinya akan sampai ke Johor depan rumah... pos laju, paling lambat 3 atau 4 hari..

Tapi kali ni nak bagitau ada perkhidmatan yang paling lambat dari yang terlambat... Lebih dari 7 hari tak sesampai lagi... Nak tahu... perkhidmatan curier apa... itulah Nationwide... Mungkin tak popular tapi masih ada yang guna perkhidmatan Nationwide ni...


MF pun tahu perkhidmatan curier ni selepas beli online baru-baru ni... Siap bank in kepada penjual hari Khamis... dan dikhabarkan pos hari Isnin. Jadi menunggulah dengan sabar... dah la ada masalah dengan penjual..tambah pula dengan perkhidmatan curier yang macam ni, memang menguji  kesabaran betul...

Semak tracking nombor hari Rabu, sebab penjual pun baru bagi tracking number... Semak dah ada kat HQ di Kulai... Jadi, kami menunggu dengan sabar... Tunggu punya tunggu sampai la hari Jumaat.. tak juga ada barang... terngiang-ngiang lori kat luar rumah... asyik jenguh je... hampa betul... Dah geram punya pasal, hari ni en.somi Call terus kat pihak HQ Nationwide di Kulai tu... nak tahu apa  dia kata...

"Barang encik memang ada, tapi kami tak dapat nak hantar sebab rumah kami di luar kawasan penghantaran..." Kami akan hantar, cuma lambat.... tunggu ada barang satu lori dia agaknya baru boleh hantar kat kami... perghhhh... menyirap ko... Dah tu, sepatutnya telefon la kita bagitau... ni kita pula kena telefon dia tanya... nak peram barang orang sampai bila.. Pastu suami pun apa lagi... terus je start motor, pergi ambil sebab katanya pejabat diorang buka separuh hari je hari Sabtu...

Memang hangin satu badan betul syarikat penghantaran macam ni... Tak marah kalau barang kita sampai diorang call bagitau suruh ambil..bagitau diorang tak hantar sebab luar kawasan... Kita tak kisah sangat... Tapi masalah bila dok peram tu yang geram.. Kita pula nak kena tanya... Bukan free kot... Kita bayar kos penghantaran tu...

Sebab MF tahu, kalau kawasan Johor ni... Ada yang jauh-jauh... Jadi sesetengah perkhidmatan penghantaran ni tak masuk... Macam Skynet atau City link akan call suruh ambil kat bandar untuk sesetengah tempat..  Ok la.. Dia bagitau..  Kita akan pergi ambil... Tapi ni peram.. Tak bagitau... Nak tunggu kumpul barang lain... Baru nak hantar sekali...  Mau tak marah kan... Itu kan amanah dan tanggungjawab... Laksanakanlah...

Dan satu lagi, dapat info pula dari blogger kak Farah Waheeda sebab MF ada buat status pasal ni kat Facebook... iaitu syarikat penghantaran KTM.. pun buat hal yang sama... jenis peram barang orang lama-lama tak hantar.... Hadoiii...


Memang lepas ni kalau beli barang online kena tanya penjual la, nak pos barang guna syarikat apa... Nak kata kos penghantaran murah, sama je kot... Memang letih la camni...

Ini bukan pertama kali kami beli barang yang besar-besar... boleh aje penjual pos... pernah suami beli tayar siap dengan rim empat biji, pos dari KL, guna bas aje... kita tanggung kos pos... apa masalahnya kan... Penjual pun, gunalah perkhidmatan yang popular dipercayai orang ramai.. banyak cawangan dan negeri guna... guna yang ntah pape camni la risikonya... barang kena peram... tak ke sakit hati macam tu.. kalau kena kat korang, apa korang buat???

Lepas ni tunggu review pasal penjual yang banyak main-main pula... sebab ada kaitan la dengan syarikat penghantaran ni... tu masalah menjadi rumit dan menyakitkan hati...

Lebih sakit hati, kita ni pun peniaga juga... tapi sebolehnya perkhidmatan pelanggan tu kita jaga... sebab itu periuk nasi yang utama kita kan... 

15 Blogger Pengomen Terbanyak Bulan Ogos 2016!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Berikut adalah 15 blogger yang menjadi pengomen terbanyak untuk sepanjang bulan Ogos 2016:

paridah (22)

Ahmad Hasif (21)

adianiez AIDA (19)

Mas (17)

Muhammad Khairuddin Lim (16)

norhidana miswan (14)

Cik Yaya (12)

Siti Rohaida Yusof (12)

Nieyl (10)

ejulz (9)

Puan Wawa (8)

Mummydearie (8)

Diana Rashid (7)

Normi Nieza (6)

At-Tarmizi (6)

Haffizul Iskandar (6)

Inilah 15 blogger yang jadi top komentor untuk bulan Ogos 2016.
Terima kasih atas komen dan sokongan semua...
Terima kasih juga buat pembaca setia walaupun tak tinggalkan komen.. tetap saya hargai...

Entry ini untuk menghargai pengomen dan pengunjung setia blog ini..
Kesemua 15 blogger ini akan dimasukkan dalam list widget pencetus inspirasi untuk bulan Julai-Ogos 2016.

KUTUK & MENANG HADIAH BERSAMA LEKATLEKIT.COM

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Suria Lekatlekit suruh kutuk blog dia kan.. inilah peluang, MF nak kutuk dia... haha... 

OK, komen MF tentang blog Suria Lekatlekit:

Blog surialekatlekit sejujurnya, dan semakin baik sejak tukar template... sedap mata memandang dan tersusun... Cuma satu je tang Arkib tu, kalau boleh la kan, kalau boleh setting biar keluar tajuk, sebab kalau jenis drop down macam tu, tak boleh nak baca entry yang lepas-lepas... Bagi internet yang tak berapa nak kuat, jenuh nak tekan "next entry atau previous entry"... Itu sahaja komen MF ye Suria LekatLekit... Harap diterima dengan hati dan jantung terbuka... ;)...



Jom support giveaway Suria Lekatlekit... bukan senang Suria Lekat lekit nak buat giveaway ni tau... rugi kalau tak join.. hadiah pun best-best... Tarikh akhir untuk Join 17 September 2016. 
KLIK BANNER UNTUK JOIN



7 Masalah Lupa Dalam Kehidupan Seharian Kita!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


No. 1: Lupa Kunci Rumah/Kereta
Biasa juga terjadi, puas mencari.. padahal baru sekejap je letak... Dah lupa letak mana... Memang cemas bila kunci hilang... Bukan hilang.. tapi lupa letak kat mana... 

No. 2: Lupa Nama Kawan
Pernah terjadi.. terutama kalau jumpa kawan lama... Bila lupa memang cover juga.. konon ingat... Kesian gak kat kawan kita tak ingat nama dia... Takut dia kecik hati... Kena ambil masa untuk ingat balik....

No. 3: Lupa Kerja Rumah
Ini alasan paling popular anak murid termasuk diri kita sendiri yang pernah jadi pelajar.. tapi cikgu ni ada power.. kalau pelajar yang biasa tak buat.. alasan ni langsung dia tak kan terima... 

No. 4: Lupa Tempat Parking
Pernah juga terjadi... Masa pertama kali masuk Parking bawah kat Festival City, sekarang ni namanya Setapak Central... Stress kot cari kereta tak jumpa... Puas keliling cari.. masalah betul bila tak ingat Parking nih... Haha

No. 5: Lupa Tarikh Penting
Ni biasa orang lelaki la kan... Tak ingat tarikh penting... Jangan buat pasal la ye.. cubalah buat reminder kalau tak nak isteri merajuk dan tarik muncung panjang kalau tak ingat birthday dia atau tarikh anniversary.. tapi susah nak jumpa suami boleh ingat semua tarikh lahir anak dia.. kalau ada tu, memang kuat ingatan betul si laki tuh... 

No. 6: Lupa Temujanji
Lupa jenis ni jangan buat main-main juga... Tapi kalau betul terlupa memang tak boleh nak kata apa... 

No. 7: Lupa Bayar Hutang
Lupa jenis ni buatkan orang bengang... Dah berhutang, lupa pula..dan buat muka tak bersalah pula tu... Haishhh memang geram kan... 

Itu antara 7 jenis lupa yang sering berlegar dalam hidup kita... Lupa ni menunjukkan kita manusia yang lemah... Banyak cara nak elakkan lupa... Salah satunya tanda dalam kalender dan buat reminder... Selalu makan kismis... Dan elakkan makan makanan yang boleh sebabkan lupa... 

02 September 2016

Amalkan Baca Dua Ayat Ini Sebelum Tidur Supaya...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

BACALAH DUA AYAT ALLAH SEBELUM TIDURMU, MUDAH-MUDAHAN CUKUP UNTUK MEMELIHARA DIRIMU DENGAN IZIN DARIPADA-NYA.

Daripada Saidina Abu Mas'ud r.a, daripada Rasulullah s.a.w. bahawa Baginda pernah bersabda :
"Sesiapa yang membaca dua ayat terakhir daripada Surah al-Baqarah pada waktu malam, nescaya cukuplah untuknya." [Hadith riwayat al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim rahimahumallah.]

Al-Imam Ibnu al-Qayyim rahimahullah menyatakan di dalam kitabnya الوابل الصيب :

"Cukuplah untuknya bermaksud cukuplah untuk memelihara dirinya daripada segala perkara yang buruk."

Ayuh beramal dan yakin dengan amalan sahih yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terutamanya ketika sunnah Baginda semakin dilupakan oleh ummatnya.


Surah al-Baqarah, ayat 285-286.

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ (٢٨٥

Maksudnya: Rasulullah telah beriman kepada apa Yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang Yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang Dengan Yang lain Rasul-rasulnya". mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami taat (Kami pohonkan) keampunanMu Wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali".(285)


لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلا تُحَمِّلْنَا مَا لا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (٢٨٦

Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".(286)

Fadhilat Membaca Ayat 285-286 Surah al-Baqarah:

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud r.a., Rasulullah s.a.w bersabda,"...sesiapa yang membaca sepuluh ayat ini: Empat di awal surah al-Baqarah, ayat kursi, dan dua ayat berikutnya dan akhir surah al-Baqarah, maka rumahnya akan selamat daripada dimasuki syaitan hingga ke pagi hari."

Jom, sama-sama kita amalkan... Jika tak ingat, boleh hafaz perlahan-lahan dengan mengamalkan secara istiqamah... tak pun download sahaja aplikasi al-Mathurat Sughra di smartphone masing-masing ye... lengkap dengan maknanya lagi... 

Moga bermanfaat... 

Untung Wanita Yang Tak Suka Make-Up

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Solek atau make up... satu kelaziman bagi wanita... Tapi ada juga wanita tak suka solek... antaranya MF la... memang tak suka make up... tapi takde lah sampai biarkan wajah kusam pula... sekadar pakai bedak dan oleskan lip balm nipis... Pernah konon nak bersolek bila keluar, tapi terasa rimas pula... Bila dah ada anak lagi malas nak solek... Jangan tak tahu, wanita yang malas bersolek ni banyak untungnya tau... suami dia pun untung juga...


1. Jimat duit
Memang jimat... boleh kiralah berapa kali beli krim muka setahun kan... Alhamdulillah juga kulit muka jenis normal... Jadi, pakai pelembap dan bedak kompak biasa sahaja... setahun sekali je kot tu beli... Memang tak pening kepala nak pikir nak beli alat make up... 

2. Kulit lebih sihat
Ada betul juga, sebab bahan make up tu banyak bahan kimia... kalau tak pakai sebenarnya, kulit kita lebih terjaga... Kalau kulit bermasalah, cari alternatif dengan rawatan semulajadi... lebih selamat, dari pakai alat make up atau skin care itu dan ini... 

3. Lebih yakin dengan natural beauty
Wanita selalu guna makeup sebab nak naikkan seri dan mungkin atau tutup noda dan pori-pori, Kalau dah terbiasa tidak menggunakan makeup, bersolek bukan satu keperluan... Yakin dengan wajah sendiri... 

4. Tak kotorkan baju
Make up boleh kotorkan baju... tertumpah, tercalit kat tudung.. alahai.. lecehnya... jadi, kalau tak make up... takde pening kepala nak fikir semua ni... 

5. Boleh terus tidur
Jimat masa, tak payah nak pakai krim malam... terus je tidur... habis sangat cuci muka je kan... Ustaz pun kata... untung suami, sebab dapat cium kulit isteri secara semulajadi, bukan cium krim... hehe

6. Solat tanpa perlu cuci muka
Nak solat pun senang, tak perlu nak cuci wajah dulu. Wajah tanpa makeup akan lebih mudah dibersihkan daripada menggunakan makeup. Ambil air wudhuk pun lebih sempurna tanpa was-was. Dan untung juga waktu tak banyak terbuang hanya untuk membersihkan wajah. Jimat masa ketika shopping, tak kotorkan telekung juga... 

7. Peluh bukan satu masalah
Walaupun ada make up kalis cair ketika berpeluh, tapi tetap akan tinggalkan kesan juga sedikit sebanyak... 

8. Gosok mata sesuka hati
Wanita selalu lupa menggosok mata mereka kerana mengantuk atau gatal, tahu-tahu eyeliner dah comot. Tapi kalau  tak menggunakan makeup anda boleh menggosok mata tanpa sebarang masalah.

9. Terus masuk bilik tidur
Kadang dah balik lewat dan penat, tak perlu bimbang jika tertidur dengan makeup di wajah.

10. Mata tak sakit
Tidak ada lagi kes tercucuk biji mata saat menggunakan maskara atau eyeliner. Pernah pakai eyeliner... memang pedih mata kalau tercucuk mata... huhu

11. Tak payah tahan kalau nak menangis
Menangislah kalau rasa nak menangis tanpa perlu fikirkan make up yang akan comot dan cair.

12. Gigi bersih tanpa gincu
Boleh gelak sesuka hati dan tak payah fikir adakah gincu tersapu di gigi. Kita mana tahu, kadang dah sedar bila tengok cermin.

13. Tona kulit serata
Warna kulit wajah  akan selalu sesuai dengan kulit tubuh, kerana  tak pakai bedak asas yang salah.

14. Rasa yakin dan tidak malu
Lebih yakin dengan anugerah yang Allah berikan. Rasa selesa dan senang untuk ke mana. Bersiap pun tidak makan masa, tidaklah pasangan mengeluh! Dan paling untung lelaki akan nampak kecantikan sebenar kita.
Olahan dari: Mingguan Wanita

Walaupun zaman sekarang ni, dah banyak alat solek yang lebih mesra pengguna seperti mesra wuduk, mudah dicuci, dan mudah guna...tapi banyak kelebihan lagi kalau tak pakai... dan utama memang orang yang tak pakai make up lebih yakin dengan kecantikan semulajadi... 

Ku Tak Jemu Berpesan Kepadamu...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Cara Dakwah yang sepatutnya kepada Wanita

1. Dakwah kepada wanita untuk menutup aurat bukanlah dengan mengatakan kalau dia pakai tudung maka dia akan nampak lagi cantik.

Tujuan menutup aurat ialah untuk "melindungi/menutupi" kecantikan wanita dari dilihat oleh bukan mahram. Bukan menjadikan dia lebih cantik!

Produk tudung, jubah dan pakaian wanita yang menutup aurat tetapi sebaliknya menjadikan wanita itu kelihatan lebih cantik dari biasa adalah menyalahi konsep aurat.

Definisi عورة (aurat) bagi wanita ialah bahagian angggota badan yang tidak boleh dizahirkan dan diperlihatkan kepada orang lain. [Lihat al-Mausuah al Fiqhiyah al Kuwaitiyah]

Kaedah ini jelas dalam firman Allah ;
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا 
"Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya." (An-Nur: 31)

Beritahu wanita, jika dia tidak menutup aurat maka dia akan dibakar oleh api neraka. Itulah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w.

2. Tidak menutup aurat ialah berdosa dan bertabarruj juga ialah berdosa.

Orang perempuan yang tidak memakai tudung ialah berdosa, orang perempuan yang memakai tudung tetapi memakai baju ketat atau menampakkan bentuk susuk tubuh badan juga adalah berdosa.

Orang perempuan yang sudah menutup aurat seluruh badan tetapi kemudian menzahirkan kecantikan dirinya walaupun 'bertutup' ialah disebut tabarruj dan ianya juga berdosa.

Tabarruj bermaksud berhias bagi nampak cantik.
التبرُّج: أن يُبْرِزن محاسنهن
Dalam Islam wanita bukan sahaja dilarang mendedahkan aurat tetapi juga dilarang bertabarruj (bagi dirinya nampak cantik).

Contoh:
Pakai purdah + jubah dikira menutup aurat tetapi letak labuci, manik, warna-warni yang menarik, asal menarik pandangan orang itu dikira tabarruj. Belum campur bergaya, maskara, letak make-up, pakai minyak wangi dan berposisi yang boleh menggoda.

3. Ada orang berdosa sebab dedah aurat, ada orang lain pula berdosa sebab bertabarruj walaupun dia menutup aurat. Kena pandai bezakan dengan belajar hukum hakam dan syariat.

Orang perempuan disebut sebagai penghuni neraka teramai, disebabkan tidak menjaga kewajipan agama dengan baik dan suka mengikut hawa nafsu.

وَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ
Dan aku melihat neraka, lalu aku mendapati kebanyakkan penghuninya ialah wanita. [HR. Al-Bukhari dan Muslim]

Hawa nafsu bukan seksual sahaja tetapi keinginan fashion, trend, pujian orang, terkenal, mewah, glamour, suka shopping dan pelbagai lagi.

P/S : Orang lelaki juga akan masuk neraka dan diazab jika mengabaikan para wanita di bawah jagaan mereka. Tidak kisah, siapa ramai atau sedikit dalam neraka, asalkan bukan kita yang masuk ke dalam neraka!

Sekian
Jazakumullahukhairan kasiro.
Sumber: Emran Ahmad
sumber: google images

Berubahlah sahabat.. 
carilah hidayah Allah sebelum terlambat
Hidayah Allah itu amatlah dekat...
Asalkan kita cepat-cepat bertaubat..

Ku tak jemu berpesan kepadamu...
walaupun dirimu bosan dengan pesananku..
kerana impianku hanya satu..
ingin lihat kau bahagia di syurga idaman kalbu...

Dari Mata Turun Ke Hati : Ada Kaitan Ke???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

MAKSIAT yang masuk melalui mata akan menggelapkan hati sekali

BAYANGKAN apa akan terjadi jika nikmat pandangan mata kita ditarik Allah buat seketika. Usah lama! Katakanlah dalam lima minit sahaja. Kita langsung tidak mampu untuk berjalan tanpa melanggar atau tergelincir. Itulah hakikat kelemahan manusia yang sering terlupa nikmat mata dipinjamkan Allah kepada mereka di dunia ini. Apa yang pasti, nikmat mata pasti akan diaudit pada hari kiamat kelak:

“Selain daripada itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya),” (al-Takathur[102:8]).

Pernah seorang teman saya bercerita: “Sepulangnya saya dari Mekah, ibadat terasa sangat lazat. Solat sangat khusyuk. Bila mata meneliti baris al-Quran jiwa berasa tenang. Solat Dhuha dan solat malam terasa ringan dilakukan. Pada suatu hari, segala rasa lazat itu menjadi tumpul. Solat dan ibadah lain terasa tawar. Puas dicari rasa lazat dahulu tetapi tidak ditemukan. Setelah lama berfikir, saya perasan rasa lazat itu hilang selepas menonton adegan romantik melampau dalam sebuah rancangan televisyen.”

Memang mata adalah pintu utama kebahagiaan dan kesengsaraan. Rasulullah SAW ketika menziarahi jenazah Abu Salamah r.a. menyebut bahawa mata mengikut keluarnya roh manusia:

“Ummu Salamah menceritakan Rasulullah SAW masuk menziarahi Abu Salamah yang baru meninggal dunia sedang matanya terbeliak. Rasulullah kemudiannya menutup mata beliau dan bersabda: Apabila roh manusia meninggalkan jasadnya, ia akan diikuti oleh mata,” - Sahih Muslim dan Sunan Ibn Majah.

Maksiat yang masuk melalui mata akan mengaburkan jiwa dan menggelapkan hati. Hati yang kelabu dek titik dosa daripada pandangan mata akan menghilangkan rasa lazat ibadat. Jika mata dijaga rapi daripada melihat yang terlarang, jiwa akan terang dan tenang. Inilah sebabnya Allah menyuruh agar kita menjaga sebahagian pandangan mata:

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada lelaki beriman supaya mereka menyekat sebahagian daripada pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara (seluruh) kemaluan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan,” (al-Nur[24:30]).

Asal pandangan mata manusia adalah halal melainkan sebahagian yang terlarang. Ayat di atas menuntut agar kita menjaga sebahagian pandangan terlarang itu kerana faedahnya akan kembali kepada kita iaitu membantu proses penyucian hati. Ia disebut dalam ungkapan ayat “yang demikian itu lebih suci bagi mereka.” Kisah teman saya yang tumpul rasa lazat ibadatnya memang berpunca dari mata. Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya pandangan mata (kepada sesuatu yang haram) adalah satu panah Iblis yang beracun. Sesiapa yang meninggalkannya kerana takutkan Aku (Allah), maka Aku akan “menggantikannya dengan iman yang dirasai kemanisan dalam hatinya,” - Mu’jam al-Kabir Imam al-Tabrani.

Dalam hadis lain Rasulullah SAW berpesan kepada Sayidina Ali k.w. agar racun pandangan sekilas tidak dipanjangkan kerana ia akan merosakkan hati. Bagai dikata, sakit digigit seekor tebuan mudah hilang, tetapi jika berterusan disengat ratusan tebuan, kelak boleh pendek umur! Sabda Rasulullah SAW:

“Rasulullah SAW bersabda kepada Ali (bin Abi Talib): Janganlah diikuti satu pandangan (yang haram) dengan pandangan lain, kerana pandangan (tanpa sengaja) pada kali pertama adalah milikmu (tanpa tanggungan dosa) dan tidak pula (halal) bagimu pandangan berikutnya,” - Musnad Ahmad, Sunan Abu Dawud dan Tirmizi.

Marilah kita sama-sama menjaga amanah mata pinjaman Allah, kerana ganjaran orang yang menjaga mata sangat banyak seperti kelazatan ibadah, kesucian jiwa dan satu daripadanya adalah kurniaan bidadari syurga yang bermata cantik!

“Mereka memakai pakaian daripada kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing). Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya,” (al-Dukhan [44:53]).

Nukilan: ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM AL-HAFIZ
Sumber: Forum Perdana Ehwal Islam@Facebook

Sumber: google images


Inilah yang dikatakan dari mata turun ke hati... memang ada kaitannya... apa yang kita lihat akan berikan kesan kepada hati... oleh itu, untuk mendidik hati perlulah mendidik anggota lain terutama mata... Sebab tu kalau nak hafaz al-Quran, kena jaga mata ... jangan tengok perkara yang melalaikan dan tonton rancangan yang tidak berfaedah serta aurat bukan mahram... Jadi nak jaga hati, jagalah pandangan mata... terutama pabila selalu hadap laman sosial seperti facebook, instagram dan sebagainya,

01 September 2016

Tidur Awal Menjadikan Anak Bijak!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tidur awal menjadikan anak itu bijak.. Betul ke???

Menurut psikologinya...
Tidur memang mempengaruhi kecerdasan otak anak-anak yang tengah membesar...

Tidur yang berkualiti penting untuk tumbesaran anak yang cergas dan cerdas. Tidur yang teratur membantu perkembangan psikologi positif seorang anak. Kanak-kanak yang mempunyai rutin tidur yang teratur dan cukup akan membesar sebagai anak yang ceria, jarang bergaduh, kurang mengamuk dan lebih fokus.

Sementara itu perkembangan kanak-kanak yang kurang tidur, tidur lambat dan rutin tidur yang tidak menentu akan terganggu. Dia cenderung untuk membesar sebagai kanak-kanak yang pemarah, tidak ceria, kurang aktif dan kurang fokus.  Kanak-kanak yang memiliki jadual tidur yang tetap mempunyai perkembangan lebih baik berbanding kanak-kanak yang tidur tidak menentu.

Jadi... Penting ajar waktu tidur anak dari bayi... Masa si kakak... Memang boleh MF aturkan waktu tidur dia... Tapi masuk anak kedua... Susah dah nak aturkan jadual... Tambah pula si adik ni jenis 'telinga lintah'...

Cuma sesekali terbabas la... Tapi MF tetap pastikan anak tidur awal... Paling lambat jam 10 malam... Salah satu cara nak bagi anak mudah tidur awal... Ibu bapa kena korbankan tengok tv atau gadjet... Iaitu antara jam 8 hingga 10...

Lepas maghrib atau Isyak... Ajak anak main-main dalam bilik... Bacakan buku... Bercerita atau buatlah apa-apa aktiviti... Main bagi penat... Insya Allah mudah tidur...

Cara lain... Psikologi warna.... Jangan pakaikan baju tidur dengan warna yang terang seperti, merah atau oren... Sebab warna ni dari segi psikologinya buatkan anak-anak bertambah ceria dan aktif... Jadi belikan baju tidur warna lembut dan tenang seperti hijau atau biru.

Selain tu, elakkan anak-anak makan coklat atau yang manis bila nak petang atau malam... Ni buatkan diorang lebih aktif... Jadi payah nak pujuk tidur... Makan nasi atau roti ok lagi la...

Itu antara cara MF untuk aturkan waktu tidur anak-anak.. Alhamdulillah.. Ok..cuma sesekali terbabas dari jadual... Terutama bila waktu jenjalan atau hari tertentu...

Jadi... Aturkan jadual waktu tidur anak-anak untuk cerdaskan minda anak-anak... Bila dah biasa dengan tidur berjadual.. InshaAllah.. Sampai ke besar takde masalah nak tidur awal juga...

Bila tidur awal... Bangun pun insha Allah.. Awal juga kan...