31 Ogos 2016

WW | Susahnya Menguruskan Hati!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Lebih susah uruskan hati yang mati daripada menguruskan orang mati...

WW | RESEPI SUSU KURMA BADAM!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kredit: ainizainal@GNRAM

Nampak sedap kan...
Antara natural milk Booster tanpa bahan pengawet...

WW | SAMBUTAN MERDEKA BERSAMA ANAK MERDEKA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah... 
5 tahun sudah pinjaman dan amanah dari Allah ini... 

Syukur dengan kurniaan anugerah Allah ini..

SELAMAT HARI LAHIR KAKAK FAIQAH...
DOA DAN HARAPAN MENGIRINGI MU SAYANG...

30 Ogos 2016

Hukum Melaksanakan Korban Untuk Orang Yang Telah Meninggal Dunia!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ibadah korban hukumnya sunat yang amat digalakkan... Jika berkemampuan... Buatlah sekali seumur hidup... Alhamdulillah... MF dah buat pada sehari sebelum MF bertukar status enam tahun lalu... 

Insha Allah, ingat ada rezeki nak buat lagi... Apa pun... Bagaimana pula bagi orang yang tak sempat buat... Boleh ke kita nak buat untuk ahli keluarga kita yang telah meninggal dunia... 

Jadi MF nak kongsikan ilmu ni dari Ez Qurban... 

*****************

ADAKAH BOLEH MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN UNTUK ORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA?

Inilah isu yang paling popular setiap kali tibanya musim korban. Apakah hukumnya? dan adakah EZQ menerima penyertaan bagi pelaksana yang ingin laksanakan korban bagi waris mereka yang telah meninggal dunia?

Di peringkat hukum, maka sudah pastilah jawapannya tidak harus melaksanakan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia, kerana antara syarat-syarat pelaksanaan korban ialah individu muslim yang masih hidup, berakal, baligh dan sebagainya.

Dalam hal ini, para ulama’ dalam mazhab As-Syafie meletakkan tiga (3) syarat bagi seseorang itu melakukan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia:

1. Korban Wasiat: Sekiranya si mati pernah meninggalkan wasiat agar dilaksanakan korban untuknya, maka waris DITUNTUT untuk melakukan korban tersebut, dan hendaklah disedekahkan kesemua daging korban tersebut kepada fakir dan miskin.

2. Korban Nazar: Sekiranya si mati pernah bernazar untuk melaksanakan ibadah korban, lalu ia mati sebelum sempat melaksanakannya, maka waris DITUNTUT untuk melakukan korban tersebut meskipun tanpa berwasiat.

3. Korban Ta’yin: Sekiranya si mati pernah berazam atau bernazar untuk melakukan ibadah korban dengan menentukan binatang tertentu yang akan disembelihnya sebagai korban, lalu ia mati sebelum sempat melakukannya, maka dalam hal ini seseorang itu atau warisnya HARUS menyembelih binatang korban bagi pihaknya sekalipun tanpa wasiat darinya.

Selain itu, jika seseorang itu melakukan ibadah korban untuk dirinya sendiri lalu ia berniat pahala korban untuk orang lain termasuklah orang yang telah meninggal dunia, maka ini diharuskan.

Hal ini sepertimana yang telah dilakukan oleh Nabi SAW tatkala baginda menyembelih binatang korbannya, lalu baginda mendoakan korban itu untuk dirinya, ahli keluarganya, dan seluruh umatnya.

Kami di EZQ TIDAK MENGGALAKKAN kepada peserta untuk melaksanakan korban atas nama si mati. Walaubagaimanapun, kami tidak menghalang untuk peserta berbuat demikian dengan cara mendaftar atas nama sendiri lalu mendoakan supaya pahalanya di terima oleh si mati.

Ini kerana ganjaran pahala adalah hak Allah. Tiada yang mustahil bagiNya.

Wallahu A'lam.
 Sumber: Page EzQurban
*******************

Harap jelas... Hukumnya pun sunat kan... Jika tak buat tak jadi masalah... Yang penting kalau orang yang dah meninggal dunia ialah hutang... Hutang dengan Allah.. Ataupun dengan manusia... Itu yang wajib diutamakan... 

Ezqurban... Salah satu syarikat yang menguruskan kurban dan aqiqah dengan mudah... MF buat aqiqah anak-anak MF menggunakan khidmat Ezqurban...


Mudah dan sesuai untuk bagi mereka yang sibuk serta badjet tak banyak nak buat kenduri aqiqah... Insha Allah...  Ada rezeki lebih nak buat korban pula... Insha Allah... 

Ciri Pembeli MUNAFIQ!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

"Kak, saya nak tempah kek 10 tingkat, fondant dengan bunga 10 kuntum setiap tingkat.."

Maka gembiralah si pembuat kek mendapat mesej begitu, bergesa pergi membeli belah barangan yang bukan murah dan tidak lama kemudian dia mendapat mesej semula.

"Kak, sorrylah saya cancel orderlah kak.."

Maka terkedulah si pembuat kek.

Barang sudah dibeli. Walau kek belum dibuat tetapi belum pasti siapa pula yang akan order kek 10 tingkat selepas ini?

-----

"Kak, saya nak jubah yang merah jambu ni, size XS, Selasa ini saya bank in duit.."

Maka sepenjual ini gembiralah dengan janji tu dan bila tiba hari Selasa, senyap sunyi, bila tiba hari Jumaat tidak ada bunyi. Penjual pun hantar mesej tanya khabtar. Bila di tanya maka jawapannya

"Sorrylah tak jadi ambik.."

-----

Perkara ini biasa terjadi kepada penjual online. Kena reda saja. Nak marah, marah tembok sajalah. Nak tumbuk orang, tumbuk tembok sajalah dan paling tidak kita akan berkata, " Tak ada rezeki, Allah tak bagi kita rezeki lagi. InsyaALLAH nanti adalah rezeki kita. "
(biasa ayat pujuk dirikan)

Tetapi yang berjanji, jangan sewenang-wenangnya berjanji.

Jangan sewenang-wenang jari tu menaip nak itu nak ini tetapi tidak membeli.

Janji tidak ditunaikan.

Ini ciri-ciri ORANG MUNAFIK.

Nabi mengatakan bahawa di antara ciri-ciri munafiq adalah “Apabila dia berjanji dia memungkiri, apabila diberi amanah dia khianat.”

Orang munafik biasanya tidak akan berjaya dihujung kehidupannya kecuali dia bertaubat.

Allah menyatakan ciri-ciri orang yang berjaya, salah satunya adalah,

وَالَّذِينَ هُمْ لأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ

“Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya.” (surah Al-Mukminun, 23:8)

Sumber: Facebook

****************
MF biasa kalau beli Online akan bagitau semula bila nak membeli... Biasanya akan tanyakan harga dulu... Jika tak jadi nak beli, memang bagitau awal...

Sebab tu juga, MF lebih suka beli dari webshop... Boleh pilih sendiri... Klik-klik, payment dan tunggu je barang sampai... Tak berjanji dengan sesiapa... Selamat dan senang...

Dalam berniaga.. Inilah ragam pelanggan.. Pernah juga dapat pelanggan macam ni... Tapi redha dan anggap je bukan rezeki kita... Apa pun, isunya...jika kita sebagai pembeli elakkan beri harapan palsu kepada peniaga... Jika ada masalah maklumkan segera...jangan biarkan peniaga tertunggu...

Apa pun... Solusi masalah seperti ini ada.. Iaitu wang deposit... Pelanggan yang dahulukan deposit, baru kita proses... Jika tidak... Tak perlu nak tunggu harapan sangat... Sebab kengkadang pelanggan yang banyak tanya tu lah tak jadi... Tapi yang sekali whatsapp, tanya harga dan tanpa banyak tanya tu lebih mudah berurusan...

Moga kita menjaga adab berniaga dan bermuamalah... Agar beroleh barakah... Insha Allah... 

Resepi Dari Biji Rambutan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bab makan, orang Malaysia memang kreatif habis...

Sebelum ni lihat Viral orang Share kat Facebook... Rambutan Asam Boi... Tak boleh nak bayang pula rasa sebab rambutan tu kan manis... Campur masam pedas. Mau tak loya pula kan... Jadi, takdelah nak cuba resepi tu... Sebab rasa lagi sedap makan rambutan original...

Ni yang terbaru... Resepi dari biji rambutan pula... Tak pernah terfikir biji rambutan boleh makan... Sebab biji ni bergetah sikit kalau tak silap MF... Takut mabuk plak kalau makan... Tapi bila ada yang Share resepi ni... Macam nak cuba juga...

Resepi Biji Rambutan Salai

Biji rambutan bakar dalam oven, salai atau goreng tanpa minyak...katanya memang sedap, rasa lemak-lemak macam biji gajus atau kuaci...

Bila masak kulit akan terkopek sendiri atau boleh kikis awal-awal sebelum goreng.


Gambar 1: goreng tanpa minyak dengan api kecil, dah masak sapu marjerin dan sedikit garam.

Gambar 2: Goreng tanpa minyak dengan api kecil dan salut dengan sambal gula

Kredit: ‎Sham Amad Sham‎ (1) dan ‎Kak Esah Lah(2) via MAHN

Sumber: Siakap Keli

Katanya sedap.. Rasanya macam badam... Lepas ni boleh la cuba bagi yang masih ada rambutan tu..

Kesian Kat Kaum Hawa!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Itulah wanita... Nampak lemah tapi kuat...
Sebaiknya wanita di dunia ialah wanita solehah... Indah di dunia...bidadari di syurga... 

Wanita... Potensi untuk ke syurga mudah... Tapi senang juga untuk ke neraka...

29 Ogos 2016

[REVIEW] Kloken Spray Mop dari Go Shop!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tengok TV pun boleh habis duit juga... Ingat dok rumah boleh jimat.. takde maknanya sejak tahu shopping online.. bertambah parah bila suami pun kaki shopping online juga... untung tu ada, cuma kena pandai kawal nafsu la kan... kalau tak mau makan meggi je hujung bulan...

Terjebak lagi dengan Go Shop bulan ni... Apa pun, beli kelengkapan rumah takde lah membazir... untuk mudahkan kerja juga... Tengok demo menarik.. memang terpikat la.. tambah kalau barangan dapur dan kelengkapan rumah.... kalau harga bawah RM200 tu memang buatkan kami laki bini rambang mata... haishhh...

Bulan ni, beli dengan Go Shop lagi... terpengaruh iklan... dan melangsaikan niat hati iaitu nak bagi reward kepada Mr. Mama... siapa lagi... suami sendiri la... Suami MF Mr. Mama... bekerja dari rumah... bukan WAHM, tapi WAHD... hehe.. atau penuhnya Working At Home Daddy... Jadinya, MF memang niat nak membeli satu alat kelengkapan rumah yang lebih memudahkan dia buat kerja rumah sambil jaga anak ni...

Salah satu perkara lazim ibu atau suri rumah buat bila ada anak, ialah kemas rumah kan... Setiap hari mesti kena sapu rumah berkali-kali dan paling tidak mop rumah satu kali... jadi, pernah terpandang kawan Facebook MF post kat Facebook pasal Spray Mop... tertarik betul.. terus survey kat Lazada nak beli... tapi tunggu gaji... dalam dok menunggu tu, tertengok kat Go Shop pula... ada juga jual.. harga pun tak mahal sangat... apa lagi... gaji je laju je order... hehe...

Sama seperti sebelum ni, MF pilih cara COD, alhamdulillah dalam 4 hari sebab termasuk hari cuti, sampai barang yang ditempah... Alhamdulillah...


Teruja mencuba... Alhamdulillah.. memang puas hati dan senang dan mudah kerja mengemop lepas ni... Tak payah nak sakit belakang, tekan perah mop dan usung baldi lagi...


Satu set spray mop jenama kloken ni dapat 8 helai pelapik mop... 4 helai untuk lantai tile, dan 4 lagi untuk permukaan yang kasar seperti kayu...

Memang mudah sungguh la... spray-spray terus mop... sabun terus siap dalam bekas yang tersedia... tu yang best tu... bila guna mop tu, lantai pun cepat kering... jadi, tak perlu lagi nak kurung anak-anak dalam bilik lepas mop... tunggu dalam seminit terus kering selepas mop... memang sesuai sangat untuk kegunaan suri rumah... mudah kerja... berbaloi beli...

Harga.. MF rasa, ok sebab Free Delivery kan... dan set pun siap dengan 8 helai pelapik mop... kalau beli kat tempat lain biasanya dia bagi dua helai sahaja... kena beli tambah la pula kan... Jadi, yang ni dah siap 8 helai... tak perlu nak beli yang lain lagi dah... guna la sampai tak boleh nak guna dah...

Memang mudah dengan Go Shop... tapi beli mana yang rasa betul-betul perlu dan membantu dan harga mampu milik... Kalau yang mana rasa tak kerap guna sangat, memang tak beli pun... Jadi, berbelanja dengan akal bila shopping online ni, jangan ikut nafsu... barulah tak membazir dan poket tak kering. 

Seni Kertas!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bagi pencinta seni... memang menarik la lihat gambar seni macam ni... MF la tu.. hehe.. aktiviti ni, boleh jadi aktiviti homeschooling juga dengan anak-anak... mesti anak-anak suka... aktiviti gunting dan tampal macam ni...

MF kongsikan beberapa gambar seni kertas...
untuk kita jadikannya sebagai hiasan ataupun goodies serta hadiah ketika majlis-majlis tertentu... Tanpa modal yang banyak, yang penting rajin...













Dok sesaja boleh buat dengan anak-anak ni... 
Ada gunting, ada kertas, ada gam dan paling penting cari masa... 

Musim jerebu ni memang sesuai sangat aktiviti macam ni dalam rumah...

Review Cerekarama TV3 : KABUS HATI LAILA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sejak dua menjak ni.. rajin pula layan drama tv... Maklumlah... Anak-anak bukan lagi jenis nak tidur awal.. jadi, sambil tengokkan diorang main..layan tv la kan.. lagipun kalau drama yang takde unsur keganasan.. memang MF tengok la.. kalau tak memang sanggup tak tengok..sebab tak nak anak terikut.

Hari Sabtu lepas Cerekarama TV3, tajuk biasa saja...tapi dari iklan nampak macam best je... Tengok info kat astro nampak best.. jadi layankan aje... Memula layan je sengsorang... Sekali En.somi pun join sekali sebab drama yang berunsur kemasyarakatan ni dia boleh la layan.. kalau cinta cintun memang tak layan dia.

Kisah semalam menarik walaupun agak slow.. biasalah ini drama hasil Sabri Yunus.. MF tahu dah.. kalau drama dia..memang takde unsur cinta cintun muda Mudi.. kebanyakan mesti isu semasa, dan hal kemasyarakatan.

sumber: google image

Kisah "Kabus Hati Laila"  mengisahkan tentang Kassim Bin Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Kassim, baru sahaja meninggal dunia. Arwah Abang Kassim meninggalkan isterinya Laila, dan dua orang anaknya yang bernama Ayim dan Yuni. Pada suatu hari, seorang wanita bernama Anita dengan seorang budak kecil telah muncul. Laila baru mendapat tahu yang rupa-rupanya, abang Kassim mempunyai dua keluarga selama ini. Dia terpaksa menerima Anita dan membenarkan Anita tinggal di rumahnya selama tiga hari. Laila meluahkan perasaan kecewanya kepada Hambali, kawan baik Kassim. Sejak kematian arwah abang Kassim, barulah Laila sedar yang kehidupan mereka dikelilingi hutang dunia.

Plot dan susun atur kisah ni menarik... Walaupun slow... Yang bestnya, kita tak boleh nak agak bagaimana pengakhiran kisah ni.. tu yang tunggu juga hingga habis...

Yang buatkan MF tertanya... Kenapa dia kahwin dengan Anita sedangkan dia tahu dia bukanlah suami yang mampu untuk berkahwin dua... Lagipun dari flashback, Kassim ni seorang yang bertanggungjawab dan penyayang kepada anak-anak dan isterinya.

Apa pun banyak pengajaran yang dapat diambil dari kisah ni...

Suami jangan terlalu berahsia dengan isteri.
Kassim ni perahsia sangat orangnya terutamanya dengan isteri dia.. dia tak nak isteri dia risau dan fikirkan masalah rumahtangga... Tapi untungnya dia tak berahsia dengan kawan baik dia..iaitu Hambali... Jadi, segalanya terbongkar selepas Hambali menceritakan segalanya kepada Laila.

Jasa yang baik pasti dikenang walaupun selepas mati
Kassim ni selalu dipuji oleh orang sekeliling kerana kejujuran dia... Terutamanya, selepas dia pulangkan duit pelanggan yang tertinggal dalam teksinya... Disebabkan itu, pelanggan dia ni lah selalu membantu Laila selepas Kassim meninggal.

Belajarlah hidup berdikari selepas berkahwin
Di akhir kisah ni baru tahu, rupanya Laila dan Kassim kahwin satu kampung.. tapi Kassim ni selalu diperlekehkan oleh bapa mentuanya kerana dia tak minat nak buat kerja sawah... Dia minat buat hulu parang dan keris sebagai mata pencarian. Kerana itulah, Kassim bertekad bawa anak dan isterinya berpindah ke Kuala Lumpur bina hidup sendiri. Inilah sepatutnya yang kita patut ambil pengajaran.. tujuannya supaya tiada campur tangan orang tua dalam mencorak hal rumahtangga kita... Susah senang biar kita bina dan selesaikan sendiri.

Isteri, Belajarlah berdikari
Pentingnya isteri belajar hidup berdikari.. paling kurang tahu cari wang sendiri... Buat simpanan sendiri... Sebagai bekalan dan hari-hari tak terduga. Macam Laila yang macam orang hilang arah bila suaminya meninggal... Anak terpaksa berhenti belajar kerana tiada pendapatan...

Anak-anak Berilah Sokongan Moral Kepada Ibu
Anak-anak Kassim ni ikut emosi .. biasalah remaja kan... tapi sangat tak patut melemahkan lagi moral mak dia yang cuba nak berniaga dan berdikari sendiri. 

Kita susah, tapi ada lagi yang lebih susah
Begitulah selingan dalam kisah ini... Bila mana, anak lelaki Laila yang tengah mencari kotak untuk dijual, tetiba ada dua orang kanak-kanak gelandangan memerlukan kotak tu untuk tidur... Hidup mereka lagilah merempat selepas kematian ayah mereka. Perkara ini menginsafkan dia dan juga penonton. Itulah realiti, bila kita rasa kita susah, sebenarnya ada lagi yang lebih susah dari kita. 

Ini antara pengajaran yang dapat MF dapat tuliskan di sini... Drama ni memang slow sikit, tapi seronok sebab pelbagai persoalan akan kita tertanya-tanya... 


Apa pun endingnya best... Bila mana, akhirnya Laila barulah tahu, kenapa suaminya kesempitan wang... Suami Laila menanggung beban hutang bank sebanyak RM1000 setiap bulan kerana menjadi penjamin kepada adiknya yang lari masa beli tanah. Dia juga berkahwin dengan Anita kerana ingin menyelamatkan maruah dan nyawa Anita iaitu janda beranak satu yang mahu bunuh diri terjun jambatan kerana ditipu lelaki yang bakal kahwininya semasa hari pernikahan mereka. Atas sebab itulah, dia kahwin... dan anita tu adalah adik kepada hambali... sebab tu juga Hambali sentiasa tolong Anita...

Hobi arwah Kassim, iaitu membeli keris dan parang dengan hulu parang yang unik sebagai koleksi rupanya ada nilai dan pelaburan yang sangat berharga. Selepas arwah meninggal, anaknya pulangkan semula keris dan parang tu kepada Hambali..dan Hambali jual ke semua barang tersebut dan duitnya diserahkan kepada Anita. Maknanya kat sini, hobi dan minat kita sebenarnya, jika kita pandai manfaatkan akan jadi satu pelaburan yang berguna untuk zuriat keturunan kita. 

Drama sebegini bagus ditayangkan selalu berbanding drama cintan cintun remaja... Moga drama kisah kemasyarakatan dan isu semasa, lebih diperbanyakan oleh penerbit filem dan drama tempatan..untuk mendidik jiwa masyarakat kita hari ini.. 

Harta Yang Paling Berharga!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Aset yang paling berharga, bukanlah harta dunia...

Aset yang paling berharga ialah anak-anak yang dididik dengan agama yang menjadi manfaat untuk kita di akhirat nanti.

****************

Mengandung, beranak sedikit sahaja cabarannya... Berbanding cabaran mendidik amanah Allah ini menjadi hamba Allah yang bertaqwa serta bermanfaat untuk agama... 

Jangan berlumba nak kumpul anak...tapi tiada nilai dan anak itu akan heret kita ke neraka andai kita tersilap mendidiknya... 

Bagi yang tiada aset anak... Allah tahu apa yang terbaik bagi anda... Jangan sedih... Sekurang-kurang korang selamat dari disoal tentang anak di akhirat nanti... Gunakan aset yang lain yang dikurniakan Allah sebagai aset berharga di akhirat kelak. 



28 Ogos 2016

Ustaz Serba Tak Kena!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Nukilan khas buat sahabat-sahabat yang bergelar ustaz......
Simber: Google images 

Ustaz serba tak kena

Ustaz pi ceramah...

Ustaz baca kitab saja,
Makmum pakat lena,
Apa depa kata,
Ustaz mengajar tak ceria...

Ustaz buat lawak pula,
Ada makmum mengata,
Ustaz dah jadi lagha,
Nanti tak ada pahala..

Ustaz pun menyanyi,
Lagu punyalah seni,
Ada makmum benci,
Kata ustaz tak sedar diri...

Ada khutbah suara tinggi,
Tak ada makmum tidur lagi,
Ada juga yang berbunyi,
Ustaz tak ikut sunnah Nabi...??

Ustaz sedar kini,
Yang penting redha Ilahi,
Biarlah orang benci,
Asalkan dakwahnya ikhlas dari hati....

Kalau ustaz.....

Ustaz pergi ceramah,
Naik basikal tua,
Depa pakat heboh,
Jaga standard sama..

Ustaz pergi ceramah,
Tapi jalan kaki,
Ada pula tohmah,
Ustaz tak lulus universiti...

Ustaz pergi ceramah,
Naik motor saja,
Ada pula yang marah,
Ustaz berlagak muda...

Ustaz pergi ceramah,
Naik kereta buruk,
Depa kata salah,
Penampilan ustaz teruk...

Ustaz pergi ceramah,
Naik mercedes baru,
Ada pula tohmah,
Ustaz dah tak macam tok guru...

Ustaz pergi ceramah,
Pergi naik kuda,
Nak khidmat ummah,
Sana sini orang mengata...

Ustaz pun merajuk,
Simpan kitab dalam almari,
Tak ada orang pujuk,
Syaitan pun senang hati...

sumber: whatsapp group

**************

Begitulah lumrah jadi ustaz ustazah...
Bukannya mudah...
Tapi tetap kena cekal kan hati...
Pikul amanah...
Menyampaikan selagi terdaya...
Demi menegakkan agama Allah... 

Segmen Bloglist By Akupenghibur.com

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
 Bloglist untuk blog akupenghibur.com selama 1tahun
1 Blogger bertuah Feed Blog di Blog akupenghibur.com

Mula : 25 Ogos 2016 | Tamat :1 Sept 2016


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Bloglist By Akupenghibur.com

2. Letakkan blog acik di bloglist blog kamu

3. Follow instagram  :
@acik21

4. Copy code di bawah dan paste ke ruangan html di blog kamu




DOA SIAPA YANG MAKBUL SEBENARNYA???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sebuah kapal karam dilanda badai hebat. Hanya dua lelaki yang dapat menyelamatkan diri dan berenang ke pulau kecil yang tandus dan gersang. Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan kecuali berdoa. Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat pergi ke kawasan berasingan dan mereka tinggal berjauhan.

Doa pertama, mereka memohon diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki pertama melihat sebuah pohon penuh buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di kawasan tempat tinggal lelaki yang seorang lagi tetap kosong.

Seminggu kemudian. Lelaki pertama merasa sunyi dan memutuskan berdoa agar diberikan isteri, keesokan harinya, ada kapal karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang terdampar dekat pulau tepat lelaki pertama tinggal. Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki ke dua tetap saja tidak ada apa-apa.

Kemudian, lelaki pertama ini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan. Keesokan harinya, seperti keajaiban, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki yang kedua tetap saja tidak mendapatkan apa-apa. Akhirnya, lelaki pertama ini berdoa meminta kapal agar ia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu.

Pada keesokan paginya, mereka menemui kapal tertambat di sisi pantainya. Segera saja lelaki pertama dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan meninggalkan lelaki kedua yang tinggal di kawasan pulau itu. Menurutnya lelaki kedua itu tidak menerima keajaiban tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan.

Apabila kapal siap berangkat, lelaki pertama mendengar suara dari langit, “Hai. Mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?”

 “Berkatku hanyalah milikku sendiri, hanya kerana doakulah yang dikabulkan,” jawab lelaki pertama.

“Doa temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka ia tak pantas mendapatkan apa-apa,”

“Kau salah!” suara itu bertempik. “Tahukah kau bahawa rakanmu itu hanya memiliki satu doa. Dan semua doanya terkabulkan. Kalau tidak,kau takkan dapat apa-apa.”

Lelaki pertama bertanya, “Doa macam apa yang dia panjatkan sehingga aku harus berhutang atas semua ini kepadanya?”

 “Dia berdoa agar semua doamu dikabulkan”

Kesombongan macam apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain? Banyak orang yang telah mengorbankan segalanya demi kebahagiaan kita. Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain, dan janganlah menilai sesuatu hanya dari “yang terlihat” saja.

sumber: google images

Moral kisah ini:
Apa yang kita ada hari ini, mungkin atas doa-doa orang atau kawan-kawan kita sekeliling tanpa kita sedari... Jadi, adakah kita patut sombong, riak dan menunjuk-menunjuk dengan rezeki yang kita perolehi??? Renungkanlah...

27 Ogos 2016

Bil Elektrik Meningkat 3 Kali Ganda Sebab TNB Upgrade Sistem Pembilan?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Terkejut lihat bil elektrik bulan ni... Sebelum terima bil ni pun MF ada juga baca kisah dan VIRAL pasal pesanan seseorang supaya tak terkejut dengan bil bulan Ogos...

Rupanya pesanan lelaki tu ada benarnya...
Ramai yang mengadu bil elektrik bulan ni berganda-ganda naiknya...

Rata-rata memang banyak naik... Sampai 3 4 kali ganda...


Bil kami bulan lepas RM90 lebih je... 
Bulan ni kena lebih dari RM300... Fuhh... Masak lah... Nasib juga kami dah buat pembayaran negatif dalam bil... Jadinya tak kena la bayar lagi untuk bulan ni... Tapi baki tu dah nak kena topup jika tak... Bulan depan sakit la juga kalau bil masih melambung macam ni... 

Tu pun kami semak sama ada tunggakan ada ke tak... Bil terdahulu... Takde masalah... Cuma terkejut betul... Sebab rasanya tak de pula mengumumkan tarif naik kan... 


Dapat notis dan invoce cuma kata Upgrade Sistem Pembilan je... Adakah ini punca bil naik berganda-ganda??? 

Haishh... Nasib-nasib... 
Nak merungut memberontak pun tak guna... Kena la berjimat lepas ni... Terpaksa juga... 

Sekarang ni dah la musim jerebu pula kat Johor ni... Panas membahang lain macam... Berpeluh la kami berkurung dalam rumah... Nak buat camne... Jimat la selagi boleh... Kalau tak lari bajet kalau bil sampai 3 4 ratus sebulan... 

Hai la TNB... Harap bulan depan kembali kepada sedia kala ye... Jangan la upgrade sistem yang menyusahkan pengguna... Dah Macam-macam kos hidup kami tanggung... Tak kan yang ni pun nak 'cekik' juga kan... Huhu... 


Bil air pun naik juga lepas tukar meter... Bulan lepas RM15 je, bulan ni RM60 lebih.. Rasa nak meraung gak... Tapi redha je lah... Moga ada rezeki Allah tunjukkan kepada kami nanti... Yakin sahaja rezeki Allah tu luas... Insha Allah.... 

Tau Tapi Buat-Buat Tak Tau!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

RENUNGAN PAGI
=========================

Kita mengetahui, solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat lebih berbanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjemaah di masjid atau surau.

Kita mengetahui, bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, Berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.

Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.

Kita mengetahui, bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.

Kita mengetahui, bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.

Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.

Kita mengetahui, bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.

Kita mengetahui, bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur'an dalam jadual harian kita.

Kita mengetahui, bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga, dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.

Kita mengetahui, bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang yang paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam.

Kita mengetahui, bahawa hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.

Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan dunia seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya.

...BUAT RENUNGAN KITA SEMUA...

Sumber: Ustaz Iqbal Zain

===================

Sekarang dah tau lagi...
Dibagitau lagi sekali...
Tepuk dada tanya iman...
Sama ada nak buat tau atau nak buat-buat tak tau lagi... 

26 Ogos 2016

Tazkirah Sebelum Tidur: Di Mana Silapnya Kita?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Renungan bersama...
Muhasabah diri sebelum melelapkan mata...


Sama-sama kita muhasabah diri.

Istighfar... 
Istighfar... 
Istighfar... 

Moga mati kita dalam husnul khatimah...

Hukum Kerja Sebagai Mak Andam atau Juru Solek!

Hukum Kerja Sebagai Mak Andam atau Juru Solek!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


KERJA SEBAGAI MAK ANDAM.

Soalan:

Assalamualaikum ustaz..minta maaf mengganggu ustaz masa mcm ni, saya nak minta pandangan dari sudut agama,tentang kerjaya seorang juru solek (mak andam). Sebagai seorang muslimah, saya dapat peluang untuk menambah pendapatan sebab saya seorang suri rumah. Bila nak menceburi bidang ini, kawan-kawan menasihati supaya tak terlibat dlm bidang persolekan yang mungkin termasuk mengubah ciptaan ALLAH, melukis wajah manusia yang dah ALLAH tetapkan, mempercantik sehingga membawa maksiat mata. Saya jadi keliru, sedangkan saya menjaga aurat yang semaksima mungkin sebagai seorang muslimah dan isteri. Dan yang saya solek pun dari golongan kaum hawa sahaja. Mohon pencerahan dari ustaz untuk mencari lebih keredhaan ALLAH.

sumber: google images
Jawapan:

Waalaikumussalam wbt.

Alhamdulillah, tahniah kerana puan sangat menjaga daripada terlibat dalam sumber pendapatan yang haram.

Adapun berkerja sebagai mak andam. Jika dilihat pada zaman sekarang, tugasan mak andam kebiasaannya adalah menghias pengantin ketika majlis perkahwinan di mana kecantikan dan perhiasaan yang bukan biasa-biasa seperti hari biasa akan dipertonton kepada orang ramai.

Maka, seeloknya puan menjauhi kerjaya ini.

Adapun jika servis puan sekadar untuk menghias pengantin di malam pertama bersama suami, maka ia satu tugas yang mulia, cuma sukar ditemui servis mak andam yang khusus sebegitu.

Wallahua'lam.
-ADMIN- Page Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

Kerjaya mak andam atau juru solek lebih menjurus kepada perkara yang Allah tak redha... Tabbaruj dan memperindahkan kecantikan orang lain...sehingga orang lain merasa terpegun... Macam ustaz kata, jadi juru solek untuk pengantin di malam pertama tak pe la.. sebab dia make up untuk pengantin tu nampak cantik pada malam pertama je.. tapi takde lagi jumpa servis seumpama itu kan... 


Sama juga dengan jurufoto... ada dosanya... jurufoto ni pula ramai dalam kalangan lelaki... sebaiknya, jadilah jurufoto lanskap atau jurufoto makanan daripada jadi jurufoto pengantin... 

Marjerin VS Mentega - Mana Lebih Baik Untuk Kesihatan?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bila nak buat kuih mesti keliru nak beli maarjerin ke mentega... dan antara kedua ni yang mana elok digunakan... lebih sihat dan tak mengandungi lemak yang tinggi... OK, jawapaan untuk persoalan ni... jom baca artikel ini... 

******************************

Marjerin dan Mentega adalah dua bahan yang kelihatan serupa..mempunyai rasa yang sama...tetapi hakikatnya ia sangat berbeza dari aspek kesannya kepada kesihatan kita..

Sebelum ini marjerin di promosi sebagai lebih sihat kerana ia di buat daripada minyak masak (sayuran atau minyak kelapa sawit)


Proses menghasilkan marjerin akan menukarkan sifat minyak yang cecair kepada minyak pejal yang beku dengan proses yang di panggil 'penghidrogenan' iaitu menambah atom hidrogen ke dalam minyak tersebut...

Marjerin mengandungi asid lemak TRANS yang sangat merbahaya kepada kesihatan...
Alternatif yang lebih sihat adalah MENTEGA (Butter)....minyak sapi juga adalah juga mentega iaitu mentega jernih (clear butter)

Mentega di buat daripada lemak susu...

Kajian meta analisis yang di terbitkan dalam PLOS One yang mengkaji data daripada 15 negara menunjukkan pengambilan mentega tidak meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan tiada kaitan secara terus dengan penyakit kardiovaskular...

Kajian itu juga merumuskan pengambilan mentega mengurangkan risiko mendapat penyakit Diabetes..

Walau bagaimanapun pengambilan mentega masih berkaitan dengan kematian yang tinggi akibat penyakit kronik...

Berdasarkan kajian di atas pengambilan mentega secara sederhana boleh kita amalkan sebagai alternatif yang lebih sihat berbanding dengan marjerin...

Elakkan mengambil MARJERIN dalam pemakanan seharian kita..gunakan alternatif yang lebih sihat....insyaallah

-Dr Norman Norawi

Sumber: Page Dr. Zubaidi

***************************

Maknanya mentega lagi bagus dari marjerin... tapi apa pun sederhana lah kan... sebab kita tahu sumber pembuatannya daripada apa kan... 

25 Ogos 2016

Jika 7 Juta Ditukar Kepada Duit Seringgit!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Berangan kejap EH...
Jika angka ini ditukarkan kepada duit Seringgit...  Fuhhh... Apa korang nak buat agaknya...

Hehe...
Itulah angan-angan...

Tapi cukuplah ianya sebagai angka di alam maya... Itu pun dah cukup buatkan rasa termotivasi diri ini...

Jika dulu susah nak beranjak angka ni..
Alhamdulillah.. Angka ni cepat sangat beranjak... Dalam masak 1 bulan lebih beranjak 1 angka... Alhamdulillah...

Bukan mudah nak capai angka ni...
Perlukan usaha yang berterusan...

Itulah konsep asas nak berjaya...

Semua Blogger bermula dari bawah...
Tapi tak ramai Blogger yang ingat kita semua bermula dari bawah bila mereka dah berjaya dan popular...

Apa pun... Syukur seadanya...
Itu hanya angka di dunia...
Tapi nilai entry dan penulisan kita tak tahu berapa pula nilainya di sisi yang Maha Esa.

[RESEPI BERGAMBAR] Biskut Tekan-tekan Tanpa Bakar!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Mudah sungguh biskut ni... Bahan pun mudah sangat... Haishhh... Kalau buat ni... Pasti anak-anak suka ni...

Jom tengok resepi bergambar ni...







Sumber resepi: Page Mingguan Wanita

Mudah sangat kan... Nak kena buat juga ni... Esok cuti boleh la buat... Meraikan anak-anak.. Sebab mereka suka makan... Hehe... 

Jom... Mak-mak yang tengah fikir idea kudapan untuk anak-anak tu... Boleh cuba resepi mudah ni... 

Cap Tolak Vaksin!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Menjadi isu negara dah zaman sekarang ni...
Disebabkan isu ini isu besar negara... Jadi, pihak kementerian mula memandang serius dah... 

Macam MF anak masuk wad dulu.. Memang ditanya juga vaksin lengkap ke tak... Buku rekod anak-anak tu sila la simpan ye... Sebab nak masuk sekolah itulah yang antara dokumen penting pihak sekolah nak... 

Tengok... 
Dari segelintir manusia yang suka ikut kepala sendiri... Menyusahkan orang lain kan... Maaf jika ada tak setuju... Tapi pada pandangan MF, nak buat sesuatu rujuklah pakar dalam.bidang itu... Jangan ikut ikut orang... Bahkan dalam agama kita... Bab syariat atau akidah kita... Buat ikut orang tak sah hukumnya... Kena ada dalil dan pakar rujuk... 

Apa pun.. Usaha pihak KKM untuk atasi masalah kita patut puji juga.. Walaupun bertambah kerja diorang... Diorang sabar gak buat... Nak pastikan orang ramai dan anak-anak kita selamat... 

Ini juga salah salah satu usaha... Bukan dengan hanya bertawakal sahaja kan... 

Jangan Jadi Seperti Buaya Yang Diselamatkan Kerbau!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ingat lagi tak kisah sang kancil, kerbau dan buaya... Kalau tak ingat boleh refresh kisahnya dalam video ni...


Kisah dongeng yang penuh pengajaran... 
Walaupun untuk kanak-kanak... Tapi pengajaran sepatutnya diambil oleh orang dewasa juga... 

***********

Dalam hidup... Kita tak boleh hidup berseorangan...

Sekuat mana pun kita...
Sekaya mana pun kita...
Kita tak boleh hidup seorang diri...
Kerana Allah ciptakan kita penuh dengan kelemahan...
Adakalanya kita perlukan pertolongan orang lain...

Justeru..
Jadilah orang yang tahu mengenang budi...

Berbudi dan berbaktilah...
Itu juga sedekah jariah...
Biar tak banyak asalkan ikhlas kerana Allah...

Sehebat mana pun kita...
Pasti sedikit sebanyak kita hidup atas budi orang lain... 

Jadi, jangan bangga diri jika kita peroleh sesuatu kejayaan... 
Kerana mungkin berjayanya kita hari atas budi orang lain... 

Jadilah seperti pokok kelapa bali... 
Walaupun tinggi... Tapi tak lupa diri kerana akarnya tetap mencengkam bumi...

Jangan jadi seperti pokok dedalu...
Menumpang orang...Dan makan orang hingga sama-sama mati.. 

24 Ogos 2016

Mencari Jodoh Untuk Anak Angkat Kami!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Dah besar dah anak angkat kami...
Si koko dan milky...


Keduanya jantan..
Mencari pasangan hidup untuk mereka berdua tapi masih tak jumpa jodoh...
Susah betul nak jumpa yang betina...

Pernah beli seekor, bila dah besar rupanya jantan juga...
Tak larat nak bela, bagi je kat orang...

Kesian juga kat dua ekor ni..
Nak jual tak sampai hati apatah lagi nak sembelih buat sate kan...

Bela aje lah sampai akhir hayat mereka ni...
Jinak dengan tuan dia, tapi takut dengan orang lain..

Tapi, MF hanya mampu pandang dari jauh..
Sebab alergik dengan binatang berbulu...

Sesiapa yang nak jadi "menantu" kepada anak angkat kami, boleh la contact MF ya...
Kesian kedua anak angkat kami ni tak jumpa jodoh lagi... (^_____^)

WW | Kedudukan Tangan Terbaik Ketika Menaip!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)





Salah cara boleh terkehel tangan... 
Jadi biasakan dan betulkan kedudukan tangan ketika menaip... 


WW | CARA NAK BAGI PISANG TAHAN LAMA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tak pernah terfikir cara ni.. 
Tapi ada yang kata pisanga yang kulitnya licin cantik tu diperam dengan karbait... 
Yang ada bintik-bintik tu masak original..