06 Julai 2016

Jangan Leburkan Pahala Puasa Itu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Scroll gambar raya...
Allah... Meriah sungguh raya kita kat Malaysia ni...
Ceria dan berwarna-warni...

Tapi...
Sedih juga...
Bila ada yang terlebur pahala puasanya dek nak raya sakan...

Hmmm... 
Muhasabah diri... 
Apa maknanya puasa kita...
Jika raya kita masih tak berubah... 

Tak kata kat sapa-sapa... 
Cuma untuk renungan bersama.... 

Salam Aidilfitri!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Cahaya Ramadhan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf jika ada terguris dihati,
Semoga ikatan kekal abadi.
Ikhlas ucapan dari Maria Firdz sekeluarga .
Buat yang mengenali diri ini.
Di alam maya ataupun di alam realiti.

Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.
Ikhlas dari Maria Firdz sekeluarga... 

05 Julai 2016

16 Adab Menyambut Hari Raya Aidilfitri

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

*ADAB MENYAMBUT AIDIL FITRI.*

1. Bila dengar pengumuman raya, kalau jatuh pada esoknya, *teruslah bertakbir raya.* Kalau jatuh pada hari berikutnya, takbir bermula selepas maghrib. Banyakkan bertakbir pada malam tersebut sehingga selesai solat raya. Untuk wanita, boleh takbir setakat pendengaran sendiri.

2. *Banyakkan berdoa pada malam raya.* Doa pada malam ni sangat mustajab. Jangan suka menyebut perkara-perkara yang negative atau menyakitkan hati orang lain.

3. *Zahirkan kegembiraan untuk menyambut hari raya.* Hiasi dengan bertahlil dan bertahmid.

4. *Berikan kegembiraan kepada orang terutamanya ibu bapa dan keluarga*.

*Ibu bapa mertua juga perlu dilayan seperti ibu bapa sendiri  Bagi yang tidak dapat berhari raya bersama atas sebab-sebab yang benar-benar tidak dapat dielakkan, telefon lah mereka. Sebaik-baiknya balik raya.*

5. *Jgn ada perkataan atau perbuatan yg menyakitkan hati orang lain* terutamanya kepada suami/isteri dan anak-anak.

6. *Mengucapkan doa sesama muslim* semasa berjumpa dengan ucapan;
تقبل الله منا ومنكم
“Taqabbalallaahu minnaa wa minkum"

dan dibalas dengan ucapan;
منا ومنكم تقبل يا كريم
“Minna wa minkum taqabbal ya kariim."

7. *Minta ampun kat mak ayah.* Pada malam raya pun boleh. Cium tangan (mulut cium tangan, bukan dahi cium) dan cium /peluk lah mak ayah.

8. *Mandi sunat hari raya dan memakai pakaian yang cantik.* Ada 4 jenis mandi sunat di samping mandi sunat hari raya aidil fitri iaitu hari raya aidil adha, hari arafah dan hari jumaat.

9. *Sblm langkah keluar utk solat, sarapan dulu.* Nabi mkn kurma dengan jumlah yg ganjil dan minum air.

10. *Disunatkan untuk Solat aidilfitri.* Bagi wanita yang uzur, sangat digalakkan untut turut ke masjid. Untuk mendapat mustajab doa imam dan mendengar khutbah utk peringatan. Sangat rugi kalau x pergi.

11. *Pergi jalan lain, balik jalan lain.* Kalau naik kereta, parking jauh sikit dari masjid supaya dapat melangkah lebih banyak ke masjid.

12. *Gunakanlah Aidilfitri utk bermaafan.* Allah lembutkan hati pada masa tu. Allah ampunkan kita takan kita tak bleh ampunkan org lain. Kalau hati terus keras untuk memaafkan, maknanya ada sesuatu dalam hati kita yang tidak ok.

13. *Gunakan Aidilfitri untuk ziarah menziarahi.* Jgn tengok wayang atau buat hal lain. Hormatilah Allah dah bagi eidul fitri

14. *Beri hadiah*sebagai memberi kegembiraan kepada orang lain terutamanya ibu bapa dan keluarga.

15. *Jangan bezakan tetamu* Tetamu dtg bw rezeki dan rahmat,.keluar bawa dosa2 kita. Dapat keampunan dr Allah. Lagi ramai tetamu yang datang, banyak rahmat Allah yang masuk. Jangan bezakan tahap tetamu x kira kanak-kanak atau dewasa. Biarlah berapa kali pun kanak-kanak yang sama, dia masih tetamu kita. Layan sebaik-baiknya.

16. *Puasa enam* Puasa sekali ngan qada pun boleh. Qada dulu, enam lepas tu pun boleh. Enam dulu, qada pun boleh.


Sumber: whatsapp 

5 Tanda Ramadhan Kita Berjaya

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tanda ramadan berjaya :

1. Menjaga masa dalam ibadah.

2. Nikmat dalam ibadah

3. Bertambah baik dgn hubungan org lain.

4. Rasa bertambah baik kepada fakir miskin. Kalau ada org minta sedekah, tanda Allah datangkan kpd kita.

5. Rasa bertambah syukur kepada Allah swt.

Sumber: whatsapp group 


Akhirnya Ramadhan berlalu pergi..
Rasa sedih juga... Sebab tak tahu akan berjumpa lagi ke tak dengan Ramadhan tahun hadapan...
Harapan memang la dapat jumpa lagi dengan Ramadhan tahun depan...  Tapi hanya Allah mengetahui apa yang akan terjadi akan datang...
Moga Ramadhan tahun ni Allah terima puasa kita dan puasa kita lebih berkualiti dari tahun sebelumnya. InshaAllah.... 

Memandu Cara Nabi!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Panduan buat yang tengah memandu atau ak a n memandu pulang ke kampung...

Jom amalkan memandu Cara Nabi s.a.w agar beroleh pahala dan keberkatan mengamalkan sunnah baginda.


Nabi kita dulu pandu unta la bukan kereta... 
Kita pandu kereta juga boleh amalkan cara ini... 

Amalkan zikir sepanjang perjalanan... Moga selamat dan sentiasa dilindungi Allah... 

04 Julai 2016

9 Makanan Yang Perlu Dielak Sebelum Tidur

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Petua penting untuk kekalkan kesihatan..
Tapi kalau sebut kesihatan sebelum tidur ni...
Rasa macam banyak larriii je bulan Ramadhan...
Biasa la kan... Kebanyakannya repeat makan lepas Tarawih kan...

Tapi tak mengapa..
Dah habis Ramadhan... Lepas raya nanti kena amalkan...
9 Makanan Yang Perlu dielakkan sebelum tidur...


Sememangnya 9 jenis makanan ni bawa mudharat jika selalu diamalkan ketika hampir waktu tidur... 

Andai kata termakan juga kena tunggu 2 Jam lepas makan baru boleh tidur... Kalau tidak, jangan tanya kenapa diet tak menjadi atau sakit datang bertimpa... 

Nyanyian dan Muzik yang Dibolehkan di Hari Raya!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Lagu raya ni masuk 15 Ramadhan dah berbunyi...hmm... 
Nampak macam nak halau Ramadhan kan...

Kesian Ramadhan...
Seeloknya dengarlah lagu raya bila tiba hari raya... 
sebab kita dengar lagu lain pun bila tiba harinya kan...

Takde pula orang nyanyi lagu hari lahir pada bukan hari lahir kan...

Dan perdengarkanlah lagu yang boleh kita ingat kepada Allah dan memuji Ilahi..
Agar beroleh pahala dan berkat di hari raya...

Raya-raya juga, ibadah dan zikir jangan lupa... 

Salahkah Ingat Hari Raya Bila Tiba Hujung Ramadhan???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Persoalan yang timbul... Bila ada dua pihak berbalah..bertekak pasal amalan hujung Ramadhan, dan persediaan hari raya... 

Salah ke kalau kita nak ingat hari raya, buat persediaan raya di hujung Ramadhan ni... walaupun ramadhan tak habis lagi...


Sebelum nak cari jawapan, betul ke salah, kita kena tahu dalil nas tentang hari Raya yang pernah disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w:


Antara dalil nas tentang hari raya:

1. Al Quran menerusi ayat 185 surah al-Baqarah yang bermaksud:
“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir Ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan Allah (bertakbir raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan kepada kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bersyukur.”

2. Imam Tabrani r.a. yang bermaksud:
“Barang siapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir.”

3. Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda barang siapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari kiamat.

4. Imam Tabrani r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir.

5. Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda daripada Anas r.a. maksudnya:
Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis.

6. “Ertinya : Dari Abi Hurairah , sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda. Shaum/puasa itu ialah pada hari kamu berpuasa, dan Fithri itu ialah pada hari KAMU BERBUKA. Dan Adha itu ialah pada hari kamu menyembelih haiwan”.


Daripada dalil hadis ni, memang dianjurkan kita meraikan perayaan kita, tapi dengan cara dan sunnah yang dianjurkan agar pahala sebulan yang kita kumpul tu tak sia-sia... 


Tak salah nak buat persediaan asalkan berpada-pada dan jangan sampai mengabaikan pecutan akhir Ramadhan... Sememangnya Allah nak uji betul mana hamba-Nya yang betul-betul bertakwa dan mengharapkan keredhaan Allah... 

Sebab tu, bila hujung Ramadhan, jualan murah raya di sana-sini, sakit dan dugaan bermacam-macam... dan ada sahaja yang datang menguji... Tapi bagi hamba-Nya yang bertakwa dan beriman... segalanya ditempuh dengan redha dan sabar serta harapkan keampunan Allah. 

Jadi, dalam membuat persiapan hari raya, biar berpada, jangan lupakan ibadah yang utama... gandakan amalan agar beroleh barakah... Buatlah persiapan dan dalam masa yang sama jangan lupa Allah... boleh gitu??? Maknanya, waktu beli belah, jangan sampai lambatkan solat, jaga pandangan mata, jaga telinga dan mulut... dan paling penting jaga hati... Insha Allah.. moga kita beroleh barakah dan hidayah.

03 Julai 2016

Homemade Langsir Raya 2016!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah... tahun ni merasa beraya sepenuhnya di rumah sendiri... rumah yang disediakan oleh en.suami sebelum kahwin lagi... dan pasti semangat tu lain bila raya rumah sendiri...

Semangat mendeko rumah yang lain daripada yang lain... dengan semangat tu juga, en.somi gigih menyiapkan langsir raya...



Langsir ni 100% buatan tangan hasil en.somi... 
MFmemang tak reti menjahit.. seni jahit tu ada pada suami MF... Jadi,tahun ni special juga sebab baju raya anak-anak pun dia yang buat... Alhamdulillah... 

Jadilah langsir ringkas begini... ni pun sebab dah bertahun tak tukar langsir.. tu yang ambil inisiatif raya untuk tukar dan ceriakan sikit suasana rumah ni... walaupun takde ropol2... tapi dah cukup cantik la ni... Alhamdulillah... 

Tutorial Tudung Raya 2016!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Orang perempuan beraya memang tak seronok la kan kalau tak lengkap sepersalinan... Macam nak kahwin juga gayanya... Dengan tudung, baju, kasut, handbag semua kalau boleh nak raya juga kan... Tapi MF takde lah... cukuplah ada baju raya... kasut raya tak penting sangat... pakai je mana yang ada... tudung raya pun tak beli... tak tahu nak beli ke nak buat ni..

Cerita pasal tudung raya, apa fesyen tudung raya tahun ni???

Kalau ikut pengamatan MF, tudung raya tahun ni yang popular ialah instant shawl,khimar dan juga bawal instant... sebab itulah tiga fesyen tudung yang banyak jual sekarang terutama kat facebook.

Tudung segera pasti jadi pilihan ramai, sebab mudah dan senang nak pakai... Tapi yang pasti tudung bawal tetap ada peminatnya tersendiri terutama geng tudung bawal AJ...

Tapi, bagi peminat shawl, mereka tak gemar nak yang instant sebab instant ni terbatas nak lilit-lilit... Jadi, fesyen shawl dengan gaya dan tutor menarik tetap jadi pilihan.

MF ada juga melihat beberapa tutorial shawl... dan di sini MF kongsikan beberapa tutorial shawl yang menarik minat MF dan mudah untuk dicuba.






Insha Allah, shawl menjadi pilihan untuk digayakan pada syawal kali ni... tapi mungkin shawl butterfly yang semakin lupus ditelan zaman... Tapi MF suka shawl tu sebab sekali lilit je dah jadi... lagipun mudah sangat nak bentuk dan buat shawl butterfly.. 

Tak kisah nak gayakan macam mana pun asalkan syariat yang utama... tudung mesti labuh, tidak jarang dan tidak tabarruj secara keterlaluan... maknanya warnanya dan hiasanya tidak terlalu menyerlah.. kalau tak sia-sialah pahala puasa kita kumpul sebulan musnah, sebab gagal patuh syariat semata-mata nak bergaya pada hari raya... 

5 Cara Mudah Elakkan Ketupat Palas Cepat Basi!

5 Cara Mudah Elakkan Ketupat Palas Cepat Basi!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ketupat palas, mesti orang fikir ketupat yang tak tahan lama kan... sebab utama diperbuat daripada pulut dan campuran santan, keduanya proses memasaknya ialah dengan merebus... Jadi, orang fikir ketupat ni tak tahan lama... 

Tapi, jangan tak tahu, ketupat palas resepi Mak MF boleh tahan 5-7 hari... Haaa.. apa rahsianya??? 

Ini lah yang MF nak kongsikan... 

Sumber: google images

Cara untuk elakkan ketupat palas cepat basi:

1. Basuh beras pulut bersih sebersihnya... Basuh dengan air paip yang mengalir hingga air beras tu warna jernih... Tiada lagi warna keladak atau warna putih.

2. Perah santan kepala dengan air suam... lepas perah, terus guna dan jangan simpan... Guna santan segar lebih baik dari santan segera. Tapi MF pernah buat guna santan kotak jenama M&S, alhamdulillah, tahan juga ketupatnya dalam 2 hari gitu. 

3. Ikat atau simpulkan kepala ketupat palas sekuat yang mungkin untuk elakkan air masuk semasa merebus. 

4. Rebus hingga air betul-betul kering... sebab tu masa merebus dalam periuk, lapik periuk dengan daun-daun palas yang tak digunakan, untuk elakkan ketupat hangus...

5. Selepas rebus, terus angkat dan toskan hingga kering... Biarkan terdedah dengan udara dan kering sendiri... Tak perlu nak masukkan dalam microvawe pula. 

Inilah 5 petua/cara mudah untuk elakkan ketupat palas cepat basi... MF boleh kongsikan bab ketupat palas je la.. ketupat nasi MF tak expert sangat... tapi rasanya, sama je caranya, rebus lama dan toskan selepas direbus.

Ketupat palas boleh dipanaskan jika nak makan panas, iaitu panaskan dengan cara mengukus dalam periuk pengukus... Insha Allah, boleh tahan lama juga. 

Resepi Ketupat Palas!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Insha Allah, satu kelaziman dan menu utama raya tak lepas tidak iaitu ketupat palas... MF orang utara, memang tak rasa meriahnya raya kalau takde ketupat palas ni...

Alhamdulillah, masa anak dara lagi, semua adik perempuan MF mak ajar buat ketupat palas... Alhamdulillah, semua mewarisi cara buat ketupat palas... dan MF advance sikit sebab reti juga buat ketupat daun kelapa, atau ketupat nasi, tapi zaman sekarang orang tak buat dah guna daun kelapa, orang guna ketupat segera je... Tapi ketupat palas, tak sedap sangat kalau yang segera sebab cara prosesnya lain kan...

Ketupat palas ni ada dua jenis, Jantan dan betina... Tapi MF lebih pakar,,,,, haha.. pakar la sangat... buat ketupat jantan... walaupun ketupat betina senang, tapi kurang cantik bentuknya... ketupat jantan lebih cantik dan tak masuk air semasa merebusnya.

Sumber: google images

Cara nak buat sarung ketupat...
Ini cara buat ketupat betina, kalau nak buat jantan, cara pusing yang hujung tu lain sikit.. perlukan kelembutan tangan untuk memusingkannya... -Sumber: Google images-

Cara nak buat ketupat palas:

Basuh beras pulut sebersihnya
Masakkan pulut dengan santan yang telah pun diletakkan garam.
Masak lah macam kita masak nasi tu...

Bila dah suam-suam, bolehlah dimasuk dalam sarung ketupat yang kita dah siap-siap buat tu tadi...

Biasanya, sarung ketupat palas ni, dibuat sehari sebelum nak buat ketupat tu... Istilahnya orang panggil "buka daun"... Tujuannya, mudah masa nak buat ketupat nanti.. Takdelah daun tu patah, atau pecah masa buat ketupat.

Pulut diisi dalam sarung ketupat, dibalut seperti dalam gambar di atas... Disimpul dihujung kepalanya supaya tak masuk air semasa merebusnya.

Nak buat ketupat palas memang kena ada minat dan seni juga, kalau tak, tak menjadi masa nak buat tu nanti... Tak susah nak belajarnya... cuma perlukan kesabaran sikit je... hehe... 

Kek Lapis Masam Manis JDT!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah, tahun ni giliran beraya di Johor... Lumrah sudah bergilir secara adil dan saksama bila kahwin jauh terutama Utara vs Selatan ni... 

Memang ada sesetengah kawan MF, walaupun utara selatan tetap balik kedua-dua belah kampung... Tapi MF tak mampu nak buat macam tu, sebab memerlukan tenaga dan kos yang tinggi dan Alhamdulillah, family MF memahami... Jadi, tak kisah penggiliran setahun sekali beraya tu... 

Opss.. panjang pula muqaddimahnya... 

Memandangkan, raya di Johor, tapi tetiba en.somi teringin nak makan kek lapis sarawak... huwwaaa... mana nak cari... Yang MF tahu kat Plaza Angsana biasa ada la jual dekat nak raya ni kan... Tapi, mesti mahal kan... Jadi, atas inisiatif tu, dia cadangkan untuk buat kek lapis sarawak... Antara perisa yang jadi pilihan dan kegemaran dia ialah masam manis... 

Gigihlah Pn. Isteri mencari resepi di Google.. dah dapat bahan-bahannya, apa lagi, teruslah kami mencari di kedai dekat rumah kami sambil beli barang keperluan dapur yang semakin surut. 


Idea nak buat kek lapis ni, resepinya ikut yang asal, cuma warnanya kami ubah... Ikut warna tema JDT iaitu, putih, merah dan biru... Sebenarnya, banyak gaya resepi kek lapis sarawak ni... Tapi MF ikut resepi ini yang MF rasa paling mudah nak buat!

Bahan-bahan untuk membuat kek lapis masam manis:

BAHAN A
100g Gula Halus
200g Jem Nenas
450g Butter
30g Ovalete
300g Susu Pekat Manis

BAHAN B
10 biji Telur Gred A

BAHAN C
270g Tepung Hong Kong

BAHAN D
Pewarna Hijau, kuning dan merah
2 sudu besar cream cheese
Kepingan Haw Flakes

Cara Cara Menyediakan Resepi Kek Lapis Sarawak
  1. Pukul kesemua Bahan A sehingga kembang dengan kelajuan yang maksima.
  2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul, juga dengan kelajuan sama sehingga habis
  3. Masukkan tepung dan adun dengan kelajuan yang perlahan hanya untuk sebatikan saja.
  4. Bahagikan kepada 3 bahagian di diwarnakan merah, kuning dan hijau. Ini warna asal, tapi kami ubah ikut warna tema JDT. Untuk warna putih, MF tambahkan cream cheese untuk berikan kelainan pada rasa kek. 

Cara-Cara melapis:-
  1. Sapukan sedikit marjerin pada permukaan loyang.
  2. Alaskan dengan kertas minyak.
  3. Sendukkan adunan warna merah ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu supaya ia serata tebalnya.
  4. Bakar dalam oven menggunakan api atas sahaja dengan api yang sederhana besar.
  5. Pastikan lapisan telah masak/bertukar warna sedikit anggaran masa 7-10 minit setiap lapisan baru dikeluarkan dari oven. Tapi oven MF ni cepat panas, jadi MF tetapkan suhu 160 dan bakar lapisan pertama selama 10 minit dan lapisan seterusnya selama 5-7 minit sahaja. 
  6. Tekan lapisan kek dengan alat penekan atau gelas yang rata untuk mengeluarkan angin jika ada. Kalau tak, tak perlu pun takpe.
  7. Sapu sedikit butter di atas nya. dan lapiskan dengan Haw Flakes.. terpulang nak susun dan lapiskan macam mana
  8. Ulang step 3-7 diatas untuk Biru, Putih, dan Merah kembali sehingga adunan habis.

TIPS: Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.

Masa untuk siapkan kek ni, dalam 3 jam sahaja... Takde lah susah mana pun, cuma agak leceh nak melapis tu... Tapi bila menjadi, memang sangat puas hati.. Ingat nak buat pula lagi satu kek lapis tapi perisa lain pun... 

Alhamdulillah, dapat juga merasa kek lapis sarawak tapi versi johor kali ni... sesiapa nak merasa, meh jemput datang beraya kat rumah kami... :)

02 Julai 2016

CPUV NUFFNANG SEPANJANG BULAN JUN 2016

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bulan lepas tak update pasal nuffnang nih... ntah kenapa... mungkin juga tak sempat kot...
Jadi, MF update untuk bulan Julai...

CPUV bulan Julai belum menjengah...

Tapi berderet CPUV bulan Jun masih berstatus "On Going"


Ada juga yang telah dikreditkan... Alhamdulillah... 

CPUV bulan Jun datangnya dari Ribena, Klenex, Shell, Dentsu, Zurich Life, SME Microsoft dan beberapa pengiklan lain... Terima kasih kerana memilih blog ini untuk meletakkan iklan... 

Terima kasih Nuffnang.. 
Terima kasih para pengiklan...
Terima kasih juga blogger dan pengunjung yang datang dan klik iklan nuffnang di sini... 

Alhamdulillah... 

KISAH TELADAN | UNTUK MENGUBAH KEADAAN, KITA SENDIRI MESTI BERUBAH.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

(Satu petikan cerita...)

Satu hari saya bersembang sama2 dengan anak perempuan saya. Dia beritahu saya, "Abah nak tahu tak, masa kecil2 dulu, satu perkara yang paling saya takut sekali, ialah bila abah dangan emak sering bergaduh dan hampir2 nak bercerai. Tapi saya syukur sangat ia tak terjadi sampai hari ini". Saya hanya tersenyum saje.. teringat kisah lama.

Bila saya imbau kembali pengalaman tersebut, saya rasa ada baiknya saya kongsikan dengan anak perempuan saya ini, semoga ia boleh dijadikan pengajaran pada mereka nanti.

Dahulu abah berkahwin dengan emak engkau atas dasar suka sama suka, tetapi abah sendiri tak berapa pasti apa yang abah suka pada emak engkau, tapi apa yang abah tahu, makin lama masa berlalu, makin banyak perkara yang tak bersesuaian antara kami. Kadang2 nak buat keputusan nak makan kat mana pun boleh jadi gaduh. Makin lama, perbezaan semakin ketara. Salah sikit, emak engkau merajuk berhari-hari. Salah sikit, abah sendiri naik angin, kadang2 sampai baling barang kesana kemari. Abah tahu, anak2 semua jadi takut pada abah, tapi abah rasa emak engkau selalu buat perkara yang abah tak suka. Pergaduhan kami jadi semakin kerap, ia berlarutan bertahun-tahun. Masing-masing tak boleh salah sikit, dua-dua nak melenting, tidur pun kadang2 asing2. Kami rasa perkahwinan ini sudah semakin mustahil untuk diselamatkan, penyelesaian yang mampu difikirkan hanyalah PENCERAIAN sahaja. Cuma apabila fikir pasal anak-anak, abah jadi sebak dan sering kali cuba buang pemikiran tersebut.


Satu hari abah kerja outstation, cuba telefon emak engkau nak bertanya khabar, abah tak tahu macamana ianya berakhir dengan pertengkaran. Emak engkau terus hempas telefon. Waktu itu abah benar2 frust, give up, rasa keseorangan, marah, abah jerit sorang2 dalam kereta dan waktu itu abah rasa ia betul2 dah sampai limit. Sudah habis tahap kesabaran yang ada dalam diri ini.

Malam tu abah tidur disebuah hotel budget. Malam tu cuba nak tidur, tapi mata tak boleh lelap. Sakit hati dekat emak engkau dah sampai tahap maksima. Jam dah tunjuk pukul 2 pagi, mata masih tak boleh lelap. Nak call emak engkau semula seperti mana yang abah buat selalu, sebab abah selalu mengalah akhirnya, rasanya kali ini tidak lagi lah. Kali ini abah nekad, apa nak jadi, jadilah. Abah dah tak sanggup hidup bersama emak engkau lagi. Kepala batu, kuat merajuk, sombong, tak pernah nak jaga hati suami, buat perkara yang suami tak suka, tak dengar nasihat, suka melawan, tak jaga makan minum abah dan tak mahu-mahu berubah jadi isteri yang baik.

Dalam keadaan yang tak karuan itu, abah tak sedar bila masa abah bangun dan abah ambil sejadah dan abah solat ditengah2 malam. Ini jalan terakhir, abah berdoa dan mengadu pada Tuhan. Itulah malam yang abah tak boleh lupa hingga hari ini. Abah mengadu yang kahwin dengan emak engkau adalah satu kesilapan dan abah dah tak mahu terusnya lagi. Memang abah benci dan menderita dengan perkataan cerai, apa lagi bila terbayang muka anak2, tetapi meneruskan hidup dengan emak engkau juga satu penderitaan. Tetapi semakin lama abah berdoa dan mengadu kepada Tuhan, tiba-tiba abah mula konfius, abah rasa abah orang baik, abah selalu betul dan emak engkau bukanlah orang jahat, dia tak pernah menduakan abah, dalam hidup dia bukan ada orang lain pun, hanya abah sahaja, tapi kenapa perkahwinan kami tidak bahagia, kenapa banyak sangat perbezaan pendapat, kenapa dia tak mahu berubah ikut cakap abah?

Akhirnya, suatu keajaiban berlaku. Dalam keadaan air mata masih berlinangan di pipi abah, dalam keadaan yang sangat putus asa dengan emak engkau, tiba-tiba abah seperti terasa sesuatu memaksa masuk dalam fikiran abah. Seperti abah mendapat kekuatan bercakap dengan diri abah sendiri. "Abah tak boleh nak ubah emak engkau, abah hanya boleh ubah diri abah sendiri. Abah pun berdoa, ya Allah, jika memang benar aku tidak boleh mengubah isteri ku ini, tolonglah ubah diriku pula. Bantulah aku ya Allah."

Esoknya, abah naik kereta dan mulakan perjalanan balik kerumah kerana kerja outstation abah sudah habis. Sesampai dirumah, anak2 riang gembira sambut abah balik, tapi emak engkau bergegas pergi kedapur, buat kerja dia, dan langsung tak salam dengan abah, langsung tak bercakap dengan abah pada hari itu.

Malam tu, abah tidur, tapi emak engkau bagi belakang aje kat abah. Bila abah dah rasa emak engkau benar2 tidur, abah selimutkan dia, dan abah perasan tiba2 terjaga dan buang selimut tersebut. Kali ini abah tersenyum saje, tak seperti selalu.

Esok pagi, abah datang dekat2 emak engkau, abah bagi salam, dan abah tanya dia "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

Emak engkau lihat abah dengan marah dan merajuk, "Cakap apa ni?"

Abah ulang lagi "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

"Awak memang tak boleh, dah bertahun wak. Pasal apa awak tanya ni?"

"Saya benar2 ingin berubah kali ini, saya benar2 ingin tahu apa yang saya boleh buat supaya awak bahagia."

Emak engkau menjeling sinis, "Ha, kalau awak betul2 nak buat, tu, pergi lah cuci baju, basuh pinggan mangkuk kat dapur tu"

Mesti waktu tu emak engkau jangka abah akan mengamuk lagi seperti biasa, bertengkar lagi, tapi abah hanya senyum dan mengangguk, nyut nyut abah pergi kedapur, cuci pinggan, ambil semua pakaian, masuk ke dalam washing machine, tunggu sampai kering dan sidai di ampaian, bila siap, barulah abah bersiap2 untuk pergi kerja. Seperti biasa kalau emak engkau merajuk, jangan harap apa2 sarapan pagi yang ada. Tapi kali ini abah tak kisah. Bila dah siap, abah cium kepala emak engkau dan abah terus pergi kerja.

Esok pagi abah buat perkara yang sama, pagi-pagi abah bangun, abah bagi salam kat emak engkau dan abah tanya dia, "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

Mata emak engkau masih pandang kelain, "Hendak sangat buat, buatlah sarapan pagi untuk anak2"

Abah tarik nafas dalam2, emak engkau tahu, abah kalut nak pergi kerja, dan abah rasa dia sengaja nak tengok abah nak mengamuk lagi, tapi kali ini abah hanya senyum, abah mengangguk, dan abah terus pergi kedapur buatkan sarapan roti bakar, telur goring dan air kopi panas. Semuanya abah letak bawah tudung. Lepas tu, abah sendiri tak makan, dan abah bersiap utk pergi kerja pasal dah lewat. Sebelum pergi abah cium kepada emak engkau dan baru abah pergi kerja.

Esoknya, pagi2 lagi abah dah bangun, abah gerak emak engkau, bagi salam dan abah tanya soalan yang sama, "Saya nak tanya awak, apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

"Tak ada apa wak, tak ada yang awak boleh buat pun, saya minta maaf, hati saya dah terlalu sakit. Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi. Tapi kenapa awak buat semua ni?"

"Saya dah berjanji pada diri saya sendiri, mulai hari ini sehingga akhir nyawa saya, saya akan berusaha untuk buat perkara yang boleh membahagiakan awak"

Emak engkau diam, mata dia pandang ketempat lain, tapi abah perasan, ada manik jernih dimatanya. Bila abah berlalu kerana bersiap nak pergi kerja, abah perasan emak engkau lap mata dia.

Esoknya dan esoknya dan esoknya seperti biasa abah tanya soalan yang sama pada emak engkau, sehinggalah pada minggu kedua, satu pagi tu, satu keajaiban berlaku. Seperti biasa pagi tu abah tanya soalan yang sama pada emak engkau, tiba2 emak engkau menangis dan peluk kaki abah, "Tolonglah jangan tanya soalan tu lagi, awak bukan masalahnya, sebenarnya saya yang masalah, saya keras hati, saya tak tahu kenapa awak boleh tahan hidup dengan saya".

Perlahan2 abah angkat dagu emak engkau dan abah cakap,

"Kerana awak penting dalam hidup saya, kerana awak ibu kepada anak2 saya, kerana awak teman saya sebelum ini, kerana awak tak pernah tinggalkan saya walau bagaimana pertengkaran kita sekali pun, kerana saya nak selamatkan perkahwinan kita dan kerana saya sangat sayang awak"

Abah tanya lagi "Apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

"Patutnya saya yang tanya soalan itu"

"Awak memang patut tanya, tapi bukan hari ini, kerana saya yang perlu DIUBAH DAN BERUBAH, saya nak awak tahu betapa bermaknanya diri awak dalam hidup saya. Saya sayang awak sangat. Jadi apa saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak?"

Emak engkau renung abah dan dia kata " Boleh kita spend masa dua-dua bercuti, kita tinggal budak2 kat rumah atok dia"

"Cadangan yang baik, jom kita plan hari ini kita nak pergi mana?"

Saya terus lakukan perkara yang sama selama lebih dua bulan, dan keadaan berubah perlahan-lahan. Bertengkar sudah tiada lagi. Emak engkau pun dah pandai tanya soalan yang sama pada abah. "Apa yang awak nak dari saya? Macamana saya boleh jadi isteri yang lebih baik?"

Dinding yang memisahkan kami selama ini telah runtuh. Kehidupan emak dengan abah lebih bahagia. Kadang2 masih juga terjadi pertengkaran, tetapi cara pertengkaran tersebut jauh berbeza, kami berselisih faham sahaja, tidak lagi bertengkar sehingga menyakitkan hati masing2, tidak seperti dulu lagi.

Abah dan emak kahwin dah lebih 30 tahun, abah bukan saje sayang emak engkau, abah suka dia, abah perlukan dia. Banyak perbezaan pendapat abah lihat ia menjadi kekuatan dalam kehidupan kami, selebihnya abah dah tak kisah. Abah telah belajar bagaimana mengambil berat antara satu sama lain dan yang terpenting, kami mendapat kekuatan untuk buat perkara itu.

Perkahwinan sesuatu yang sukar nak. Tetapi mendapat teman didalam hidup merupakan satu anugerah besar daripada Tuhan. Sering bertanya apa yang boleh saya lakukan untuk menjaga anugerah ini.

Diubah dan berubahlah !

Sumber: FB Pakar Diari Hati


SENARAI KEPERLUAN BALIK KAMPUNG BERSAMA ANAK-ANAK!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ramai dah mula packing nak balik kampung berhari raya bersama keluarga...
Memang mencabar nak packing barang... MF pun sama kalau nak balik kampung.. pening kepala nak fikirkan barang yang nak dibawa... tambahan pula kalau ada anak-anak kecil ni kan..

Namun, Cik Gebu berkongsi senarai keperluan untuk panduan kita bila travel sama ada balik kampung atau pun nak pergi jenjalan...









Sebab kan barang ni banyak jugalah, ramai upgrade kereta bila tambah anak... Tapi kan, lagi besar kereta lagi banyak pula barangnya... hehe... dilema sungguh kan..

MF anak dua dah upgrade ke MPV, tapi sekali balik kampung, fuhhh.. sendat juga kereta dari depan hingga belakang... tapi tu lah realitinya... 

01 Julai 2016

11 Tips Balik Raya Ketika Dalam Pantang!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Ramai juga kawan MF yang dalam pantang musim raya ni... Pasti ada yang nak balik raya di kampung kan... Kalau dah memang pantang di kampung takde masalah la kan... Tapi ada juga berpantang di rumah sendiri, cuti raya baru nak balik raya di kampung walaupun dalam pantang... 

Jadi, demi kemaslahatan wanita semua... Jom ikuti tips yang MF nak kongsikan ni bagi wanita yang dalam pantang untuk balik raya di kampung.

1. Jangan sejuk-sejuk... Elakkan pasang air-cond kereta terlalu kuat... Sedang-sedang sudah... 24 darjah celcius suhu yang sesuai... Sama dengan suhu bilik berair-cond. Kalau travel malam lagi sejuk... Jadi, laraskan air-cond tahap paling minima... Kalau sejuk juga, kena la standby selimut tebal. 

2. Pakai baju berpantang... Iaitu baju lengan panjang... Kain atau seluar longgar dan tebal... Jangan lupa stokin... Sebelum pakai stokin lumur dulu perut, betis dan kaki dengan minyak angin. 

3. Digalakkan pakai bengkung dan pilis... Tapi serius MF tak pakai kedua benda alah ni waktu berpantang... Jadi, MF lumur je minyak angin banyak-banyak.

4. Jangan berjuntai kaki lama-lama... Kalau nak dok kerusi depan juga... Lapiklah bagi tinggi sikit asalkan tak tergantung... Bukan apa... Takut nanti bengkak kaki darah tak lancar elok... 

5. Jika berhenti di Rnr, jangan nak keluar dari kereta kecuali nak membuang je... Tu pun minta la suami atau sesiapa yang pandu kereta waktu tu cari laluan yang hampir ke tandas... Jika nak makan, beli bungkus dan makan dalam kereta je... Ingat, masih dalam pantang.. Jaga pemakanan... Jangan makan sebarang... Sebaiknya bawa bekalan yang siap dimasak dari rumah. 

6. Perjalanan waktu maghrib atau malam perlu lebih berhati-hati... Jangan keluar dari kereta... Dok je diam-diam... Kalau lenguh... Laraskan kerusi bagi selesa atau lapik bantal... Bukan apa... Jin syaitan banyak berkeliaran waktu maghrib dan malam hari. 

7. Semasa perjalanan... Pasang zikir dan alunan ayat-ayat suci Al-Quran.. Untuk perlindungan dari makhluk yang kita tak nampak dan dipermudahkan urusan perjalanan kita... 

8. Ibu dalam pantang, jangan nak tunjuk kuat angkat benda atau barang lain selain dukung bayi tu je ye.... Walaupun nampak kuat tapi dalaman tu masih lemah lagi... 

9. Kalau boleh, belilah bantal panas atau tungku moden tu... Letak kat kaki dan celah peha sepanjang perjalanan dalam kereta... 

10. Jika anak membuang atau nak salin lampin... Tak payah susah-susah nak pergi bilik air... Hamparkan alas atas peha ibu dan salinlah.. Tak susah pun sebab bayi lagi kan... Tak berbau sangat pun.... Cuma sediakan lampin dan tisu basah je... 

11. Jika nak menyusukan bayi dalam kereta semasa perjalanan... Tinggikan kepala bayi lebih sedikit dari perutnya... Untuk elakkan tersedak susu... Dan jangan lupa sendawakan selepas menyusu... 

Itulah antara Tips dari pengalaman MF. MF pernah travel dari Kedah ke Kuala Lumpur dan patah balik semula ke Kedah selepas sehari.. Masa tu baru 30 hari berpantang..  Terpaksa balik juga sebab urusan tak dapat dielakkan.  

Memang terasa juga penat dan hampir nak bentan juga... Tapi cepat-cepat bertungku.. Alhamdulillah... Pulih kembali... 

Anak kedua pernah juga TRAVEL dari Kuala Lumpur ke Kedah... Alhamdulillah... Masa tu dah berpengalaman sikit kan. Jadi takde masalah... Masa balik tu baru dua minggu berpantang... Alhamdulillah..  Dipermudahkan... 

Moga bermanfaat untuk semua... Jagalah badan masa dalam pantang dan pantang betul jika sayang kat badan sendiri... 

Jangan Dihalau Tetamu Itu

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Muhasabah Bersama.

"Lagu-lagu raya sudah ligat berkumandang di corong-corong radio dan televisyen, sedangkan tetamu kita (Ramadhan) masih belum pulang, sekiranya aku tetamu itu, sudah tentu aku akan berkecil hati."

"Bagi yang memainkan lagu-lagu raya ketika tetamu kita, Ramadhan, masih belum pulang, seolah-olah mereka menghalau Ramadhan pergi, seolah-olah meminta Ramadhan cepat meninggalkan kita."

(Petikan tazkirah Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari)