07 Jun 2016

Batalkah Puasa Jika Buat Bunyi Cium (Muahhh)???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Hari pertama puasa dah dapat persoalan tentang cium mencium. Jika sebelum MF pernah kongsikan entry bab cium ni iaitu Batalkah Puasa Suami Isteri Bercium di Bulan Puasa. Boleh baca entry tu DI SINI.

Dari entry tu juga MF dapat satu persoalan juga bab cium mencium di bulan puasa ni. Dan MF kira yang bertanya soalan ni adalah anak muda yang tengah hangat bercinta.   Senang kata tengah asyik couple la ni.


"Assalamualaikum, saya ingin bertanya jika pasangan lelaki dan perempuan belum nikah atau kata lain "couple", hanya membuat bunyi cium, batalkan puasa mereka?" -Anonymous-

Jika dah kahwin, terjawab dah persoalan kan... Tapi jika belum kahwin, batal ke puasa kalau buat bunyi cium???

Ni mesti kes buat bunyi cium "muaahhh" kat telefon ke kan... Biasalah tengah bercinta... Faham sangat dah..

Jawapannya:
Tak batal puasa, TAPI! Pahala puasa dah kurang la dik... Sebab puasa nak ajar kita mendidik nafsu.. Mengawal nafsu, tapi kalau perkara seumpama itu kita tak dapat nak kawal... Macam sia-sia lah puasa kita...

 Puasa ni bukan sekadar menahan lapar dan dahaga... Tapi menahan nafsu iaitu syahwat atau nafsu cintakan dunia, tahan hati dari mengingati selain Allah, tahan mata dari melihat maksiat atau aurat orang lain, tahan lidah dari berkata yang sia-sia. Maknanya, puasa ni kena tahan seluruh fizikal, mental dan emosi dari ingat dunia je...

Jadi, buat adik anonymous yang bertanya, kawal ye nafsu di bulan puasa ni... Jangan kerap sangat berhubung dengan pasangan yang belum berkahwin. Tumpukan kepada ibadah puasa, agar ibadah puasa kita tidak sia-sia.

Jika suami isteri yang sah pun kena kawal nafsu waktu berpuasa apatah lagi yang belum kahwin. Jadi, kawal dan tahan nafsu. Banyakkan zikir dan buat kerja yang berfaedah.. Baca buku ilmiah, dengar ceramah ke, atau layan hobi, main game ke... Dan banyakkan berzikir...

Walaupun perbuatan tu tak batal puasa tapi tetap berdosa kerana perbuatan seumpama itu adalah tanda menghampiri zina... Sedangkan Allah melarang kita menghampiri zina...

Firman Allah:

ولا تقربواالزناانه كان فاحشة وساء سبيلا
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk." (Surah Isra' ayat 32)

Semoga terjawab persoalan yang bertanya... 

11 Cara Elak Letih dan Lesu Semasa Berpuasa Ramadhan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

11 Cara Elak Letih dan Lesu Semasa Berpuasa Ramadhan | Biasanya awal Ramadhan akan rasa sedikit letih dan lesu ketika berpuasa... Melainkan orang yang biasa berpuasa atau mula berpuasa pada bulan Rejab dan Syaaban. 

Jadi, MF nak kongsikan 10 tips berguna untuk elakkan kita letih dan lesu ketika berpuasa di siang hari. Terutamanya puasa Ramadhan. 

1. Jauhi Makanan Segera
Makanan segera semestinya banyak perisa dan perencah. Bila perisa dan perencah ni masuk dalam badan, badan memerlukan lebih tenaga untuk proses... Jadi menyebabkan badan letih dan lesu sebab siang puasa kita tak minum dan tak makan. Elakkan makanan segera dibulan puasa ni... Ambil makanan yang segar dan baru dimasak. 

2. Hindari Makanan Yang Dipanaskan Berulang-Ulang Kali
Memanaskan makanan kerana takut membazir. Tapi perkara ini menjadi sesuatu yang berbahaya apabila memanaskannya berulang-ulang kali. Lemak daripada makanan yang dipanaskan berbahaya tubuh. Bahkan makanan yang sepatutnya memberikan tenaga kepada tubuh akan merampas semuanya dan membuatkan tubuh badan kita menjadi cepat letih.

3. Elakkan Makanan Bergoreng dan Minuman Berkafein
Makanan yang digoreng akan membuatkan kita rasa mengantuk kerana sistem pengadaman terpaksa bekerja lebih gigih daripada kebiasaannya untuk memproses lemak di dalamnya. Makanan bergoreng juga kaya dengan minyak dan lemak trans. Makanan yang digoreng boleh menyumbat saluran arteri dan mencemari sel-sel darah. Di samping itu, makanan bergoreng juga meningkatkan kolesterol jahat.

Biarpun kafein mampu menstimulasikan tubuh agar menjadi lebih bersemangat, namun lama kelamaan tubuh tetap akan terasa lebih penat. MF pun pantang minum kopi sepanjang bulan puasa kecuali kalau teringin sangat-sangat je baru minum dalam kuantiti yang sikit. 

4. Pengambilan Makanan Yang Kaya Zat Besi
Pengambilan makanan sumber zat besi seperti daging lembu, ikan, kacang-kacangan dan sayur-sayuran hijau membuatkan tubuh menjadi lebih bertenaga. Zat besi sumber mineral penting yang membantu membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh tubuh. Jika keperluan zat besi tidak dipenuhi, kesannya tubuh terasa lemah, penat dan tidak sihat. Selain itu, biasakan diri dengan bersarapan pagi untuk membantu stamina di pagi hari. Biasanya orang yang tidak bersarapan akan pagi akan berasa lebih mengantuk pada siang hari.

5. Vitamin B12
Vitamin B12 menjaga aktiviti sel darah merah yang mengalirkan oksigen di dalam darah. Kekurangan vitamin B12 menjadikan tubuh cepat letih dan tidak bersemangat. Keadaan ini juga membuatkan perut selalu rasa memulas-mulas. Jika terlalu lama berdiri atau duduk, boleh diserang rasa kebas-kebas di bahagian tangan dan kaki serta daya ingat menurun. Vitamin B12 boleh diperoleh dalam protein haiwan, seperti susu, telur, daging, ikan atau susu soya. Sebab tu juga iklan susu soya selalu ada bila tiba bulan Ramadhan. Apa pun susu soya segar adalah yang terbaik berbanding yang diproses dan dipastur. 

6. Rehat Secukupnya
Selain makanan, istirehat yang secukupnya juga membantu tubuh lebih segar. Tidur adalah salah satu cara untuk mengembalikan tenaga yang terbuang. Jadi, usahakan untuk tidur yang normal iaitu lapan jam sehari. Biasakan tidur dengan pola tidur yang konsisten, jika tidak ia akan menurunkan stamina di pagi hari. Situasi ini akan membuatkan tubuh terasa lemah, penat serta timbul rasa mengantuk. Jika tak cukup tidur malam, boleh ganti waktu siang. Tapi jangan terlebih tidur nanti jadi makruh pula.

7. Senaman Ringan!
Senaman ringan selama 30 minit dapat membantu meningkatkan stamina. Senaman baik untuk meregangkan otot-otot yang tegang. Senaman ringan seperti jogging dan yoga mampu membuatkan tubuh menjadi lebih segar dan bersemangat. Tapi bagi suri rumah, membuat kerja rumah adalah satu senaman juga kan...

8. Minum Air Putih & Teh Hijau
Minum air putih di pagi hari sangat digalakkan. Minum segelas air putih pada pagi hari akan mengganti mineral yang hilang serta menghindari kekurangan cecair di dalam tubuh. Sesekali cubalah ubah menu, ganti air putih dengan teh hijau kerana khasiatnya sama dengan air putih yang mengandungi antioksidan untuk mengembalikan status hidrasi dan memberikan kesan menenangkan pada tubuh. 

Amalkan minum air putih secara berkala sepanjang Ramadhan. Asalkan cukup 8 gelas atau 3 liter satu hari. 



9. Berada di tempat yang sejuk/kurang panas/teduh
Sepanjang bulan puasa, elakkan diri daripada berada di tempat yang panas. Suhu yang panas boleh menyebabkan kandungan air di dalam badan mengewap. Carilah tempat-tempat yang sejuk. Banyakkan aktiviti membaca buku yang ringan dan menenangkan. Kurangkan aktiviti luar termasuk shopping di tempat yang sesak dengan orang ramai .

10. Ikhlaskan Niat Berpuasa
Sentiasa berfikiran rasional atau positif, bersangka baik dengan aktiviti puasa yang dilakukan. Elakkan berfikir perkara-perkara yang negatif. Ceriakan perasaan dengan rasa berpuas hati dan gembira. Pada masa yang sama wujudkan kesedaran dan rasa insaf dan simpati terhadap mereka yang bernasib malang. Katakan kepada diri sendiri:

"Hari ini aku berpuasa, dan dengan ini aku dapat menghayati sebahagian kecil kesusahan dan kelaparan yang dihadapi oleh mangsa-mangsa peperangan, anak-anak daripada keluarga yang miskin, dan orang-orang tua yang tidak berdaya yang tinggal keseorangan tanpa mampu mencari makanan sendiri. Juga bagaimana rasanya haiwan-haiwan yang hidup di muka bumi ini seperti kucing, anjing dan lain-lain binatang yang sentiasa kelaparan tanpa perhatian. Mereka merasainya setiap hari, dan hari ini aku berpuasa dan merasainya juga."

11. Hilangkan Rasa Lapar dan Dahaga Menerusi Aktiviti Yang Dapat Mencuri Masa Lapang

Isilah masa lapang dengan hobi yang berfaedah dan dapat membuatkan kita lupa terhadap tempoh masa kelaparan dan kehausan sepanjang hari berpuasa. Menumpukan sepenuh perhatian terhadap ibadat-ibadat seperti berzikir yang dapat menenangkan fikiran dan menginsafi diri sebagai seorang manusia yang dicipta oleh Allah. 

Kurangkan aktiviti menonton televisyen dan rancangan yang melalaikan atau menghadap laman sosial. Sebab laman sosial seperti Facebook juga banyak info yang menggugatkan pahala puasa jika tidak dikawal dengan bijak. 

Baca buku ilmiah, buat homeschooling dengan anak-anak. Menonton video-video kanak-kanak bersama keluarga antara aktiviti yang dapat dimanfaatkan sepanjang berpuasa. 

Inilah antara 11 tips atau cara untuk mengurangkan keletihan sepanjang berpuasa. Biasalah kalau berpuasa dan letih tu. Kerana memang itu tujuan Allah mewajibkan kita puasa, supaya kita merasai apa yang orang susah rasa. Tak dapat makan dan minum. 

Selain itu... Antara zikir lazim yang boleh diamalkan jika kita rasa begitu letih dan lesu ialah لاحول ولا قوة الا بالله 

Amalkan selalu zikir ini.. Insha Allah.. Kita akan diberi kekuatan untuk meneruskan ibadah puasa. 


Syurga Bukan Percuma!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


"Syurga bukan percuma!
Tetapi percayalah, orang paling miskin di dunia ni pun mampu memiliki syurga Allah. Kerana harganya bukan pada harta tetapi pada TAQWA!!!"

06 Jun 2016

Ubat dan Rawatan Yang Tidak Membatalkan Puasa!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pelbagai persoalan wujud bila masuk bab puasa ni kan... Dan ramailah yang menggunakan teknologi untuk selesaikan permasalahan..

Antara yang menjadi persoalan ialah dalam bidang perubatan. Isu-isu perubatan yang merupakan masalah hukum puasa di zaman moden.

Tak semua perubatan moden boleh batalkan puasa...

Kenali ubatan dan rawatan yang tidak membatalkan puasa...



Kalau tak jelas gambar tu... Boleh klik untuk tumbesaran. 

Apa pun jelaskan... Ini antara ubat dan rawatan yang tidak membatalkan puasa.

Realitinya Memang Begitu...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Terjumpa status Facebook yang menarik untuk dikongsi...

Satu nukilan untuk renungan bersama...

Memang realitinya begitu...

mengumpat banyak2 - rancakdakwah banyak2 - muak! 
hal mengarut - di respondhal islamik - di postponed! 
sale dunia - hiruk pikuksale akhirat - oh sibuk!
majlis hu ha - jom!majlis ilmu - ermm tengoklah
beautifulnara - hari2 khatambuku agama - argh susah nak faham!
ubatan barat - a must buyubatan Sunnah - err tak sesuai!
jurnal oxford - terima meluluQuran & Hadis - kena kaji dulu!
jualan murah - beli cepat kang tarikh tamatsedekah amal jariah - esok2 pun sempat!
shopping - biar mahal asal kualitisedekah - biar sikit asal ikhlas hati
masa lapang - tgk tvserabut fikiran - baru nak ngaji?
hidup - hanya sekaliabistu mati? - ada byk kali? 
Nukilan: Muhammad Fahrurradzi Sahibul Ghani

Memang realiti begitu...
Nak buat baik ada sahaja alasan...
Sama jugalah yang diperhatikan kat Facebook dan blog...
Kalau entry mengarut, entry kutuk orang, viral gempak bukan main banyak komen...
Tapi kalau status dakwah atau entry dakwah..  Sekadar view... Tu pun macam nak tak nak kan...

Begitulah...
Kita ni kalau dah tahu tak berapa baik...
Berusahalah jadi baik... Bukan terusan ikut yang tak baik...

Up status atau entry pun sama juga...
Jangan up entry semata-mata sebab nak naikkan ranking dan pageview... Kerana setiap tulisan di jari akan dipersoalkan di akhirat kelak...

Sama-sama muhasabah diri...  

Download e-Book Panduan Amalan di Bulan Ramadhan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Harapan setiap orang.. Nak buat amalan terbaik setiap kali tiba bulan Ramadhan... Namun begitu, dalam setiap amalan dan ibadah kita perlu berlandaskan syariat yang betul barulah ibadah kita berkualiti dan insha Allah diterima Allah.


Jadi, JAKIM telah keluarkan satu ebook buku panduan amalan di bulan Ramadhan. Bila lihat isi kandungannya, ebook ni sesuai sangat dimiliki oleh seluruh umat Islam di Malaysia khususnya.


Memang menarik... 
Bentuk pdf yang boleh disimpan dalam smartphone atau tablet. Bila ada permasalahan, boleh rujuk terus ebook ini. 


Download lah... Mudah nak buat rujukan untuk amalan kita sepanjang bukan Ramadhan. Moga kita dapat tingkatkan kualiti puasa kita pada tahun ini, agar lebih baik dari tahun sebelumnya. Insha Allah. 

05 Jun 2016

Moga Tiada Fenomena 'DONE' Ramadhan Kali Ini!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah...  Diberikan kesempatan lagi untuk sambut Ramadhan kali ini...

Alhamdulillah...
Moga tahun ni, kualiti puasa kita lebih baik...
Moga tiada juga budaya dan fenomena 'DONE' di laman sosial Facebook dan Twitter serta instagram untuk Ramadhan kali...

Apa itu fenomena 'DONE'?
Iaitu satu fenomena... Buat apa semua nak update status "DONE"

"DONE buka puasa.
DONE terawih
DONE mengaji
DONE sahur
DONE sedekah...

Moga tak jumpa fenomena ni tahun ni...
Fenomena ni tak bagus untuk kita...
Sebaik amalan ialah amalan yang disembunyikan tanpa pengetahuan orang lain.. Biar Allah sahaja yang tahu...  Moga kita beroleh keberkatan dalam setiap amalan yang kita lakukan...

Insya Allah...
Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna...
Mohon maaf andai ada yang terasa dengan entry-entry dan status MF... 

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah...
Berjumpa juga kita dengan Ramadhan...
Masih diberi nikmat serta ruang peluang untuk berjumpa dengan bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini...

Selamat menyambut Ramadhan semua pembaca dan pengunjung blog Maria Firdz...


Semoga kita ditambah iman...diberikan kekuatan...
Dipermudahkan untuk melakukan amalan sepanjang Ramadhan kali ini...  Insha Allah...

Mf mohon maaf buat semua Blogger, pembaca dan pengunjung blog ini... Andai pernah terasa dan terguris hati dengan entry MF... Harap dapat maafkan MF dan tak simpan di dalam hati ya...

Moga ramadhan 

Keberkatan Dalam Segmen dan Giveaway!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Printscreen dua tahun lepas punya status...

Itulah... Nak join giveaway dan segmen anjuran blogger atau kat mana-mana laman sosial seperti Facebook atau Instagram pun MF tengok juga dulu...

Kalau banner giveaway tu ada gambar tak menutup aurat.. Memang tak join walaupun hadiahnya menarik...

Bukan apa... Bila kena tempelak banner secara automatik kita sebar gambar yang tak tutup aurat.. S3caa tak sedar dosa kita pun turut mengalir je... Dah la tak tegur kawan yang tutup aurat tu... Pastu tolong sebarkan pula...

Walaupun hati kata... Eh.. Aku join segmen je... Tapi kan secara tak langsung tu kan..

Keberkatan dalam join segmen atau giveaway kena ambil kira... Biarlah tak join pun asalkan tak turut melakukan dosa...

Setiap apa kita buat di dunia ada dosa pahalanya... Tak kan terlepas dari dihitung kira oleh Allah Taala...

Muhasabah diri... 

04 Jun 2016

Doa Perlindungan Agar Terselamat Daripada Kemalangan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Musim cuti bermula...
Cuti hujung minggu ni pasti ramai yang ambil kesempatan ni sambung cuti untuk sambut awal Ramadhan dengan keluarga di kampung...

Dalam perjalanan balik ke kampung...
Pasti banyak kereta dan berisiko dengan kemalangan... Namun begitu, doa dan perlindungan dari Allah mampu elakkan kita dari berlaku kemalangan...  Insya Allah dengan izin Allah...


Jom amalkan sebelum memulakan perjalanan... Tak kira sama ada balik kampung atau ke mana sahaja kerana malang tidak berbau. 

Moga dengan amalan serta doa dan tawakal kita kepada Allah.. Diperlihara dari sebarang kecelakaan dan kesulitan... Insya Allah... 

03 Jun 2016

Download dan Print Jadual Amalan Sepanjang Bulan Ramadhan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bagus bagi yang buat jadual ni...
Untuk memantapkan ibadat di bulan Ramadhan dan seterusnya untuk diteruskan untuk bulan-bulan lain...


Boleh print dan tampal kat dinding rumah... 
Print setiap ahli keluarga... 
Berguna juga untuk didik anak-anak dalam melaksanakan ibadah puasa.. 

Kadar Zakat Fitrah Bagi Tahun 2016M/1437H

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Ramadhan dah hampir... Salah satu kewajipan yang tak boleh kita abaikan ialah zakat fitrah... 

Berikut ialah kadar zakat fitrah bagi seluruh negeri di Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM untuk panduan kita semua... 


Kadar Zakat Fitrah Bagi Tahun 2016/1437H:

Wilayah Persekutuan: RM7.00
Selangor: RM7.00
Johor: RM6.00/RM8.00
Terengganu: RM7.00
Pulau Pinang: RM7.00
Pahang: RM7.00
Kelantan: RM7.00
Kedah: RM7.00
Perlis: RM7.00
Negeri Sembilan: RM6.50
Melaka: RM6.70
Sabah: RM7.00
Sarawak: RM7.00

Kebanyakan negeri RM7.00 mengikut harga makanan asasi yang biasa dimakan oleh rakyat tempatan. Iaitu harga beras. 

Zakat fitrah wajib bagi semua umat Islam... Tak sempurna amalan puasa jika tak bayar zakat fitrah... 

Hukum dan waktu membayar zakat fitrah terbahagi kepada 5:

Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.

Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.

Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.

Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Niat Zakat Fitrah

“Inilah wang sebanyak RM....... bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas saya / dan tanggungan saya untuk tahun ini kerana Allah Taala.

Sama-sama kita menunaikan rukun Islam dengan sempurna pada tahun ini.. Moga amalan kita tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Insha Allah... 

Kisah Teladan: Bahana Lidah Seorang Ibu!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


kisah benar seorg ibu menceritakan

Pada suatu hari, sedang saya membersihkan rumah. Tiba-tiba anak lelaki saya yg masih kecil berlari ke arah saya, ia tidak sengaja terlanggar satu pasu bunga yang dibuat daripada kaca.. pecah hancur berderai...

Saya benar-benar marah ketika itu. Kerana pasu itu amat mahal harganya. Hadiah dari Ibu saya yg amat saya sayangi, maka saya menjaganya bagai menatang minyak yang penuh.

Saya amat marah tanpa disedari saya telah melontarkan kata-kata :

"Semoga kamu ditimpa dinding bangunan dan tulang-belulangmu hancur...! ”

Tahun demi tahun berlalu, anak lelaki saya dah membesar, saya dah lupa akan doa itu, saya pun tak anggapnya penting, dan saya tidak tahu bahawa doa itu telah naik ke atas langit…

Anak lelakiku dan adik-adiknya yang lain sedang membesar, dia anak sulung yang paling aku sayangi dari anak-anakku yang lain. Dialah anak yang rajin dan pandai menghormati aku dan berbakti kepadaku dibandingkan adik-adiknya yang lain.

Kini dia telah bekerja, menjadi seorang Jurutera yang Berjaya, tak lama lagi dia akan berkahwin. Tak sabar rasanya aku nak menimang cucu.

Ayahnya ada sebuah bangunan yang dah uzur dan ingin dibuat baik pulih.

Maka pergilah anakku bersama ayahnya ke gudang itu. Para pekerja sudah bersiap-siap untuk merobohkan satu dinding yang sudah usang.

Sedang mereka melakukan kerja penyediaan pengubahsuaian, anakku pergi kebelakang bangunan tersebut tanpa pengetahuan sesiapa pun.

Oleh itu kerja-kerja untuk meruntuhkan dinding itu akan dilakukan oleh para pekerja suamiku tanpa mengetahui bahawa anakku ada di belakang dinding tersebut, dengan tidak semena-mena dinding bangunan itu terjatuh menimpanya.

Kedengaran suara berteriak dari dalam runtuhan tersebut sehinggalah suaranya tak kerdengaaran lagi.

Semua pekerja berhenti. Hairan suara siapa..? Mereka berlari ke arah runtuhan itu...

Mereka mengangkat dinding yang menghimpit anakku itu dengan susah payah dan segera memanggil Bomba dan ambulans.

Mereka tidak boleh mengangkat badan anakku. Ia remuk, Seperti kaca yang jatuh, pecah berkeping-keping.

Mereka mengangkat badannya yang hancur dengan berhati hati dan segera membawanya ke Hospital Unit Kecemasan untuk pertolongan lebih lanjut.

Ketika ayahnya menghubungi aku untuk mengkhabarkan hal itu, seakan akan Allah menghadirkan kembali apa yang telah aku doakan untuknya semasa ia kecil dahulu..

Aku menangis hingga jatuh pengsan. Ketika sedar, aku berada di Hospital dan aku meminta untuk melihat keadaan anakku.

Ketika melihatnya, seakan-akan aku mendengar suara Tuhan berkata: INI DOA MU KAN?

Sudah AKU kabulkan setelah sekian lama, engkau berdoa dan sekarang Aku akan mengambilnya.

Ketika itu, jantung aku seakan berhenti berdetik.
Anak aku menghembuskan nafasnya yg terakhir.

Aku berteriak dan menangis sambil berkata: 
"Jangan pergi nak...!!
Andai kata ia masih hidup... Tidak mengapalah jika dia nak hancurkan semua perabot didalam rumah aku....."

Asalkan saya tidak kehilangan ia… YA ALLAH....

Seandainya lidah ini idak mendoakannya 25 tahun yang lalu.....

Andaikan… Andaikan… Andaikan… Tetapi, kalimat ‘andaikan’ ini tidak berguna lagi… waktu ini..

SEKIAN

‪#‎satukisahbenar‬
Sumber: Google images

Pesanan kepada para ibu: Jangan terburu-buru mendoakan anakmu ketika kamu sedang marah.

Berlindunglah kepada Allah dari godaan syaitan,… Jika kamu ingin memukulnya, pukul saja, tapi jangan mendoakannya macam-macam, sehingga kalian akan menyesal seperti saya!

Saya menuliskan ini dengan banjiran airmata…

Aku rela rohku pun turut bersamamu, Hingga aku boleh beristirahat dari kepedihan yang aku rasakan sepeninggalanmu.

Kisah benar ini...Tolong sebarkan keseluruh wanita, Doa itu akan terjawab, walau sekian lama... tunggu la.. Allah pasti akan mengkabulkanya...!!

OLEH ITU BERDOALAH YANG BAIK-BAIK UNTUK SEMUA ANAK-ANAKMU

Dan anak-anak juga mestilah menjaga tingkah laku dan perasaan ibu bapa supaya tidak berlaku sedemikian.

Sumber: Facebook

02 Jun 2016

Prihatinlah Pabila Guna Surau di Tempat Awam!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Prihatinlah Bila di Surau Awam!

Tergerak nak tulis sebab kali ketiga mengalaminya...

Bila rajin travel kita akan temui pengalaman begini..

Bila guna surau di tempat awam tolonglah prihatin dengan orang lain...  Jangan ambil sikap pentingkan diri sendiri dan buat tak endah orang sekeliling....

Pertama sekali MF pernah jumpa masalah ketidakprihatinan ni kat surau di sebuah pasar raya Wangsa Maju..

Ramai nak solat maghrib masa tu... Namun,  ada seorang perempuan duduk di bahagian hadapan sambil baca buku ilmiah... Sedangkan di belakangnya ramai berdiri nak solat sebab suraunya takde lah besar mana.  Serba salah nak tegur...

Kali kedua jumpa di Mydin...
Yang jadi ralat.. Bila ada seorang perempuan yang masih bertelekung dok bahagian depan dekat dengan kerusi yang... Kerusi tu mak mentua MF nak guna sebab dia memang tak boleh solat biasa.

Bila lihat dia dok depan kerusi tu,  mak pun kata la "nak solat kat mana"... Sekali perempuan tu cakap... Ambil la kerusi ni,  sembahyang kat hujung sana.. Tanpa lihat muka kami pun... Tanpa banyak soal, mak pun solat la dekat hujung,  sebelum MF mula solat... Ternampak rupanya dia nak dok make up... Dah habis solat rupanya... Hmm...  Hanya mampu istighfar dalam hati je la..

Kali ketiga jumpa kat RnR pula...  Sama juga dengan kes kerusi yang digunakan untuk solat... Ternampak sorang perempuan tengah ralit main hp... Dok atas kerusi... Kalau MF tak tegur dan tanya... Agaknya memang syok la dia dok atas kerusi tu... Padahal kerusi tu disediakan untuk kegunaan orang yang tak mampu solat secara normal.

Tu belum masuk kes buka pintu luas-luas lepas keluar dari surau hingga ternampak orang lain yang tengah solat. Ada juga kes tak lipat dan kemaskan telekung sejadah... Ataupun tak cuci muka betul hingga lekat bedak kat telekung awam...

Tu la akhir zaman kan.... Lebih ramai orang bersikap sendiri-sendiri...  Kurang prihatin dengan orang sekeliling... Ni tempat solat...  Kalau kat surau lelaki pun sama juga... Kadang buat solat berjemaah tak kena tempat dan waktu.... Waktu solat yang pendek dengan solat berjemaah di surau yang sempit...  Dah berbaris beratur kat luar.. Situasi biasa kita jumpa kan...

Entah la..  Tak tahu nak kata apa kan...  Memang sedih la... Kita nak buat pahala..  Tapi dalam masa yang sama kita susahkan orang lain... Sedangkan Nabi ajar mudahkan orang lain.. Tapi kita..  Sama-sama muhasabah diri.. 

Rajin Jadi Stalker!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jom jadi stalker diri sendiri daripada dok jadi stalker orang lain... 

Takde faedah jadi stalker orang lain... Dapat dosa lagi adalah... Baik jadi stalker diri sendiri... Dapat perbaiki diri dan muhasabah diri... 

01 Jun 2016

WW | NAMA PANGGILAN MENGIKUT TURUTAN ADIK BERADIK!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Dalam adik beradik kami panggil ikut suka... 
Hentam saja... 
Yang betul hanya abang sulung dan kakak nombor dua... 

Yang lain suka hati je anak menakan panggil... Hehe

WW | KENAPA BEG BAJU PEREMPUAN BESAR?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Insha Allah.. Besar dan berpahala... 
Berat beg tapi berkat... Sebab baju bajan untuk menutup aurat.. 







Tips Khusyuk Dalam Berdoa!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Nak doa kita mudah makbul,  kena khusyuk... Kena fokus apa yang didoakan...  

Tanpa khusyuk jangan tanya kenapa doa kita tak dimakbulkan..  


Kisah Teladan : Family First!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kisah yang sangat berkesan untuk kita hayati bersama... 

Suatu hari saya terlanggar dengan seseorang yang tidak saya kenal. “Oh, maafkan saya,” reaksi spontan saya. Dia juga berkata, “maafkan saya juga.” Orang itu dan saya bertegur sangat sopan. Kami pun berpisah dan mengucapkan salam.

Namun cerita jadi lain apabila sampai di rumah. Pada hari itu juga, ketika saya sedang menelefon salah satu rakan sekerja terbaik saya, dengan bahasa sangat lembut dan santun untuk meraih/melobi simpati rakan saya itu, tiba-tiba anak lelaki saya berdiri diam-diam di belakang saya. Ketika saya hendak berpusing,

hampir saja membuatnya jatuh. "Pergi!!! Main sana, ganggu saja!!!" teriak saya dengan marah. Ia pun pergi dengan hati hancur dan merajuk.

Ketika saya berbaring di tempat tidur malam itu, dengan halus Malaikat berbisik. "Tuhan menyuruh Aku mencabut nyawamu dan mengambil hidupmu sekarang. Namun sebelumnya, Tuhan izinkan kau melihat lorong waktu sesudah kematianmu. Sewaktu kamu berurusan dengan orang yang tidak kau kenal, etika kesopanan kamu gunakan. Akan tetapi dengan anak sendiri, engkau perlakukan kasar, akan ku perlihatkan engkau setelah kematianmu hari ini, bagaimana keadaan majikanmu, kawan rapatmu, sahabat dunia mayamu serta keadaan keluargamu".

Lalu aku pun melihat, hari itu saat jenazahku masih diletakkan di ruang keluarga, hanya satu orang sahabat dunia mayaku yang datang, selebihnya hanya mendoakan di dalam group, bahkan ada juga yang tidak memberi komen apa apa pun atas kepergianku dan ada juga yang hanya menulis, 'Al-Fatihah' ada yang 'RIP'.

Kawan sekerja ku datang, Sekejap melihat jenazahku, lalu mereka asyik mengambil gambar dan bercerita. Bahkan ada yang asyik membicarakan aibku sambil tersenyum-senyum. Bos yang aku hormati, hanya datang sebentar melihat jenazahku dalam beberapa minit lalu pulang dan kawan-kawan rapatku, tidak ada satupun dari mereka yang aku lihat.

Lalu ku lihat anak-anakku menangis di pangkuan isteriku, yang kecil berusaha menggapai jenazahku meminta aku bangun, namun isteriku menghalangnya. Isteriku pengsan berkali-kali, aku tidak pernah melihat dia sebingung demikian. Lalu aku teringat betapa sering aku acuh tak acuh dengan panggilannya yang mengajakku berbual, aku selalu sibuk dengan handphone ku, dengan kawan-kawan dan teman-teman dunia mayaku. Lalu aku lihat anak-anakku sering ku herdik dan ku bentak mereka saat aku sedang asyik dengan handphone ku, di saat mereka minta perhatian dariku. Oh Tuhan....Maafkan aku.

Lalu aku melihat 7 hari selepas kematianku. Teman-teman sudah melupakanku, sampai detik ini aku tidak lagi mendengar doa mereka untukku. Pihak office menggantiku dgn staf lain, teman2 dunia mayaku masih sibuk dengan perbualan di group, tanpa ada yang berbicara tentangku ataupun bersedih terhadap ketiadaanku di group mereka.

Namun, aku melihat isteriku masih pucat dan menangis, air matanya selalu menitis saat anak-anakku bertanya di mana papa mereka? Aku melihat dia begitu longlai dan pucat, ke mana semangatmu isteriku? Oh Tuhan maafkan aku....

Hari ke 40 sejak aku tiada, teman-teman FB ku lenyap secara drastik, semua sudah memutuskan hubungan denganku, seolah tidak ingin lagi melihat kenanganku semasa hidup. Bosku dan teman2 sekerja, tdk ada satu pun yang mengunjungi kuburku atau pun sekadar mengirimkan doa. Lalu kulihat keluargaku, isteriku sudah boleh tersenyum, tapi tatapannya masih kosong, anak-anak kecilku masih asyik bertanya bila papa pulang. Anakku yang paling kecil adalah yang paling kusayang, masih selalu menungguku dijendela, menantikan kepulanganku.

Lalu 15 tahun berlalu,
kulihat isteriku menyiapkan makanan untuk anak-anakku, sudah mulai kelihatan kedutan tua dan lelah di wajahnya. Dia tidak pernah lupa mengingatkan anak2 bahwa hari ini hari Jumaat, jangan lupa solat.

Lalu aku membaca tulisan di atas secebis kertas milik anak perempuanku malam semlm, dia menulis.... "Seandainya aku masih punya papa, pasti tidak akan ada laki-laki yang berani tidak sopan denganku dan

aku tidak melihat mama sakit mencari nafkah seorang diri buat kami. Oh Tuhan.... Kenapa Kau ambil papaku, aku perlu papaku Ya Allah.." kertas itu basah karena titisan airmatanya..

Ya Allah maafkanlah aku....
Sampai bertahun-tahun anak-anak dan isteriku pun masih terus mendoakanku agar aku sentiasa berbahagia di akhirat sana.

Kemudian, aku terbangun..... Oh Tuhan syukur... Ternyata aku cuma bermimpi....

Perlahan lahan aku pergi ke kamar anakku dan berlutut dekat tempat tidurnya. Aku masih lihat airmata di sudut matanya, kasihan, terlalu keras aku mengherdik mereka... "Anakku, papa sangat menyesal karena telah berlaku kasar padamu. “Anakku, aku mencintaimu... aku benar-benar mencintaimu, maafkan aku anakku”. Ku peluk anakku, ku cium pipi dan keningnya. Lalu kulihat isteriku yang sedang tertidur, isteriku yang sapaannya sering ku tak hirau ajakannya untuk berbicara. Sering kali aku sengaja berpura-pura tidak mendengarnya, bahkan pesan-pesan darinya sering aku anggap tak bermakna, maafkan aku isteriku, maafkan aku.

Air mataku tak dapat ku bendung lagi. Apakah kita menyedari bahwa jika kita mati esok pagi, jabatan di mana kita bekerja akan mudah mencari pengganti kita. Teman-teman akan melupakan kita sebagai cerita yang sudah berakhir, malah ada rakan-rakan kita yg masih menceritakan kelemahan yang tidak sengaja kita lakukan. Teman-teman dunia maya pun tak pernah membicara lagi, seolah-olah aku tidak pernah wujud dalam group mereka.

Lalu aku rebahkan diri di samping isteriku, hpku masih terus bergetar, berpuluh-puluh notifikasi masuk menyapaku, menggelitik untuk aku buka, tapi tidak.. tidak.. Aku matikan hpku dan aku pejamkan mata. Maaf....Bukan kalian yang akan membawaku ke syurga, bukan kalian yang akan menolongku dari api neraka, tapi keluargaku....

Keluarga yang jika kita tinggalkan akan merasakan kehilangan selama sisa hidup mereka.

FAMILY FIRST..

Sumber: Pakar Diari Hati