07 Mei 2016

Doa Keluarga Bahagia!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Amalan kita bersama... 
jom amalkan selalu... 

Sebab Saya Suka Shopping Online!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Masa belum ada internet banking..  rasa selamat je duit dalam bank tu...  tapi lepas daftar cimbclicks.... kena belajar tahan nafsu dan kedekut dengan diri sendiri..  kalau tak gjgit jari hujung bulan.

Tapi,  shopping online ni memang berhantu..  boleh ketagih kalau dah terjebak tu.. tapi memang seronok la shopping online...  en. somi pun suka shopping online... sport rim kereta pun dia beli online... order jauh nun di KL.

Salah satu sebab suka beli online... rasa seronok masa terima barang..  macam dapat hadiah je gayanya..  hehe


Tertunggu bahkan siap hitung hari nak terima barang yang diorder... 
bulan ni je MF dan suami banyak beli online... sampaikan bergilir-gilir Pos Laju,  Skynet,  Gdex ke rumah..  hehe... sampai dah kenal rumah dah..  hehe..  

Kami beli barang yang perlu la... dan semestinya berpatutan dengan harga.  

Kami pilih beli online sebab tak payah nak bersusah,  berpanas nak pergi cari... tapi tengok barang juga la..  ada barang kena juga ke kedai terus supaya puas hati... 

Yang pasti seronok shopping online bila anak dah bertambah, lebih senang shopping online..  mencabar bila ada anak nak belek-belek barang..  jadi shopping online penyelesaian yang mudah... 

Belajarlah Hormati Pendapat Orang Lain!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Berbalah demi mempertahankan pendapat masing-masing... Sehingga ada yang putus silaturahim...

Perbezaan pendapat itu biasa... Bahkan ada beberapa potongan ayat Al-Quran yang menyebut tentang perbezaan pendapat ini.

Allah SWT menjelaskan walaupun perbezaan itu berlaku dan berterusan, akan tetapi orang yang Allah rahmati ialah yang tidak berselisihan dan tidak pula berpecah-belah. Firman-Nya dalam Surah Hud ayat 118-119 yang bermaksud: "Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan. Tetapi orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu: "Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahanam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)."



Hormati pendapat orang lain walaupun pendapat kita tak sama dengan yang lain. Setiap orang ada pendapat masing-masing. MF sendiri pun kalau kupas isu semasa atau viral media sosial... MF akan baca semua dulu... Kaji dan selidik apa yang diperdebatkan. Kemudian MF berikan kupasan ikut pembacaan, pengalaman dan pemahaman MF di blog. MF tak suka nak komen di blog atau post orang lain. 

Jika tak setuju, MF ambil pendekatan diam saja.. Jika dulu, MF membidas juga..sekarang ni malas dah nak membalas.. Biarlah itu pendapat dan pandangan dia.. Setiap orang ada pandangan yang berbeza ikut kefahaman masing-masing. 

Jadi, buat apa nak bertegang urat semata-mata nak tegakkan pendapat kita. Belajarlah hormat pendapat orang lain. Ulama' dulu pun ada pendapat berbeza jika berlaku isu tertentu dan bab nak tentukan hukum.kalau tak tak kan ada la 4 mazhab fiqh yang kita pegang sekarang ni.

Dalam perbezaan pendapat, Para ulama dan sarjana Islam menggariskan beberapa adab dan etika. Antaranya, tidak fanatik (ta'assub), tidak berkelompok (tahazzub), perlu menghormati orang lain, tidak membidas (jarh) pembuat dengan bidasan yang keras, perlu meredakan punca-punca perbezaan, perlu mengutamakan ukhuwah dan silaturrahim. 

Perbezaan pendapat itu bagus... Kita bertambah ilmu jika dipandang dari sudut positif. Hargailah.. Jangan sebab tak sependapat kita unfriend orang lain.. Kita buang kawan.. Itu tindakan orang tak matang dan boleh mengurangkan rezeki... Kerana orang yang menyambung silaturrahim dan menjaganya dengan baik..insha Allah, Allah akan lapangkan rezekinya... 

Rasulullah S.a.w bersabda:
مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ
“Sesiapa yang mahu dimudahkan rezekinya dan ditambah umurnya maka hendaklah dia menyambungkan hubungan rahim.” (Shahih al-Bukhari, 2067. Shahih Muslim, no. 2557)

Rasulullah s.a.w bersabda:
فَإِنَّ صِلَةَ الرَّحِمِ مَحَبَّةٌ فِي الأَهْلِ، مَثْرَاةٌ فِي المَالِ، مَنْسَأَةٌ فِي الأَثَرِ

“Bahawa sesungguhnya silaturrahim itu adalah mahabbah (saling mencintai) di dalam keluarga, ia menambahkan harta, ia memanjangkan usia.” (Sunan at-Tirmidzi, no. 1979)

Kata ‘Abdullah B. ‘Umar r.a:
مَنِ اتَّقَى رَبَّهُ، وَوَصَلَ رَحِمَهُ، نُسّىءَ فِي أَجَلِه وَثَرَى مَالَهُ، وَأَحَبَّهُ أَهْلُهُ

“Siapa yang bertaqwa kepada Rabb-nya dan menyambung silaturrahim, nescaya umurnya akan dipanjangkan dan hartanya akan ditambah-banyakkan serta keluarganya akan mencintainya.” (Al-Adabul Mufrad, no. 58)

Kesimpulannya, jaga silaturrahim walaupun berbeza pendapat. Hormati pendapat orang lain..insha Allah orang lain pun hormat kita juga... 

06 Mei 2016

Punca dan Petua Merawat Simpul Biawak/Tarik Bengkarung!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tengah sedap layan TV, tertiba ter'simpul urat" kata orang, simpul biawak, ada sesetengah tempat panggil tarik bengkarung... Pernah kena, dan boleh tahan la sakitnya tu kan... 
Google images

Apa puncanya??? 

Menurut Dr. Zubaidi Ahmad kekejangan ini selalunya disebabkan keletihan otot yang digunakan dalam pergerakan yang berterusan dan menyebabkan pengumpulan asid laktik dalam otot berkenaan. Biasanya ia akan pulih dengan berehat yang akan memulihkan pengaliran darah ke otot berkenaan. 

Sebenarnya berpunca daripada dehidrasi, kekurangan garam mineral, seperti magnesium, potasium, sodium dan karbohidrat. Selain itu keadaan otot yang terlalu tegang serta kekurangan pengaliran darah di bahagian kaki akibat posisi yang tidak betul juga mencetuskan kekejangan.

Kata Dr. Zubaidi, dalam situasi sedemikian, cara terbaik untuk mengurangkan kesakitan ialah dengan berdiri dan berjalan bagi merenggangkan otot-otot berkenaan sekali gus darah akan turun ke kaki dan menghilangkan simptom tersebut.

Keadaan berkenaan boleh juga diredakan dengan membengkokkan kaki atau betis ke arah badan.

Urutlah betis perlahan-lahan menggunakan tapak tangan dengan minyak panas dan cuba berjalan dengan memijak pada hujung tapak kaki.

Sekiranya sakit berlarutan dan bahagian betis menjadi bengkak segeralah bertemu doktor kerana keadaan ini mungkin bukan kekejangan yang biasa tetapi terdapat darah beku dalam otot menyebabkan ia berlarutan.

Kekejangan itu turut berlaku kepada wanita-wanita yang hamil apabila otot mengeras disertai rasa sakit pada bahagian yang diserang. Kebiasaannya ia akan berlaku pada trimester kedua iaitu tiga bulan ke atas. Keadaan ini berpunca apabila rahim semakin membesar.

Malah, tekanan rahim yang membesar pada saluran darah juga turut mengganggu perjalanan darah ke bahagian kaki. Wanita yang hamil dinasihatkan tidak berdiri atau menyilang kaki dalam tempoh yang lama. 

Cuba renggangkan otot kaki pada siang hari dan sebelum tidur. Mereka juga dinasihat menggerakkan sendi-sendi pergelangan kaki dan jari supaya darah boleh mengalir dengan mudah. Selain itu pastikan meminum air dengan kuantiti yang secukupnya.

Tuaman menggunakan ais juga boleh melegakan kekejangan dan merenggangkan semula otot. Imbangan pemakanan dengan pengambilan makanan berkarbohidrat, air dan garam mineral yang secukup juga adalah penting dalam pencegahan kekejangan otot.

Petua Melegakan Simpul Biawak/Tarik Bengkarung

1. Minum banyak air dan makan kacang bergaram (Pastikan garam ada walaupun sikit dalam makanan anda). 

2. Banyakkan makanan berpotassium tinggi seperti pisang. 

3. Banyakkan minum susu, beras basmathi atau biskut bijan. 

4. Tekan tapak kaki dan picit-picitkan agar cepat lega. 

5. Picit ibu jari kaki sekuat hati untuk 60 saat. (pernah buat yang ni)

6. Picit bahagian pergelangan kaki. 

7. Tarik semua jari kaki. 

8. Sapu minyak panas pada jari kaki dan atas kaki (dekat tulang-tulang kaki). 

Sumber: Utusan Malaysia dan petua melayu lama
Suntikan Vaksin Menurut Para Ulama'

Suntikan Vaksin Menurut Para Ulama'

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Teringat masa kakak warded dua minggu lepas akibat demam... Soalan yang tak lupa dan pasti ditanya oleh doktor... "anak, divaksinkan lengkap tak?". Jika dulu tak tanya, tapi sekarang, soalan ni ditanya. Kerana ramai ibu bapa menolak vaksin atas pelbagai alasan. Apa pun, MF tak kata mana betul mana salah... cuma nak berkongsi ilmu.. Apa kata ulama' kontemporari mengenai suntikan vaksin ini... 

Jom baca...

Minggu lepas tulisan saya telah mendapat reaksi positif para pembaca. Terima kasih atas kesudian membaca dan memahami sebaik mungkin seterusnya ia menjadi suri teladan dalam kehidupan kita.

Walaubagaimana pun, ada sebahagian kecil yang yang tak berpuas hati dengan tulisan penjelasan tersebut. Sehingga ada pihak tertentu yang menjawab sinis, sarkastik dan malah menghina ulasan saya. Saya tidak boleh gambarkan bahawa terdapat dikalangan mereka yang menuduh saya sesat akidah dan syirik (Nauzubillah min zaalik). Apakah pertimbangan mereka dalam isu kewajipan vaksin ini? Saya merasakan cara penerimaan, tahap pendidikan dan konflik kepentingan tertentu (conflict of interest) yang menyebabkan mereka tanpa segan silu menuduh saya seberat itu. Saya pasrah, berlapang dada dan serahkan segalanya kepada Allah bagi menentukan amalan saya dihisab Akhirat nanti.

Asas isu ini adalah kewajipan vaksin berdasarkan Maqosid Syari'yyah yang saya tulisan dalam artikel sebelum ini [1]. Kenyataan saya tidak bercanggah dengan majlis fatwa dan Jakim. Malah Jakim juga sama terlibat secara langsung menerbitkan buku soal jawab imunisasi KKM (boleh download buku tersebut melalui www.suhazeli.com [2]).

Garis pemisah yang menentukan daruriyyat itu perlu diserahkan kepada yang ahli dalam bidangnya. Sebagaimana disebut oleh Prof Dr Zulkifli Al. Bakri, Dr Mujahid Abu Bakar, Prof Madya Basri Ibrahim, Dr Zulkifli Muda (Mufti Trg), Ustaz Ahmad Tarmizi Taha dan beberapa agamawan lagi dalam beberapa forum/wacana yang adakan, mereka menegaskan garis penentuan daruriyyat dalam bidang kesihatan adalah oleh orang perubatan yang ahli. Ulama meletakkan dasarnya sebegitu [lihat Youtube Dato Dr Zulkifli Muda, Mufti Terengganu - 3]

Saya bercakap bukan atas kapasiti individu, tetapi sebagai kapasiti profesion yang sudah tentu khulasah, perbincangan dan perbahasan sesama profesion telah dilakukan. 

Berikut adalah beberapa petikan dari para alim ulamak dalam menentukan pendirian terhadap wajibnya vaksin.

1. Resolusi Persidangan Ulama Sedunia 1992;
Menjadi Hak pemerintah mewajibkan rawatan secara paksaan ke atas rakyatnya jika penyakit tersebut boleh membahayakan masyarakat.

Menjadi hak kerajaan juga mengasingkan pesakit tersebut supaya tidak menyebabkan jangkitan kepada pihak lain.

Menjadi hak kerajaan juga mewajibkan suntikan vaksin untuk mencegah penyakit tertentu: 
.. ومن حق الدولة أن تفرض التطعيم والتحصين ضد مجموعة من الأمراض الخطيرة التي تصيب الأطفال والمجتمع مثل تحصينات الأطفال ضد الحصبة والسعال الديكي والدفتريا وشلل الأطفال والدرن. وقد أضيف إليها التحصين ضد التهاب الكبد الفيروسي من نوع B , وللفتيات قبل البلوغ التطعيم ضد الحصبة الألمانية, وكانت الدول تفرض التطعيم عند السفر ضد الجدري والكوليرا والحمى الصفراء وخاصة عند السفر إلى المناطق الموبوءة .. وقد تم بفضل الله سبحانه وتعالى, ثم بفضل حملات التطعيم المتتالية استئصال الجدري الذي كان يقتل الآلاف كل عام (3) .
وقد أمر النبي صلى الله عليه وسلم بالفرار من المجذوم لأن مرضه معدٍ فقال "فر من المجذوم كما تفر من الأسد" (4) ولأن في عدم علاج المرض المعدي ضرر والضرر يزال (5) .
ويُعد عمل الطبيب في هذه الحالة الطارئة واجباً عليه, مادام قادراً على علاج المصاب واستنقاذه, ولو امتنع الطبيب عن العلاج كان آثما (6) . فإن استنقاذ النفس مطلب شرعي.

Buhuth wa disarat min mauqi’ al islam al yaum
في عام ١٩٩٢ أصدر مجمع الفقه الإسلامي الدولي في دورته السابعة قرار ٦٧ تحت بند إذن المريض يُستقى منه وجوب التطعيمات ويمنح ولي الأمر العام فرضها وتباعا عدّ بعض الفقهاء حينها أن مخالفة الأمر هذا يعدّ مخالفة شرعية.
ب- لولي الأمر الإلزام بالتداوي في بعض الأحوال، كالأمراض المعدية والتحصينات الوقائية.
إن اقتناع الفقهاء بأن التطعيمات قضت على الجدري تماما وتقريبا على شلل الأطفال وأنه لا يوجد أي دليل على ضررها يعتمد على إدعاءات تقدمها الأمم المتحدة ومن يقف خلفها من شركات تصنيع التطعيمات.1

RESOLUSI MAJMAK FIQH SEDUNIA TAHUN 1992 DALAM PERSIDANGANNYA KALI KE 7 DI BAWAH PASAL KEIZINAN PESAKIT MEMUTUSKAN PEMERINTAH BERHAK MEWAJIBKAN SUNTIKAN VAKSIN KEPADA RAKYATNYA DAN MENURUT SEBAHAGIAN JIKA DINGKAR PERINTAH TERSEBUT, DIANGGAP MENYALAHI SYARAK. [4]

2. Dr Abdul Rahman bin Ahmad Al-Jur'i 
Dr Abdul Rahman bin Ahmad al Jur’I menyatakan, keizinan pesakit tidak diperlukan dalam rawatan jika tidak penyakit tersebut boleh merebak dan membahayakan pesakit atau orang lain.
LIHAT AHKAM AL IZN AL TIBBI OLEH DR ABDUL RAHMAN BIN AHMAD AL JUR’I.

3. Deklarasi Persidangan Fekah Sedunia 2009;
Majmak Fiqh sedunia telah mengeluarkan deklarasi mengggesa kementerian kesihatan dalam negara ummat Islam untuk melancakan kempen suntikan vaksin bagi menyelamatkan kanak-kanak dari penyakit yang merbahaya [5]

NAS DEKLARASI ADALAH SEPERTI BERIKUT:

بيان للتشجيع على التطعيم ضد شلل الأطفال
فى: الأحد 9 أغسطس 2009
طباعة البريد الالكترونى
الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد:
فإن أمانة مجمع الفقه الإسلامي الدولي اطلعت على فحوى القرارات التي اتخذتها المؤتمرات التي عقدتها منظمة المؤتمر الإسلامي على مستوى القادة والرؤساء، وعلى مستوى وزراء الصحة، وذلك في دول المنظمة للقضاء على مرض شلل الأطفال واستئصاله، ورفع مستوى الوعي حول السلامة منه وفوائد التطعيم ضده، وخطورته التي تكمن في إصابة الآلاف من الأطفال به، وتعرضهم لمختلف أنواع الإعاقات في أجسادهم.
وبناء على استفسارات الأمانة العامة لمنظمة المؤتمر الإسلامي الواردة لمجمع الفقه الإسلامي الدولي بموجب مذكرتها (OIC/ST-16(19)/2009/004060) بتاريخ 11 يوليو2009، وتأييدا للجهود الخيرية التي تُبذل للقضاء على مرض شلل الأطفال، من خلال وزارات الصحة في الدول الإسلامية، وبالتعاون مع الجهات المعنية.
وبعد الاطلاع على التقارير الصادرة من الجهات الطبية المتخصصة فيرجو مجمع الفقه الإسلامي الدولي أن يبيّن أن التطعيم ضد مرض شلل الأطفال أمر ثبت نفعه وأخذه شائع يأخذه كل أطفال العالم سواء في الشرق أو الغرب، وقد أثبتت تلك التقارير أن حملات التطعيم قد نجحت -بفضل الله- في تخفيض النسبة المئوية لانتشار مرض الشلل بين الأطفال في دول العالم الإسلامي إلى أكثر من 25%، وأن ترك التطعيم في بعض البلاد تسبب في إصابة المئات من الأطفال بالشلل، كما تسبب في نقل فيروس المرض مع المسافرين إلى عدة بلاد إسلامية مجاورة. وذكرت التقارير بأن تكثيف حملات التطعيم في المناطق النائية يمكن أن يقدم نتائج أكثر إيجابية، غير أن تلك التقارير قد نبهت إلى أن القائمين على تلك الحملات يجدون صعوبات بالغة في إقناع بعض أولياء الأمور بسبب سوء الفهم الذي يجدونه عندهم حول التطعيم ضد هذا المرض، اعتقادا منهم بأنه يؤدي إلى العقم لدى البنات، وبعد أن تبين ممن يوثق بهم من المتخصصين في الطب بأن هذه إشاعة مغرضة، لا أساس لها من الصحة، وأن وزارات الصحة في البلاد الإسلامية مطمئنة من خلو تلك اللقاحات من أية أضرار.
وبعد الاستذكار لخطورة هذا المرض على الأطفال وكونه من الأمراض المعدية التي تنتقل بينهم بطرق مختلفة، وإذا أصيب به أي طفل لازمه هذا المرض طوال حياته، وعاش معوقا محتاجا إلى رعاية خاصة، وعناية مستمرة، وقد يكون عالة على غيره، إضافة إلى ما يسببه له ذلك من أذى نفسي واجتماعي.
فإن أمانة المجمع تدعو الجهات المعنية في وزارت الصحة بدول العالم الإسلامي إلى مواصلة حملات التطعيم ضد هذا المرض، كما تحث الآباء والأمهات على المسارعة في تطعيم أبنائهم وبناتهم ضده، وذلك لما يلي:
أولاً: امتن الله عز وجل على الإنسان بأن خلقه في أحسن تقويم، قال عز وجل: (لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ)[الآية 4، سورة التين]. وامتدح عز وجل نبيه زكريا عليه السلام حين سأله ذرية طيبة، والدعاء بالذرية الطيبة يشمل العافية والسلامة في الجسم، قال عز وجل: ( هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء)[الآية 38، سورة آل عمران].
ثانياً: أوجب سبحانه وتعالى على الإنسان أن يصون جسده ويحافظ على سلامته ويجنبه كل ما يضر به قدر الإمكان، قال تعالى: (وَلاَ تُلْقُواْ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوَاْ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ)[195، سورة البقرة].
ونهى عز وجل عن أن يقتل الإنسان أولاده بأي نوع من أنواع القتل، ويدخل في ذلك التفريط في عما يضرهم، قال عز وجل: (وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُم إنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْءًا كَبِيرًا)[31، سورة الإسراء]. فالمحافظة على الحياة وصيانتها من كل ما يعرضها للضياع من آكد الواجبات في الشريعة الإسلامية، قال سبحانه: (مِنْ أَجْلِ ذَلِكَ كَتَبْنَا عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ أَنَّهُ مَن قَتَلَ نَفْسًا بِغَيْرِ نَفْسٍ أَوْ فَسَادٍ فِي الأَرْضِ فَكَأَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيعًا وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَا أَحْيَا النَّاسَ جَمِيعًا)[من الآية 32، سورة المائدة].
ويؤكد ذلك القاعدة المقررة في الشريعة لمنع الضرر والإضرار بكل صوره والتي هي نص حديث نبوي عن ابن عباس قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “لا ضرر ولا ضرار”.[أخرجه الإمام أحمد في مسنده، والحاكم في المستدرك، وغيرهما].
ثالثاً: مما رغب فيه الإسلام: المرء ابتغاء أسباب القوة، والأخذ بكل ما ينفعه، فعن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف وفي كل خير، احرص على ما ينفعك…”.[أخرجه مسلم في صحيحه، باب في الأمر بالقوة وترك العجز والاستعانة].
رابعاً: وقد حمّل الإسلام الآباء والأمهات مسؤولية عظيمة تجاه أبنائهم وبناتهم وخصوصا من لم يبلغ الحلم منهم، ووردت في ذلك أحاديث منها:
• ما رواه عبد الله بن عمر رضي الله عنهما أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: “كلكم راع ومسؤول عن رعيته فالإمام راع وهو مسؤول عن رعيته، والرجل في أهله راع وهو مسؤول عن رعيته، والمرأة في بيت زوجها راعية وهي مسؤولة عن رعيتها”.[أخرجه البخاري، ومسلم].
• وعن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: «كفى بالمرء إثما أن يضيع من يعول».[المستدرك على الصحيحين].
خامساً: وقد وردت في الحث على التداوي والأخذ بأسباب الشفاء والعلاج، أحاديث منها ما رواه أبو هريرة رضي الله عنْه عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “قَالَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاء.[أخرجه البخاري، باب بَاب مَا أَنْزَلَ اللَّهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً]. وفي رواية أخرى عن أسامة بن شريك رضي الله عنه قال: أتيت النبي صلى الله عليه وسلم وأصحابه كأنما على رءوسهم الطير فسلمت ثم قعدت فجاء الأعراب من ها هنا وها هنا، فقالوا: يا رسول الله أنتداوى؟ فقال: “تداووا فإن الله عز وجل لم يضع داء إلا وضع له دواء غير داء واحد الهرم”.[أخرجه أبو داود، والترمذي، وأحمد].
سادساً: ويعتبر تطعيم الأطفال ضد مرض الشلل علاجاً وقائياً من المرض الذي يخشى منه قبل وقوعه؛ وهو ما يسمى في عصرنا بالطب الوقائي، وقد أقر الإسلام هذا المبدأ، فقد ورد في ذلك عن النبي صلى الله عليه وسلم قوله: (من تصبح بسبع تمرات من تمر المدينة لم يضره سحر ولا سم)[أخرجه البخاري، باب الدواء بالعجوة]. كما أقره بما ورد من قواعد الحجر الصحي في مرض الطاعون، قال صلى الله عليه وسلم: “إذا سمعتم بالطاعون بأرض فلا تدخلوها، وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تخرجوا منها”[أخرجه البخاري، باب ما يذكر في الطاعون].
هذا والإسلام يدعو إلى الاستفادة من كل بحث أو إنجاز علمي يسهل حياة الإنسان وييسرها على هذه الأرض.. فهو قد جاء لتحقيق خير الناس وسعادتهم في الدنيا والآخرة. قال تعالى: (فَاسْأَلُواْ أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ)[43، سورة النحل]، وقال سبحانه: (وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ)[107، سورة الأنبياء].
سابعاً: إن دفع الأمراض بالتطعيم لا ينافي التوكل؛ كما لا ينافيه دفع داء الجوع والعطش والحر والبرد بأضدادها، بل لا تتم حقيقة التوكل إلا بمباشرة الأسباب الظاهرة التي نصبها الله تعالى مقتضيات لمسبباتها قدرا وشرعا، وقد يكون ترك التطعيم إذا ترتب عليه ضرر محرما.
وبناء على ما سبق فإن أمانة المجمع ترجو من وزارات الصحة في البلدان الإسلامية التكثيف من الجهود التي تبذلها لمكافحة مرض شلل الأطفال، وتأمل من الآباء وأولياء الأمور الاستجابة لتلك الحملات حرصا منهم على تهيئة كل ما ينفع أبناءُهم وبناتهم وتجنيبا لهم عن كل ما يضرهم، كما تأمل من علماء الشريعة وأئمة المساجد حث الناس على الاستجابة لتلك الحملات، وتشجيع الناس على التطعيم ضد هذا المرض.
أ. د. عبدالسلام العبادي
أمين عام مجمع الفقه الإسلامي الدولي

Suntikan ke atas kanak-kanak berrtujuan mencegahnya dari mendapat penyakit yang merbahaya wajib dilakukan oleh pihak berkuasa jika sekiranya kesan suntikan tersebut boleh mencegah dari penyakit yang merbahaya dan boleh merebak. Sebaliknya jika tidak dilakukan suntikan, kemudoratan akan berlaku .

Lihat AL QODOYA AL FIQHIYYAH AL MUASIRAH karangan Prof Muhyidin al Qurrah Daghi dan Prof. Ali Yusuf al Muhammadi. ms. 172 dan seterusnya

4. Pandangan Islam Terhadap Penyakit Yang Berjangkit. [6]

i- Wajib ke atas individu berusaha mencegah dan menghapus penyakit yang merbahaya sesuai dengan sabda nabi SAW:

"لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ"
Kemudoratan hendaklah dihapuskan [HR Ibnu Majah.]

ii-Wajib diyakini bahawa yang memberi manfaat dan mudorat ialah Allah SWT. Namun begitu menjadi sunnatullah ada penyakit boleh merebak, oleh hendaklah diusahakan dengan melakukan sebab-sebab untuk membendung penyakit tersebut dalam keadaan mempunyai keyakinan seperti yang tersebut.

Ikhtiyar tersebut diarah oleh nabi SAW melalui sabda baginda SAW:

لَا يُورِدُ مُمْرِضٌ عَلَى مُصِحٍّ

Janganlah orang sakit (yang mengidap penyakit yang memberi mudorat kepada pihak lain) bergaul dengan orang sihat. [HR Muslim.]

iii- Islam bermatlamatkan mendatangkan ketenangan ke dalam diri manusia melalui akidah tersebut dan juga menggesakan manusia berusaha sebagaimana yang dikehendaki oleh sunnatullah iaitu berusaha untuk mencapai sesuatu.

iv- Suntikan untuk mencegah penyakit berjangkit (yang mendatangkan mudorat seperti lumpuh) dalam kalangan kanak-kanak adalah termasuk dalam langkah pencegahan dan dituntut oleh syarak dan digesa oleh hukum Islam. Oleh itu wajib ke atas orang Islam memberi kerjasama untuk diberi suntikan vaksin kepada anak-anak dan menjaga mereka dari penyakit yang boleh membinasakan.

Kesimpulan

i. Suntikan vaksin adalah satu keperluan asasi pada masa ini dengan pengesahan dari pakar-pakar muslim yang berwibawa dan diakui oleh para ulamak.

ii. Islam mengarahkan ummatnya agar merujuk kepada pakar dalam merungkai sesuatu isu. Setelah merujuk kepada pakar, para ulamak memutuskan kerajaan berhak mewajibkan suntikan tersebut ke atas rakyat bertujuan untuk mencegah kemudoratan. Usaha ini tidaklah boleh dianggap penyelewengan dalam pegangan akidah, bahkan sebaliknya ia selari dengan arahan nabi SAW yang menyuruh ummatnya agar merawat penyakit yang dihadapi.

iii. Jumhur perpendapat hukum asal berubat adalah harus dan boleh bertukar menjadi wajib jika diwajibkan oleh pemerintah atau jika tidak dirawat boleh membahayakan nyawa.

iv. Bahkan ada yang berpendapat mereka yang menjadi penyebab kepada jangkitan tersebut dianggap pembunuh. [7]

Semoga Bermanfaat [8]

Link Rujukan 
[1] Artikel di www.suhazeli.com bertajuk Vaksin adalah Tuntutan Maqosid Syari'yyah. 
[2] PDF file di menu My Folder laman web www.suhazeli.com 
[3] Youtube pembentangan Mufti Terengganu semasa Persidangan Pakar Perubatan Keluarga ke 17 di Terengganu 
[4] https://www.islamtoday.net/bohooth/services/printart-86-7287.htm1
[5] http://www.iifa-aifi.org/2647.html(7).
[6] Fawta Prof. Dr Ali Jumaah Mantan Mufti Mesir. (Fatwa Dar Ifta, Mesir dar-alifta.org.eg).
[7] Sila Rujuk AL MAUSU’AH AL TIBBIYYAH AL FIQHIYYAH MS 706. Karangan Dr Ahmad Kan'an.
[8] Terima kasih kepada Ustaz Ahmad Tarmizi Taha yang sediakan bahan bacaan yang amat bermanfaat ini.

Tulisan: Dr Suhazeli Abdullah 

Boleh rujuk juga artikel mengenai hukum vaksin tulisan Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri.

Jom tambah ilmu... Nak buat sesuatu biar dengan ilmu bukan mengikut orang... Kaji, faham, teliti... dan jangan harap cikgu google sahaja... jika kita sendiri tak yakin.. jangan cuba nak yakinkan orang lain pula...  
Hukum Memberi Nama Gelaran dan Panggilan Anak Syurga!

Hukum Memberi Nama Gelaran dan Panggilan Anak Syurga!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Tengah viral dan kecoh pasal nama gelaran waktu ni... Pasal #anaksyurga. MF terbaca juga viral post tu semalam di Facebook... Siap bertekak, bergaduh juga mak-mak ni bagaikan keyboard worrior nak pertahankan pendapat masing-masing... Adehh... Be matured la mak-mak... Isu kecil je pun... 

Jadi, sebagai blogger, isu ni buatkan MF mula research pasal nama gelaran. MF pun pernah belajar Fiqh dan hukum pasal nama gelaran ni satu ketika dulu. Jadi, MF nak kongsi kat sini, hukum memberi nama gelaran kepada seseorang. Tak kira la anak ke, orang lain ke atau sesiapa sahaja. Dan MF pasti setiap orang ada nama gelaran masing-masing kan. 

Larangan Memberikan Laqab (Gelar) yang Jelek/Buruk

Allah ta’ala berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا يَسْخَرْ قَومٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلا نِسَاءٌ مِنْ نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلا تَنَابَزُوا بِالألْقَابِ بِئْسَ الاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الإيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

“Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” [QS. Al-Hujuraat : 11].

عن أبي جبيرة بن الضحاك قال : فينا نَزلتْ - في بنى سلمة -  ( وَلا تَنَابَزُوا بِالألْقَابِ )  قال : قَدِمَ عَلينَا رسولُ الله صلى الله عليه وسلم وليسَ مِنَّا رَجُلٌ إلا لَه اسمَانِ ، فَجَعَل النَّبيُ صلى الله عليه وسلم يَقولُ : ( يَا فُلان ) فَيقولُونَ يا رسول الله إِنَّهُ يَغضَبُ مِنهُ

Dari Abu Jubairah bin Adl-Dlahhaak ia berkata : “Firman Allah ta’ala : walaa tanaabazuu bil-alqaab turun kepada kami dan Bani Salamah”. Ia kembali berkata : “Ketika Rasulullah s.a.w mengunjungi kami, tidaklah seorang pun di antara kami melainkan mempunyai dua nama. Lalu Nabi s.a.w bersabda: “Wahai Fulan”. Maka mereka berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya ia marah (dipanggil dengan nama itu)”  [HR. Al-Bukhari dalam Al-Adabul-Mufrad no. 330, Abu Dawud no. 4962, Ibnu Majah no. 3741, dan yang lainnya; sahih].

Haram hukumnya memberikan laqab (gelar) yang buruk dan saling memanggil dengannya. Jika laqab tersebut mengandung pujian (yang tidak berlebihan) dan orang tersebut menyukainya, maka diperbolehkan. Ini dapat dibuktikan dari perbuatan Rasulullah s.a.w yang memberikan laqab (gelar) kepada beberapa orang shahabat, seperti Amiinul-Ummah kepada Abu ‘Ubaidah, Dzul-Janaahain kepada Ja’far bin Abi Thaalib, dan yang lainnya r.a.

Al-Imam An-Nawawiy rahimahullah berkata :

واتفق العلماء على تحريم تلقيب الإِنسان بما يكره، سواء كان له صفة؛ كالأعمش، والأجلح، والأعمى، والأعرج، والأحول، والأبرص، والأشج، والأصفر، والأحدب، والأصمّ، والأزرق، والأفطس، والأشتر، والأثرم، والأقطع، والزمن، والمقعد، والأشلّ، أو كان صفة لأبيه أو لأمه أو غير ذلك مما يَكره‏.‏ واتفقوا على جواز ذكره بذلك على جهة التعريف لمن لا يعرفه إلا بذلك‏.‏‏

“Para ulama sepakat diharamkannya memberikan laqab (gelar) pada seseorang dengan gelar yang ia benci, baik gelar tersebut diambil dari sifatnya seperti : Al-A’masy (si rabun), Al-Ajlah (si botak), Al-A’maa (si buta), Al-A’raj (si pincang), Al-Ahwal (si juling), Al-Abrash (yang mengidap penyakit kusta), Al-Asyaj (yang kepalanya luka), Al-Ashfar (si kuning), Al-Ahdab (si bungkuk), Al-Asham (si bisu), Al-Azraq (si biru), Al-Afthasy (si pesek), Al-Asytar (si cacat), Al-Asyram (si sumbing), Al-Aqtha’ (si buntung), Az-Zaman (si pengidap penyakit yang tidak akan sembuh), Al-Maq’ad (yang selalu duduk), dan Al-Asyal (si lumpuh); atau menjulukinya dengan sifat ibu atau bapaknya atau julukan lainnya yang tidak ia senangi. Namun para ulama sepakat tentang kebolehan memberikan laqab (julukan) seperti itu jika seseorang tidak dikenal melainkan dengan laqab tersebut” [Al-Adzkaar oleh An-Nawawiy, 2/342; Maktabah Nizaari Mushthafa Al-Baaz, Cet. 1/1417 H].

Google images

Memberi Gelaran/Nama Panggilan kepada Anak Kecil

Diperbolehkan memberikan kunyah kepada anak kecil, sebagaimana tertera dalam hadits :

عن أنس بن مالك قال كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أحسن الناس خلقا وكان لي أخ يقال له أبو عمير قال أحسبه قال كان فطيما قال فكان إذا جاء رسول الله صلى الله عليه وسلم فرآه قال أبا عمير ما فعل النغير قال فكان يلعب به

Dari Anas bin Maalik r.a, ia berkata : “Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling baik akhlaqnya. Dan aku mempunyai saudara lelaki yang dipanggil Abu ‘Umair yang aku rasa waktu itu sedang dalam tempoh putus tempoh penyusuan. Apabila Rasulullah s.a.w datang dan melihatnya, beliau menyapanya : “Wahai Abu ‘Umair, apa yang terjadi pada An-Nughair (si burung pipit kecil)?”. Waktu itu ia sedang bermain dengan nughair” [HR. Al-Bukhari no. 6129,6203; Muslim no. 2150; Abu Dawud no. 4969; At-Tirmidzi no. 333,1989; Ibnu Majah no. 3720; Ibnu Hibbaan no. 2308, 2506; dan yang lainnya].

Berdasarkan dalil nas diatas jelaslah, hukum memberi gelaran buruk tu haram... Tapi bagaimana pula dengan gelaran "anak syurga"?

Adakah boleh atau tak boleh??? Mana dalil??? Adakah tak bagus??? Adakah Anak syurga tu khas untuk anak yang dah tentu masuk syurga sahaja??? 

Baiklah... MF nak kongsikan sikit kisah seorang ustazah yang mendidik anak-anak muridnya yang agak "nakal" [tak suka guna perkataan ni sebenarnya, tapi nak bagi mudah faham kan... terpaksa guna juga]... 

Cara didikan Nabi terhadap anak-anak iaitu memberi pujian, nasihat dan teguran serta panggilan yang baik... MF petik sikit apa yang tertulis dalam blog Ustazah Siti Khadijah ni ye... 

Memang pada minggu lalu saya membahasakan panggilan untuk para pelajar tahun 4 Mutiara sebagai ‘anak-anak syurga.’ Ketika kali pertama memanggil mereka dengan panggilan ‘anak-anak syurga’, mereka bertanya. 
Kenapa ustazah panggil kami ‘anak-anak syurga’? 
Syurga itu suatu tempat yang sangat cantik dihuni oleh oleh orang baik-baik. Sementara ‘anak syurga’ adalah merupakan panggilan untuk anak yang baik-baik. Anak yang mendengar kata dan sangat baik dengan guru. Ustazah lihat, kamu semua ada ciri-ciri itu. Kerana itu ustazah mahu panggil kamu ‘anak-anak syurga’ biar nanti kamu akan benar-benar dapat masuk syurga.” Balas saya apabila mereka bertanya pada minggu lalu. 
Apa sahaja yang mereka lakukan semasa sesi P&P pada minggu lalu, saya akan menyebut, 
‘anak syurga begitu…’
‘anak syurga begini…’ 
Ini membuatkan mereka seronok dipanggil dengan panggilan tersebut. Hari ini, saya benar-benar terlupa mahu memanggil mereka sebagaimana panggilan pada minggu lalu. Sama sekali saya tidak menyangka Faizal masih mengingati panggilan tersebut dan menuturkan kata-katanya sebentar tadi. 
Saya lantas memuji ingatan Faizal tersebut yang mengingati sikap atau ciri anak-anak syurga yang pernah dinyatakan minggu lalu. Pujian saya masih seperti biasa mengikut format pujian Teknik Nabi sebagaimana di atas. 
Bagus! Anak syurga bukan hanya mengikut kata-kata guru, anak syurga juga sentiasa mengingati pesanan guru mereka. Sukanya ustazah apabila ada yang mahu ikut dan ingat pesanan ustazah. Ini yang membuatkan ustazah mahu masuk selalu kelas ini.”

Faizal si pengirim mesej cinta alias ketua kelas 4 Mutiara senyum tersipu, tetapi gembira. Kemudian saya kembali mengulangi panggilan bagi semua pelajar tahun 4 Mutiara sebagai ‘anak-anak syurga’.

“Anak-anak syurga!” Sapa saya.

“Saya, ustazah.” Balas mereka beramai-ramai.

“Siapa di dalam kelas ini mahu jadi anak-anak syurga?”  Tanya saya lagi.

“Saya, ustazah.” Serentak jawapan mereka.
“Bagus, anak-anak syurga akhlaknya baik. Dia akan ikut semua kata guru. Siapa mahu ikut cakap ustazah?” Sengaja saya bertanya lagi.

“Saya…saya…saya.” Jawab mereka lagi 
“Bagus, doa ustazah kamu semua akan jadi anak-anak syurga yang baik. Boleh anak-anak syurga ustazah yang baik dalam kelas 4 Mutiara ini salin nota yang ustazah tulis di papan putih?” 
“Boleh, Ustazah.” Bersemangat sekali mereka menjawabnya. 
Selepas saya menyudahkan mota di hadapan kelas, saya mula bergerak dari satu meja ke satu meja pelajar. Tujuan saya hanya satu, saya mahu dorong mereka menyiapkan nota dan menghantarnya. 
Apabila saya melihat ada pelajar yang sudah menyalin separuh, saya memuji, “Bagus, kamu sudah tulis separuh. Sedikit lagi mahu habis, teruskan menulis. Nanti kerja kamu akan cepat siap.” 
Apabila sampai di meja pelajar yang masih terkial-kial mahu menyalin, dan kerjanya baru menulis hari dan dan tarikh, saya juga memuji. 
“Bagus, kamu sudah menggaris dan menulis hari juga tarikh. Ini menunjukkan kamu sudah bersedia mahu menyalin pelajaran di papan putih. Teruskan menyalin, lama-kelamaan kerja kamu akan siap.”
************************

Saya senyum gembira. Apabila self-esteem  anak-anak kelas belakang meningkat, ternyata mereka punya kesedaran belajar sendiri. Dan siapa sangka, dorongan Teknik Nabi yang digabungkan bersama panggilan ‘anak-anak syurga’ sangat membantu meninggikan self-esteem mereka hari itu. Banyak impak positif yang berlaku dan proses P&P menjadi sangat mudah. [sumber: Blog Ustazah Siti Khadijah]
Berdasarkan perkongsian pengalaman ustazah tu dan Pengalaman MF sendiri handle pelajar bermasalah, pernah juga panggil dengan panggilan sebegini... Sebenarnya panggilan anak syurga itu tidaklah salah... cuma ianya boleh terjadi salah faham sekiranya digunakan dalam kalangan masyarakat kita. Sebab apa? Sebab masyarakat Melayu Islam di Malaysia dah sebati dah dalam minda bahawa, panggilan dan gelaran anak syurga itu khusus dan kebiasaannya digelarkan kepada anak-anak yang istimewa dan anak-anak yang belum mencapai usia baligh tapi dah meninggal dunia. Itu yang jadi isunya sampai bertekak kat facebook tu... Memang takde dalil pun bab ni, yang ada dalilnya bab memberi nama atau gelaran buruk seperti yang MF kupaskan di atas. 

Jadi, gunalah untuk puji anak kita cuma bila jadi terlalu umum macam tu, yang ada petik 'ustaz kata' la, 'ustazah kata' la kan... Sebenarnya, tuan punya post tu sekadar nak jelaskan..jika guna secara umum takut orang faham anak kita dah meninggal ataupun tak sempurna. MF pun pernah panggil dan gelarkan anak-anak MF dengan gelaran anak istimewa, tu pun orang salah faham... Orang ingat anak MF OKU agaknya... siap tanya anak MF sakit apa... tengok.. orang salah faham kan... jadi, tapi MF jelaskan, bukankah setiap anak tu memang dilahirkan istimewa??? Senang kata, kita panggil je la, tapi tak perlu di "hashtag" atau publish umum panggilan tu takut orang salah faham. 

Anak syurga, itulah doa untuk anak-anak kita... moga menjadi penghuni syurga... Namun, jangan hanya panggilan dan doa tanpa usaha untuk menjadikan anak kita betul-betul anak syurga. Kita ni, nak sangat anak kita jadi anak soleh/solehah penghuni syurga, tapi hanya doa tanpa usaha nak ke sana. Panggilan yang baik dalam mendidik merupakan teknik Nabi mendidik anak kecil. Anak kecil suka dipuji... Jadi pujilah anak kita ye... tapi tak perlu letak ayat pujian dengan hashtag di Facebook... takut orang tak faham dan salah faham.

Anak Cacat dan Anak Belum Baligh Masuk Syurga

Semua bayi dan anak kecil belum baligh yang meninggal akan masuk syurga. Ini berdasarkan satu dalil dari sebuah hadis Qudsi:

Allah SWT berfirman pada hari kiamat kepada anak-anak:
"Masuklah kalian ke dalam surga!" Anak-anak itu berkata: "Ya Rabbi (kami menunggu) hingga ayah ibu kami masuk." Lalu mereka mendekati pintu syurga! tapi tidak mau masuk ke dalamnya. Allah 
berfirman lagi: "Mengapa, Aku lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam surga!" Mereka menjawab: "Tetapi (bagaimana) orang tua kami?" Allah pun berfirman: "Masuklah kalian ke dalam syurga bersama orang tua kalian." (Hadis Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurahbil bin Syua'ah yang bersumber dari sahabat Nabi SAW)

Istilah "al-wildan" dalam Hadis Qudsi diatas adalah kata jama', mufradnya (kata tunggalnya) adalah "al-walid", ertinya anak yang baru dilahirkan, yaitu bayi atau anak kecil yang belum akil baligh. Jadi maksudnya ialah anak kecil yang meninggal dunia. Hal itu diterangkan dalam Hadits lain yang diriwayatkan Ibnul-Atsir sebagai berikut:
"Anak kecil (yakni yang meninggal dunia selagi kanak-kanak atau keguguran), masuk syurga." tentu saja orang tua bayi tersebut harus muslim, jika orang tua bayi tersebut non muslim, maka jelas tempatnya kedua orang tuanya bukan di syurga. hanya bayi tersebut yang masuk syurga.

Jadi, tak perlu la pertikaikan bab tu ye.. Syurga neraka kerja Allah... kita sibuk nak anak masuk syurga, kita pula macam mana??? Tak perlu kita pening pikir kerja Allah... Tak perlu sibuk nak tahu... Bagi anak yang masih ada, didik supaya jadi anak syurga... 

Cari gali ilmu, tengok rancangan keagamaan, dampingi ulama' dan perbanyakan buka kitab... bukan buka novel lebih dari buka kitab... Jadi, ibu bapa ni akan buatkan kita belajar ilmu baru setiap hari... Tambahan, mak bapak zaman sekarang ni suka isukan hal remeh...dan pentingkan hal sepatutnya. Jadi bersedialah... 

Sumber: Hasil bacaan, penelitian dan olahan serta pengalaman penulis dari internet dan kitab-kitab fiqh

14 Kemanisan Musibah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Musibah itu sakit, tapi ada manisnya bagi orang yang berfikir.


1. Musibah menghapuskan dosa
2. Musibah meringankan hukuman di akhirat
3. Merasa insaf diri/
4. Membuka pintu taubat
5. Menjadikan diri lebih baik.
6. Mendekatkan diri kepada Allah.
7. Melembutkan jiwa
8. Hidup ini hanya sementara.
9. Menguatkan iman.
10. Meningkatkan darjat
11. Menambah pahala.
12. Praktikal beriman kepada qada dan qadar
13. Tanda Allah suka.
14. Ada kejutan yang lebih baik dari Allah.


JAdi, lihatlah musibah dari sudut yang positif..
Setiap yang Allah berikan untuk kita ada kebaiknya,
Sabar, redha dan tawakal kepada Dia.

1st Giveaway by Aura Queen

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

1st Giveaway by Aura Queen 

1st Giveaway by Aura Queen.Giveaway ini diadakan sempena PEMBUKAAN BLOG AURA QUEEN ORIGINAL.Doa dan harapan kami di Aura Queen,semoga anda sudi join ya.Semoga Giveaway ini mendapat sambutan dari sahabat blogger sekalian.Giveaway Aura Queen ini adalah tajaan sepenuhnya AURA QUEEN ORIGINAL.Giveaway terbuka kepada semua blogger di Malaysia.1st Giveaway by Aura Queen bermula pada hari ini,6 May 2016 dan akan berakhir pada 31 May 2016 jam 11.59 malam.Cepat cepat JOIN.Aura Queen mencari LIMA PEMENANG BERTUAH yang akan memenangi WANG TUNAI RM50 dan juga Feminin Wash AURA QUEEN.


*SILA TEKAN BANNER DIATAS UNTUK JOIN*

SYARAT SYARAT 1st GIVEAWAY by AURA QUEEN 


1 - BUAT SATU ENTRI GIVEAWAY
Buat satu entri bertajuk " 1st Giveaway by Aura Queen ''.

2- FOLLOW BLOG 

3- LIKE PAGE FACEBOOK

4- FOLLOW INSTAGRAM

5. Copy CODE di bawah dan PASTE di ruangan html 

6. Copy paste LINK entri GIVEAWAY anda hanya di ruangan komen entri Giveaway ini sahaja


Feminin Wash AURA QUEEN


Feminin Wash AURA QUEEN , Feminine Wash Aura Queen


Rahsia Penjagaan Bahagian Intim Wanita Bersama Feminin Wash AURA QUEEN

- Menjadikan bahagian intim wanita akan terasa harum dan segar sepanjang hari..." Feminin Wash AURA QUEEN boleh membantu menyelesaikan masalah kegatalan bahagian intim wanita dan menghilangkan bau.Haruman mempesona..Kesegaran yang kekal lama...Feminin wash AURA QUEEN terbaik untuk wanita masakini.
- Aura Queen menggunakan bahan-bahan tradisi di tambah baik dengan yang moden menjadikan Feminin Wash AURA QUEEN terasa harum segar dan mendapat kebaikannya pada si pemakai .

Kelebihan Feminin Wash AURA QUEEN 

- Bau wangiannya yang segar 
- Kandungannya pekat dan menjimatkan 
- Terasa nyaman bila digunakan dan kesegaran berpanjagan 
- Memberi keyakinan diri 


Fungsi Feminin Wash AURA QUEEN 

- Mengatasi masalah keputihan 
- Mengatasi masalah bau yang tidak menyenangkan 
- Antiseptik ( menghalang bakteria dan fungus ) 
- Menghilangkan kegatalan 
- Menganjalkan dan memelihara kulit 
- Menstabilkan PH vagina 
- Mencerahkan 
- Mengetatkan 
Kandungan : Aqua, Sireh, Manjakani, Aloe vera, Kacip fatimah, Garam bukit, Cola lipid 

Cara Penggunaan Feminin Wash AURA QUEEN 

- Titiskan pada tapak tangan dan cuci pada alat sulit wanita hingga berbuih,biarkan 3 hingga 4 saat dan bilas sehingga bersih. 

Isi kandungan 100ml 

Maklumat Lanjut Feminin Wash AURA QUEEN


Untuk respon lebih cepat ( pertanyaan/order ) anda boleh Call,WhatsApp atau Sms no tertera di bawah :

📞 014-9323212
📞 014-9323212
📞 014-9323212

FEMININE WASH AURA QUEEN SAHABAT BAIK ASET ANDA !!
FEMININE WASH AURA QUEEN HARUMAN PENCETUS KETERUJAAN SUAMI....


1st Giveaway by Aura Queen adalah tajaan sepenuhnya Aura Queen Original.Terima Kasih kerana sudi join Giveaway ini.


Giveaway Nurfuzie & THE BABY STORE - Malaysia Baby Online Shop

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

klik untuk sertai
Berita Baik! Hari ini kami Nurfuzie dan The Baby Store nak jemput semua blogger-blogger yang hebat untuk sama-sama meriahkan Giveaway kami. Hadiah menarik akan diberikan kepada 10 pemenang. Kami dari The Baby Store selaku penaja utama GiveAway ini.


Sebuah Kedai Bayi Online yang meningkat naik dan menjadi pilihan ibu-bapa untuk membeli barangan kelangkapan ibu dan anak di atas talian. 

Mempunyai lebih 700 barangan untuk dipilih dan mempunyai pelbagai jenama antarabangsa dan tempatan.
Antara Barangan yang Hot di The Baby Store
Anda boleh klik pautan diatas untuk melihat produk tersebut.

Setiap pendaftaran akaun baru di The Baby Store akan menerima 200 mata ganjaran dimana boleh ditebus pada belian pertama dan setiap belian juga anda akan dapat mata ganjaran yang boleh ditebus pada belian seterusnya. Sangat menguntungkan.

========================================================================

Untuk melayakkan anda menyertai GiveAway ini, anda perlu memenuhi beberapa syarat mudah yang perlu anda patuhi. Sebelum tu mari tengok senarai hadiah dulu.

SENARAI HADIAH PEMENANG

Wang tunai Rm100 x Tempat Pertama

Wang tunai Rm50 x Tempat Kedua

Wang tunai Rm30 x Tempat Ketiga

Head Rest Massage x 10 Unit (Tempat Pertama hingga Kesepuluh)

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Like facebook penaja.
  
2. Follow instagram penaja.

3. Follow Blog penaja
4. Buat satu entry khas dengan tajuk Giveaway Nurfuzie & THE BABY STORE - Malaysia Baby Online Shop

  • Copy Coding yang disediakan dan paste kan di html blog post anda.
  • Tinggalkan link entry di kotak komen di entry ini.
  • Tarikh tutup pada 5 Jun 2016 jam 11.59 malam.
  • Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti membuat blog post, memenuhi syarat yang ditetapkan. Keputusan juri adalah muktamad.
5. Share/Ping Artikel ini di samaada di Facebook Personal anda, Fanpage atau Facebook Group lain.

Semoga berjaya semua..

Nota Tambahan : - Jika anda adalah seorang blogger dan ingin menjana pendapatan melalui blog anda. Anda boleh sertai Program Affiliate The Baby Store. Pihak The Baby Store akan guide anda bagaimana anda boleh membuat duit melalui blog anda dengan program ini. 

Sasaran The Baby Store adalah membantu para Affiliate menjana sekurang-kurangnya RM2000 sebulan tanpa menjual. Hanya post artikel yang dibekalkan oleh The Baby Store sahaja. Mudah kan?

Jika anda berminat anda boleh klik di link ini --> Program Affiliate The Baby Store

05 Mei 2016

Tips Mencari Jodoh Terbaik!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Perkongsian lama, untuk renugan buat remaja dan ibu bapa yang punyai anak remaja... dalam mencari jodoh terbaik!!!


Oh, sebenarnya saya mahu share sesuatu dari lecturer yang saya hormati. Dalam kelas tadi, ada seorang sahabat bertanya,

"Doktor rasa sesuai tak kahwin muda masa tengah belajar?"

Jawapan Doktor sangat menarik bagi saya.
"Kalau saya ada anak perempuan yang minta kahwin masa belajar, akhlaknya bagus, pengurusan dirinya tersusun, hubungan dengan Allah terjaga, saya akan kahwinkan dia terus. Lebih lagi kalau satu kelas atau satu universiti. Tapi kalau anak perempuan saya yang minta nak kawen tu, hidupnya dengan TV, akhlaknya entah kemana, solatnya di hujung waktu, tentu saya tak bagi."

"Why?" soal saya dalam hati. Kemudian hati saya jawab kembali, "Yelah. Tak bersedia la tu."
Tapi jawapan Doktor cukup berbeza.

"Kalau anak perempuan saya tu, akhlak tak jaga dan saya bagi dia kawen. What do you expect from her husband? A very good husband? Sedang janji Allah lelaki yang baek adalah untuk oerempuan yang baek. Anak perempuan saya belum cukup baek,saya bimbang dia bawa balik calon yang juga tidak baek."

Jawapan yang ringkas,tapi bermakna buat yang ingin bermuhasabah diri.

Saya suka pendekatan Dr Ridhwan.

Antara tip laen yang saya berjaya kaut adalah pesanan Dr pada kami.

"Lepas ni bila u all kawen, ada isteri/suami, then suami/isteri u all buat masalah/sakit.. Benda pertama yang u all kena buat adalah solat taubat. Sebab dosa kita,boleh jadi sebab isteri/suami/anak jadi nakal, tak dengar orang dan sebagainya"

Reflecting. It is the concept. Sebelum kita nak tuduh orang lain salah,kita tengok diri kita sendiri dulu bagaimana. Terbaik tips Dr!

# SEBARKAN agar ibu bapa dan rakan-rakan membacanya!
Sumber: Pakar Diari Hati

Tips Menggalakkan Anak-anak Bertudung!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Dianugerahkan dua orang cahaya mata perempuan.. Alhamdulillah.. Rezeki Allah... Ramai orang anak perempuan kan.. Tapi tak dapat.. Kami pula memang tak rancang nak anak jantina lelaki atau perempuan.. Tapi rezeki kami.. Orang tengok seronok.. Tapi berat amanah dan tanggungjawab memelihara anak perempuan.. Sebab tu orang tua-tua kata... Jaga lembu sekarang lebih mudah dari jaga anak dara seorang.

Salah satu didikan awal anak perempuan yang MF dan suami tekankan ialah bab aurat. Masa kecil dan bayi lagi kami tak beli baju ketat-ketat.. Baju lengan panjang.

Bila dah besar.. Umur dua tahun.. Mula biasakan keluar rumah dengan baju yang sopan walaupun tak bertudung.. Tapi si kakak ni lebih mudah.. Dia memang nak pakai tudung sebab selalu tengok MF Bertudung... Itu salah satu cara mudah nak didik anak tutup aurat.. Iaitu melalui teladan... Ibu bapa tunjukkan contoh, anak pasti ikut... Sama macam solat... Biar dia tengok apa kita buat.. Dia mudah ikut.. Kadang yang tak baik pun dia ikut.. Sebab anak-anak ni macam span kan.. Menyerap tanpa menapis... Sebab belum Mumaiyiz...

Si adik ni mencabar sikit.. Tak suka letakkan apa-apa dikepalanya... Tapi masa umur setahun, MF dan suami selalu bawa naik motor... Jadi, dia kena pakai topi... Jadi, memula dia tak nak tapi cakap berbaik kenapa kenapa kena pakai topi... Akhirnya dia biasa... Bila kepalanya dah biasa ada benda di atasnya... Lebih mudah nak didik dia pakai tudung.

Akhirnya, satu hari tu, dia sendiri ambil tudung kakak dan pakai.. Terkejut juga dengan perubahan drastik tu.. Tapi syukur.. adik tak perlu dipaksa. Dan bab bertudung memang tak pernah dipaksa.. Nak pakai, pakai.. Tapi selalu pesan.. Nak keluar rumah pergi jalan-jalan kena pakai elok.. Baju longgar, lengan panjang, bertudung.. Nanti orang tengok malu... Si kakak memahami... Jadi, sekarang ni... Nak keluar rumah, automatik dia minta tudung. Alhamdulillah.. Tanpa dipaksa.

Jadi, bila lihat di adik nak pakai Tudung... Terus kami memuji..beri sokongan dan semangat kepada adik... Memang  dia pakai.. Tapi on off.. Tak pernah la paksa...

Tapi sebab nak galakkan dia pakai tudung... Akhirnya, MF bagi reward kepada anak-anak... Lagipun ada rezeki lebih bulan lepas... Belikan mereka tudung comel... Untuk galakkan anak-anak pakai tudung...



Seperti biasa.. MF memang tak biasakan dengan tudung yang mahal.. Biar cantik asalkan tak mahal. 

Terpandang, perkongsian tudung comel kawan MF kat Facebook tentang tudung kanak-kanak terus MF hubungi orang berkenaan... Lepas dia bagi senarai harga mengikut saiz... Memang teruja sebab harga semuanya bawah RM20 sehelai. Kira berpatutan beli.. Buat apa nak beli yang mahal jika ada yang murah.. 

Jadi, lepas berurusan dan buat pembayaran... Alhamdulillah tudung yang ditempah selamat diterima. 

Teruja anak-anak dapat tudung masing-masing. Tak sabar nak pakai pergi jenjalan... Alhamdulillah.. Seronok tengok mereka nak pakai tudung. 

Apa pun kami tetap tekankan bab berpakaian. Bukan sekadar tudung tutup rambut.. Aurat badan seperti lengan dan kaki juga kami tekankan.. 

Opss... Ini cara kami ye... Jangan nak kata kami tunjuk bagus ke hapa... Cuma berkongsi... Sebab bukan senang nak didik anak perempuan.. Tu belum campur dengan emosinya yang pelbagai... 

Solat dan aurat tu kira asas je.. Jadi, kena bentuk dari awal... Bukan dah besar baru nak ajar... Bukan tak boleh tapi mungkin dah payah... Apa pun... Ini usaha ke arah mencapai impian membentuk anak-anak solehah.. Kita nak anak Soleh/solehah.. Jadi kena didik awal.. Bukan sekadar doa dan ameen kan.. Tanpa usaha dari kita sebagai ibu bapa... Pesanan untuk diri sendiri... 

Jika berminat nak dapatkan Tudung Murah Kanak-kanak ini... Boleh hubungi: 
Facebook: Najah Sahya. Beliau turut menjual tudung dari saiz bayi serta abaya untuk bayi dan kanak-kanak.
Whatsapp: 0132282068‬ 

Apa Yang Istimewa Kek Berharga RM15k Ni?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Belek-belek, harian metro online terjumpa satu berita... Harga Kek 2 Tingkat cecah RM15k..
Fuhh.. Mahalnya... Apa yang istimewanya kek ni???



No komen la kan... 
Tapi orang yang ada duit... no hal nak bayar... 
dan peniaga pula, pastilah letakkan harga ikut yang dipersetujui oleh pembeli... 

Seni tu ada.. tapi bagi pencinta seni kek, dan yang tahu nilai seni dan hargai hasil orang lain... dia pasti akan kata  berbaloi... 

Bagi MF, jika ada duit tak kisah kan... Pasti orang yang letak harga tu tahu bahawa kos dan kerja tu bernilai dengan harga tu... Tapi kalau harga mahal, tapi nilai setaraf pasar malam,atau kedai bundle tak patut la kan... Kalau harga mahal sebab ada nama je memang tak patut la... 

Kek ni, jangan nampak lawa dan eksklusif je, tapi kena pastikan rasanya juga sedap takde kat kedai kek lain... Barulah berbaloi dengan harga RM15k tu... 

Mungkin sesetengah orang kata membazir... Tapi bagi yang tahu nilai, tahu apa itu bisnes, tahu apa itu akan tahu maknanya... Sama la macam korang tengok lukisan conteng-conteng, tapi harga sampai ribu riban, bagi yang tahu nilainya, akan kata sepadan dengan harga, tapi bagi orang biasa yang kurang senang, pasti kata lukisan takde makna dan membazir sahaja kan... Apa pun setiap orang ada penilaian tersendiri... Biasalah bab orang mengata,  buat apa pun tak kan senang kan.. Normal tuh... 

Apa Itu AL-KABAIR?

Apa Itu AL-KABAIR?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah, rahmat dan nikmat Allah beri digunakan dengan sebaiknya... rasa lega lepas pasang Njoi kat rumah, dapat tonton semula rancangan kegemaran MF sekeluarga setiap petang iaitu Rancangan Cinta Ilmu... Rancangan ni setiap hari ada di TV al-Hijrah.. siri menambah ilmu, bertalaqi membaca kitab terpilih bersama Ustaz dan Ustazah pilihan. Slot ilmu yang paling kami gemari ialah Slot Aqidah dan Falsafah bersama Ustaz Dato' Badlishah Alaudin... 

MF rasa seronok dengar kupasan ustaz ni. lagipun kita mana la sempat nak baca kitab aqidah kan.. bahkan kurang minat nak baca pun sebenarnya. Jadi, peluang yang ada ni, memang elok untuk tambah ilmu aqidah. Ilmu aqidah yang paling utama dipelajari oleh setiap individu muslim. Bab ilmu aqidah ni tak boleh nak main ikut-ikut atau follow cikgu "google" je.. kena ada guru yang mengajar. Bagi yang dapat berguru di masjid, Alhamdulillah... bagi yang tak sempat, jadi rancangan Cinta Ilmu satu medan berguna untuk berguru dan baca kitab bersama guru. 

Panjang muqaddimahnya... Bukan MF nak tunjuk baik, tapi MF nak kita semua jangan leka dengan program dan rancangan hiburan... Makanan jiwa perlu ada dan diberi pada hati kita setiap masa.. sebab setiap detik kita buat dosa tanpa sedar..terutama dosa hati kan... Jadi, perlu ada makanan jiwa, agar jiwa tak lalai dan layu.. umpama pokok tanpa baja. 

Sebelum ni, Ustaz Badli Shah baca kitab bab kiamat, MF sempat la beli kitab tu.. tapi tak dapat tonton habis... elok perkhidmatan Astro ditamatkan, setahun tak tengok rancangan tv..Jadi, lepas pasang Njoi ni.. dah masuk kitab baru dah... Dua hari lepas memang betul mula kitab Aqidah yang baru iaitu al-Kabair... Ini yang MF nak kongsi sikit dengan pembaca setia blog MF nih... moga beroleh ilmu juga kan... 
Sumber: Google Images


Al-Kabair ialah sebuah kitab karangan IMAM ADZ - DZAHABI yang membicarakan 70 dosa-dosa besar. Dua hari lepas, Ustaz Badli Shah kupas muqaddimah dan pengenalan kitab ni sahaja... Menarik kitab ni, untuk kita tahu apa itu dosa... Bila kita tahu tu dosa, insha Allah mudah kita hindarinya. Selama ni kita tahu dosa besar tu Zina, Minum Arak, Mencuri dan beberapa dosa yang biasa disebut dalam banyak kitab Aqidah... mungkin juga beberapa ilmu yang kita dapat dari guru di sekolah.. tapi rupanya ada 70 dosa besar... mungkin dosa tu kita ada buat tanpa sedar??? Nauzubillah... 


PENGENALAN KITAB

Pengertian kabair adalah semua larangan Allah dan Rasulullah yang tercantum di dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah, serta atsar dari para salafus shalih.

Allah swt menjamin bagi siapa saja yang menjauhi dosa-dosa besar dan perkara-perkara yang diharamkan akan diampuni semua dosa-dosa kecil yang dilakukannya. Allah berfirman:

{إِن تجتنبوا كَبَائِر مَا تنهون عَنهُ نكفر عَنْكُم سَيِّئَاتكُمْ وَنُدْخِلكُمْ مدخلاً كَرِيمًا}

Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, niscaya Kami hapus kesalahan-kesalahanmu (dosa-dosamu yang kecil) dan Kami masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga). (An-Nisa':31)

Berdasarkan nas di atas, Allah menjamin syurga bagi yang menjauhi dosa-dosa besar.

Allah juga berfirman:

{وَالَّذين يجتنبون كَبَائِر الْإِثْم وَالْفَوَاحِش وَإِذَا مَا غَضِبُوا هُمْ يَغْفِرُونَ }

Dan (bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan-perbuatan keji, dan apabila mereka marah mereka memberi maaf. (As-Syura: 37)

{الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِر الْإِثْم وَالْفَوَاحِش  إِلَّا اللَّمَمَ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ}

"(Yaitu) orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Rabbmu Maha Luas ampunanNya." (An-Najm: 32)

Rasulullah saw bersabda:

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفَّرَاتٌ لِمَا بَينهُنَّ إِذاَ اجْتُنِبَتِ الْكَبَائِر

"Solat lima waktu, solat Jum'at, dan puasa Ramadhan menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan di sela-selanya jika dosa-dosa besar telah dijauhi." 

Dari sini lazim bagi kita untuk meneliti apa saja yang termasuk kabair supaya kita dan semua orang Islam dapat menjauhinya. Para ulama -rahimahumullah- berbeza pendapat di dalam menentukannya. Ada yang mengatakan bahwa kabair itu tujuh, berdasarkan sabda Nabi saw:

اجْتَنِبُوا السَّبْعَ الْمُوْبِقَاتِ فَذَكَرُ مِنْهَا الشِّرْكُ بِاللَّهِ وَالسِّحْرُ وَقَتْلُ النَّفْسِ الَّتِي حَرَّمَ اللهِ إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَكْلُ مَالِ الْيَتِيْمِ وَأَكْلُ الرِّبَا وَالتَّوَلِّي يَوْمَ الزَّحْفِ، وَقَذْفُ المُحْصَنَاتِ المُؤْمِنَاتِ الغَافِلاَتِ

"Jauhilah tujuh perkara yang merosak!" Lalu beliau menyebutkan, "Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali kerana alasan yang dibenarkan, memakan harta anak yatim, memakan riba, meninggalkan medan perang, dan menuduh wanita mukminah baik-baik telah berzina." 

Ibnu 'Abbas ra berkata, "Kabair itu jumlahnya lebih dekat kepada tujuh puluh dari pada kepada tujuh." 

Demi Allah, ucapan Ibnu Abbas di atas benar adanya.4 Hadiis sebelumnya tidaklah membatasi jumlah kabair. Pendapat yang benar dan dilandasi dengan dalil menyebutkan bahwa siapapun yang melakukan perbuatan dosa yang dikenakan hukum hudud di dunia seperti; membunuh, berzina, mencuri, atau yang pelakunya mendapat ancaman, kemurkaan, serta laknat dari Nabi Muhammad saw di akhirat, maka perbuatan itu termasuk kabair. Harus diterima pula bahwa kabair yang satu boleh jadi lebih besar dibandingkan dengan kabair yang lain. Adalah Rasulullah saw menghitung syirik sebagai salah satu kabair, padahal pelakunya kekal di neraka dan tidak akan diampuni selama-lamanya. Allah berfirman:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya." (An-Nisa': 48 dan 116)

Ini hanya petikan muqaddimah kitab ini sahaja.. memang menarik.. MF teruja baca tambah dengan penerangan dari Ustaz Badli Shah, lagi buatkan MF tak nak lepaskan peluang untuk baca dan dengar Cinta Ilmu. Kitab ni tak silap kitab lama.. terjemahan Indonesia.. dan ada di internet. Sesiapa berminat nak baca..boleh DOWNLOAD DI SINI. Tapi nak lebih penjelasan kena la dengar Cinta Ilmu di TV al-Hijrah bersama Ustaz Badli Shah setiap hari Selasa dan Rabu jam 6.15 petang -7.00 malam. 

Jom Tambah ilmu, tambah amal sebagai bekalan di akhirat mencari tiket untuk ke syurga Allah.

Sebagai renungan bersama: 
"RAMAI NAK MASUK SYURGA TAPI TAK RAMAI YANG NAK BERUSAHA KE SYURGA"

04 Mei 2016

WW | SIAPAKAH IBU YANG TERBAIK???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


SEMUA IBU NAK JADI IBU YANG TERBAIK!

TAK PERLU BANDINGKAN DIRI DENGAN SESIAPA DAN TAK PERLU NAK KONDEMKAN ORANG/IBU LAIN!


[REVIEW] Baju Sokongan Tulang Belakag!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Bagi yang biasa buat kerja, mesti tak senang duduk kan jika dok saja tanpa buat kerja... Macam tu lah rupanya suami MF ni... Dah terbiasa, sejak kecil dok buat kerja... Memang tak senang duduk kalau tak buat kerja kan.. Bila badan selalu bergerak... kurang ambil kalsium... akan menyebabkan sakit tulang juga kan... Tapi Suami MF ada sejarah hitam... Pernah terjatuh tangga kerana lantai tangga yang licin... Akibat kejadian tu, tulang belakang suami retak... dan kesannya masih terasa sampai sekarang. Selain tu, dia juga pernah jatuh masa main futsal dengan kengkawan dia...

Memang terkesan betul bila berlaku macam ni. Disebabkan agak terhad pergerakan dia nak buat kerja yang agak berat. Tapi satu hari, masa dok belek-belek facebook terjumpa satu produk yang membantu untuk orang yang aktif tapi terganggu akibat sakit belakang, sakit pinggang dan sakit tulang belakang.

Produk tu bukan ubat, jadi MF teruja juga bila suami tunjukkan tu... Iainya berupa baju sokongan tulang belakang. Tiada kesan sampingan pun.. Sebab baju tu tiada bahan apa-apa... Dengan harga promosi yang ditawarkan, MF beli baju untuk suami...


Dia cuba pakai setiap kali nak buat kerja berat seperti betulkan rumah, angkat barang. Masa pindah rumah dulu, baju tu banyak membantu dia mengangkat barang-barang yang berat. Bahkan nak mengecat atau berkebun pun dia pakai. Alhamdulillah, tak sakit lagi.. dan boleh buat kerja-kerja berat macam biasa.

Baju sokongan tulang belakang memang betul-betul membantu dan memberi harapan baru buat sesiapa yang aktif untuk kembali aktif bekerja.

Di sini, MF lampirkan sikit la, testimonial yang ada untuk buktikan bahawa baju ni membantu memberi sokongan kepada belakang dan pinggang. Bahkan pak cik yang dah bertongkat, boleh jalan laju dengan bantuan baju ni (insha Allah).



Seronok kan bila lihat dah tak sakit tu... walaupun nak kata sembuh lepas tu takde lah kan.. Tapi sekurang-kurangnya dengan ada baju tu, dapat la bantu dia buat kerja tanpa sakit-sakit belakang dan pinggang lagi... 

Sesiapa rasa nak belikan untuk ibu bapa atau suami/isteri boleh je search kat facebook tu... MF tak sertakan link sebab memang dah banyak yang jual kat facebook tu... Lagi pun review ni sebab nak share pengalaman MF dan suami sahaja, untuk banttu sesiapa yang ada masalah sakit pinggang dan tulang belakang. 

Semoga bermanfaat...