07 April 2016

Anak Anda Jenis Mana???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kenali potensi dalam diri anak...
Lebih mudah nak didik dan nak ajar mereka...


Cara nak tahu...
Boleh Google ujian-ujian multiple intelligence...

Bukan sahaja potensi anak..
Potensi diri sendiri pun kita perlu tahu juga..

Supaya kita lebih kenal anak kita jenis mana....
Mudah untuk corakkan cara pembelajarannya...

Eh! Bawang Merah dan Dompet Duit Ada Persamaan Rupanya!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tak pernah terfikir...
Tapi macam ada benarnya walaupun bila baca ada unsur humor... Hehe...


Dengan kos sara hidup sekarang ni...
Tak kira kampung atau bandar... 
Hakikatnya begitulah dimana-mana...

Duit ibarat air je zaman sekarang ni...
Apa pun syukur lagi...
Sebab hidup seadanya tanpa meminta... 
Jika fikir kita susah walaupun dompet sama dengan bawang merah... Tapi hidup kita masih ada... Ada lagi yang lebih susah daripada kita...

8 Kunci Murah Rezeki!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Rezeki...
Bukan hanya duit
Bukan hanya kekayaan
Bukan hanya harta...

Tapi rezeki juga...
Kebahagiaan
Ketenangan
Kedamaian
Kesihatan yang baik
Dan paling utama....
Rezeki Islam dan iman...

Nak sentiasa murah rezeki dalam apa jua bentuk rezeki..
Jom amal 8 amalan ini...



Utamakan solat fardhu, lazimi solat sunat
Baca al-Quran setiap hari paling kurang satu muka surat.
Berusaha tanpa jemu
Bersedekah tanpa kira waktu...waktu ada dan tiada tetap bersedekah 
Taat kepada ibu bapa dan jaga hati mereka
Berusaha untuk lunaskan hutang..jangan hutang semata-mata nak penuhi kehendak 
Jaga keselamatan di mana jua... Termasuklah di luar rumah dan dalam rumah.. Jadi, ikut peraturan jalan raya termasuk dalam usaha jaga keselamatan juga ya
Berdoa tanpa jemu... Kerana Allah akan beri sesiapa yang selalu mengadu dan meminta Dari Dia.

06 April 2016

WW | MESTI BACA!!! Kisah Malam Pertama!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tak payah nak sengih... 
Ni bukan cerita lucah!!!

Banyak kisah malam pertama yang mengujakan...
Terutamanya di DALAM KUBUR!
Semua orang akan merasa malam pertama ni!



WW | REALITI SOLAT SELEPAS ADA ANAK!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


WW | KETEPI KEKURANGAN DAN HARGAI KELEBIHAN!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Tiada seorang pun di dunia ni yang perfect...
Hentikan cari kekurangan dalam setiap perbalahan... 

Tapi hargai dan kenangkan kelebihan 
Untuk pengerat kasih sayang.. 

WW | PAGI YANG SEGAR MACAM DI GENTING HIGHLANDS

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Segar dan indah...
Itulah yang boleh digambarkan...
Ciptaan dan kebesaran Allah...




Segar betul pagi tadi... Kabus tebal dan segar...
Rasa macam naik genting pula... 

Itulah nikmat Allah yang MF dapat nikmati setiap pagi ketika keluar mencari rezeki... 
Alhamdulillah... 

05 April 2016

Statistik Blog www.mariafirdz.com | Mac 2016!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Lambat juga bersiaran untuk statistik blog bulan Mac. Setiap bulan memang akan MF keluarkan entry ni.. Untuk tengok perkembangan blog... Untuk beri inspirasi dan motivasi kepada diri sendiri dalam berblog...

Bila tengok prestasi blog untuk bulan Mac, memang puas hati... Blog meningkat dari bulan Februari...

Kalau bukan lepas hanya 60k pageview... Meningkat lebih 20% kepada 80k... Alhamdulillah...

Rasa termotivasi betul lihat statistik bulan Mac ni..



Bilangan pengunjung pun bertambah... Bila dalam 45-50k sahaja... Meningkat juga kepada 65k... 

Keywordnya untuk bulan Mac tak banyak beza dengan bulan lain...  Masih juga keywordnya yang sama... Pasal resepi Mee Kari, pregnant test guna clorox, pati haruan dan juga tanda apendik... Semua entry ni ditulis adalah berdasarkan pembacaan dan pengalaman sendiri... Rupanya memberi impak yang besar pada pembaca lain juga. Setiap hari keyword inilah yang melekat di blog ni... Kerana tu, mampu raih pageview yang tinggi. 


Kesimpulannya... MF  boleh katakan... Nak raih pageview dan peningkatan berblog ni kena usaha... Ikhlas dalam berblog dan entry... Entry berbentuk ilmu berdasarkan pengalaman sendiri itu sangat berguna untuk dikongsikan bersama... 

Mungkin masa kita taip entry tu, tak ramai pun pembaca, tapi  entry terperangkap dan lama begini akan dicungkil balik oleh pembaca melalui Google search...dan seterusnya meraih pageview yang tinggi... 

Alhamdulillah.. Suka dengan peningkatan ni... Syukur sangat.. Rasa nak terus berblog bila lihat perkembangan positif macam ni... Moga MF  terus diberi ruang dan peluang untuk mencoret lebih ilmu dan idea untuk tatapan pembaca semua. Entry MF memang kebanyakan tak raih komen yang tinggi... Tapi pageview setiap entry sangat memberangsangkan... Setiap satu entry boleh cecah ratusan dan ribuan view... Maknanya ramai orang baca tapi tak komen.. Kerana yang baca tu mungkin bukan blogger tapi hanya rakan dan stalker... 

Mereka inilah penyumbang peningkatan blog kita... Terima kasih buat pembaca juga rakan blogger... Terima kasih atas sokongan semua.. Alhamdulillah... 

Viral Kisah Masyarakat: Sukanya Anak Ini Bila Ibu Tirinya Bercerai Dengan Ayahnya!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Pendedahan kisah masyarakat buatkan kita lebih rasa syukur... 
Jika sebelum ni kita merungut itu dan ini... 
Tapi disebalik semua itu ada ramai insan lain yang lebih dhaif, lebih susah tapi masih tersenyum bahagia... Tapi kita???

Begitulah yang berlaku baru-baru ini... 
Apabila seorang guru dari SMK Pekan dedahkan mengenai masalah pelajarnya yang susah... Pendedahan cikgu ini terus mendapat perhatian dari pelbagai pihak termasuk pihak Kementerian Pendidikan Malaysia...  

Jom baca tulisan kisah benar cikgu Izz mengenai anak muridnya bernama Aanas... 

=============================

"CIKGU, MAK TIRI DAN AYAH SAYA DAH BERCERAI".

Melihat dia melangkah masuk ke pagar asrama itu membuat aku berasa lega. Sekurang-kurangnya makan minumnya terjaga. 

Minggu lepas, ketika waktu NILAM di perpustakaan sekolah, dia datang dan duduk di sebelahku. 

"Cikgu, mak tiri dan ayah saya dah bercerai", katanya dengan wajah yang begitu ceria dan tersenyum. 

"Awak happy?", tanyaku. Dia mengangguk laju, senyum. 

"Oklah pergi buat NILAM dulu ya?", aku mengeluarkan arahan.

"Ok cikgu"...senyumnya sampai ke telinga!

Usai waktu NILAM, dia berjalan seiringku. 

"Cikgu, saya dah boleh masuk asramalah, dulu mak tiri tak bagi, sekarang dia dah takde". 

"Ok. Nanti awak pergi minta borang asrama dengan Cik Mie (penyelia asrama) di pejabat dia ya?", pintaku.

"Ok cikgu", dia jawab ringkas.

"Habis tu sekarang tinggal dengan siapa?", tanyaku

"Sorang-sorang", dia menjawab sambil senyum. Aku berhenti berjalan dan memandang mukanya. 

"Siapa sediakan makanan? Siapa kejut pergi sekolah? Siapa jaga kalau sakit??" Berjujuk-jujuk soalan dariku. 

"Sendiri", jawabnya lagi.

Allahu

Mataku berkaca.

"Cikgu, saya masuk kelas dulu tau, nanti lambat cikgu marah". Aku mengangguk perlahan.
***********************************

Anak ini namanya Aanas (bukan nama sebenar), 14 tahun. Fizikalnya kecil, memudahkan si tangan celaka itu menderanya. Pergerakannya terbatas. Saat anak sebayanya bermain di waktu petang, dia terkurung di rumah melakukan pelbagai kerja rumah. Pernah "dibahan" gara-gara pulang lewat dari sekolah kerana aktiviti ko-ko. Solat Jumaat juga dihalang pergi. Pernah dia dicekik separuh mati, dipukul, tampar, lempang itu sudah makanan hariannya. 

Ternyata "Bawang Putih Bawang Merah" itu bukan sekadar dongengan kan.

Aku kenal Aanas sejak tahun lepas, sewaktu mengajarnya subjek Sejarah. Ibu kandung dan ayah kandung bercerai. Adik beradik satu ibu satu ayah ada empat, dua bersama ibu dan dua bersama ayah. Sejak ayahnya berkahwin dengan ibu tiri, hidup anak ini penuh dengan siksaan.

Jarang-jarang Aanas makan ketika waktu rehat. Dia tidak di beri belanja oleh ibu tirinya. Jika aku terserempak dengannya, aku akan hulur duit kepadanya. Itu pun beberapa kali ditolak olehnya, dia segan barangkali. 

Tidak ramai yang tahu kisah anak ini di sekolah. Perwatakan yang ceria menyembunyikan derita hidupnya. Entah kenapa dia sering bercerita kepadaku tentang kisahnya walaupun aku tidak bertanya. Hampir setiap kali kelas Bahasa Melayu (tiga kali seminggu) ada sahaja cerita tentang hidupnya.

Anak ini sangat baik. Meski kurang dari segi akademik, dia tetap menghormati guru. Rajin membantu guru-guru walaupun guru yang tidak mengajarnya. 

Ayahnya? Jarang-jarang pulang ke rumah lantaran kesibukan mencari nafkah buat dia enam beradik.
***********************************

"Cikgu, saya dah boleh masuk asrama Isnin depan, semalam Cik Mie bagitahu", Aanas membuka bicara sewaktu kelas KOMSAS.

"Peralatan asrama dah siap ke?, tanyaku.

"Kena bawak apa cikgu?", tanya dia dengan berkerut di dahi.

Aku mengambil sehelai kertas, dan menyenaraikan barang-barang keperluan asrama, lalu kuberi kepadanya.

"Erm, baju Melayu mesti tiga ke cikgu? Saya ada satu je".

Aku jawab pertanyaan dia, dengan pertanyaan aku, "baju raya tahun lepas takkan takde?"

"Dah lama takde baju raya cikgu", Aanas menjawab jujur. Aku tahan air mata.

"Takpelah, bawak je mana ada ya?", kataku.

"Baju sekolah pun tiga?", Aanas semakin gelisah. 

"Kamu ada berapa pasang baju sekolah?"

"Ni jelah satu. Pakai daripada Isnin sampai Jumaat", Aanas memegang kolar bajunya. Memang comot. Kotor. 

"Duit biasiswa mana?" aku cuba bertegas.

"Mak tiri ambik". Jawaban anak itu buat aku bernafas laju.

"Neraka punya mak tiri" bisik hati aku.

Aku bertanya lagi, "Isnin nanti datang asrama dengan apa?".

Lama dia termenung, "saya datang dengan basikal saya boleh tak cikgu?". Mukanya nampak sayu, seperti menahan tangis. Allahu...Empangan mata aku pecah! 

"Ok semua, dah siap latihan cikgu bagi tadi?", sengaja aku bertanyakan kelas 2M5 tu tentang latihan yang baru beberapa minit aku beri. Aku berpaling ke arah papan putih. Malu kalau Aanas nampak air mata aku ni!

"Allahu. Anak. Bagaimana mungkin kau berbasikal dengan beg baju, baldi dan peralatan yang lain? Mana ayah kau. Mana saudara-saudara kau. Anak lain seumur kau masih dibelai dicium ibu ayah. Sedang kau sudah diuji dengan ujian yang tak padan dengan badan kau nak", aku berbisik di dalam hati. Benaran aku sedih!
***********************************

Wahai Anak.
Tatkala aku mengeluh makanan tidak sedap, engkau masih berfikir mahu makan apa hari ini?

Tika aku mengeluh pendingin hawa di bilik itu rosak, engkau setiap hari berpanas berhujan mengayuh basikal usangmu ke sekolah.

Sering juga aku mengeluh tiada baju baru untuk dipakai sedang engkau saban hari menggasak baju yang sama.

Apa aku layak untuk mendidik kau nak? Sabar kau menggunung. Semangat kau tinggi melangit. Akhlak kau begitu indah.

Allahu. Kau hantar anak ini sebagai tarbiah buat aku. Ampuni aku yang jarang-jarang mengucap syukur atas nikmatmu ya Rabb. 

Allahuakbar...

Allahuakbar...

Allahuakabar...

Anak..

Kita ini biar miskin harta
Jangan miskin akhlak

Biar kurang pandai
Jangan kurang ajar

Biar terlebih adab
Jangan terlebih biadab.

Semoga kau membesar menjadi seorang insan berguna. Dijauhkan daripada anasir jahat. Dipelihara Allah sepanjang masa. 

Tuhan, jaga dia untukku. Aamiin.

=================================

Kisah begini memang patut diceritakan selalu... Bukan apa..untuk kita muhasabah diri... Untuk kita sedar diri... Rezeki kita ada hak orang lain juga... 

Tapi sesungguhnya kisah ini menyentuh hati nitizen di Facebook... Ramai yang mula PM cikgu Izz untuk hulurkan bantuan... 

Apa yang MF kagum... Allah lahirkan anak ini untuk kita sama-sama muhasabah diri.. Betapa kuatnya hati dia... Kuatkan semangat dia... Kuatnya dia melawan segala noda... Kerana tak ramai pelajar sebaya dia bila dilanda ujian sebegini mampu teruskan hidup dan bersemangat untuk belajar seperti dia... 

Kebanyakan yang MF pernah jumpa.. Pelajar dari keluarga bermasalah turut bermasalah...  Tapi Allah berkuasa memelihara anak ini... Untuk kita semua sebenarnya... Untuk kita yang banyak sangat merungut..  Untuk kita yang mudah goyah imannya bila diuji Allah...  

Doa kami... Moga Allah pelihara anak ini... Tahniah buat cikgu izz kongsi kisah anak ini... Walaupun cikgu dicaci dan dihina..tapi sebenarnya dalam hati guru penuh pelbagai rasa... Bila diluahkan begini...sebenarnya ramai hati cikgu Malaysia yang mulia dan prihatin...  


04 April 2016

Anak Kurang Ajar!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Anak Kurang Ajar ?
Henti Salahkan Pelajar !
Usah Tuding Jari Kepada Remaja !
Stop Merungut-rungut Anak Kita.
Bukan sepenuhnya salah anak !

SEMUANYA ....
Angkara Orang Dewasa !!
Angkara Kita Ibubapa !
Wow ... keras ayat tu !!
Itu dah main kasar !
Setiap program hiburan
Semua program realiti
Setiap konsert ....


Siapa ...
Pencetus ideanya ? Orang dewasa
Pengarahnya ? Orang dewasa
Pembiayanya ? Orang dewasa
Jurinya ? Orang dewasa
Tukang promonya ? Orang dewasa
Pemegang besar saham TVnya ?

Ya pasti orang dewasa.
Malah Menteri yg ada kuasa dan pengaruh yg boleh menegur semua ini tetapi tidak tegur dan tidak guna kuasa dan pengaruh mereka juga ORANG DEWASA

Malah
Setiap angkara anak muda
Setiap keterlanjuran remaja
Setiap ketidaktentuan pelajar
Sebahagian saham besarnya
Dipegang oleh orang dewasa

Siapa lagi selain mereka di atas ?
Kita ibu dan bapa !
Kita ... termasuk saya.

Bila anak dikatakan "kurang ajar"
Betul kata-kata tu kerana ibubapa mereka ...
Kurang ajar mereka
Kurang bimbing mereka
Kurang tegur mereka
Kurang tegas dgn mereka
Kurang disiplinkan mereka

Kesimpulan:
Peringatan buat saya, buat anda yg digelar ibubapa. Semuga anak kita tidak "kurang ajar".
Kerana sayang anak, kita tegas.
Kerana kasih anak, kita tegur
Kerana kesian anak, kita tak ikut semua kemahuan mereka
Kerana masa depan mereka, kita disiplinkan

KERANA ANAK, KITA JADI IBU
KERANA ANAK, KITA JADI BAPA
Bapa ... jangan biar ibu seorang saja!!!

- Nukilan Dr Shukri Abdullah -


Memang masalah pelajar...
Masalah anak-anak berpunca dari kita sebagai ibu...
Kita banyak khilafnya...
Itulah... Nak mengandung, nak beranak lebih senang dari nak mendidik amanah Allah jadi manusia berguna... Jadi khalifah Allah yang taat agama...

Sama-sama kita muhasabah diri...
Bukan mudah bila bergelar ibu bapa...
Memang seronok indah masa kecil...
Tapi panjang soal jawabnya di akhirat kelak... Huhuhu...


Jom Kenali Jenis Kain Untuk Buat Tudung, Shawl, Jubah atau Dress

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Apabila nak beli tudung, shawl, jubah atau dress secara online, MF selalu titik beratkan jenis kain. Bukan apa, jenis kain tu memainkan peranan untuk memilih baju atau pakaian yang menutup aurat dengan sempurna. Ada sesetengah baju, memang longgar, tudung memang labuh, tapi melekat pada badan dan mungkin ada yang jenis kain jarang. Jadi, masih tak tepati syariat kalau macam tu. Jadi, kena kenal jenis kain sebelum membeli sesuatu jenis pakaian secara online. Kalau beli kat kedai atau butik takde masalah, sebab kita boleh tengok, pegang dan cuba terus depan mata. 

Jom Kenali Jenis Kain Untuk Buat Tudung, Shawl, Jubah atau Dress 

1. KAIN COTTON

Diperbuat daripada serat kapas. Kapas membolehkan kulit untuk bernafas dengan baik. Kain jenis ini merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai dengan iklim cuaca panas dan lembab macam kat Malaysia. Banyak dijadikan bahan untuk membuat blouse, jubah, selimut dan sebagainya. Ia juga senang untuk dicuci.


Ciri-ciri kain cotton:
  • sejuk dan mudah menyerap peluh.
  • kain rasa sejuk di kulit dan sedikit keras.
  • kain akan rosak apabila direndam lebih daripada 2 jam.
  • kotoran dari makanan dan minyak akan mudah hilang dengan menggunakan pencuci pakaian.
  • boleh dicuci atau di dry clean
  • tidak mudah kusut saat dicuci
  • apabila dibakar baunya seperti kertas terbakar, hasil pembakarannya akan menjadi abu.

Ada pelbagai jenis kain cotton. Berikut adalah sebahagian jenis kain cotton yang popular dalam pembuatan pakaian.

i.    Cotton Jepun (Japanese Cotton)


Kain cotton yang paling eksklusif kerana sifatnya yang halus, ringan dan berkualiti. Sekilas pandang sama seperti cotton biasa, tetapi jika diperhatikan secara teliti ia mempunyai ciri khusus seperti:
  • pada bahagian sisi hujung kain terdapat tulisan “japan design” dan atau terdapat kod warna pada kain tersebut.
  • daya menyerap peluh lebih bagus.
  • harga lebih mahal daripada kain cotton lain di pasaran.
  • permukaan kain lebih halus.
  • warna lebih awet dan tahan lama.
  • sering digunakan untuk blouse wanita, gaun, jubah, telekung dan sebagainya.

ii.      Cotton Paris
Mempunyai ciri-ciri yang sama seperti cotton Jepun tetapi cotton Paris lebih nipis. Ia biasa digunakan untuk blouse wanita, tudung dan jubah. Ianya kedua popular selepas Cotton Jepun. Namun ia paling ringan dan mudah menggerbang apabila ditiup angin.

iii.     Cotton Silk
Cotton jenis ini ada 2 jenis iaitu yang nipis dan tebal. Ciri-ciri kain cotton ini adalah :
  • permukaan kain lebih kilat.
  • harga sedikit lebih mahal di atas cotton biasa, namun tidak semahal cotton Jepun
  • daya serap keringat paling rendah.
  • warna kilatnya tahan lama meskipun sering dicuci.

iv.   Cotton minyak
Kain cotton ini sama seperti cotton lainnya cuma permukaannya terkesan berminyak (kilatnya lain dengan cotton silk).
  • harga sama dengan cotton biasa.
  • daya serap peluh yang baik
  • kilat akan berkurang setelah beberapa kali pencucian.

v.  Cotton biasa
  • motifnya macam-macam: polos, garis, kotak, bunga atau abstrak.
  • harga lebih murah.
  • daya serap peluh sederhana.
  • warnanya tahan lama meskipun masih dibawah cotton Jepun

2. JACQUARD
Merupakan kain yang memiliki pola yang ditenun menjadi kain, bukan dicetak di atasnya. Alat tenun tersebut telah dicipta oleh Joseph Marie Jacquard. Oleh kerana itu fabrik ini dinamakan JACQUARD. Ia memberikan fleksibiliti dalam menentukan corak tenunan di atas kain.

Jacquard ni berkilat dan licin. Ada yang memang suka kain jenis ni sebab shining dan warnanya terang.  Masalah pada kain ni ialah susah sikit nak seterika.

3. CREPE
Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang bergerutu, mudah dijaga dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S and Z twist di mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut.

Fabrik crepe ini bersifat jatuh. Senang untuk dibentuk, fabrik yang selesa dan tidak panas. Sesuai juga dijadikan blouse, jubah, baju melayu lelaki dan lain-lain. Fabrik crepe ini juga terdapat banyak jenis seperti satin crepe, poly crepe.


4. RAYON
Rayon atau biasa disebut rayon viscose terbuat dari serat semi sintetik berbahan baku terbuat dari alam iaitu kayu yang memiliki kadar selulosa tinggi. Pakaian dengan bahan Kain rayon digunakan sangat nyaman dan selesa dipakai dalam pelbagai keadaan. Kain rayon ini sendiri masih banyak jenisnya dari kain rayon yang bertekstur kasar hingga halus dan lembut.





5. KAIN ORGANZA
Secara mudahnya, kain organza ini dibuat dari sutera dan harganya sangatlah mahal kerana tenunannya yang sukar,nipis . Namun kebanyakan organza moden diperbuat daripada bahan sintetik seperti poliester atau nilon bagi memberi peluang kepada yang kurang mampu untuk mencuba kain organza. Biasanya kain organza ini digunakan untuk membuat pakaian pengantin.





6. KAIN CHIFFON
Biasanya diperbuat daripada sutera, kapas dan sintetik fiber. Chiffon mempunyai tekstur yang lembut, beralun dan ringan. Chiffon sesuai dibuat gaun, riben, pakaian dalam, pakaian tradisional dan moden.  Oleh kerana sifatnya yang tembus cahaya (transperent) biasanya chiffon dilapisi dengan kain pelapik (lining) sama ada dari kain satin atau kain lapisan dalam yang lain.


Teksturnya yang lembut juga didatangi dengan satu warna, gabungan 2 atau lebih warna sama ada terang atau lembut. Antara jenis chiffon di pasaran:

Chiffon Sutera
Menjadi pilihan untuk tudung dan shawl kerana dilhat dari segi keselesaan kepada pemakainya dan juga berkualiti. Harganya agak mahal dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan cuciannya memerlukan cucian kering. Hasil buatannya halus dan diminati ramai.

Chiffon Goldline
Hasil buatanya halus dan teliti. Harganya agak mahal tetapi tetap diminati ramai.

Chiffon Georgette
Fabrik ini adalah gabungan fabrik chiffon dan georgette.  Menjadi pilihan ramai kerana lebih mudah dari segi penjagaan dan juga dari segi bajet ianya lebih murah berbanding chiffon sutera. Penjagaannya mudah dan boleh dicuci dengan air.

Double Chiffon
Kain lebih tebak dan kurang tembus cahaya berbanding kain chiffon biasa.

Chiffon Plain
Menjadi pilihan kepada mereka yang tidak suka corak pada kain.

Chiffon Bercetak (Printed Chiffon)
Mempunyai  motif bercetak dengan pelbagai jenis corak bunga dan abstrak.

Chiffon Paisley
Mempunyai motif bercorak paisley.

Chiffon Tribal
Mempunyai motif bercorak tribal

Ada juga chiffon yang lain seperi Viscose Chiffon, Polyester Chiffon, Silk Chiffon, Cerutti Chiffon, Paris Chiffon, Crepe Chiffon dan Blend Chiffon.

Ada juga yang didatang khas  bersama kain pelapik (lining), bertatah batu dan juga bermanik.


7. KAIN SATIN
Ia biasanya licin, mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama. Permukaannya berkilat, digunakan membuat gaun labuh, jubah, blouse, kemeja, lingerie dan baju pengantin.

8. POLYESTER
Bahan polyester memiliki daya tahan yang kuat. Kelemahannya adalah kerana sifat bahan terasa panas dibadan. Antara ciri-ciri lain:
  • Bahan terasa panas dibadan.
  • Tidak menyerap peluh.
  • Apabila kulit sensitif dan bermasalah, disarankan supaya tidak memakai bahan pure polyester kerana akan merosakkan lagi kulit anda.
  • Kotoran minyak dan noda makanan susah dihilangkan dari pakaian
  • Tahan direndam dalam air lebih dari 3 jam

9. SUTERA

Bahannya lembut, sejuk dan berkilau.
Antara ciri-ciri lain:
  • Sangat lembut dan licin dikulit dan bahannya jatuh (flowing).
  • Menyerap peluh
  • Perlu dry cleaning supaya kualiti warna dan kainnya bertahan lama.


10. VISCOSE
Antara ciri – cirinya:
  • Terasa lembut dan dingin di kulit
  • Bahannya jatuh, tidak kaku dan warnanya kilat
  • Menyerap peluh
  • Pakaian / bahan akan rosak apabila direndam dengan pencuci lebih dari 1 jam
  • Boleh dicuci atau di dry clean
  • Kotoran dari makanan atau minyak akan mudah hilang dengan menggunakan pencuci pakaian



11. LINEN
Bahannya yang kaku dan dingin, maka linen sangat sesuai untuk produk – produk pakaian kasual dan dress. Antara ciri-ciri lain:
  • Bahannya kaku dan dingin.
  • Permukaan kain agak kasar
  • Menyerap peluh
  • 4x lebih lasak dari cotton
  • Tahan dijemur (Tahan terhadap panas sampai 450 0 F).
  • Kain akan rosak apabila direndam lebih dari 1 jam

12. SONGKET
Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fabrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu.


13. LYCRA
Dikenal juga sebagai spandex. Sifatnya elastis(boleh meregang) kuat dan memiliki ketahanan gosokan yang tinggi. Fabrik lycra boleh meregang sehingga 500%. Ia banyak digunakan dalam pembuatan blouse, jubah, baju renang dan lain-lain

14. WOOL PEACH
Woolpeach adalah bahan kain yang terbuat dari katun, sutra, dan campuran serat sintetis, bahan ini umumnya ringan namun tidak tembus pandang. Disebabkan ia dibuat dari campuran serat sintetis, warna printing pada Woolpeach biasanya lebih hidup daripada kain jenis lainnya seperti chiffon, sutera, satin, katun,dan lain-lain.

Kain wool peach sifatnya jatuh, tapi tebal. Ia tidak jarang, tidak seperti kain chiffon yang transparent. Ia tidak panas apabila dipakai, tapi jika dibandingkan dengan dengan kain cotton, kain cotton lebih dingin apabila dipakai. Ia tidak mudah kusut dan senang diseterika. Sifatnya tidak berkilau. Kain wool peach banyak digunakan di negara Arab untuk membuat Jubah.

15. DULL SATIN

Ciri-ciri kain jenis dull satin:
  • Material ini tidak bersinar seperti satin tetapi lembut dan sedap dipakai. 
  • Sejuk kainnya. 
  • Menyerap peluh. 
  • Nama lain bagi kain jenis ini ialah cotton valentino

16. FURSAN

Ciri-ciri kain jenis Fursan:
  • Pola kain ditenun rapat. 
  • Berat . 
  • Tidak perlu dilapis dengan pakaian dalam (inner/lining). 
  • Sejuk. 
  • Tebal. 
  • Menjadi pilihan bagi orang yang suka pakai jubah. 
  • Kain agak keras.
17. KOSHIBO
Ciri-ciri kain jenis koshibo
  • bila pegang macam ada biji-biji
  • tak jarang
  • tak panas
  • tak serap peluh
  • Ada jenis peach koshibo...cirinya sedikit berbeza dengan koshibo biasa.. kainnya lebih licin dan halus...tapi memang tebal dan ramai gunakan kain ni untuk buat jubah. 

Banyak jenis kain, ada banyak lagi tapi cukuplah yang.. yang popular dan biasa orang gunakana buat baju, jubah tudung dan shawl. Perlu kenal jenis kain supaya pakaian kita patuh syariat. 



Sumber: Pembacaan majalah, internet serta gambar dari google images

Jom kita Kenal Panadol untuk Tahu Bahaya Ke Tak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Panadol... Ubat yang paling popular untuk legakan kesakitan...  Ada orang..  Eh.. Aku tak makan la panadol... Bahaya... Tapi pergi klinik doktor bagi ubat demam... Makan juga... Sebenarnya sama je panadol dengan ubat demam hospital atau klinik bagi tu... Kerana kandungan di sebut PARACETAMOL. 

Tapi bila sebut panadol orang rasa benda tu bahaya... Tambahan pula panadol ada jual pelbagai jenis dan fungsi yang berbeza...  Jom kita kenal fungsi dan jenis panadol atau paracetamol yang dijual di pasaran. 

Sumber: Google Image 

"Apa beza panadol yang dijual dalam pelbagai bentuk? Ada panadol actifast, ada panadol mestrual dan sebagainya. Boleh doktor komen?" 

PANADOL yang dibuat oleh syarikat farmaseutikal GSK mempunyai beberapa bentuk.

1. PANADOL REGULAR mengandungi Paracetamol 500mg yang boleh diambil oleh orang dewasa setiap 4-6 jam, sama ada sebiji atau dua biji setiap kali pengambilan.

2.PANADOL EXTEND mengandungi Paracetamol 665mg, dan boleh bertahan sehingga 8 jam. Oleh itu diambil sebiji setiap 8 jam.

3. PANADOL EXTRA mengandungi 500mg paracetamol dan 65mg cafeine, untuk sakit yang lebih kuat dan tidak menyebabkan ketidakselesaan perut.

4.PNADOL ACTIFAST mengandungi Paracetamol 500mg   dan 173mg Sodiumuntuk tindakan yang dua kali ganda lebih cepat. Oleh kerana mengandungi Sodium, pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.

5.PANADOL MENSTRUAL mengandungi paracetamool 500mg dan Pamabrom 25mg. Pamabrom bertujuan untuk mengurangkan kembung perut ketika haid.

6.PANADOL SOLUBLE mengandungi paracetamol 500mg dan sodium 427mg, Ia mudah larut dalam air. Kandungan sodium dalam ubat ini agak tinggi,  pesakit darah tinggi dan jantung yang dinasihatkan untuk mengambil sodium yang rendah dalam pemakanan agar berhati-hati.

Oleh kerana PANADOL dijual dalam pelbagai bentuk pernyediaan, pesakit harus berbincang dengan doktor atau pegawai farmasi, walaupun ia boleh dibeli tanpa preskripsi.

Sumber: Dr. Zubaidi Ahmad

Dah faham??? Jadi panadol berbeza jenis berdasarkan kandungan paracetamol yang terdapat padanya... Jadi, nak guna panadol kena ada juga nasihat dari pakar farmasi atau doktor... Sebab panadol pun dah yang tiruan sekarang ni... Jadi, kena hati-hati... Nak selamat ambil je kat klinik atau farmasi bertauliah... 

Nikmatnya Miskin Di Dunia!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Rasa sedih...
Lihat orang pakai baju mahal...
Beg berjenama...
Kasut sering bertukar...
Melancong ke sini sana...
Makan mewah sentiasa...

Kamu sedih...
Kerana kamu tak seperti dia...

Tapi tahukah kamu...
Disebalik kesedihan itu...
Ada nikmat Allah sediakan untuk kamu...



Nikmatnya miskin di dunia..
Kita tak mudah terleka dengan dunia...
Tidak rasa takut dan cemas dengan harta yang kamu ada...
Orang yang ada banyak harta tak lena malamnya...
Kerana risau malamnya dimasuki perompak dan pencuri...

Nikmatnya miskin kamu.. Menjadikan kamu tak sombong dan riak dengan apa yang ada...
Tidak membazir dengan harta kamu...
Tidak membuang masa dengan angan-angan kerana memikirkan harta dan mengembangkan wang yang ada...

Cukuplah dengan rezeki kita yang ada...
Cukuplah jika kita hidup tak meminta-minta... 

Ingatlah!!! 
UJIAN NIKMAT DAN KESENANGAN ITU LEBIH BERBAHAYA DARI UJIAN MUSIBAH DAN KEDUKAAN... 

15 Blogger Pengomen Terbanyak Bulan Mac 2016!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Agak lambat nak keluarkan senarai top komentor untuk bulan ni...

Jom kita lihat siapa yang tersenarai sebagai 15 Blogger Pengomen Terbanyak Bulan Mac 2016!

Mrs Velentine (24)
The KehalusanKelembutan (23)

PeRdU cINta (20)

Azhafizah Md Nor (15)


Sentiasa Panas (13)


Diana Rashid (9)

Kathy R'bain (8)

CikPuan FiDa (8)

Umie Yana (8)

paridah (7)


Mar Mansor (7)


Kak Nieyl (7)


• Ain Cho'in • (6)

Siti Rohaida Yusof (5)



Yana Yani (5)



Inilah 15 blogger yang jadi top komentor untuk bulan Mac 2016.
Terima kasih atas komen dan sokongan semua...
Terima kasih juga buat pembaca setia walaupun tak tinggalkan komen.. tetap saya hargai...

Entry ini untuk menghargai pengomen dan pengunjung setia blog ini..
Kesemua 15 blogger ini akan dimasukkan dalam list widget pencetus inspirasi untuk bulan Mac 2016.

Pageview Cecah 5 Juta!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Alhamdulillah... Syukur atas pencapaian blog yang sangat memberangsangkan. Rasa bersemangat dan menaikkan motivasi untuk terus berblog.

Genap 1 April 2016,
Blog ini mencapai pageview sebanyak 5 juta.
Alhamdulillah...

MF rasa syukur ...walaupun blog ni tak popular, tambah dengan tuan blog berlindung identitinya disebalik kucing hitam... Namun, tak jemu dan tak putus pengunjungnya datang ke blog ini setiap hari.

Walaupun jarang update blog macam tahun lepas, akibat komitmen masa yang  begitu mencemburui MF, tapi pageview tetap tak menghampakan...

Entry-entry lama tetap jadi top search di carian  Google setiap minggu... Alhamdulillah...

Rasa makin bersemangat nak terus mencoret...
Walaupun... Kalau ikutkan setiap entry MF bukanlah dapat komen yang banyak tak seperti entry blog lain yang cecah puluhan komen setiap entry... Tapi setiap entry ada tarikan dan cecah ratusan orang baca setiap hari.

Alhamdulillah.. Matlamat utama pun bukan nak  raih j
Komen dan populariti..tapi nak sampaikan ilmu.. Orang baca, semat dalam hati, amalkan itu dah cukup dari tinggalkan komen tapi tiada tindakan apa-apa..

Semoga orang dapat manfaat dengan setiap entry yang disampaikan daripada blog yang tak seberapa ni...

Terima kasih buat pengomen setia..
Terima kasih buat semua rakan pembaca..
Tak lupa juga, Terima kasih atas sokongan suami tercinta.

Moga terus diberikan Allah..
Kekuatan idea dan tenaga untuk terus menyumbang sesuatu yang bermanfaat melalui blog ini.. Insha Allah....

03 April 2016

8 Tahun Bercinta Tak Jadi Kahwin Sebab Saudara Susuan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Pepagi lagi dapat berita mengejutkan...
Terpampang di muka hadapan Harian Metro hari ni..

Tangisan Saudara Susuan tajuk besar muka hadapan.
Teruja nak tahu lanjut, terus belek akhbar pagi tadi sebab bab susu ibu juga kan...

Kisah benar yang dikongsikan oleh satu pasangan yang hampir berkahwin... Tapi tak boleh berkahwin kerana baru tahu bahawa mereka rupanya saudara susuan.

8 tahun bercinta... Akhirnya baru tahu..
Ya Allah hebat betul dugaan mereka kan...


Tapi yang lebih sedih... Mereka jadi saudara susuan sebab pernah hidup berjiran satu ketika dulu... Tapi selepas berpindah terus terputus hubungan... Sehinggalah anak-anak ni nak kahwin baru dapat tahu...

Memang kesian pada pasangan ni... Sebab ibu bapa yang tak ambil berat tentang hubungan dan hukum mengenai saudara susuan...

Satu lagi kes... Kes jual susu badan sendiri...
Niat awal nak membantu... Tapi lama-lama jadi ketagih kerana menerima bayaran yang lumayan... Si ibu ni dapat rezeki susu badan yang mewah... Melimpah ruah... Asalnya dia nak bantu... Dan keluarga bayi susuannya memberi upah sahaja..  Tapi atas desakan hidup..dia ambil jalan mudah jual susu badan sendiri...


Memang la lumayan.. Modal tak banyak mana kan... 145ml atau 5oz dia jual RM30-RM50... Sebulan dia boleh dapat RM5000... Biasanya yang beli pelanggan tetap dia... Dia tahu dia ada 8 orang anak susuan... Tapi sama kes dengan pertama tu juga... Dia tak ambil berat mengenai hubungan yang patutnya terus berhubung...  Lepas pelanggan tu tak ambil stok susu lagi... Terus terputus hubungan macam tu je...

Dari segi hukum... Jual susu ibu tak jatuh haram kata Ustaz Dr Ahmad Dusuki... Tapi itu perbuatan yang tak berakhlak...sebab jual semata-mata nak dapat untung.

Yang Islam galakkan ialah mengupah ibu susuan... Itu lebih baik dari jual susu ibu...

Pandang remeh betul perkara sebegini...  Memang la sunnah, tapi kena ambil tahu pasal hukum juga... Jangan sebab fikir nak senangkan diri sendiri... Nak dapat yang terbaik untuk anak..abaikan hukum untuk jangka masa panjang..

Anak MF pun ada ibu susuan... Iaitu kakak ipar MF sendiri... Tapi cukuplah dia seorang kan.. Tu pun saudara sendiri... Dan akan diberi tahu kepada mereka bila mereka dewasa nanti...

Itulah... Nak cari ibu susuan ni... Kena fikir sungguh... Pikir jangka masa panjang...  Kalau tak usahakan yang mana baik... Siapa tak nak yang terbaik kan untuk sendiri kan... Tapi perlu fikir banyak perkara bab ibu susuan ni... Jangan remeh temehkannya... Sebab ibu susuan dan anak susuan ni bagus... Dapat eratkan silaturahim antara dua keluarga... Tapi perlu jaga hubungan tu sampai bila-bila macam adik beradik...