07 Februari 2016

Banyak Akal

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jangan sesekali kata anak kita nakal... 
Tapi kata la anak kita bijak dan banyak akal... 

Kata-kata itu satu doa...

Kasut Kita Tak Sama!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kadang orang suka bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain...

Sedangkan kita tahu, kehidupan manusia ni tak kan sama. Walaupun adik beradik sendiri kehidupan pasti berbeza... 

Masing-masing ada corak kehidupan tersendiri... Allah tentukan ikut kesesuaian, kekuatan dan yang terbaik... 

Jika orang bandingkan, biarkan sahaja... Maknanya dia tak memahami erti kehidupan sebenar... 

06 Februari 2016

KISAH SEORANG PENJUAL SURAT KHABAR!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

SANG TELADAN ITU
SEORANG PENJUAL SURAT KHABAR
==================

Pagi itu penjual surat khabar itu berteduh di tepi kedai. Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa.
Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun wang yang akan penjual itu perolehi seandainya hujan tidak berhenti. Namun, kegalauan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikitpun di wajah Penjual Surat Khabar itu.

Hujan masih terus turun. Si penjual surat khabar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu. Tampaknya seperti sebuah buku. Kuperhatikan dari jauh, lembar demi lembar dia baca. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibacainya. Namun perlahan-lahan ku dekatinya, ternyata Kitab Suci Al-Quran yg dibacanya.

Sumber: google images

+ "Assalamu 'alaikum" ...
- “Waalaikum salam"
+ “Bagaimana jualan surat khabarnya tuan?" ...
- “Alhamdulillah, sudah terjual satu.”
+ “Wah susah juga ya kalau hujan begini" ...
- “Insya Allah adalah rezekinya.”
+ “Terus, kalau hujannya sampai lewat petang?”
- “Itu bererti rezeki saya bukan jualan surat khabar, tapi boleh banyak berdoa.”
+ “Kenapa?”
- “Bukankah Rasulullah SAW pernah besabda, ketika hujan adalah saat mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga.”
+ “Lantas, kalau tidak dapat wang, bagaimana?”
- "Bererti, rezeki saya adalah bersabar"
+ "Kalau tidak ada yg boleh dimakan"? .....
- “Bererti rezeki saya berpuasa"
+ “Kenapa tuan boleh berfikir seperti itu?”
- “Allah SWT yang memberi rezeki. Apa saja rezeki yang diberikan-Nya saya syukuri. Selama jualan surat khabar, walaupun tidak laku, dan harus berpuasa, tetapi saya tidak pernah kelaparan" - katanya jitu dan ikhlas menutup pembicaraan

Sahabat ...
Hujan pun reda. Si penjual surat khabar bersiap-siap untuk terus melakukan aktiviti jualannya. Ia berpergian sambil memasukkan Al-Quran ke dalam begnya.

Aku termenung ... tanpa kusedari cermin mata ku menjadi gelap kerana bercucuran tangisku. Aku tersedar sendirian stlh ku renungi setiap kalimat tausiah yang diucapkan penjual surat khabar jalanan.
Ada penyesalan di dalam hati. Kenapa kalau hujan aku masih resah-gelisah. Khuatir tidak mendapat wang?, ... Risau rumahku akan terendam banjir?...Bimbang tidak dapatt hadir andai ada jemputan kenduri? .. Keluh kesah tidak boleh bertemu pelanggan dan rakan perniagaan? ...

Kembali baru ku sedari, rezeki bukan wang semata. Boleh bersabar, berpuasa, berdoa, beribadah merupakan amal sholeh yang patut kita syukuri. Malah, lebih dari itu, ia adalah juga rezeki yang tidak terperi daripada Allah SWT.

Sahabat ...
Rezeki hidayah dan boleh bersyukur adalah jauh lebih bermakna daripada pekerjaan dan wang. Dari apapun juga ...

MasyaAllah ....
Subhanallah ...
Allahu Akbar ....
Sumber: Bahagian Dakwah JAKIM

Peluang Hanya Sekali!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Peluang mendidik anak hanya sekali... 
Jangan sia-sia kan...
Masa kecil mungkin kita merungut penat dan susah... 
Tapi semua tu hanya sekali je dalam hidup...
Tak kan berulang moment untuk didik anak...
Manfaat kan sebaik mungkin... 

2 Types of People You Will Meet!

2 Types of People You Will Meet!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: facebook

Dalam hidup ini,
kita akan jumpa dengan
2 jenis manusia...

satu golongan yang selalu memberi motivasi dan kata positif untuk kita bangun

satu golongan lagi, yang selalu dan suka jika kita jatuh

Tapi,
akhirnya, kita akan berterima kasih kepada kedua-dua golongan ini...

Kerana mereka lah, kita kenal erti kehidupan dan pengalaman untuk kematangan hidup dan mendewasakan diri kita... 

Terima kasih buat kawan saya yang menyokong dan menjatuhkan saya... 
Kerana anda begitu berharga...

05 Februari 2016

Statistik Blog Januari 2016!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Lambat keluarkan statistik blog blan ni.. sibuk dengan urusan seharian tambah dengan pelbagai ujian dugaan sepanjang bulan Januari buatkan blog turut terkesan. Walaupun, blog sentiasa update setiap hari, pengunjung datang, tapi tak semeriah sebelum ni...


Blog merudum jatuh sedikit berbanding bulan lepas... 
Memang agak dah akan jatuh sebab salah satu faktornya MF terhad masa untuk blogwalking. Kemudian, dalam masa yang sama, google hadkan juga bilangan blogwalking... Kalau blogwalking lebih je naik "robot" untuk sahkan... Ini buatkan mood blogwalking hilang. 

Bulan ni, MF tak tahu la dapat bertahan ke tak dengan statistik blog ni... Harap tak jatuh lagi... 
Cuba pertahankan statsistik blog sebaik mungkin, sebab berusaha, bertungkus lumus nak naikkan tetapi nak biar macam tu je kan.. rasa satu kerugian jika biarkan ianya terus jatuh... 

Moga diberi masa, ruang dan peluang untuk terus berblog..
Terima kasih buat semua pembaca dan pengunjung blog ni.. 
Tanpa anda, blog ni tak seperti hari ini.

Rezeki CPUV Nuffnang Akhir Januari dan Awal Februari

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Rezeki dari Nuffnang tak mengecewakan.. masih ada walaupun tak banyak mana... 
Nuffnang memang begitu, kalau banyak, banyak betul.. kalau tak de,.. memang mampu tengok je la.. 

Tapi ni masih ada juga la... walaupun semeriah mana kan..

Alhamdulillah... rezeki anak-anak... 
Terima kasih yang sudi klik iklan dan tabungan anak-anak kami... 

6 Makanan Ini Berbahaya Jika Dipanaskan Semula!

6 Makanan Ini Berbahaya Jika Dipanaskan Semula!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Lebihan masakan, sayang kalau nak dibuang... Jadi simpan dalam peti sejuk untuk dipanaskan semula... Tapi, awas, 6 makanan ni agak berbahaya jika selalu amalkan untuk dipanaskan semula... 

Sumber: google images

CENDAWAN
Makanan ini sebaiknya dimakan sejurus selepas dimasak. Jika ada baki hidangan cendawan adalah lebih dimakan sejuk tanpa perlu dipanaskan semula. Ini termasuk untuk cendawan yang dijadikan sup. Memanaskan kembali hidangan cendawan boleh menyebabkan perubahan komposisi atau kandungan protein dan rasanya. Ini boleh menyumbang pada masalah pencernaan dan kehilangan khasiat.

AYAM
Sama seperti cendawan, memanaskannya semula boleh menyebabkan perubahan komposisi atau kandungan protein. Tidak digalakkan memanaskan daging pada suhu tinggi terutama sekali ayam yang mengandungi lebih banyak protein dari daging merah. Jika mahu memanaskannya gunakan suhu rendah dan masa lebih lama. Macam panaskan rendang atau serunding. Itulah seni memasak orang tua kita dulu!

KENTANG
Kentang adalah sumber makanan penuh nutrisi dan sebaiknya tidak dipanaskan semula kerana akan menyebabkan kehilangan khasiatnya. Jadi makan hidangan berasas kentang selepas dimasak.

BAYAM, SELERI & UBI BIT
Tiga makanan ini adalah sayur yang penuh dengan unsue nitrat. Tapi bila dipanaskan semula ia berpotensi menjadi unsur karsinogenik yang tidak baik untuk tubuh. Makan hidangan ini selepas dimasak, habiskan atau jika ada lebih tak perlu panaskan, makan dalam keadaan sejuk. Tak sedap dah kalau panaskan semula pun kan...

TELUR
Ia lebih kepada hidangan telur rebus dan goreng. Tapi memang jarang orang nak panaskan balik dua hidangan ini kan. Pemanasan hidangan telur pada suhu tinggi untuk kali kedua akan menyebabkan telur kehilangan khasiat.

NASI
Sehingga kini ia dipertikaikan kerana jadi kebiasaan kita memanaskan semula nasi atau menggoreng kembali lebihan nasi, dan tindakan ini tidak pula menjejaskan kesihatan. Tapi perlu diingat memanaskan nasi yang telah terdedah lama boleh mendedahkan ia pada bakteria. Inilah yang menyebabkan punca sakit perut. Boleh saja menggunakan kembali lebihan nasi asalkan kita menyimpannya dengan baik.
Sumber: Karangkraf

Biasanya, MF masak ngam bagi habis... Kalau masak pagi, bajet untuk habis sampai malam... Malam terus cuci kuali periuk semua... Esok masak lain... Biasa kalau tak habis, ialah bila tak terancang... contoh masak pagi, tengah hari petang keluar rumah jenjalan... malam tak makan... Tapi kalau tak habis pun tak simpan dalam peti... Biar aje dalam periuk atau kuali tertutup... Pagi-pagi terus panaskan... Makanan dipanaskan semula memang kurang sedap sebab khasiatnya pun dah kurang. 
9 Waktu Dianjurkan Mengamalkan Membaca Surah al-Ikhlas

9 Waktu Dianjurkan Mengamalkan Membaca Surah al-Ikhlas

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Surah al-Ikhlas, surah yang pendek dan senang dihafaz... Banyak kelebihan membaca surah al-Ikhlas, antaranya sebagai pendiding diri, dan antara ayat rukyah. Namun begitu, ada ulama mentafsir hadis, ada beberapa waktu yang dianjurkan untuk amal baca surah al-Ikhlas. Berikut sembilan waktu yang dianjurkan untuk mengamalkan surah Al-Ikhlas:
sumber: google

Pertama: Waktu Pagi Dan Petang

Pada malam hujan lagi gelap gulita kami keluar mencari Rasulullah s.a.w untuk solat bersama kami, lalu kami menemukannya. Beliau bersabda, “Apakah kalian telah solat?” Namun sedikitpun aku tidak berkata-kata. Beliau bersabda, “Katakanlah“. Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Beliau bersabda, “Katakanlah“. Namun sedikit pun aku tidak berkata-kata. Kemudian beliau bersabda, “Katakanlah“. Hingga aku berkata, “Wahai Rasulullah, apa yang harus aku katakan?” Rasulullah s.a.w bersabda, “Katakanlah (bacalah surah) QUL HUWALLAHU AHAD DAN QUL A’UDZU BIRABBINNAAS DAN QUL A’UDZU BIRABBIL FALAQ ketika sore dan pagi sebanyak tiga kali, maka dengan ayat-ayat ini akn mencukupkanmu (menjagamu) dari segala keburukan.” (HR. Abu Daud no. 5082 dan An Nasai no. 5428. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Kedua: Sebelum Tidur

“Nabi s.a.w ketika berada di tempat tidur di setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al Ikhlash), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An Naas). Kemudian beliau mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bagian depan. Beliau melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari no. 5017)

Ketiga: Ketika Ingin Meruqyah (Membaca Do’a Dan Wirid Untuk Penyembuhan Ketika Sakit)

Dari ‘Aisyah r.a, dia berkata, “Apabila Rasulullah s.a.w hendak tidur, beliau akan meniupkan ke telapak tangannya sambil membaca QUL HUWALLAHU AHAD (surah Al Ikhlas) dan Mu’awidzatain (Surah An Naas dan Al Falaq), kemudian beliau mengusapkan ke wajahnya dan seluruh tubuhnya. Aisyah berkata, “Ketika beliau sakit, beliau menyuruhku melakukan hal itu (sama seperti ketika beliau hendak tidur, -pen).”  (HR. Bukhari no. 5748)

Keempat: Wirid Selepas Solat (Sesudah Salam)

“Rasulullah s.a.w memerintahkan padaku untuk membaca mu’awwidzaat  di akhir solat (sesudah salam).” (HR. An Nasai no. 1336 dan Abu Daud no. 1523. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih). Yang dimaksud mu’awwidzaat adalah surah Al Ikhlas, Al Falaq dan An Naas sebagaimana dikatakan oleh Ibnu Hajar Al Asqolani. (Fathul Bari, 9/62)

Kelima: Dibaca Ketika Mengerjakan Solat Sunat Fajar (Qobliyah Subuh)

“Sebaik-baik surah yang dibaca ketika dua raka’at qobliyah subuh adalah Qul huwallahu ahad (surah Al Ikhlash) dan Qul yaa ayyuhal kaafirun (surah Al Kafirun).” (HR. Ibnu Khuzaimah 4/273. Syaikh Al Albani mengatakan dalam Silsilah Ash Shohihah bahwa hadits ini sahih. Lihat As Silsilah Ash Shohihah no. 646). Hal ini juga dikuatkan dengan hadits Ibnu Mas’ud yang akan disebutkan pada point berikut.

Keenam: Dibaca Ketika Mengerjakan Solat Sunat Ba’diyah Maghrib

“Aku tidak dapat menghitung kerana sangat sering aku mendengar bacaan Rasulullah s.a.w membaca surah pada solat dua raka’at ba’diyah maghrib dan pada solat dua raka’at qobliyah subuh yaitu Qul yaa ayyuhal kafirun (surah Al Kafirun) dan qul huwallahu ahad (surah Al Ikhlash).” (HR. Tirmidzi no. 431. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan shahih)

Ketujuh: Dibaca Ketika Mengerjakan Solat Witir Tiga Raka’at

“Nabi s.a.w membaca pada raka’at pertama: Sabbihisma robbikal a’la (surah Al A’laa), pada raka’at kedua: Qul yaa ayyuhal kafiruun (surah Al Kafirun), dan pada raka’at ketiga: Qul huwallahu ahad (surah Al Ikhlash) dan mu’awwidzatain (surah Al Falaq dan An Naas).” (HR. An Nasai no. 1699, Tirmidzi no. 463, Ahmad 6/227)

Kelapan: Dibaca Ketika Mengerjakan Solat Maghrib (Solat Wajib) Pada Malam Juma’at

“Nabi s.a.w biasa ketika solat maghrib pada malam Juma’at membaca Qul yaa ayyuhal kafirun’ dan ‘Qul ‘ huwallahu ahad’. ” (Syaikh Al Albani dalam Takhrij Misykatul Mashobih (812) mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih)

Kesembilan: Ketika Solat Dua Raka’at Di Belakang Maqam Ibrahim Setelah Tawaf

“Lantas Nabi s.a.w menjadikan maqam Ibrahim antara dirinya dan Kaa’bah, lalu beliau laksanakan solat dua raka’at. Dalam dua raka’at tersebut, beliau membaca Qulhuwallahu ahad (surah Al Ikhlas) dan Qul yaa-ayyuhal kaafirun (surah Al Kafirun). Dalam riwayat yang lain dikatakan, beliau membaca Qul yaa-ayyuhal kaafirun (surah Al Kafirun) dan Qulhuwallahu ahad (surah Al Ikhlas).” (Disebutkan oleh Syaikh Al Albani dalam Hajjatun Nabi s.a.w, hal. 56)

Meskipun ada anjuran 9 waktu di atas. Namun membaca surah Al-Ikhlas tidaklah temaktub pada 9 waktu tersebut. Di mana pun bila-bila pun boleh membaca surah Al-Ikhlas sebagai bentuk zikir kepada Allah SWT. Wallahu a’lam.

Sumber: Islampos.com

MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

♥ Assalamualaikum ♥

"MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya, akhirnya Mega giveaway ini berjaya dilancarkan. Terima kasih kepada 21 sponsor yang sering memberi kerjasama yang baik. Dengan lafaz "Bismilah" cik akak membuka tirai "MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK ".

klik banner - join 
Syarat-syaratnya :-
  • Follow blog, Follow Instagram, Follow Google+ & Like Page Facebook - Rujuk Entri SINI (syarat Follow Instagram, Follow Google+ & Like Page FB hanya kepada peserta yang memiliki mana-mana akaun yang dinyatakan seperti di atas).  
  • Letak link blog ini dalam senarai bloglist anda -  [ Cik Akak ] [ Eyja ] & [ Pn. Wawa ] - **syarat ini wajib kepada semua peserta sepanjang tempoh Mega Giveaway ini berlangsung.
  • Buat entri bertajuk "MEGA GIVEAWAY INSPIRASI 2016 BY CIK AKAK "
  • Copy coding yang disediakan & paste kan dalam ruangan HTML
  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini 
  • Giveaway berlangsung 01.02.2016 - 26.02.2016
  • Giveaway tamat 26.02.2016 jam 11.59 malam
  • Pemenang dinilai melalui RANDOM.ORG & PENGUMUMAN PEMENANG PADA 29.02.2016.

04 Februari 2016

20 Jenis Penyakit Tidak Boleh Diiklankan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Sekarang ni Kementerian Kesihatan Malaysia tengah pantau, iklan produk kesihatan...  

Dikeluarkan... Tak boleh iklankan produk yang sembuhkan 20 jenis penyakit ini..  

Buah pinggang
Jantung 
Kencing manis 
Sawan 
Lumpuh 
Batuk kering 
Asma
Kusta
Barah / Kanser
Pekak
Ketagihan dadah
Hernia
Penyakit mata
Tekanan darah tinggi 
Sakit mental 
Kemandulan 
Prigiditi
Lemah fungsi
Penyakit verenus
Kelemahan urat saraf

Jika ada yang iklankan... Ianya dikira salah di sisi undang-undang... 

Jadi, hati-hati buat iklan dan promote produk... Sebab jika iklan boleh sembuhkan penyakit tu dikira sebagai iklan ubat bukan Supplement ye... 

Ibu Bapa Mesti Buat Ini Kalau Nak Anak Menjadi Orang!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Semua ibu bapa nakkan yang terbaik untuk anak-anak... Ibu bapa yang normal mesti doakan dan anak jadi anak soleh solehah... 

Tapi macam mana??? 
Cara utama nak anak soleh solehah, ialah soleh solehah kan diri kita sebagai ibu bapa... 

Selain tu, boleh buat 10 tips ini... 

Step pertama, pilih nama yang terbaik... Dan panggil nama tu dengan nama penuh... Sebab tu letak nama anak yang senang kita sebut dan orang lain sebut dengan betul... Kalau sedap, panjang tapi orang lain panggil pendek je... Tak guna juga..

Beri pelukan setiap hari... Ajar anak dengan pelukan ibu bapa... Supaya dia tak kekok bila mak bapa dia peluk dia bila dah besar nanti... 

Berikan pandangan kasih... Renung mata anak, dan ucapkan lah sayang dari hati ke hati walaupun tak terluah dek mulut, tapi dari hati pun sampai... Insha Allah... 

Puji anak... Jangan kedekut puji anak jika anak buat sesuatu yang baik... Pandai, comel, cerdik dan soleh... Tak perlu publish pujian kepada anak pada orang ramai... Cukup anak je tahu kita puji dia... Kita puji anak di facebook tapi anak tak tahu tak guna juga... 

Sabar dalam mendidik... Huhu... Memang yang ni MF pun kena perbaiki lagi... Memang kurang sabar juga nih... Asyik nak jadi tarzan je... Terutama bila penat dan over penat... Huhu... Kena perbaiki lagi ni... 

Tips seterusnya boleh rujuk info grafik di atas... Yang MF hurai ni, antara yang terpenting...  MF bukan ibu terbaik tapi berusaha untuk jadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik... MF yakin semua ibu lain pun punyai harapan yang sama kan... Moga kita jadi ibu bapa cemerlang agar anak kita terbilang di dunia dan akhirat... 

Berdoa Tapi Gagal!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Renungkan kata-kata Usta Ebit Lew:

Ada orang sepanjang hidupnya buat baik dan berdoa, tapi seolah-olah satu pun doanya tidak dikabulkan sehingga mati. Hakikatnya dia seorang yang BERJAYA.

Tapi ada orang yang tak pernah berdoa dan berbuat baik tapi apa yang dia inginkan semua dapat. Semua diperoleh dalam dunia. Jika mati dia seorang yang GAGAL.

Jadi, biar nampak kita gagal di dunia... Tapi sebenarnya kita berjaya di akhirat... Dari kita berjaya di dunia tapi akhirat kita tiada apa-apa untuk dijadikan syafaat dan bekalan.

Dan beruntunglah jika kita berjaya kedua-duanya... Di dunia dan di akhirat. 

03 Februari 2016

ZIKA Vs DENGGI

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Virus baru dari nyamuk...
Kalau dulu virus JE, Sekarang ni nama cantik macam nama perempuan...  Berbahaya... Nama ZIKA...

Virus ni dari nyamuk... Tapi ada beza dengan Denggi...




Gejala dan tandanya hampir sama dengan demam denggi... Sebab dibawa oleh nyamuk yang sama iaitu nyamuk Aedes.... Cuma virus nyamuk tu bawa yang lain... Ikut jenis spesis nyamuk aedes tu la... 

Virus ni bahaya... Sebab jika terkena pada ibu mengandung... Boleh menyebabkan kecacatan kepada janin/bayi... Iaitu kemungkinan dan risiko melahirkan bayi berkepala kecil. 

Jadi, kalau demam tu... Cepat-cepat bawa ke hospital... Tanda demam tu sama macam demam denggi juga... Cuma kerja doktor lebih la sikit kali ni... Kena diagnos, jenis virus yang dibawa oleh nyamuk tuh... 

Nyamuk... Makhluk Allah yang kecil je... Tapi mampu tumbangkan orang yang paling kuat di dunia... Ahli bina badan atau juara angkat berat pun boleh kalah dengan nyamuk nih kalau sekali dia gigit.. 

Jadi, moralnya... Nak salahkan nyamuk tak boleh... Tapi salahkan kita la... Kenapa bagi peluang kepada nyamuk tu membiak kalau dah tahu dia bahaya kan... Jaga la kebersihan... Jangan buang sampah merata... Itu yang nyamuk tu nak pesan sebenarnya...  

Sama-sama lah kita doa juga moga Allah lindungi kita dari sebarang penyakit dan bahaya... 

WW | MAK DAN RISAU TAK DAPAT DIPISAHKAN!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Segala benda memang mak la yang risau lebih... Tapi semalam anak demam, badanku dah tak larat... Penat kerja merewang semalam... Suamilah ambil alih jaga si anak... Alhamdulillah... 

Tapi hati risau, hanya Allah yang tahu... Kalau MF terbalik sikit dengan si suami... Haha... MF jenis cool dan tak tunjuk sangat risau tu, tapi suami sebaliknya... Gitulah... Lain orang lain ragamnya kan...

Eh... Kata Word less... Terlebih word pula... Layan je la bila idea nak menaip tu datang... 

Bahayanya Bila Wanita Itu Diam!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jangan biarkan sampai wanita itu diam dalam rumahtangga mu... 

Diamnya sangat bahaya...
Wanita membebel, tanda dia meluahkan... Bagus dia meluahkan... Si suami tahu apa tak kena... 

Tapi bila dia diam, sangat bahaya... Maknanya ada yang dia pendamkan... Tak mampu nak luahkan... 

Bila sampai tahap itu, pandai-pandailah suami cari jalan penyelesaian... Jangan sampai satu hari semuanya meletup dan meluah bak lahar gunung berapi...

WW | Kenapa Angin Pagi Itu Segar???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jadi, bangunlah pagi dan hiruplah udara pagi dan banyakkan zikir di pagi hari... Angin segar pembawa rezeki...

02 Februari 2016

8 Punca Anak Sakit Perut dan Cara Mengatasinya!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Si kakak sering mengadu sakit perut kat sekolah... Hati mula risau bila bab perut ni... Sebab kat organ perut tu banyak organ lain... Aduhai... Mula la hati rasa tak sedap... Mencari dan terus mencari ilmu... Apa pun... Mungkin juga kecacingan... 

Namun begitu, hanya mampu doa dan tawakal moga Allah lindungi kakak... Nak sedapkan hati sendiri kan...  
Sumber: Google images 

Laura Jana, MD, jurucakap American Academy of Pediatrics, menjelaskan sejumlah kecil ini... Ada 8 penyebab sakit perut pada anak yang paling umum dan cara mengatasinya... 

Bila si kecil ... 

1. Kembung dan kejang perut 
Punca: Kelebihan makan dan / atau gas
Saran: Kompres dengan air hangat dan usap-usap perutnya dengan lembut. 

2. Sakit perut dan perutnya keras 
Punca: Sembelit 
Saran: Jus pir atau prun yang dicairkan atau ubat sembelit yang dijual di farmasi; lebih banyak makan serat 

3.Mual, muntah, cirit-birit, demam, dan menggigil
Punca: Flu perut 
Saran: Berikan banyak cecair dan makanan yang cair (seperti sup) untuk mencegah dehidrasi atau kekurangan cecair badan.

4. Kejang perut, muntah, cirit-birit, dan sering demam 
Punca: Keracunan makanan
Saran: Perbanyak pemberian cecair untuk mencegah dehidrasi.

5. Buang angin, muntah, atau sakit perut selepas makan hasil olahan susu
Punca: Intoleransi laktosa 
Saran: Pilih susu dan keju yang bebas laktosa. Atau, minum pil Lactaid sebelum makan hasil olahan susu (sesuai petunjuk doktor).

6. Sakit perut yang disertai radang tekak dan sesekali demam 
Punca: Jangkitan tekak (akibat bakteria streptokokus)
Saran: Temui doktor, kerana umumnya perlu minum antibiotik.

7. Sakit hebat di sekitar pusat atau perut bahagian kanan 
Punca: Usus buntu
Saran: Terus bawa ke doktor atau UGD.

8. Sakit perut yang tak dapat dijelaskan, padahal anak seolah-olah 'sihat' 
Punca: Tekanan 
Saran: Cari punca dan penyelesaiannya (mungkin jadual sekolah dan jadual terlalu padat?). Boleh juga, membawanya ke pakar psikologi. Stress pun boleh sebabkan anak sakit perut.

Sumber: parenting.co.id

Jadi, moga tanda ni boleh jadi panduan untuk pantau si anak... Moga baik-baik sahaja... Moga juga kakak dilindungi Allah...  Aduhai... Anak sakit... Mak tak boleh tidur lena... Risau dan Macam-macam fikir...

Ranking Alexa 02.02.2016

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Menjenguk ranking alexa...
Semak prestasi blog untuk fasa kedua bulan Januari...


Agak menuruk sedikit untuk ranking di Malaysia...  Tapi meningkat ranking Global...

Kena terus usaha untuk naikkan semula ranking alexa nih... 

Pencetus semangat berblog bila lihat prestasi blog semakin baik...

Ranking Sebelum Ini DI SINI

Resepi Ais Krim 3 Layer

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Terjumpa aiskrim cawan tiga layer...
Menarik resepi nih...
Nak buat pun mudah..

Sumber: Facebook 

Bahan mudah je ni... 
Best ni kalau buat...
Mesti anak ulang alik ke peti sejuk je jawabnya...




Motivasi | WAKTU

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Motivasi dari Waktu...

Belajarlah dari masa lalu..
Jangan biarkan kesilapan yang sama berulang...

Bersedialah untuk masa akan datang...
Fikirkan positif untuk hadapi segala ujian dan nikmat masa akan datang...

Buatlah yang terbaik untuk hari ini...
Lakukan apa sahaja perkara dan lakukan dengan bersungguh-sungguh... Kerana ianya tak kan berulang kembali...

Hargailah waktu...
Setiap saatnya sangat berharga...

01 Februari 2016

9 Ciri Bapa Contoh!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Rasulullah s.a.w adalah yang terbaik untuk dijadikan contoh sebagai contoh teladan yang utama sebagai bapa dan sebagai suami yang terbaik. Namun begitu, di zaman moden ni, ada juga bapa contoh yang terbaik jika mereka mempunyai 9 ciri-ciri bapa mithali ini:


1. Utamakan Keperluan Anak
Bapa yang penyayang dia lebihkan anak melebihi segalanya... Anak lagi penting... Kalau dapat gaji, anak-anak diutamakan dahulu. Jika masa bujung lebihkan hobi sendiri atau sebelum ada anak banyak habiskan masa dan duit untuk hobi, tapi lepas ada anak, dia berubah mengutamakan anak dari segalanya. 

2. Lindungi Anak
Bapa contoh juga sentiasa melindungi anak. Bahkan dia tak kan biarkan anaknya bebas diluar tanpa pengawasan penuh daripadanya.

3. Luangkan masa bersama anak
Bermain dan melayan permainan dengan anak. Inilah bapa contoh yang penyayang. Lupakan gadjet dan lebihkan masa dengan anak. Jika sibuk dengan kerja, telefon dan bertanya khabar dengan anak.

4. Jadi Rakan Baik Anak
Adakalanya, bapa contoh ni, anak lebih rapat dengannya berbanding ibu. Kalau dengan ibu asyik nak bertekak je, tapi cool bila berada dengan bapa. 

5. Tunjukkan Kasih Sayang
Sebelum anak tidur, dipeluk dicium dan disayang penuh kasih. Inilah bapa contoh moden. Tapi bagi bapa yang tak buat begini, bukan bermakna tak sayang. Kerana kasih bapa tu pelbagai... dan ramai bapa lebih suka sembunyikan perasaan kasih tu daripada anak. Kadang, bapa yang garang tu adalah bapa yang paling penyayang sebenarnya.

6. Sesekali Lakukan Tugas Ibu
Tugas memasak, ambil anak sekolah, sediakan sarapan dan bersiapkan anak ke sekolah, sesekali diambil alih oleh bapa... Inilah bapa contoh yang penyayang. Sesekali, maknanya bila ada masa, masa cuti dan sebagainya. 

7. Ingat Hari Penting Anak
Hari lahir anak tak pernah dilupa. Hari penting disekolah atau hari anugerah buat anak-anak sentiasa dia ingat. Itu membuatkan anak-anak rasa dihargai dan disayangi bapa. 

8. Hormati Isteri atau Ibu Kepada Anak
Sayangkan isteri bermakna sayangkan anak-anak juga, kerana dari rahim isterilah anak-anak itu lahir dan si suami bergelar bapa. Suami yang hormati Isteri, buatkan anak-anak turut akan hormati bapa tanpa disuruh atau dipinta. 

9. Jaga Kesihatan Diri
Seorang suami dan bapa akan ambil berat mengenai kesihatan badannya. Kerana dia akan fikir, jika dia sakit apa akan jadi pada keluarganya... Namun, jika diuji dengan sakit, itu juga ujian untuk isteri dan anaknya..supaya mereka jadi tabah dan sabar. 

Beruntung jika sesiapa dikurniakan suami dan bapa contoh begini... Keluarga idaman jika diketuai oleh seorang bapa dan suami contoh begini... Syukur Alhamdulillah... 

Hutang WAJIB Dibayar Walaupun Antara Adik Beradik!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Bila bercakap pasal hutang... Hmmm... Diakhir zaman, tak lari dari berhutang...

Hidup kita tak selalu senang, adakala diuji dengan kekurangan wang ringgit...  Masa inilah kita mula berfikir untuk meminjam... Antara kawan, adik beradik ataupun orang tak dikenali... Siapa orang yang sesuai, boleh kita pinjam...

Biasanya... Ada orang senang berhutang dengan kawan... Ada orang dengan adik beradik...

Pengalaman kami... Masa memula kahwin dulu, memang susah... Kerap juga meminjam... Alhamdulillah.. Dengan izin Allah... Selesai segala hutang tu, termasuklah hutang kepada adik beradik dan juga mak sendiri...


Hutang WAJIB dibayar...walaupun dengan saudara sendiri... Jika niat nak pinjam maka wajib bayar balik... Tak dapat banyak sekali gus, bayar sikit-sikit...  Jangan kita anggap, owhh... Adik beradik buat tak kan tu pun nak berkira...

Tak kira adik beradik kita orang miskin atau kaya hutang wajib dibayar sebab kita pinjam... Hutang wajib dibayar.. Dan warisnya wajib tahu tentang hutang tersebut... Selagi orang yang beri hutang tak halalkan, maka wajib bayar.

Hutang antara adik beradik yang tak mampu nak balas ialah hutang budi... Sebab tu orang kata hutang budi dibawa mati... Apa pun selagi terdaya kita balaslah hutang budi tersebut... Insha Allah...  Allah lebih mengetahui...

Kerana itu juga, kami bertekad nak berbisnes untuk bantu keluarga dan kerabat sendiri, kerana kita bukan orang senang... Moga Allah permudahkan... 

7 Amalan Ketika Mengandung Untuk Elakkan Demam Kuning!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Biasa dan normal zaman sekarang, jika anak diserang demam kuning lepas lahir.. Tapi pada zaman dahulu sangat jarang bayi kena demam kuning. Macam yang Mak MF pernah kongsikan... Lapan beradik kami, hanya adik bongsu MF je kena demam kuning... Yang lain, Alhamdulillah... tiada demam kuning. 

Ada orang kaitkan demam kuning dengan jenis darah ibu, tapi sejauhmana kebenaran tak pasti pula. Apa pun, pesan Mak MF, untuk elakkan demam kuning, jaga dan amalkan pantang larang semasa mengandung. Insha Allah anak tak kena demam kuning. 

Antara amalan yang boleh diamalkan untuk elak demam kuning semasa mengandung:


  1. Makan madu tanpa air tiga sudu atau air + madu sebanyak 5 sudu.
  2. Amalkan susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan dan malam sebelum tidur
  3. Amalkan pati delima paling kurang 500ML setiap hari. Yang ni MF amalkan pati delima gulsan je, setiap hari satu atau dua sudu. 
  4. Makan kurma ketika sarapan.
  5. Amalkan makan buah tin setiap tiga hari
  6. Makan minyak zaitun apabila bayi berusia 5 bulan ke atas.
  7. Amalan untuk semua, iaitu suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang hamil sambil berselawat banyak-banyak. 

Antara petua lama yang pernah MF amal masa mengandung anak pertam dan kedua.
  • Elakkan makan kunyit
  • Elakkan makan makanan dan minuman ringan
  • Banyakkan makan buah dan sayur segar. 
  • Banyakkan baca surah al-Insyirah sepanjang kehamilan, moga anak dilindungi sehingga melahirkan.


Tapi kalau sesekali mengidam takpe la nak makan tapi jangan amal makan jajan dan minuman ringan. 

Yang Mana Satu Milikku!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Alhamdulillah... Syukur kita dengan nikmat Allah... Syukurlah... Kerana apa sahaja keseronokan, kegembiraan dan perkara yang kita suka itulah nikmat dunia yang kita nikmati... Dan nikmat tu, jika kita guna akan memberi dan menjadikan nikmat itu sebagai bekalan kita di akhirat untuk jaminan kita masuk ke syurga Allah...

Namun, dalam banyak-banyak nikmat Allah beri yang mana satu nikmat itu adalah milik kita???

Ini jawapannya untuk renungan kita bersama....

Dapatkan jawapannya.. 
Tiada satu pun milik kita...
Semuanya pinjaman semata-mata... 

Oleh itu, andai nikmat dan anugerah itu ditarik balik, maka eloklah kita muhasabah diri... Kenapa Allah tarik nikmat yang dikurniakan-Nya. 

Sedarlah kita, tiada satu pun milik kita, semuanya pinjaman cuma... 
Bersyukurlah kita seadanya...
Agar bertambah iman kita...