31 Januari 2016

Biskut Legenda!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Biskut lama...
Rasa masih sama...
Suami belikan untuk kudapan anak-anak...
Kat kedai RM2.12...


Biskut lama... Menggamit memory silam...
Mujur masih ada, untuk anak-anak sama merasa di zaman kanak-kanak mereka.

Disebalik Lirik Lagu Assalamualaikum-Faizal Tahir

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Nana nanananana, nana nanananana
Nana nanananana

Nana nanananana, nana nanananana
Nana nanananana

Apa yang ku lihat ini
Mengapa hanya video bunuh sana sini
Di kaca TV, dalam internet, di FB
Hanya darah dan air mata
Ramai yang hina agamaku
Terasa bakar di jiwaku
Can’t believe there are people like this
Can’t believe we are living like this

Apa kita hanya terima sahaja?

Assalamualaikum dunia, bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita, semua serupa
Damailah manusia, kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Warna kulit, kaum, asal usul
Jangan menilai hanya pada rupa
Adakah matamu mengatasi akalmu?
Satu untuk semua (satu untuk semua)
Semua untuk satu (semua untuk satu)
I believe we are better than this
We could all be better than this

Apa kita hanya berdiam sahaja?

Assalamualaikum dunia, bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita, semua serupa
Damailah manusia, kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum

Dengar aku, dengarku selalu bersalah
Selalu terleka dan ku sedari semua
Ampuniku, ampuniku yang berdosa
Ku berubah hari ini untuk kamu

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Ooo… Assalamualaikum dunia
Bangunlah semua
Damailah, damailah manusia
Kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum
(Damailah manusia, kita bersaudara)

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum dunia
Damailah pada kamu semua

Seri Seorang Isteri

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Inilah isteri yang cintakan Allah
yang rela bersabar hadapi kesusahan
yang minta ditegur jika ia bersalah
yang mampu tersenyum bila saja bertemu
yang masih malu menghias seri diri

Tak mengapa seorang isteri itu
Hanya mempunyai wajah yang sederhana
Asalkan akhlak dan juga budi
Jadi perhiasan dalam hidup

Kalau kita nak tahu isteri yang sejati
Bila dan berusia pun masih disayangi
Oleh anak dan juga suami

Biasanya isteri yang solehah itu
Ia terkendali
Ada kawalannya di hati
Ada tarikan semulajadi
Teguran berhias
Keras tidak terasa
Bukti keikhlasannya

Nyanyian: Saff One


Terharu bila sidia kirimkan lagu ini.... Hmmm...
Alhamdulillah sahaja yang mampu ku ucapkan dan zahirkan kepada Ilahi...

Cara Perbaharui Iman!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Cara Perbaharui Iman... 
Banyakkan ucapan 
لا اله الا الله 

Sebut, dan hayati maknanya dari hati yang dalam...

30 Januari 2016

Cara Gemukkan Hati Pasangan!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Istilah baru nih...
Gemukkan hati... Hehe...

Tapi tak mustahil...
Maksudnya, gembirakan pasangan la... Tu maknanya gemukkan hati..

Macam mana caranya...
Ok.. Ini caranya...

Caranya, BERTOLAK ANSUR 
Give and take... 

Terima kasih dan minta maaf amalkan selalu... Dua perkataan keramat ni kalau selalu sebut tanpa dipinta pun boleh gemukkan hati juga tau... 

30 Rahsia Selawat Yang Mungkin Kita Buat Tak Endah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan
dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati,mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadap kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi
keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam
mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan
keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat- HR Thabrani

Balasan Allah Kepada Orang Yang Buat Baik atau Jahat!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Baik buruk semua Allah kira...
Tak kira tersembunyi atau nyata..

Baik buruk semua Allah hitung...
Tak kira sikit atau tinggi menggunung...


Pilihlah nak buat yang mana...
Baik buruk semua Allah kira...

29 Januari 2016

5 CARA ELAKKAN TELEFON JADI PANAS!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Telefon panas macam nak meletup.. pasti pernah alami kan.. Masa memula beli memang bagus, tapi bila menjangkau setahun ke atas mula la buat perangai kan... Tapi ada cara untuk kita elakkan telefon selalu panas.. sebab bahaya bila telefon selalu panas ni.. boleh terbakar peranti dan komponen dalam. 


1 PADAMKAN APLIKASI YANG TIDAK DIGUNAKAN
Kadangkala, beberapa aplikasi telefon berjalan serentak, sama ada secara disedari atau tidak. Sesetengah aplikasi, terutamanya bloatware akan berjalan di latar belakang secara automatik apabila menghidupkan telefon. Oleh itu, semak tetapan telefon dan mengenal pasti aplikasi manakah yang meningkatkan beban kerja CPU dan bateri, kemudian matikan atau buang sahaja aplikasi tersebut jika tidak diperlukan.

2 GUNAKAN SKRIN ANTI SILAU
Sesetengah pengguna telefon gemar menetapkan kecerahan skrin pada tahap maksimum, lebih-lebih lagi ada skrin yang sukar dibaca di bawah pancaran matahari. Sebenarnya, penggunaan kecerahan skrin yang tinggi akan memberi kesan kepada bateri telefon dan meningkatkan suhu. Oleh itu, gunakan pelindung skring yang mempunyai fungsi anti silau supaya anda dapat melatakkan tetapan keceraha pada tahap sederhana.

3 JANGAN DEDAHKAN TELEFON KEPADA PANCARAN MATAHARI
Selain peningkatan suhu dalaman, aspek luaran seperti pancaran cahaya matahari secara terus juga boleh memberikan kesan negatif kepada telefon anda. Letak di tempat yang terlindung dari matahari terik, dan jangan tinggalkan telefon di dalam kereta pada siang hari.

4 HIDUPKAN MOD PENERBANGAN
Dalam persekitaran yang mempunyai isyarat yang lemah, sistem operasi telefon akan cuba mengimbas isyarat di kawasan tersebut dengan lebih menyeluruh. Proses ini menggunakan lebih banyak kuasa dan menyebabkan bateri menjadi panas. Sekiranya berada dalam situasi isyarat lemah, atau pada masa telefon tidak digunakan (waktu tidur), tukar mod telefon anda kepada mod penerbangan untuk menjimatkan bateri dan menghalang telefon menjadi panas.

5 TANGGALKAN PELINDUNG TELEFON
Pelindung telefon (protective case) memang boleh melindungi telefon daripada impak fizikal, di samping menjadi aksesori yang cantik. Namun, ia juga boleh memerangkap haba dan menyebabkan telefon menjadi panas, terutamanya semasa bateri telefon dicas. Sekali-sekala, beri ruang untuk telefon bernafas dengan menanggalkan pelindung terutamanya semasa mengecas telefon atau apabila suhu telefon meningkat. 
Sumber: Majalah PC

Tips nombor 4 MF baru juga tahu... lepas ni kalau ditempat yang susah nak dapat line, kena tukar mood.. rupanya ada guna la mood penerbangan tu, bukan waktu nak fly je kan... Tips kelima, memang MF tak guna nak casing untuk smartphone, rasa lebih ringan.. cuma kena berhati-hati la supaya tak mudah jatuh.. 

HUKUM WANITA MEMAKAI PERFUME KETIKA KELUAR RUMAH!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Banyak betul jualan minyak wangi di pasaran sekarang ni... Kadang tak tahu dah nak beli dan pakai yang mana... kat kedai makan pun kadang ada jual minyak wangi yang kecil, besar.. takde alkohol, sah dalam solat dan sebagainya... Melihat keadaan tu, buatkan ramai wanita mula suka membeli... sebab kuasa membeli ni wanita yang pelopori... sebab bab cantik dan wangi ni wanita mendahului... Kebanyakannya minyak wangi yang dijual memang berbau agak kuat walaupun dicalit sikit je dipergelangan tangan. Bahkan kalau dalam lif satu lif tu boleh bau. 

Apa pula hukumnya wanita pakai minyak wangi??? Boleh ke pakai minyak wangi??? Kalau tak pakai, bukankah badan kita berbau busuk dan buatkan orang rasa tak selesa... 

Berikut adalah penjelasan hukum fiqh mengenai persoalan, apakah wanita boleh memakai minyak wangi diluar rumah???  

Galakan untuk berhias ini bukan sahaja untuk kaum lelaki, bahkan juga untuk kaum wanita. Akan tetapi, perhiasan kaum wanita hanya terhad kepada golongan tertentu. Mereka tidak boleh berhias dan mempamerkan perhiasan mereka pada khalayak ramai seperti firman Allah dalam surah An-Nuur, ayat 31 yang bermaksud :

"…….. dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;."

Terdapat beberapa hukum tentang wanita memakai minyak wangi iaitu harus, sunat, makruh dan haram.

Harus
Secara umumnya hukum memakai minyak wangi adalah harus bagi wanita. Seseorang wanita itu dikatakan harus memakai wangi-wangian ketika suami berada di rumah terutamanya ketika ingin melayan suami mereka. Selain daripada itu, wanita tidak di haruskan memakai wangi-wangian. Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud,

"Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu..." (Riwayat an-Nasa'i dari Abu Hurairah)

Ini bererti seorang wanita itu haruslah sentiasa kelihatan menarik dari segi akhlak dan penampilannya agar dapat menyenangkan hati suaminya, termasuklah memakai minyak wangi untuk menyenangkan suami.

Sunat
Sunat bagi wanita berwangian ketika berada di rumahnya, ketika ingin menunaikan solat dan beribadah di dalam rumahnya, dan juga ketika menyambut tetamu wanita. Terdapat hadis yang menjelaskan wanita juga digalakkan berwangi-wangian tetapi bukan pada tempat yang telah dilarang. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud,

"Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya" (Riwayat al-Tarmizi)

Wanita juga disunatkan memakai wangian sebelum melakukan ihram. Aisyah r.a berkata,

"Kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah s.a.w. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah s..aw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi s.a.w tidak melarang)" (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Makruh
Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulama dan terdapat penjelasan dalam bab puasa. Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alasan ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan "makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa". Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.

Haram
Haram bagi wanita memakai minyak wangi atau alat-alat solek yang berbau wangi di luar rumah berdasarkan hadis berikut,

"Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina" (Abu Dawud, Tirmidzi)

Nabi s.a.w bersabda "Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut)." (Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur "Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Allah s.w.t tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi......" (Abu Daud, An-Nasaie, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda, "Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian...(penzina)" (Riwayat Tirmidzi)

Daripada hadis-hadis di atas, maka jelaslah bahawa kaum wanita diharamkan memakai wangi-wangian ketika keluar dari rumah dan juga dilarang berhias berlebih-lebihan kecuali di rumah terutamanya di hadapan suaminya.

Sungguh amat memilukan hati, apabila melihat wanita muslimah keluar rumah bekerja dengan gaya seperti seorang perempuan kafir, bersolek dan berbau wangi samada dengan tujuan menggoda lelaki yang ditemui atau untuk kelihatan cantik atau tanpa apa-apa tujuan sekalipun, ia tetap haram dan berdosa. Sedarlah, bahawa itu mengundang murka Allah SWT, yang mengakibatkan rezeki yang kita peroleh sehari-hari tidak diredhai Allah, bukan itu sahaja bahkan ia bakal menjadi penyebab bagi keruntuhan iman dan akhlak kita. Hilanglah segala hikmah dari pekerjaan kita yang sepatutnya menjadi ibadah kita kepada Allah.

Sumber: Ust.Shahidah Sheikh Ahmad( Timbalan Ketua Wanita IKRAM Negeri Johor)

Ini pula penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus


Kesimpulan:
Dah tu tak kan wanita kena busuk pula??? Tak kan busuk jika kita jaga kebersihan. Mandi tu adalah tanda kita jaga kebersihan. Pakailah sabun yang wangi, dan juga deodorant yang wanginya tak melampau... Janganlah pakai minyak wangi sehingga orang tertarik. Kita pakai minyak wangi, pasti orang tahu kita pakai... dia bau tapi mungkin dia tak respon... tapi ada lelaki akan terpikat dalam diam.. Bahkan ada yang akan bertanya... Jika ada lelaki yang tanya kita pakai minyak wangi apa, jangan pakai lagi dah bila diluar rumah... Tapi kalau kat dalam rumah, pakailah berbotol-botol pun.. Nak celit satu badan pun tak apa... Islam ni mudah.. larangan bukan nak menyusahkan... Tapi untuk jaga maruah kita sebagai wanita... Aman hidup kita jika kita patuhi syariah Islam yang Allah cipta untuk kita... Allah tahu yang terbaik untuk kita ye wahai wanita muslimah solehah... 

Prawn Spegghati | Spegeti Udang Ala Olio Yang Mudah Tapi Sedap!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Resepi minggu lepas...
Memandangkan selera MF pada nasi masih ditahap yang tak memuaskan... Makanya, tekak perlu diisi oleh makanan yang mengenyangkan selain nasi.

Tengah cari idea nak masak apa tu, teringat pula Olio Spegeti di Pizza Hut... Kat tempat MF ni takde pizza hut, kalau nak makan kena ke bandar yang jauhnya hampir satu jam..  Dari buang duit minyak baik masak je kan... Makanya minta tolong suami belikan udang.

Sekali bila tengok google cara nak memasak Spegghati Olio tu bahan tak mencukup pula... So, MF olah la ikut selera dan suka hati MF,  janji masak dan boleh dimakan...

Setelah masak, MF namanya Spegghati ni spegati udang... Sebab rasanya... Sedapppp... Walaupun tak seperti resepi asal tapi sedapp.. Bertambah juga en.somi makan.. Hehe...


Nak resepi??? Mudah sangat!!!

Udang yang siap dibuang kulit dan dibelah belakang...
Air rebusan kulit udang
Spegeti yang siap direbus
Sos tiram
Lada benggala hijau
Lobak merah yang diracik
Minyak sayuran
Bawang putih dan sedikit sahaja bawang besar.
Lada hitam
Garam dan sedikit gula

Cara memasak :
Tumis bawang menggunakan minyak sayuran...
Dah wangi bawang tumis tu, masukkan sos tiram... Kacau sebati, masukkan pula udang... Bila udang tu dah merah-merah, masukkan air rebusan udang....
Biarkan sampai mendidih dan udang masak... Kemudian masukkan lobak merah dan lada benggala...
Gaul rata dan tunggu dalam 2 minit... Tak perlu tunggu sampai sayuran tu empuk...
Kemudian masukkan garam, gula dan gaul rata... Lepas tu masukkan spegati, kacau rata... Akhir sekali masukkan serbuk lada hitam dan gaul je sampai betul-betul rata dan sebati semua bahan tu...
Dah rata semua, kira masak dan boleh dihidangkan..

Simple je...
Walaupun tak seperti yang asal, tapi resepi olahan sendiri pun sedap. Biasanya macam tu MF memasak kalau masak ikut resepi mesti tak menjadi sangat... Jadi,  kena kreatif dan olah ikut selera sendiri untuk lebih sedap... Jangan lupa..  Zikir dan selawat buatkan masakan berkattt...


Renungan Jumaat: ILAYKA

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Syair terakhir imam Syafie. Renung-renungkan..


ILAYKA

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia

Allah....


Rasa sedih baca nukilan Syair nih...
Bacalah dengan mata hati...

28 Januari 2016

PETUA MUDAH LEGAKAN KEMBUNG PERUT DAN SEMBELIT PADA BAYI!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Petua tradisional tanpa ubat yang berkesan dikongsi oleh orang lama...

MF printscreen je dari facebook...  Petua orang lama...


Sumber: Facebook Mizan As-Syatirie yang membahasakan dirinya atok

Klik gambar untuk lebih jelas. MF tak besarkan sebab nanti view via mobile terlebih pula... 

Moga bermanfaat... 
Petua berguna untuk mak-mak yang ada masalah anak kembung dan sembelit... 

Untuk elakkan bayi kembung, pastikan tutup ubun-ubunnya... Orang tua kata angin masuk kot situ sebab ubun-ubun bayi ni lembut dan tak tertutup habis lagi... 

Siapa Yang Patut Memasak di Rumah??? Suami atau Isteri???

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Suami Tiada Hak Paksa Isteri Memasak! 

Satu persoalan berkaitan ilmu rumahtangga...  Bab memasak... Majoriti yang memasak dirumah adalah para isteri... Jarang sekali suami turun dapur dan memasak... Bahkan ada suami hanya tahu makan... Bahkan basuh pinggan pun isteri yang buat semuanya...  

Pernah jadi isu, diceraikan sebab tak memasak... Masakan tak sedap dan sebagainya...  Patutkah??? Jadi ini persoaln dan jawapan berdasarkan dalil yang dinyatakan mengikut ulamak mazhab..


ISU:

Saya mempunyai beberapa kemusykilan berkenaan tanggungjawab suami dan isteri setelah pernikahan. 
         
1) Menurut apa yang saya faham, tanggungjawab menyediakan nafkah seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal adalah tanggungjawab suami.  Kebanyakan suami yang mengikut adat di timur menyediakan bahan mentah yang tidak sedia dimakan kemudian menyuruh atau mengharapkan isteri memasak. Lebih menyukarkan isteri apabila suami hanya memberi wang dan membiarkan isteri membeli dan memasak makanan. Semua urusan tersebut memerlukan tenaga dan masa yang banyak. Pada pendapat saya, bahan mentah yang belum dimasak masih belum boleh dianggap makanan. Bukankah itu sama seperti suami tidak menjalankan tanggungjawab menyediakan nafkah makanan?


2) Saya berpandangan bahawa suami sepatutnya membeli makanan yang siap dimasak atau membeli bahan mentah yang kemudiannya dimasak oleh suami untuk keluarga. Tambahan pula sekiranya isteri berasa terbeban dengan tugas memasak tersebut. Adakah memasak merupakan tanggungjawab mutlak seorang isteri di mana sekiranya isteri menolak untuk memasak dikira derhaka dan berhak ditalakkan?


3) Hal ini adalah kerana, saya memandang tanggungjawab isteri adalah untuk taat kepada suami. Adakah perlu isteri taat apabila suami menyuruh isteri memasak ( sekiranya benar memasak bukan tanggungjawab isteri sebaliknya tanggungjawab suami)? Saya pernah membaca bahawa memasak, mengemas rumah adalah pilihan yang dilakukan isteri atas budi bicaranya dan bukan tanggungjawab mutlak. Mohon pencerahan.


4) Sekiranya benar bahawa menyediakan makanan siap dimakan adalah tanggungjawab suami dan memasak bukan tanggungjawab mutlak isteri, apakah hukum suami memaksa isteri memasak dan marah apabila isteri tidak memasak? (mohon abaikan soalan ini sekiranya kenyataan pertama dalam soalan ini adalah salah bermakna isteri wajib memasak untuk suami)


5) Apakah hukum sekiranya isteri tidak melakukan kerja rumah (memasak, mengemas rumah, dan sebagainya) kerana letih bekerja? Kebanyakan isteri tidak dapat melakukan kerja rumah di samping melayan kehendak biologi suami dan mendidik anak dalam satu tempoh yang sama dan panjang. Wanita juga sebagai muslim wajib menuntut ilmu yang memerlukan tenaga dan masa. Ditambah pula sekiranya suami tidak mampu menyampaikan ilmu kepada isteri, wanita berhak keluar mencari ilmu. Mungkin ada wanita yang mampu melakukan semua itu dalam masa yang sama tetapi jumlah mereka sangat sedikit. Hal ini demikian kerana setiap individu mempunyai tahap kekuatan fizikal, mental, emosi dan rohani yang berbeza. Saya sangat jelas bahawa keluar mencari nafkah bukanlah tanggungjawab isteri. Namun, dalam keadaan ekonomi yang sempit, di mana sekiranya isteri tidak menambah pendapatan suami, maka anak-anak akan hidup kesempitan sehingga tidak mendapat hak mereka seperti pendidikan dan kesihatan, isteri terpaksa membantu suami. Selain itu, sesetengah pekerjaan yang sememangnya memerlukan tenaga pekerja wanita sebagai contoh doktor sakit puan menyebabkan wanita berasa bertanggungjawab terhadap umat. Sekiranya mereka berhenti bekerja, kebanyakan isteri bersalin akan dirawat oleh doktor lelaki. Hal ini jelas menjadi isu dalam negara kita. Di samping itu, kebanyakan wanita tetap bekerja atas sebab tidak mahu mengecewakan ibu bapa yang telah menghabiskan banyak tenaga, masa dan wang demi membiayai pengajian mereka untuk menjadikan siapa mereka hari ini. Wanita tersebut boleh jadi seorang doktor, jurutera, akauntan dan sebagainya. Memang benar bahawa keutamaan tanggungjawab isteri adalah kepada suami dan anak-anak, tetapi hal berkaitan kekeliruan yang saya ketengahkan menyebabkan wanita berfikir berkali-kali sebelum bersetuju untuk berkahwin. Hasilnya, ramai 'anak dara tua' yang takut dengan perkahwinan. Sedangkan pernikahan sangat dianjurkan supaya dapat meramaikan umat Rasulullah agar mereka mampu menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. Malah umat sangat memerlukan golongan professional dan bijak pandai dalam bidang akademik dan agama untuk mendidik generasi Muslim kini.


Setakat itu sahaja soalan saya buat masa ini. Mohon pencerahan buat diri saya yang sememangnya masih kurang ilmu. Maaf sekiranya pihak tuan berpendapat bahawa saya bertanyakan soalan ini kerana malas atau takut dengan tanggungjawab seorang isteri. Namun sebenarnya saya hanya mahukan kepastian atas kemusykilan saya.


Saya yakin bahawa Islam adalah agama syumul dan universal. Islam tidak menyusahkan namun kita tidak boleh ambil mudah dengan hukum hakam Islam. Saya melihat ibu dan saudara mara wanita yang berasa penat dan terseksa melayan kehendak suami yang mahu dilayan setelah penat bekerja. Hal ini atas alasan atau kenyataan bahawa mereka penat mencari rezeki. Sedangkan mereka seolah-olah lupa bahawa isteri mereka juga penat bekerja menambah pendapatan selain perlu melayan keperluan biologi suami dan mendidik anak-anak yang sememangnya memerlukan kekuatan mental, fizikal, emosi dan rohani.


Mereka mengatakan bahawa isteri perlu mengikut jejak isteri-isteri Rasulullah melayan suami. Saya sangat bersetuju dalam hal ini. Namun, saya berpendapat bahawa suami telah terlepas pandang bahawa pernah Rasulullah pulang dan tiada makanan di rumah. Baginda tidak marahkan isteri sebaliknya mengatakan kepada isteri bahawa Baginda berpuasa pada hari tersebut. Kisah ini menunjukkan bahawa memarahi isteri kerana tidak menyediakan makanan tidak pernah dilakukan Rasulullah.


Suami hari ini juga membandingkan isteri mereka dengan isteri Rasulullah tetapi seolah-olah lupa membandingkan diri mereka dengan Baginda. Rasulullah dilayan mesra oleh isteri setelah penat berdakwah dan berperang menegakkan Islam sedangkan jumlah suami hari ini yang melakukan apa yang Baginda telah lakukan amat sedikit. Ya, suami keluar bekerja, wanita juga bekerja. Justeru, suami juga seharusnya meringankan beban isteri sebagaimana isteri meringankan beban suami melengkapkan keperluan hidup.


Maaf sekali lagi sekiranya soalan saya turut disertakan dengan penjelasan yang mungkin kurang bernas bagi pihak tuan. Saya cuma hairan mengapa tiada seorang pun yang menyatakan hal ini sedangkan inilah realiti yang berlaku dalam masyarakat kita. Apabila isteri terlalu letih melakukan sesuatu yang bukan tanggungjawab dan di luar batas kemampuan mereka, pelbagai masalah umat timbul. Kerana wanita juga adalah Muslim yang mempunyai tanggungjawab menjadi khalifah atas muka bumi dan tidak kurang penting dalam berkhidmat menegakkan syiar Islam.


Isteri tidak mampu memenuhi keperluan biologi suami akibat terlalu letih menguruskan rumah tangga mengakibatkan zina dan perceraian. Seterusnya anak-anak terpaksa menanggung tekanan emosi malah ada yang didera oleh ibu atau bapa yang tertekan dengan masalah rumah tangga mereka.Rosaklah pembangunan anak tersebut dan lahir pula anak yang tidak sah taraf.


Isteri yang kepenatan juga tidak mampu memberi perhatian kepada anak-anak. Hasilnya, anak-anak yang sepatutnya menjadi tonggak umat berpeleseran di kedai mamak, disko selain merempit di jalan raya. Rosaknya anak-anak muda kita menjurus kepada kerosakan umat Islam yang lebih besar. Jauh sekali untuk membicarakan soal menyelamatkan Aqsa, membela Rohingya dan sebagainya.


Terlalu banyak masalah umat kita yang bukan sahaja perlu difikirkan malah perlu diselesaikan. Saya percaya bahawa setiap penyelesaian perlu bermula dengan penambahbaikan diri sendiri diikuti institusi kekeluargaan, masyarakat seterusnya negara atau kerajaan.


Segala usaha pihak tuan saya dahului dengan sekalung penghargaan. Sekian, terima kasih

PENJELASAN:


1) Tanggungjawab suami memberikan nafkah kepada isteri iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal. Makanan yang dimaksudkan ialah makanan yang boleh terus dimakan oleh isteri. Bukan menjadi tanggungjawab isteri untuk memasak. Namun, sekiranya suami meminta isteri memasak dan ia tidak bercanggah dengan mana-mana hukum Islam, maka isteri perlu mentaati permintaan suami.


2) Isteri yang enggan memasak tidak dianggap derhaka (nusyuz) dan tidak boleh menjadi sebab untuk diceraikan oleh suami.


3) Walaupun memasak atau mengemas rumah bukan tanggungjawab isteri, namun sekiranya suami meminta isteri melakukannya dan ia tidak bercanggah dengan mana-mana hukum Islam, maka isteri perlu mentaati permintaan suami.


4) Suami tidak boleh memaksa isteri memasak dan tidak boleh memarahinya sekiranya isteri tidak mahu memasak.


5) Isteri yang tidak mampu melakukan kerja rumah (memasak, mengemas rumah, dan sebagainya) kerana letih bekerja, perlu berbincang secara harmoni dengan suami. Menjadi tanggungjawab suami, untuk menyediakan pembantu rumah bagi melakukan kerja rumah, sekiranya isteri memintanya.



Penjelasan:


Isteri biasanya dibebankan dengan kerja-kerja rumah seperti mengemas rumah, memasak, membasuh baju, dan sebagainya. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita. Sehingga apabila ada isteri yang tidak mahu melakukan kerja-kerja tersebut dianggap sebagai ‘nusyuz’ oleh suami. Namun persoalan yang timbul, adakah isteri diwajibkan oleh Syarak untuk melakukan kerja-kerja tersebut? Bolehkah suami menuntut di mahkamah untuk menghukum isteri yang tidak mahu melakukannya?


Menurut ulamak bermazhab Syafii, isteri tidak wajibmelakukan perkara-perkara tersebut. Imam Abu Ishak asy-Syirazi; seorang ulamak bermazhab Syafii menjelaskan dalam bukunya ‘al-Muhazzab’, “Isteri tidak wajib melakukan perkara berikut untuk suaminya, seperti membuat roti, mengisar tepung, memasak, membasuh pakaian dan sebagainya. Ini disebabkan perkara yang diwajibkan dalam akad nikah ialah isteri melayan suaminya, dan tidak diwajibkan melakukan perkara yang lain.”


Syeikh al-Muti’i; seorang ulamak kontemporari bermazhab Syafii, menjelaskan dalam buku ‘Takmilah al-majmu’ syarah al-muhazzab’, “Isteri tidak wajib berkhidmat untuk suami atau rumah, kerana perkara yang diwajibkan dalam akad nikah ialah isteri melayan suami. Namun begitu, kerja-kerja rumah yang dilakukan oleh isteri ada sandaran daripada Syarak, sebagaimana hadis yang dilaporkan oleh Jabir dan direkodkan oleh Imam Ahmad, al-Bukhari dan Muslim. Jabir melaporkan, ‘Rasulullah bertanya kepada saya, ‘Adakah saudara sudah berkahwin?’ Saya menjawab, ‘Ya.’ Baginda bertanya lagi, ‘Saudara berkahwin dengan gadis atau janda?’ Saya menjawab, ‘Dengan janda.’ Baginda berkata lagi, ‘Kenapa saudara tidak berkahwin dengan gadis agar saudara boleh berseronok dengannya dan dia boleh berseronok dengan saudara?’ Saya menerangkan, ‘Wahai Utusan Allah. Ayah saya terbunuh dalam Perang Uhud. Dia meninggalkan sembilan orang anak perempuan. Saya tidak suka jika isteri saya gadis muda seusia adik beradik saya itu. Tetapi saya perlukan seorang isteri yang dapat menguruskan kehidupan mereka.’ Baginda berkata, ‘Saudara melakukan perkara yang betul.’ Hadis ini menjelaskan, jika seseorang itu berkahwin agar isterinya itu dapat membantu menguruskan hal ehwal bapa si suami, adik beradik atau ahli keluarga suami yang lain, maka ia tidak menjadi kesalahan, walaupun ia tidak diwajibkan atas isteri tersebut. Ia dibenarkan jika adat setempat biasa dengan perbuatan tersebut. Oleh sebab itu, Nabi Muhammad tidak menghalang perbuatan Jabir itu.”


Oleh itu, menurut ulamak bermazhab Syafii, urusan rumahtangga selain melayan suami, tidak diwajibkan atas seseorang isteri.  Ia hanyalah satu galakan untuk dilakukan oleh seseorang isteri. Ini bermakna, suami tidak boleh memaksa isteri untuk melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas dan sebagainya. Isteri pula tidak boleh dianggap nusyuz jika tidak mentaati arahan suami untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Begitu juga, pihak mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk menuntut isteri melakukan perkara tersebut, jika kes itu diadukan oleh suami kepada Hakim.


Bahkan Islam membenarkan isteri menuntut kepada suami agar menyediakan pembantu rumah untuk melakukan kerja-kerja rumah. Hal ini merujuk kepada kebiasaan isteri semasa belum berkahwin. Jika isteri berasal daripada keluarga berada yang biasa mempunyai pembantu rumah dan si isteri tidak biasa melakukan kerja-kerja rumah, maka suami bertanggungjawab menyediakan pembantu rumah untuk isterinya. Para ulamak menyatakan, menyediakan pembantu rumah adalah termasuk dalam nafkah yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri.


Walaupun Islam tidak mewajibkan isteri melakukan kerja-kerja rumah dan berhak menuntut seorang pembantu rumah daripada suami, namun Islam amat menggalakkan agar isteri dengan rela dan ikhlas melakukan kerja-kerja tersebut. Pada suatu hari, Saidatina Fatimah berjumpa dengan ayahnya iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Fatimah mengadu kepada ayahnya kerana terlalu penat melakukan kerja-kerja rumah. Beliau menunjukkan tangannya yang pecah-pecah kerana mengisar tepung. Beliau meminta daripada ayahnya agar diberikan kepadanya seorang wanita yang ditawan ketika perang untuk dijadikan pembantu rumah. Nabi Muhammad berkata kepada anaknya, “Mahukah kamu, ayah tunjukkan satu amalan yang lebih baik daripada mendapat seorang pembantu rumah? Ketika kamu hendak tidur, maka bacalah tasbih (subhanallah) tiga puluh tiga kali. Bacalah tahmid kepada Allah (Alhamdulillah) tiga puluh tiga kali. Bacalah takbir kepada Allah (Allahuakbar) tiga puluh tiga kali.” Hadis sahih direkodkan oleh Imam al-Bukhari.


Hadis ini secara jelasnya menunjukkan, alangkah baiknya jika para isteri dengan rela hati melakukan kerja-kerja rumah untuk suami mereka. Walaupun penat melakukan kerja-kerja tersebut, namun pahala yang disediakan oleh Allah untuk para isteri amat besar. Dalam hadis tersebut Nabi Muhammad s.a.w. memberikan tips kepada isteri yang seharian penat melakukan kerja-kerja rumah untuk berzikir sebelum tidur. Dengan mengamalkan zikir-zikir tersebut dengan penuh khusyuk kepada Allah, akan menghilangkan segala kepenatan.


Imam at-Tobari menjelaskan maksud kisah Fatimah itu dalam buku tafsirnya, “Hadis tersebut menerangkan, seseorang isteri yang mampu melakukan kerja-kerja rumah seperti membuat roti, menguli tepung atau sebagainya, maka tidak wajib untuk suami menyediakan pembantu rumah.”


Asma’ binti Abu Bakar; kakak ipar Nabi Muhammad melaporkan, “Zubair berkahwin dengan saya dalam keadaan beliau tidak mempunyai apa-apa harta atas muka bumi ini. Juga tidak memiliki walau seorang pembantu. Yang beliau miliki hanyalah beberapa ekor kuda. Kerja saya ialah memberI makan kuda-kudanya, mengambil air di perigi, dan membersihkan najis-najis kuda. Saya tidak pandai memasak roti. Jiran-jiran saya daripada kalangan wanita Ansar yang membantu saya membuat roti. Mereka adalah wanita yang baik-baik. Saya juga biasa mengangkut bakul berisi biji buah-buahan di atas kepala saya untuk makanan kuda.Biji buah-buahan itu saya ambil daripada kebun yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada Zubair. Pada suatu hari, saya terserempak dengan Rasulullah s.a.w. Ketika itu saya sedang menjunjung bakul yang berisi biji buah-buahan. Bersama-sama Rasulullah pada ketika itu ada beberapa orang lelaki Ansar. Rasulullah s.a.w. menyapa saya, ‘Alahai kasihannya.’ Lalu baginda mengajak saya menaiki binatang tunggangan bersama baginda. Saya berasa malu untuk berjalan bersama-sama dengan lelaki. Saya teringat kepada Zubair dan sifat cemburunya. Beliau memang seorang yang sangat kuat cemburunya. Rasulullah tahu bahawa saya merasa malu untuk turut sama dengan baginda. Baginda pun meneruskan perjalanan. Setiba di rumah, saya menceritakan kepada suami saya; Zubair, ‘Tadi saya bertemu dengan Rasulullah. Di atas kepala saya, saya sedang menjunjung bakul yang berisi biji buah-buahan. Bersama-sama dengan baginda ada beberapa orang lelaki Ansar. Baginda mempelawa saya untuk menunggang bersama-sama dengannya. Saya merasa malu dan saya pun teringat sifat cemburu abang itu.’ Zubair menjawab, ‘Demi Allah. Sebenarnya abang lebih kasihankan dinda menjunjung bakul berisi biji buah-buahan itu berbanding cemburu abang jika dinda menumpang tunggangan Nabi Muhammad itu.’ Asma’ menjelaskan lagi, ‘Begitulah rutin hidup saya, sehinggalah ayah saya; Abu Bakar, menghadiahkan kepada saya seorang pembantu untuk menguruskan kuda-kuda milik suami saya itu. Pemberian ayah saya itu ibarat telah memerdekakan saya daripada kerja-kerja tersebut.’” Laporan sahih direkodkan oleh Imam Bukhari.

Wallahua'lam (Sumber: e-Fatwa)

Jadi suami, sesekali masaklah untuk keluarga pula... Tak pun tak reti masak, belanja makan dan beri cuti memasak pada isteri.. Atau tolong isteri buat kerja rumah yang lain... Jangan letak sepenuhnya tanggungjawab dan kerja rumah pada isteri.. Ada isteri memang tak merungut, tak mengadu... Tapi tanda kasihkan isteri ialah meringankan beban isteri tu sendiri... Isteri gembira keluarga bahagia...

Tarbiah Sentap: Layak Ke Kau Nak Mengaku Sebagai Hamba Allah????

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: Tarbiah Sentap 

Layakkah kita mengaku hamba Allah, sedangkan kita banyak ikut hawa nafsu??? 

Jika kita hamba Allah, kita ikut Allah kata buka ikut nafsu yang minta... 

Istighfar 
Istighfar 
Istighfar 

استغفر الله
استغفر الله
استغفر الله

27 Januari 2016

PERFUME NIH MAMPU BERI KETENANGAN PADA ISTERI!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Yang tak kahwin, tunggu hangpa kahwin nanti hangpa tau la sendiri... 

Tempat paling tenang bagi si anak adalah ketiak mak, tapi bagi seorang isteri adalah ketiak suami... 

No komen, tapi hanya suami isteri sahaja yang tau... Hehe

WW | PELIK TAPI BENAR!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Prihatin dan busy body berbeza bukan... 
Jadilah orang prihatin bertempat bukan busy body tak tentu masa... 

WW | Suami Kenakan Isteri, Isteri Kenakan Suami!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: Facebook 

Sama-sama terkena... Haha...
Sweet je suami isteri saling kena mengena nih... Jadi, selalulah bergurau walaupun kadang geram kan... 


12 TIPS PERMOHONAN UPU ONLINE!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Info untuk adik-adik dan pelajar yang bakal masuk universiti tahun ni... SPM dijangka bulan Mac biasanya keluar keputusannya kan.. Jadi, ini info awal...  Jangan tunggu last minit untuk isi.. Kang melepas... 

Isilah walaupun result tak gempak... 
Rezeki Allah siapa tahu kan... 
MF pun isi dua kali... Lepas SPM dan lepas STPM... Rezeki lepas STPM... Alhamdulillah... 


Moga berjaya...  

Pencarian Mega Bloglist Aisyhah Nyais

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


KLIK BANNER UNTUK JOIN!!!




JOM Tambah Kawan BLOGGER !!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


KLIK BANNER UNTUK JOIN


Segmen ini tamat pada 31-01-2016
5 Blogger terpilih akan kita listkan dalam MOST VVIP BLOGGER untuk Bulan Januari 2016 nanti sepanjang 1 bulan (Feb 2016).

26 Januari 2016

Mesti Perempuan Serik Nak Pakai Ketat, Jika Tahu Apa Lelaki Ni Fikir!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Klik gambar, besarkan dan baca jelas-jelas...

MF akui.. MF juga pernah tanya soalan yang sama pada seorang lelaki... Ye!!! Imaginasi lelaki ni tinggi... Fikirannya tembus ke dalam... 

Bahkan, lelaki boleh tahu saiz baju dalam dan seluar dalam wanita hanya melalui ukuran ketinggian seorang perempuan!!! Jadi, jangan suka-suka hati kongsikan tinggi korang jika korang tak nak lelaki imaginasi badan anda... 

Bayangkan yang tak seksi boleh lelaki bayangkan, apatah lagi yang seksi meksi kan.. Tak payah nak bayang la kan... Dia terlebih bayang ke lain dah... 

Jadi, bab pakaian ni... Hati-hati lah.. Jangan terlalu gemar kongsikan gambar di laman sosial terutama facebook dan instagram... 


Tanda-tanda Dalam Badan Ada Parasit!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kalau ada parasit dalam ni, tu yang orang kurus makan banyak tapi tak gemuk tuh... Tapi tu bukan faktor utama la... Sebab ada orang metabolisme tinggi, jadi dia makan banyak tapi tak gemuk dan cepat lapar... 

Tapi antara tanda ada parasit tuh... Boleh dikenalpasti... Kalau ada, boleh amalkan makanan untuk mencegah parasit... Tak pun makan je ubat cacing... Sesetengahnya ada juga amalkan minuman berkultur untuk usus dan perut seperti Yakult... 

Apa pun, parasit ni bahaya ye... Boleh berjangkit pada organ dalaman badan yang lain....


Jangan Berkira-kira Nak Bersedekah!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Berkira-kira nak bagi sedekah... Tapi memang masa sedekah syaitan juga ambil peranan nak menghasut agar kita rasa kedekut dan berkira-kira nak bersedekah... 

Nauzubillah... Moga kita dapat mendidik hati, agar lebih mudah untuk bersedekah... 

25 Januari 2016

Kenali Negeri Johor!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Dah menetap di Johor makanya kena la kenali negeri Johor...

Ni antara bahagian dan daerah di negeri Johor...  

Besar Negeri Johor ni... Lebih kurang kedah la juga... Nak ke satu-satu tempat tu berjam juga... Kat Johor ni jarang ada kesesakan jalan raya kecuali di bandar-bandar utama je... Kalau jalan biasa, memang lengang... 

MF tinggal di daerah yang tak sibuk... Masih gaya kampung... Banyak hutan yang menghijau... Tapi kemudahan tu agak kurang la... Apa pun kemudahan lain seperti makanan, pakaian takde masalah... 

Apa pun seronok juga di Johor... Cuma tak mampu nak menjelejah lagi... Sebab besar dan jauh dari satu tempat ke satu tempat lain...  Tapi makanan memang mewah dan sedap di Johor nih... Memang mewah makanan dan masakan di sini... Alhamdulillah...  

Orang Johor kebanyakannya peramah dan suka berjenaka... Tapi kalau datang Johor memang tak kan rasa terasing sebab memang orang Johor ni terkenal dengan budaya tegur menegur orang lain... Alhamdulillah... 

Meh la datang Johor bagi tak pernah datang lagi... MF tak pernah terfikir nak dok Johor... Tapi rezeki nak jadi anak perantau dan pemastautin di Johor...  Alhamdulillah... 

Kenapa Anak-anak Kita Tak Sama Perangainya?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sedap sekali nukilan ini... Renungan buat semua ibu bapa....

Anak-anak kita memang berbeza.. Anak-anak MF tu perangainya memang berbeza, macam langit dan bumi... Tapi sebenarnya... Ada sebab kenapa mereka diciptakan berbeza...


PERBEZAAN Upaya Anak2 Tanda Kebesaran ALLAH

🔅Anak-anak buah hati kita. Jangan bandingkan di antara mereka. Yang pandai jangan terlalu dipuji, yang lemah janganlah kita keji.

🔅Anak cantik, anak cerdik; itu ujian. Cuma pinjaman. ALLAH nak tengok kita demand ke tidak.

🔅Anak biasa-biasa, tak berapa pandai; itu hadiah ALLAH. Di mata manusia mereka biasa saja, tapi siapa tahu kekurangan mereka asbab kita masuk syurga. Tak perlu kecewa anak kita tidak ternama. Mana tahu kalau kaya mereka lupakan kita.

🔅Anak yang biasa-biasa ini mungkin menjadikan kita tidak leka dengan dunia dan isinya. Jangan lukai hati anak-anak kita. Terimalah pemberian ALLAH dengan redha. Sayangi mereka sama rata. Doakan mereka tak kira di mana. Maaf dan ampunkan mereka penuh tulus tanpa berbeza kasih.

🔅Anak-anak kita bersih, jiwa mereka jernih. Yang salah kita, cepat lupa dengan tipuan dunia. Tataplah mereka penuh amanah.

🔅Anak-anak ini dipinjamkan buat kita untuk menjadi ummat Muhammad yang hebat. Bukan membesar untuk dinobat. Jangan bezakan anak-anak kita, kerana di luar sana ramai lagi yang tak merasa jadi ibu bapa.. belajarlah malu pada ALLAH, DIA yang sebegitu hebat tak pernah bezakan hamba-hambaNya tapi kenapa kita seorang hamba sangat suka beza-membeza.

🔅Anak-anak kita juga punya hati dan jiwa. Mana tahu anak-anak yang kita tak beri penuh perhatian akan menjaga kita ketika tua, akan mendoakan kita hingga ke syurga.

Learning process won't stop till death..

Sumber: Bahagian Dakwah JAKIM 

Mencari Calon Suami Ketika Subuh!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Kartun dakwah yang memaparkan realiti masa kini... Memang itulah realitinya... 

Bukan waktu Subuh je, waktu lain pun sama juga... Bahkan bila ada orang muda ke masjid rasa macam satu benda pelik... Pak cik mak cik kat masjid tu boleh tengok pelik pula bila ada ada orang muda ke masjid... 

Tapi moral of the story dari kartun ni... Carilah bakal suami yang menjaga waktu solatnya... Jika dia menjaga cintanya dengan Pencipta insya Allah, dia pasti dapat menjaga keluarganya dengan baik juga.

Memang tanda akhir zaman juga sebenarnya...  Masjid besar dihias indah tapi sunyi tanpa ada orang di dalamnya kecuali waktu-waktu tertentu...  Hmmm

24 Januari 2016

Cara Balas Kebencian!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Mendidik diri untuk sayang bukan benci... 
Siapakah kita yang layak nak benci orang lain... 
Syukurlah jika Allah tak benci pada kita... 

Benci dengan sikap, doakan dengan kebaikan... Dan jaga supaya diri kita tak bersikap seperti sikap yang kita benci itu... 

Jangan pernah wujudkan benci dalam hati... 
Kerana, kelak benci itu akan makan hati... Hingga hilang cahaya suci hati... 

Bersihkan hati... Bersihkan hati... Bersihkan hati....

Friendship!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jangan pernah menjadi kawan kalau tak nak berusaha untuk memahami... Dan jangan pernah kehilangan kawan hanya disebabkan salah faham yang kecil... 

Faham-faham kan lah... 

23 Januari 2016

Kadang Rasa Sedih dan Kecewa Bila...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Kadang rasa sedih dan kecewa...  Rasa malas dah nak post hal yang baik-baik... Sebab bila aku post begitu, ada yang terasa dan kata aku menyindir mereka...

Dan ada sesetengah pula kata aku nak tunjuk baik... Nauzubillah...


Ya Allah... Mencabarnya nak ajak orang buat baik kan... Post pendapat dan komen secara umum tanpa menyentuh hal peribadi orang lain pun dikatakan nak sindir orang... Padahal tu pendapat peribadi...  Nak terima atau nak menolak tu atas diri sendiri... Aku tak pernah paksa orang terima pendapat peribadi aku...

Jika post tu takde kena mengena atau takde mention pasal sesiapa tolonglah jangan nak sentap tak tentu pasal... Aku tak mengata sesiapa... Aku post dan komen sesuatu isu semuanya atas pendapat peribadi sendiri... Aku tak nak jadi hipokrit... Kalau aku tak suka, terus terang aku tak suka... Dan itu pendapat aku... Aku tak pernah paksa orang terima pendapat peribadi aku...

Maaflah jika ada yang dok sentap dan dok terasa dengan post aku di facebook atau blog...

Takde niat aku nak tunjuk baik ke hapa... Cuma aku nak kita sama-sama jadi baik... Tu je... Sebab dunia dah hampir ke penghujungnya...

Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

klik untuk join
Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink | Bersempena Tahun Baru 2016 dan Hari Lahir Cik EN pada 16 Januari nanti, cik en berbesar hati untuk mengadakan Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink yang akan berlangsung pada 4 Januari 2016 sehingga 31 Januari 2016. Hanya perlu mengikuti syarat syarat dibawah dan korang berpeluang menjadi salah seorang pemenang daripada 27 pemenang untuk merebut hadiah hadiah bernilai RM535. 

Follow Blog Di bawah

Follow Page

Instagram

Bloglist

Hadiah? Mesti terlepas pandang ini, Cik en dah keluarkan awal ye. Boleh rujuk di bawah ini
Senarai Hadiah Hebat
Dah submit entry? Boleh rujuk di bawah ini pula
Senarai Peserta Hebat

Kisah Seekor Siput dan Seekor Katak!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Sumber: Google images

Siput dan Katak❤
Ada seekor siput 🐌selalu memandang sinis terhadap katak...🐸 Suatu hari,, katak yang kehilangan kesabaran akhirnya berkata kepada siput:

“Wahai siput,,🐌 apakah saya telah melakukan kesalahan,, sehingga kamu begitu membenci saya??”

Siput 🐌menjawab:
“Kalian kaum katak🐸 mempunyai empat kaki dan boleh melompat ke sana ke mari,, tapi saya mesti membawa cangkerang yang berat ini,, merangkak di tanah,, jadi saya merasa sangat sedih...”

Katak 🐸menjawab:
“Setiap kehidupan memiliki penderitaannya masing masing,, kamu cuma melihat kegembiraan saya,, tetapi kamu tidak melihat penderitaan kami (katak).."🐸

Dan tiba tiba,, ada seekor helang besar yang terbang ke arah mereka,, siput dengan cepat memasukan badannya ke dalam cangkerang,, sedangkan katak tiada tempat untuk bersembunyi lalu menjadi mangsa sang helang...

Nikmatilah kehidupan kalian,, tidak perlu dibandingkan dengan orang lain... Jangan iri hati terhadap kehidupan orang lain,, kerana sifat iri hati kita terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan...

Lebih baik fikirkanlah apa yang kita miliki dan bersyukurlah.. Hal tersebut akan mejadi sumber kebahagiaan bagi kita sendiri...

Wallahua'lam..🐸🐌 (Sumber: Facebook)

Begitulah kehidupan... setiap orang ada kehidupan masing-masing. Tak perlu kita banding bezakan kehidupan kita dengan orang lain, kerana semuanya dalam perencanaan Allah yang cukup cantik dan sesuai untuk kita... Bersyukur seadanya dengan kehidupan yang kita ada... 

22 Januari 2016

Bahaya Kawan Alam Realiti Jadi Kawan Alam Maya!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Jangan percaya... 
Pengalaman, MF juga pernah kena dan baru alami... 

Bahaya sangat kawan di alam realiti...  Tak kira la kawan sekerja ke kawan sekolah ke... Sangat bahaya bila kawan realiti ni jadi kawan alam maya atau kawan facebook... 

Kalau boleh tak perlulah add kawan realiti jadi kawan facebook atau kawan di alam maya.. Sebab kawan sebegini boleh jadi kawan makan kawan... 

Berhati-hati...
Biarlah kawan facebook tu kenal kat facebook je la... Dan kawan realiti jadi kawan alam realiti je... Tak perlu nak berlebihan dalam berkawan zaman sekarang nih... Sebab rambut sama hitam... Hati lain-lain...

Hakikat Otak Orang Perempuan!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)


Memang hakikatnya kan... Otak bersilang macam line Internet...  Haha... 

Itulah indahnya ciptaan Allah nih..
Boleh fikir dan boleh buat banyak perkara dalam satu masa... 

Sebelum tidur dah fikir... Esok nak masak apa.. Tengah masa sarapan pun fikir nak masak untuk tengah hari dan malam pula.. 

Kalau ada anak-anak  ramai lagilah berselirat otak dia fikir... Tapi apa yang dia fikir dia akan buat dan realisasikan...  

Itulah indahnya otak perempuan yang Allah ciptakan...

Hargailah wanita.... Kerana disebalik kelemahan ada kekuatannya...

21 Januari 2016

Tak Payah Nak Rasa Diri Tu Baik, Boleh Tak???

Mendidik diri untuk fikir positif...

MF pun kadang kala kasar masa buat entry kisah pasal isu sosial dan isu semasa... Bukan nak kata MF baik... Tapi cuba kita muhasabah diri bersama... Bukan nak kata kita ni baik sangat kita dok kata gitu kan... Kita cuma menyuarakan pendapat...

Pendapat ni jika kita terima dengan positif lah kesannya pada kita... Jika negatif, negatif la jadinya...


Balasan Orang Yang Buat Cerita Lawak!

Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita agar orang lain ketawa.

Pedas dan pedih mendalam bunyi hadis ni... Maknanya memang teruk orang yang sengaja adakan cerita, ataupun kisah benar tapi ditokok tambah untuk dijadikan cerita lawak... Nauzubillah... 

Maknanya tak boleh buat-buat cerita sebab nak bagi orang gelak... Senang kata lawak bodoh... Atau lawak tiada isi dan pengajaran... 

Hmm.. Tapi itulah... Bukan senang nak buat orang ketawa... Cuma tak boleh sengaja ada-adakan cerita...  Celaka orang begini kata Nabi SAW.


NAK ALLAH BERCAKAP DENGAN KITA??? INI CARANYA!!!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)



Terdapat 15 kebaikan-kebaikan al-Quran menurut hadis-hadis sahih :

Pertama : Al-Quran akan menjadi syafaat dihari akhirat.
Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua : Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya dihari akhirat. 
Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Ketiga : Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan al-Quran.
Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Keempat : Membaca al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala.
Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelima : Mukmin yang membaca al-Quran umpama buah yang harum dan sedap rasanya.
Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Umpama orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca al- Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keenam : Allah SWT mengangkat martabat golongan yang membaca al-Quran.
Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab al-Quran”.(Hadis Riwayat Muslim)

Ketujuh : Kefahaman yang sahih tentang al-Quran akan menjadi contoh ikutan.
Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda:
“Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelapan : Membaca al-Quran akan mendapat ketenangan (sakinah) 
Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata : “Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesembilan : Sesiapa yang tidak mengingati ayat-ayat al-Quran umpama rumah yang roboh. 
Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran seperti rumah yang roboh”. (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)

Kesepuluh : Membaca dan memperelokkan bacaan al-Quran akan mendapat kebaikannya.
Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda :
“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. ( Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )

Kesebelas : Membaca beberapa ayat al-Quran lebih baik daripada mendapat unta yang gemuk.
Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: “Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami menjawab : “Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Kedua belas : Sesiapa yang lebih fasih memebaca al-Quran lebih layak menjadi imam solat berjemaah. 
Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim )

 Ketiga belas : Nabi SAW mengutamakan sahabat yang paling kuat berpegang teguh kepada al-Quran untuk dikebumikan jenazah mereka. 
Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian baginda bersabda : “Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan al-Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad”. (Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah)

Keempat belas : Kelebihan berdoa selepas membaca al-Quran.
Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca al-Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : “Barangsiapa yang membaca al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca al-Quran dan mereka berdoa dengannya”.
(Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan)

Kelima belas : Setiap satu huruf membaca al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala. 
Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata : “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : "Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air". Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, " Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”

Jika ada masalah atau dapat nikmat, lebihkan bercakaplah dengan Allah dari bercakap dengan manusia... dan jika hati risau dan tak tenang, carilah Allah kerana Allah bercakap dengan kita melalui Al-Quran...