GprlGfG6Gpr8TSG8Gfd9GUY7TY==

TERAPI SURAH AL-BAQARAH UNTUK KETENANGAN DALAM RUMAHTANGGA!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

TERAPI SURAH AL-BAQARAH UNTUK KETENANGAN DALAM RUMAHTANGGA! | Surah al-Baqarah adalah surah yang paling panjang dalam Al-Quran... Mengandungi 286 ayat dan surah kedua dalam Al-Quran. Dalam Surah ni terkandung doa-doa yang Ma'thur... 

Sebenarnya, selain surah-surah yang biasa kita dengar tentang kelebihannya seperti surah Yassin, al-Waqiah, 3 Qul dan lain-lain surah, surah al-Baqarah menjadi terapi yang hebat dalam mencapai ketenangan dalam rumahtangga. 

Sebelum MF kongsikan pengalaman MF mengamalkan surah ini, Mf nak kongsi dulu hadis Nabi s.a.w tentang kelebihan surah al-Baqarah. 

TERAPI SURAH AL-BAQARAH UNTUK KETENANGAN DALAM RUMAHTANGGA!

Antara kelebihan surah Al baqarah seperti yang telah di sabdakan oleh Rasulullah SAW:

1. Rumah yang di bacakan surah Al baqarah tidak akan dimasuki syaitan


Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Muslim dan An-Nasai meriwayatkan dari Suhail bin Shalih, dari ayahnya, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW  bersabda :

“ Janganlah kamu menjadikan rumah kamu sebagai kuburan,
sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan “ At tirmidzi mengatakan : hadis ini hasan sahih

Syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al baqarah.

Dari Abdullah bin Mas’ud, ia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :

“ Semoga aku tidak mendapatkan salah seorang daripada kamu meletakkan salah satu kakinya diatas kaki yang lain sambil menyanyi dan meninggalkan surah Al Baqarah tanpa membacanya, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al baqarah. Sesungguhnya rumah yang paling kosong adalah rumah yang hampa dari kitab Allah ( Al-Quran ) “
 Hadis riwayat An-Nas-I dalam kitab al-yaum wa al-lailah

Abdullah bin Mas’ud mengatakan : Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari surah Al baqarah iaitu ayat ;

-        Surah Al baqarah ayat 1-5
-        Ayat kursi dan 2 ayat berikutnya
-        Surah Al Baqarah ayat 284-286

Maka syaitan tidak akan masuk kerumahnya pada malam itu.

Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa dia dan keluarganya tidak akan didekati syaitan dan apa yang dibencinya ( binatang buas seumpamanya ). Dan tidaklah ayat ini jika bicakan kepada orang gila akan membuatkannya sadar.

2. Malaikat bersama dengan orang yang membaca surah Al baqarah


Ini merupakan salah satu fadhilat dan  kelebihan surah Al baqarah kepada pembacanya. Al Bukhari meriwayatkan dari Al-laits, dari yazid bin Al-Haad, dari Muhammad bin Ibrahim, dari Usaid bin Hudhair :

“Pada suatu malam dia membaca surah Al-Baqarah sementara kudanya ditambat berhampiran dengannya. Tiba-tiba kudanya itu pun berputar-putar. Ketika Usaid berhenti membaca, kudanya itu pun kembali tenang. Kemudian Usaid membacanya kembali dan kudanya itu pun  kembali bergerak dan berputar-putar. Tatkala dia berhenti membaca, kudanya kembali diam. Kemudian dia membacanya lagi, kudanya itu pun bergerak dan berputar-putar. Maka dia pun berhenti membacanya sedangkan puteranya  Yahya berada berhampiran kuda tersebut. Oleh kerana berasa bimbang dan kasihan kuda itu akan memijak anaknya, dia pun mengambil anaknya seraya penglihatannya mengadap ke langit dan dia melihat satu bayangan putih ( berkelip-kelip ) sampai dia tidak melihatnya lagi.

Ketika pagi menjelang, dia pun menceritakan perihal tersebut kepada Rasulullah SAW. Rasulullah bersabda :

“Wahai putera Hudhair, baca terus” Dia menjawab “ Ya Rasulullah, aku merasa bimbang kepada Yahya kerana dia berada dekat dengan kuda tersebut. Kemudian aku mengangkat kepalaku dan melihat ke langit, tiba-tiba aku melihat seperti suatu bayangan yang mirip lampu-lampu. Setelah itu aku keluar rumah dan melihatnya sampai aku tidak melihatnya lagi.”

“Tahukah engkau apa itu “ Tanya Rasulullah. “ Tidak “ Jawabnya.

Beliau pun bersabda “ itulah malaikat yang mendekatimu untuk mendengar suara bacaanmu. Seandainya kamu terus membacanya  (sampai pagi ), nescaya pagi ini manusia akan dapat melihatnya tanpa terhalang.

3. Mendapat syafaat ketika di padang mahsyar.


Surah Al baqarah dan surah Ali’- Imran dipanggil surah az-Zahrawain yang apabila dibaca akan mendapat syafaat di padang mahsyar kelak.  Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Umamah, dia berkata:

“ Aku pernah memdengar Rasulullah bersabda: “ Bacalah Al-Quran kerana Al-quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di Akhirat kelak. Dan bacalah az-Zahrawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali’-Imran, kerana kedua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah keduanya bagai tompokan awan, atau 2 bentuk payung yang menaungi, atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Keduanya akan berdalih untuk membela pambacanya di hari kiamat. “

4. Mengelak dari terkena sihir


Kemudian beliau bersabda lagi “ Bacalah Al-Baqarah kerana membacanya akan mendatangkan berkah dan meninggalkanya bererti penyesalan. Dan para tukang sihir tidak akan sanggup menjangkaunya ( si pembaca )” Kedua hadis diatas juga diriwayatkan oleh Muslim dalam kitabnya As-shalah.

Sumber: hadith2u

Yakin dengan hadis Nabi s.a.w yang bersifat al-Amin... Jadi, MF buat terapi surah al-Baqarah dalam rumah dan dalam perjalanan ketika musafir. 

Seperti yang kita maklum, bila berjalan-jalan dengan anak-anak dalam kereta travel memang agak mencabar anak-anak nak behave kan... Diorang mudah bosan walaupun sediakan kartun dan sebagainya... Jadi, sepanjang perjalanan ke KL baru-baru ni.. MF pasang je surah al-Baqarah mp3 di telefon... Biasanya MF akan pasang zikir je, tapi kali ni MF pasang al-Baqarah.. 

Tak nampak sangat perubahan cuma MF perasan, anak tak mudah nak mengamuk dan MF tak mudah naik angin... Kalau tak MF memang akan jadi Tarzan dan anak-anak pun meragam lain macam.. tapi kali ni tak..

Masa perjalanan balik pun sama... Dan MF teruskan terapi pasang surah al-Baqarah ni dalam rumah sepanjang masa.

Betul... Terapi yang berkesan untuk elakkan marah... Seperti mana hadis mengatakan surah ni halaukan syaitan... nak bagus kita baca... Tapi semasa pasang tu dalam tak sedar kita ikut sekali baca... Jadi setiap hari dengar boleh ingat je kan nanti... 

Jadi, drama marah-marah anak-anak dan anak tantrum secara ekstrem tak berlaku lagi.. kurang dah suara Tarzan MF ni sejak terapi guna surah al-Baqarah ni... Hubungan suami isteri pun insha Allah baik je... Takde nak gaduh ke apa... Merajuk manja tu biasa la kan... Hehe... 

Jadi,bagi mak bapak yang ada masalah dengan anak tantrum, marah anak-anak dan selalu gaduh dengan suami... Cubalah terapi al-Baqarah ni... Berkat kalam Allah.. insha Allah... Nak bagus lagi amalkan membacanya sekerap yang mungkin.. 

2Ulasan

Terima kasih, lain kali komen lagi ea... ^_^
P/s: KOMEN YANG MENGANDUNGI LINK/URL AKTIF TIDAK AKAN DIAPPROVE. TQ